Saturday, June 30, 2012

Bertemu si Honey Koyuki

 

Assalamualaikum…

 

Haaaa sebut je HONEY KOYUKI mesti semua kenal kan. Kalau tak kenal dengan nickname ni aku tak tau la apa nak jadi. Kalau anda bukan blogger mungkin ada yang kurang familiar.. Tapi kalau anda blogger tapi tak pernah dengar atau kenal Honey Koyuki ni sila balik rumah menuntut balik ilmu blogging dari bab satu!

 

Hari ni aku pergi wedding blogger kiut miut lagi meletopss iaitu Irine Nadia Marcello. Alhamdulillah selamat kau dik menjadi isteri kepada Vel Oliver. Errr nama sebenar husband dia aku tak tahu. Kekekee.. Dan pada majlis penuh meriah ni, aku telah bertemu blogger femes ames yang telah lama ku minat dalam diam (apakah??)

 

HONEY KOYUKI

IMG_4193

Okay macam pelik pulak aku panggil dia Honey Koyuki. Itu URL blog dia lah! Hahahaa blogger yang aku maksudkan tak lain tak bukan Falin Litana.. ehh!! Ampunnn ampun!!! FATIN LIYANA in da houzzzz bebehh!!!

 

Tak tersangka daku, di bumi Melaka inilah (ayat stok buku Sejarah), di majlis gilang gemilang inilah aku akhirnya dipertemukan dengan blogger ini yang telah lama aku nak jumpa. Apakah macam sakai sungguh ayat aku tadi.. Huk huk…

 

 

IMG_4191

Ini yang payah bergambar dengan orang cantik amat macam Atin. Isk isk iskk dah terkurang kecomelan aku sebab muka Atin bersinar-sinar. Ehhh over lak aku. Pakai Fair and Lovely ye Atin? Kekekekee… Sesungguhnya aku ingat beliau ni sombong orangnya. Tapi hampagas sungguh diriku kerana sesuka hati judge beliau. Ternyata Fatin Liyana sungguh la peramas mesra. Ehhh!!

 

Okay okayyy dah malas upload bebanyak gambar. Tunggu aje lah aku update kat belog yang fana ni yeh. Tu pun kalau aku cukup rajin nak update! Muahahaa!!! Okaylah… Thanks Fatin Liyana.. nantikan I upload video kita kat Youtube eh? VIDEO?? Harharhar!! Nantikan. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Monday, June 25, 2012

Transformasi mengejut!!

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama nampaknya aku tak menaip dengan akdar kelajuan begini, yang memerlukan aku menambah elemen kejutan dalam entry aku. Cewahhh entry kejutan lah sangat ehhh??!! Apa apa aje lah.. Nak cerita lah kat korang hari tu aku ada pergi photoshoot suka suki… Maka kalau photoshoot muka harus ler da bomm kan? Tapi muke ku… Huk huk…

 

P1012356

ARGGGHHH!!! Layakkah aku photoshoot dengan muka begini? Mungkin boleh diperbetulkan sedikit kiranya aku mekap sendiri? Oh noooo. Kang shoot tengah panas kang tak sampai 10 minit kang mekap dah cair pastu nampak terus parut jerawat kat muka aku!! So… solusinya adalah… jeng jeng jenggg…

 

 

P1012358

525958_324609947625234_1115301387_n

Yeahhhhh dah macam pelakon filem pulok ku rasakan duk mekap tebal macam ni. Memandangkan aku dah lama tak mekap tebal-tebal untuk tujuan photoshoot ke ape, maka tengkuk ku agak kekejangan setelah mekap selama sejam.. Huahuahuaaa… Siapakah di sebalik sentuhan ajaib yang telah melakukan transformasi kat aku nehh???

 

 

P1012367

Taraaa.. tu dia MUA saya pada hari itu iaitu kak Azura Mahmood. Kak Azura ni memang MUA profesional.. Dia dah biasa mekap ramai model and mekap untuk pengantin tu semua. Memandangkan talent lain cancel last minute, maka aku sorang je lah yang mekap and photoshoot! Haaa maunye tak puas beliau nak menyental muka ku sorang!!

 

 

P1012366

Tu dia Kak Azura Mahmood kita pandai berposing jugekkk!! Haaa kalau nak tahu Kak Azura ni ada menyediakan perkhidmatan mekap untuk pelbagai jenis acara… kahwin, tunang, photoshoot, dinner, dan macam-macam lagi lah.. ada jugak buat service lukis inai pengantin!

 

 

cats

 

So kalau korang nak pergi photoshoot, atau dinner, atau ade kawan, sedara mara nak kahwin, tunang atau tengah mencari make up artist, boleh lah contact Kak Zura ni ye. Beliau seorang yang senang nak bekerjasama :) Heee pasal photoshoot pulak hari lain lah aku story yek! Kbai…

 

 

CONTACT :

Azura Mahmood

Facebook : https://www.facebook.com/azura.mahmood

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sunday, June 24, 2012

So, apa cer??

 

Assalamualaikum..

 

Hmm… aku sendiri merasakan keadaan yang jelas menunjukkan bahawa sekarang aku banyak abai aku punya blog ni. Dah ala-ala berhabuk dah pun! Kalau update pon duk update promote benda-benda. Kesian lak kat readers. Kang duk promote barang memanjang kang blog aku ni tak ubah macam billboard tepi highway!

 

Baiklah.. apa cer aku sekarang??? Hmmm.. macam ni lah hidup. Berkejar sana sini sebab nak kena pergi event. Selagi mampu pegi, aku usahakan pegi jugak walau kudrat diri tak seberapa mana. Tapi kalau ada hal yang teramat penting maka terpaksalah aku merelakan beberapa event aku tak dapat pergi. Sobss!!

 

 

fsyn4

 

So… basically sekarang ni aku macam work hard giler (ehh ye ke??) untuk push online shop aku. Ehhh ini BUKAN online shop baru ye.. FSYN ialah jenama baru yang aku perkenalkan setelah Mini Shopaholics menjalani proses penjenamaan semula. So bos-bos aku kat Amanz telah bersusah payah came out with this FSYN idea. Sound more modern and elegant katanya!!

 

So… here are the few things that I’ve been working for. Custom Made Shawl!! Yesss it was a long time ago since I want to launch or sell my own custom made shawl. At the beginning, I just bought the material for myself. But I’m thinking that why not I try to sell it? So here you go.. SILKY PAISLEY SHAWL by FSYN.

 

SILKY PAISLEY BLUE

 

SILKY PAISLEY GREEN

 

SILKY PAISLEY PINK

 

Yess… aku sengaja suruh tailor jahit curve kat hujung sebab bila pakai bentuk lengkung tu nampak lagi kemas dan cantik je. Panjang shawl pulak 1.7m so memang cukup untuk lilit kemas tanpa risau terdedah leher ke ape ke.. dan cukup untuk menutup dada :’D Kalau ada yang berminat boleh tengok details semua kat page FSYN ye!

 

 

Dan satu lagi produk yang aku baru nak cuba jual ialah beg tangan! Yahooo!! Masa aku dapat stok ni, walaupun sikit, aku pulak yang dup dap dup dap! Takut betol aku kalau-kalau aku pulak dah yang sangkut dengan beg-beg ni kang. Hahaha… Jom usha jomm ushaa!!

 

BAG01-BROWN

 

BAG01-ORANGE

 

BAG01-PINK

 

BAG02-PINK

 

BAG02-TEAL

 

Okay sudah cukup sudah.. cukup sampai di sini sajaaa.. Jangan biar air liur korang meleleh-leleh sok usha beg ni oii!! Ini baru sikit. Kalau laku lah beg-beg ni semua, aku tambah lagi stok beg. Nanti aku sendiri pi mengadap supplier, pastu handpick sendiri stok. Haaa amacam ada bran kaaa???

 

Macam biasa.. JANGAN TANYA SOALAN YANG DAH ADE JAWAPAN! Nak info lanjut mengenai detail beg-beg ni semua, atau macam mana nak beli ke apa, sila lah pergi like page baru online shop aku iaitu page FSYN okay? Muah muah. Kbai.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Saturday, June 23, 2012

OVER THE TOP – Rancangan realiti TV terbaru dari TV3

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh dah lama (atau tak pernah pun??) aku tulis pasal rancangan TV kat blog aku yang sipi-sipi ni? Ye lah.. tulis kang siapa lah sudi baca kannn! Kali ni aku excited nak share dengan korang rancangan realiti terbaru dari TV3. Kenapa aku excited? Sebab rancangan realiti ni melibatkan budak-budak je. Ye, BUDAK-BUDAK sahaja.

 

MBSB Cheeky Savings Club

Sebelum aku bercerita panjang mengenai Over The Top (OTT), meh sini semua aku nak ceramah sikit pasal MBSB Cheeky Savings Club. MBSB Cheeky Savings Club ni terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Dah besor panjang tu tak boleh la yek! So, basically Cheeky Savings Club ni merupakan akaun simpanan untuk kanak-kanak yang memberi pulangan lumayan kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa.

 

So sebagai ahli MBSB Cheeky Savings Club, kanak-kanak tersebut dapatlah join aktiviti-aktiviti best yang dianjurkan oleh MBSB. Contohnya macam pergi berkhemah ke, lawatan macam cuti sekolah ke.. something like that la kan. So takdelah masa yang terluang tu bazir duk main tak ketentuan hala je kan?

 

ott-bm[1]

*Klik untuk tumbesaran gambar*

 

 

OVER THE TOP. Rancangan Realiti TV untuk kanak-kanak!

Haa now cerita pasal Over The Top (OTT) pulak okay? OTT merupakan rancangan realiti untuk kanak-kanak yang berusia 9 hingga 15 tahun! So siapa ada adik-adik atau kawan atau sedara mara berumur seperti yang aku sebut tadi, sila baca apa aku nak bagitahu korang ni ye!

 

Antara tujuan utama OTT ni diadakan ialah  untuk mencabar kekuatan peserta, kemahiran dan keupayaan untuk membuat keputusan penting. Bagi aku benda ni bagus kita pupuk dalam diri kanak-kanak supaya mereka pandai menilai dan buat keputusan bila perlu.

 

OTT jugak dicipta berdasarkan gaya hidup kanak-kanak hari ini di mana kepentingan memahami pengurusan masa dan pengurusan wang adalah penting. Betulkan? Kecik-kecik dah pandai nak pegang duit banyak-banyak. Kalau kita tak latih pengurusan kewangan kat dorang, nanti dorang tahu nak mengabiskan duit je.

 

 

Hadiah utama OVER THE TOP sehingga RM30,000 dan percutian ke Australia!

Wah wah wah!! Lumayan tak lumayannya hadiah untuk budak-budak yang menjadi pemenang OTT ni nanti! Jelesnyeee!! Untuk rancangan ni, 18 peserta akan dipilih, dan di dalam rancangan OTT mereka semua akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Keenam-enam kumpulan ni kena laksanakan tugasan mingguan.

 

Kumpulan yang menjadi pemenang utama di akhir rancangan akan memenangi RM30,000 (RM10,000 untuk setiap ahli dan dimasukkan ke akaun MBSB Cheeky Saving) dan juga percutian ditaja sepenuhnya ke Warner Bros Movie World, Gold Coast, Australia! Iskk jeles giler kot.

 

 

UJIBAKAT MBSB OVER THE TOP

Haaa bawak lah adik-adik korang, sedara mara atau anak jiran ke, anak kawan ke pergi audition untuk rancangan OTT ni. Mana tahu mereka layak menyertai OTT dan rezeki menang ke? Fuhhh siapa taknak hadiah memang sengal lah!

 

TEMPAT : Sri Pentas, TV3

TARIKH : 30th June 2012

MASA : 9 a.m. to 5 p.m.

*Para peserta akan dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada personaliti TV3 dan penerbit OTT*

*Kanak-kanak yang nak join ujibakat ni tak semestinya kena ada akaun MBSB*

*Datang bersama ibu bapa atau penjaga masa hari audition, atau datang bawak surat kebenaran*

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati :

Website : http://www.overthetop.my

Facebook : https://www.facebook.com/mbsboverthetop

Twitter : https://twitter.com/#!/mbsboverthetop

Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=God5eILITGs

 

 

 

GOOD LUCK!!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Thursday, June 21, 2012

FILEM – Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S.)

 

Assalamualaikum..

