Tuesday, June 5, 2012

FILEM – X (Janda-jandaku Gangster)

 

Assalamualaikum…

 

Yeehhaaa badan masih penat, baru je balik dari majlis pratonton filem X : Janda-jandaku Gangster. Sebenarnya ungkapan “janda-jandaku gangster” tu sekadar tagline filem ini. Tajuk filem ini ialah X okay. Mungkin singkatan dari perkataan “ex”.

 

 

484387_408839525822341_137101329662830_1181823_1145109024_n

Filem aksi komedi yang diarah oleh Ollyn Khadri ini menampilkan Pierre Andre sebagai teraju utama, dibantu 6 orang heroin yang terdiri daripada Intan Ladyana, Diana Amir, Chloe Nicole, Nuremy Ramly, CT Chubby dan Liana Rafiai.

 

 

_MG_3930

SINOPSIS :

Hafiz (lakonan Pierre Andre) ingin mengahwini Arissa (lakonan Intan Ladyana) namun beliau dihalang oleh 5 orang jandanya yang tidak mahu seorang lagi wanita menjadi janda seperti mereka. Zai (lakonan Diana Amir) merupakan janda kedua, Fatiah (lakonan CT Chubby) janda kedua Hafiz, dan Sophie (lakonan Chloe Nicole) yang kaya pula janda ketiganya. Wanda (Nuremy Ramli) janda keempat si gadis litar dan janda kelima ialah Ziana (Liana Rafiai).

 

Terdapat kisah tersendiri di sebalik kelima-lima perkahwinan terdahulu Hafiz. Zai yang berpewatakan tomboy pula merasakan usaha mereka menggagalkan rancangan Hafiz untuk berkahwin lagi sebagai melebih-lebih. Mereka akhirnya berbincang dan berpakat semula untuk menyatukan Hafiz dengan Arissa yang telah menolaknya.

 

 

_MG_5294

Haaa… entah dapat ke tak lima-lima janda si Hafiz tu satukan Hafiz dengan Arissa? Apakah kisah dan peristiwa yang membuatkan Hafiz berkahwin dan bercerai hingga 5 kali??? Tuuu korang kena tengok sendiri mulai 7 Jun ni okayh!

 

 

_MG_2978

PENDAPAT ATAU PANDANGAN :

  • Kelakar okayh! Dalam wayang tadi pun penonton bergelak ketawa. Setiap janda punya kisah tersendiri bagaimana mereka berkahwin dan bercerai.
  • Dalam banyak-banyak kisah, aku sangat suka part Hafiz kahwin dengan Zai. Memang lawak gilerrr!! Thumbs upppp!!
  • Lakonan CT Chubby pun aku suka! Sejak dari pertama kali aku kenal CT Chubby menerusi filem Sumpahan Kum Kum, aku memang suka dia nih!!
  • Perjalanan cerita yang tak terlalu lambat, tak terlalu cepat, just nice. Cuma towards the end jalan cerita sedikitttt perlahan dan kurang elemen humor.
  • Ending yang kelakar sebab ada wartawan-wartawan Melodi yang berlakon jadi… haa kalau nak tahu korang kena tengok sendiri lah ye!
  • Part drift kalau dipendekkan sikit dah cun dahhh!
  • Alhamdulillah kurang sangat part yang bosan dalam filem ni.

 

_MG_9751

Sekian review aku terhadap filem ni. Serious boleh buat gelak-gelak, so jangan lupa ajak kengkawan sedara mara semua tengok filem ni, bermula 8 Jun 2012 nanti okayh? Tahniah juga kepada pengarah, para pelakon dan tenaga produksi.

 

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay


21 comments:

  1. Uiisshhh ! Yang akhir - akhir video uh . SERAM !! .. Terkezuuttt !!

    ReplyDelete
  2. alaaa...nisa ade ke? sy pun ade smlm...huhu

    ReplyDelete
  3. laaaaa..mati2 masa dengar tajuk citer nie ingatkan dia kesinambungan cite bini2ku gengster.. tak der kena mgena rupanya eh..

    ReplyDelete
  4. Pierre ada ? menarik ! :)

    ReplyDelete
  5. diana amir tak pakai tudung ke atau apa? huhuhu

    ReplyDelete
  6. macam best dan lawak jer ceta ni.. tak sabar pulak nak tengok..

    ReplyDelete
  7. macam menarik je filem ni.. nak kena terjah gak ni

    ReplyDelete
  8. nisa, ramai kata filem x ni lawak. nanti akak terjah panggung. hehehe..

    xoxo!
    www.rabiatuladawiyah.com

    ReplyDelete
  9. @dhia adawiyah

    ahahha terkejut kannnn ade pocong :p

    ReplyDelete
  10. @AmirahSM

    @Nurul Ainaa

    mas apenggambaran filem ni Diana Amir masih tak bertudung

    ReplyDelete
  11. @Rabiatul Adawiyah

    hehehe dia ikut taste masing2 kot...
    kalau citer light2 mcm ni mmg sy layan je...

    yg komen gitu maybe dia taste filem2 hollywood ke? ehee

    ReplyDelete
  12. Sangat setuju dengan nisakay kalau aksi drift tu dikurangkan filem ni akan jadi lebih baik. =)

    Review kami di KakiWayang.com : X Janda-Jandaku Gangster

    ReplyDelete
  13. mase cite ni diana amir blom pakai tudung..dye ade jelaskan pasal hal ni kt dalam twitter dan fb diana ntok elakkan kontrovesi.@AmirahSM

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay