Saturday, June 2, 2012

[EVENT] Charity Movie Screenings at Resorts World Genting

 

Assalamualaikum..

 

Pergghh bangun pagi ni badan sakit-sakit! Ni mungkin penangan pergi taman tema Genting Highland semalam. Wohohoo… korang kena bersedialah ye, sebab entry aku kali ini adalah entry yang panjangggg dan banyakkk gambar okay!

 

Semalam bertolak dari rumah dalam pukul 7am, sampai kat setesen monorail KL Sentral dalam pukul 7.30am dan sampai kat Wisma Genting (stesen monorail Raja Chulan) dalam pukul 7.45 sebab monorail delay!

 

Lepas tu tak sampai 10 minit jugaklah aku sampai, bas yang akan bawak kami para bloggers ke Genting Highland pun sampai. Kami terus naik bas nak mulakan perjalanan menuju Genting Highland.

 

P1010177

Ini pertama kali aku naik bas pergi Genting. Aku memang takut sangat sangat, so bila bas keluar je highway dan mula mendaki ke Genting aku tidur sampaiiiii kat depan First World Hotel! Masuk je First World Hotel tu, woahhhh ada pameran Chocoholics and Candylicious sedang berlangsung lah! Tapi errr ini bukan event yang kami nak pergi.

 

P1010194

Yeayyy pagi itu sarapan kami ditaja oleh STARBUCKS! Thank you for the iced chocolate (my favorite) and the muffins! By the way, kalau korang belum rasa Frappuccino drinks terbaru dari Starbucks, korang patut pergi kayh! Happy hour for Starbucks’ members on Wednesday, and on Friday is for everyone!

 

P1010196

Event yang kami hadiri semalam ialah CHARITY MOVIE SCREENINGS. Kami akan tengok wayang dan makan tengahari bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik, daripada rumah-rumah amal terpilih. Maka setiap dari kami membawa hadiah untuk diberikan kepada mereka.

 

P1010197

With some of the bloggers who participated in the charity event. From left : Nisa Fuzi, Rabiatul Adawiyah, Nisa Kay and Miss Burung Hantu :p

 

P1010201Selepas kami sarapan, kami para bloggers dan kanak-kanak tersebut berkumpul di hadapan panggung wayang, beratur nak masuk wayang…

 

P1010208

Setiap daripada kami akan dapat air mineral dan wafer percuma. Yeayyy.. thanks Rabiatul Adawiyah jadi model menerima wafer. Hikhik..

 

P1010211

Wohooo kami akan menonton filem MAN IN BLACK 3D okayhh!! Dari hadapan : Nisa Fuzi, Nisa Kay dan Anne Cheah (from Nuffnang)

 

Ohhh by the way filem Man In Black was not as bad as people say. Yes, there are people who said to me that MIB3 was not as good as the previous one. Hey I think MIB3 is better than MIB2 okay.

 

P1010233-tile

Lepas tengok movie kami menuju ke restoran untuk makannn! Yeahhh ada banyakkk pilihan makanan! Nyum nyum~

 

P1010243

Suka gulai lemak udang ni. Aku tak pastilah udang dia fresh ke tak (fail!) tapi aku suka! Aku bertambah-tambah nasik kot makan dengan udang nih! Hohohooo…

 

P1010271

Aktiviti selepas makan tengahari. Bloggers beramah mesra dengan kanak-kanak tersebut.

 

P1010296

Majlis memberi hadiah kepada kanak-kanak tersebut. Heee backlight! Wuuuu tak nampak sangat muke aku wuuu :(

 

P1010301

Para bloggers bergambar bersama kanak-kanak tersebut.

 

P1010327

Bloggers who participated in the event yesterday also received a gift and certificate from Resorts World Genting.

 

P1010341

Group photo once again after all the kids received their presents and the bloggers received gift and certificates.

 

 

P1010356

Lepas majlis memberi hadiah, slot free eand easy yeahhh!! All the kids and the bloggers get an “ALL PARK” pass for free! Only RM66 for an adult’s ALL PARK’s pass and the pass allow you to play any type of games or ride indoor or outdoor! But there are some games that will need you to buy the tokens separately.

 

P1010358

Well, kami ada lebih kurang 3 jam untuk bermain kat taman tema. 3 jam mungkin dengar macam lama jek, tapi kena amik kira jugak taman tema yang penuh dengan orang yang datang sempena cuti sekolah? Haa nak naik satu permainan tu dah bape lama pulakkk.

 

 

P1010373

This is the first ride that we tried. Buaian 360 darjah wehhh! Tu belum lagi yang dia pusinggggg tinggi!! Aku dan Yen Ling (Miss Burung Hantu) dan yang chinese guy yang buat thumbs up tu Darren(oppa) from Nuffnang :p

 

P1010378-horz

Thank you Anne Cheah for the pics you took for us!

 

 

P1010393

Ini pulak masa beratur naik naik SPACE SHOT atau pun orang panggil solero ride. Why SOLERO?? Entah lahh aku pun tak tahu. Lama beratur sebab orang ramai…

 

a

Hahahaa kecut perut dowh naik SPACE SHOT ni! Terutama sekali masa dia naik slow slow tuuu. Dah lah aku ni gayat, so bayangkanlah apa perasaan seorang yang gayat berada di atas sana. Wuarggghhh!!! Semestinya jeritan aku adalah yang paling kuat. LOL.

