Wednesday, June 6, 2012

Entry untuk kau Jen

 

Assalamualaikum..

 

IMG_1903

Special tak kau rasa Jen? Aku tulis entry ni untuk kau tau. Aku tengah godek-godek folder gambar. Sekali terjumpa pulak gambar ni.. Ya gambar pada hari yang sedih tu. Hari yang aku tak berjaya nak audition On Air tu lah. Aku sedih sangat Jen. Sedih sangat sangat, but you were there dik.

 

Aku ingat lagi, atas kecuaian aku, aku lupa bawak salinan IC, nak patah balik ke tempat audition sekali borang pulak habis. Aku nangis, aku tak tipu aku sedih. Aku sedih sebab aku tak dapat peluang untuk mencuba pun! Aku sedih bukan sebab aku tak terpilih, tu belakang citer ar kan. Apa yang aku nak sangat ialah aku nak dengar komen mereka yang profesional pasal bakat aku dan mana yang patut aku improve.

 

Aku tension malam tu dik. Sebab audition hari Ahad tu takde sapa boleh hantarkan. TAKDE SAPE. Ade lah satu manusia tu, aku call bagai nak rak. Berpuluh kali kot aku call dia, dik. Tapi tak berjawab, lepas tu dia boleh buat bodo kat aku dik. Dia bukan nak call balik, malah dia lagi buat macam takde ape berlaku. Jilaka nye kurasakan masa tu. Sebab tu sekarang aku pon malas nak layan dia sangat. Dia main acah-acah ayam lak ngan aku kan dik.

 

Dik, sapu tangan kau ade lagi kat akak. Tenkiu dik. Mesti burok gila kan rupa aku malam tuh. Kahkahkah. Macam kelakar lak dik. Tapi takpe dik.. aku dah betul-betul redha sebab aku yakin, ia bukan rezeki untuk aku. Rezeki untuk aku belum sampai dik. In shaa Allah satu hari nanti kan dik. Mak abah aku, kau ngan Iejam je yakin dengan aku. Orang lain??? Malas aku cakap ape. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

7 comments :

Syazlina Khairuddin said...

harap lepas nie ada rezeki laen plak ye =)

eintan nurfuzie said...

SABAR LA..XDE REZEKI

CINTA UNTUK KITA said...

BLUM ADA REZKI..:)

u.m.i.e said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya .. mungkin ada yang lagi baik untuk Nisa pada masa hadapan :)

Hanamiko Sakura said...

mungkin tahun depan akak dapat.. =)

Cik Mizah said...

jen jasmi ke ???

mia sha said...

chanteqnya baju kuning tu...............