 

Baiklah macam biasa, aku akan bawakan korang sinopsis (mengikut pemahaman aku setelah menonton filem ni) dan juga pandangan ikhlas aku terhadap filem ini. Kali ni filem yang aku baru aje menonton semasa majlis pratonton bersama MiG ialah filem HANYA AKU CINTA KAU SEORANG atau nama singkatannya H.A.C.K.S.

 

550872_428209050534038_713876997_n

Filem arahan Rusdi (Ollyn) Khadri ini dilakonkan oleh Aeril Zafril yang memegang watak Mukhlis, Nuremy Ramli yang melakonkan watak Murni, Fezrul Khan sebagai Iqwal, Shima Anuar melakonkan watak adik Iqwal iaitu Zizi. Mon Ryanti pula tampil sebagai kawan baik Mukhlis dan Murni dengan memegang watak sebagai Stacy.

 

 

ERY_7453

SINOPSIS :

Murni dan Mukhlis telah lama berkawan baik dan perhubungan mereka teramat mesra. Mereka menganggap hubungan mereka sebagai “Cinta Platonik”. Murni mempunyai perasaan terhadap Mukhlis namun perasaannya dipendam kerana dia menyangka Mukhlis mempunyai hubungan homoseksual denga Ayim (lakonan Helmy Moin).

 

Murni mula mencari Mr Right untuk dirinya, dan beliau disokong lagi oleh rakan baiknya Mukhlis dan Stacy yang memasukkan profile beliau ke laman web temujanji dan menemukan Murni dengan Iqwal. Walaupun pada hakikatnya Mukhlis juga mencintai Murni, tapi Mukhlis membiarkan Murni menjadi dirinya sendiri dan mencari cinta sejati.

 

ERY_1408

Adik Iqwal, Zizi juga berusaha menjodohkan Iqwal dengan Murni. Iqwal yang sudah mula menyukai berusaha membuat Murni jatuh cinta padanya. Di saat perasaan Murni pada Iqwal berputik, Ayim tampil memberitahu kebenaran mengenai hubungan sebenar dia dan Mukhlis dan Ayim turut memberitahu Murni perasaan cinta Mukhlis yang sebenarnya..

 

ERY_9675

Mukhlis kemalangan dan rahsia Iqwal pula terbongkar. Adakah Murni dan Mukhlis akan bersatu? Atau Murni akan memilih Iqwal? Apakah rahsia Iqwal yang terbongkar? Dan apa hubungan sebenar Mukhlis dan Ayim?

 

Dalam filem ni juga ada diselitkan mengenai kisah rumah tangga Stacy (lakonan Mon Ryanti) dan Felix (lakonan Kamal Faridz). Rumah tangga mereka goyah kerana perangai Felix yang gemar berfoya-foya. Jadi apa kesudahannya pula kisah Stacy??

 

 

ERY_8872

Haaa takkan aku nak story mory semua benda pulak. Kalau korang nak tahu, korang kenalah tonton filem ni kat pawagam sebab mulai hari ni (21 Jun 2012) filem H.A.C.K.S. ni akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia! Filem romantik komedi ini sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. So bawaklah kawan-kawan, sedara mara, jiran tetangga semua tonton filem ni okay?

 

ERY_7712

Bagi aku filem ni cukup santai dan ada elemen romantik serta komedi. Jalan cerita pula ada some part yang agak slow (dari pemerhatian aku) dan ada part yang berjalan tak laju tak perlahan, just nice. Penampilan Siti Chubby dalam filem ni sebagai pembantu spa di tempat Murni bekerja juga menambah seri filem ni dengan keletah lucunya tu.

 

 

ERY_9448

Lakonan Fezrul Khan masa dia nangis teringatkan cinta beliau yang sebelum ni pun menyentuh hati aku sebab beliau betul-betul menangis. Satu pembawakan watak yang agak beremosi, menunjukkan bahawa beliau betul-betul mencintai kekasihnya sebelum ni.

 

 

ERY_9398

Babak yang paling aku suka ialah bila rahsia Iqwal ni terbongkar, dan Zizi adik Iqwal ni menangis bagai nak rak, macam betul-betul pulak. Ehhh berlakon filem haruslah macam betul-betul kan baru lah menghayati habis! Aku pon rasa sebak je tengok. Iskk.. iskk..