 

 

P1010411

Okay Darren ajak naik CORKSCREW atau dikenali sebagai roller coaster. Tapi yang ni tak berapa menakutkan katanya. Malang sekali ramai gila orang beratur sampai that ride terpaksa ditutup!

 

 

P1010414

Dah tak tahu nak main apa, kami decide nak naik pirate train yang LANGSUNG tak menakutkan, malah stok gelak-gelak aje. Maaf ler dalam tu gelap ya amat so no pics la ye.

 

 

P1010420

Lepas tu kami naik PIRATE SHIP! Hahahaa yang ni scary jugaklahh terutamanya kalau kau duduk seat atas sekali and dia berayun tinggi ke udara! Lepas tu time jatuh tu kau rasa macam nak terhumban ke depan. Anne Cheah akhirnya setuju nak naik satu ride dengan kami selepas aksi pujuk memujuk.

 

The ride as fun! Aku jerit tak hengat tapi aku tak rasa jeritan aku sekuat jeritan Anne sebab suara aku dah banyak aku guna masa nak Space Shot LOL. Aku dapat rasa Anne menggeletak gila and she screamed “I hate you Darren! I hate you Darren!!” Hahaaha.. hope dia tak baca ni :p

 

P1010413

Cuaca di Genting Highland yang berangin dan sejuk walaupun cahaya matahari memancar. Badan keding aku yang kurang lapisan lemak dan daging ni semestinya tak mampu nak menahan angin sejuk yang bertiup. Nasib baik aku bawak pocket warmer.

 

Lepas penat menjerit-jerit, kami bertiga (aku, Anne dan Darren) join some of the bloggers duduk lepak makan aiskrim Cornetto. Bila makan ais krim perut aku dan lain macam pulak sebab aku ni jarang makan ais krim tu.

 

P1010422

Bila perut dah lain macam maka aku batalkan hasrat nak naik FLYING COASTER ride ni. Kalau naik ni boleh feeling-feeling superman kan. Aku bukan apa, takut muntah je. Naik buaian 360 darjah tu pun aku dah pening lalat.

 

P1010424

Jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Pukul 6.30pm pulak waktu untuk berkumpul kat lobi First World Hotel. Maka aku, Anne dan Darren decide nak lepak kat Starbucks kat hotel tu sambil tunggu bloggers lain habis bermain dan berkumpul. Sebelum tu sempat singgah ke pameran jualan coklat. Uhhh takde satu pun yang menawan kalbu.

 

P1010426

On the way ke Starbucks, menyaksikan persembahan ballet dari kanak-kanak. How cute!

 

 

Okaylah dah penat wohh walaupun ada dua tiga ride yang tak dapat nak main. Belakang dah sakit-sakit sebab banyak berjalan, and tak cukup rehat this two or three days. Maka lepak di Starbucks sambil minum iced chocolate yang feveret aku tuh.

 

Bas bertolak turun dari Genting jam 7 malam. Fuhh memang kepenatan aku membantu aku untuk tidur sebaik sahaja bas tu mula bergerak! Aku bukan apa, aku gayat dowh nak tengok bas tu turun gunung! Hoahoaa! Aku terjaga pun masa bas tu dah masuk KL. Hohoho.. malam tu aku balik naik monorail ke KL Sentral dan ambil bas Rapid KL ke Shah Alam.

 

Thank you NUFFNANG and RESORTS WORLD GENTING for having us! We had great time meeting the kids, watch movie, eat and play at the theme park! I bet the kids had great time of their own too! Don’t hesitate to invite us again in any events in the future!

 

 

 

Like Saya Suka Menaip's facebook page for more pics of the event! TQ.

Sign PNG NisaKay

15 comments :

Boni JLL3 said...

wah!!! pergi genting tak ajak pung!!! bestnya.. hahaha

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

yg best its FREE!!! yihaa...

Bidadari Besi said...

Bestnyaaaaaaaaaaaaaaa!
Tapi memang lagi best bila kak nisa dapat free je ni semua.
Heehe
HAPPY HOLIDAYS!

_NisaFuzi_ said...

serious sgt sejuk tak terkate. haha.

Nurul Ainaa said...

hmm seronoknyewwwww :P

Sayidah Nafisah Ruslan said...

bertuahnya terpilih untuk berjalan2 :)

Misz Mieza said...

Untungnya badan.. =)

Nowa Buddin said...

wahh, seronoknya. Jelly.

RnRMy said...

nak jugak :'(

Daniel Chiam said...

Wish I was there with you all!!!

Latest movie review in room8five: My Movie Marathon Part I - John Carter (2012), The Mysterious Island (2012), Man On A Ledge (2012)

Merryn said...

I love the charity part of this event.. :)

Nurul Akmal said...

fuuuhhh.. Bestnye aktiviti dia...

Cik Jajika said...

Sangat best!! Free and at the same time buat charity... =)

Rabiatul Adawiyah said...

wow~!!! nak cilok pic akak kat sini. ngeh ngeh... seronok ko main semua mainan tu eh... akak dah naik sebelum ni. so fobia nak naik lagi kot. hahaha!!

xoxo!
www.rabiatuladawiyah.com

Nisa Kay said...

@Rabiatul Adawiyah

silakannn :D