 

Namun begitu aku tak nampak kemesraan antara Murni dan Mukhlis sebagai sahabat baik, tapi kemesraan tu lebih kepada pasangan kekasih pulak. Tapi takpe, still okay jalan cerita dia. Aku nak bagi 3.5 bintang ni! Korang pergi tengok tau. Lagu tema dia pon best, syahdu je aku dengar! Hehehe… Kalau nak tahu cinta platonik tu ape, moh le tengok filem H.A.C.K.S. !!

 

 

“Bolehkah persahabatan tanpa percintaan? Dan bolehkah percintaan tanpa persahabatan?” – Ollyn Khadri (18 Jun 2012)

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Wednesday, June 20, 2012

Vote for me in EH! : Levi's Curve ID Blogger Award

[STICKY POST] Scroll down for new entry.



Assalamualaikum…


Pergghhh nak menaip balik rasa semacam la pulak. Kalau korang pembaca tegar ni perasan la kan, seminggu dua ni memang aku malas ya amat nak menaip entry. Puhhhh rase terabai giler blog daku ni. Isk isk.. Okaylah jom lah kembali ke jalan yang benar mengapa aku menulis entry ni…



levis

Seperti yang korang baca kat tajuk entry ni, aku nak seru korang semua yang membaca, yang secara tak sengaja masuk ke blog ni, atau sekadar datang nak tengok-tengok, meh la ramai-ramai undi aku untuk EH! : LEVI’S CURVE ID BLOGGER AWARD.



AMARAN KERAS!!! Gambar yang aku submit untuk contest ni sememangnya gambar lama yang tak edit langsung dan muka poyo!! Masa nak submit tu aku macam main-main je submit gambar yang dipilih secara sambil lewa. Sekali tersenarai dalam senarai peserta memang kelam kabut lah aku!!



Okay first sekali korang pergi ke link ni :
http://www.eh.com.my/levis-curve-id-blogger-award-undi



Lepas tu korang klik VOTE kat gambar aku tu (abaikan muka comot aku) :
levis 2




Lepas tu skrol ke bawah dan klik lagi butang VOTE :

levis 3





Untuk ketelusan mengundi, setiap yang nak mengundi kena register dulu, so klik Register to Vote kalau anda belum pernah register :

levis 5





Lepas tu just isi la borang simple ya amat ini. Tak sampai 5 minit pun nak isi borang okay??

levis 6

Lepas isi borang, korang pergi kat emel yang korang dah daftarkan tu, dan aktifkan registration anda melalui emel dari EH!. Kemudian dah boleh start mengundi, satu undi satu hari!




So jangan lupa ye ajak sedara mara, kawan kawan, jiran jiran semua undi ye. Walaupun aku tahu aku TAK mungkin menang aku compete dengan orang-orang yang hebat, tapi aku tetap nak menyeru korang untuk undi aku. Herherher…



PSSTTT !!! Pengundi bertuah akan memenangi baucer Levi’s bernilai RM300!! Mungkin anda? Anda? Atau anda??? Undi hari-hari tau! Kekekee… Kbai.




Sign PNG NisaKay

Read More»

Animal Superpower

 

Assalamualaikum…

 

Apakah meroyannya aku menulis pasal animal superpower ni? Kalau orang lain kat luar sana yang adore superhero dengan kuasa api lah, terbang lah, extra kuat lah, aku pulak teringin nak ada animal superpower. Apa tak cool ke ade animal super power? Spiderman tu ada animal super power? COOL GILA kot!!

 

POSTER

Kalau Spiderman mendapat superpower dari labah-labah yang membolehkan beliau tangkas bergerak, boleh keluarkan spider web dan melayang dari satu bangunan ke satu bangunan, aku pun teringin jugak nak ada animal superpower!

 

 

socky4

Kalau aku ada ANIMAL SUPERPOWER, aku memilih nak jadi kucing! Erkkk bukan jadi kucing terus, maksud aku, aku nakkan ciri-ciri dan sifat dari seekor kucing tu sebagai superpower yang aku ada supaya aku boleh lawan orang jahat!! Ala-ala catwoman la katakan..

 

 

socky2

YANG PERTAMA SEKALI… Bagi aku, mempunyai sifat seekor kucing mempunyai penyamaran terbaik! Kucing secara naturalnya mempunyai sifat manja, dan bagi aku sifat manja tu boleh digunakan sebagai teknik penyamaran. Kebanyakan dari kita menyukai kucing dan sama sekali tidak menganggap kucing sebagai ancaman seperti haiwan lain, soooo memang tepatlah untuk memperdaya pihak lawan, ye dak?

 

 

socky1

YANG KEDUA.. Mata kucing yang buat hati aku cair tu boleh melihat dalam gelap! Sifat ini sangat penting untuk superpower aku sebab aku boleh bersembunyi, melihat dan bergerak tanpa sebarang masalah di dalam gelap. Mata kucing yang bersinar dalam gelap tu jugak boleh digunakan untuk menakutkan pihak lawan.

 

 

socky3

YANG KETIGA pulak, aku nak ada animal superpower kucing ni sebab bagi aku kucing ni haiwan yang sentiasa peka. Dia tahu bila kita memerhati dia, bila kita dekat je dengan dia, dia akan terus lari kalau dia tak suka kita. So, aku nakkan sifat kucing yang sentiasa alert tu, sebab ia satu ciri penting dalam menumpaskan penjahat!

 

YANG KEEMPAT.. dengan animal superpower kucing ni, aku boleh menyerang penjahat dengan kuku tajam aku yang aku sembunyikan, dan juga menggigit dengan gigi aku. Berbalik kepada sebab yang PERTAMA, kucing ni nampak je manja tapi peka (sebab ketiga) dan pantas menyerang.

 

YANG KELIMA dan yang terakhir sekali, kucing ni merupakan haiwan yang tangkas dan aktif bergerak. Jadi, untuk menjadi seorang superhero, kita mestilah jadi superhero yang sentiasa pantas bergerak dan bertindak. Mana ada superhero yang bermalas-malas aje kan? Kalau ada memang lingkuplah!! Hahaa.. Baiklah, sekian sahaja aku berangan nak ada animal superpower. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

GIVEAWAY: 1960 Moustache

 

Assalamualaikum…

 

Woahhh dah lama tak join giveaway! Malas nak cakap panjang, jom korang join jugak giveaway dari online shop 1960 Moustache ni!

 

1. Like page 1960 Moustache.

2. Sebarkan mengenainya.

3. Paste link blog anda DI SINI !!

 

Mudah yang teramat mudah sangat sangat kan? So ape lagi? Tak sampai 5 minit pun kalau nak join! Jom ramai-ramai join jugak.. By the way… hadiah-hadiah nya adalah…

 

giveaway1

SEORANG pemenang bertuah akan memenangi sehelai baju dari 1960 Moustache, dan boleh pilih mana-mana yang pemenang tu nak!

 

 

giveaway2

5 pembaca bertuah pulak akan memenangi mana-mana cincin pilihan hati.

 

 

Jom join. Jom join. Kbai.

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Monday, June 18, 2012

NESCAFÉ UHT Milk Coffee baru yang best best best!

 

Assalamualaikum..

 

Bagi seorang yang kurang menggemari sebarang minuman kopi, memang aku ni susah lah nak minum kopi. Tapi kadang-kadang aku teringin jugak minum kopi atau Nescafe. Sebab aku tengok Nescafe banyak jugak variasi kopi yang sedap-sedap.

 

Aku rasa aku ni macam budak-budak yang baru nak membesar dan baru nak membiasakan diri dengan minuman berkafein macam ni. I’ve been wondering for quite some times, ada tak minuman kopi yang sesuai untuk golongan yang masih baru terhadap minuman berkopi macam ni???

 

P1010439

Dan yeahhhh Nasib baik dengan adanya NESCAFÉ UHT Milk Coffee yang baru ni kompem ubati kekecewaan aku yang susah nak menikmati kopi woot woot! Nak tahu kenapa?? Sebab NESCAFÉ UHT Milk Coffee ni ialah minuman kopi berperisa sederhana, dengan rasa yang lebih bersusu.

 

 

NESCAFE 13

HAKHAKHAK!! Comel tak aku? Tu kawan aku tu nama dia Elfiandri. Sorry ye El, dah macam Justin Bieber lak rambut kau. Ahaksss… Macam mana nak buat gambar macam ni? Jom weh ramai ramai ke facebook fanpage NESCAFE LIGHT LIGHT niii!! Korang pon boleh kembangkan muka korang macam aku buat!

 

Tengok video ni betul-betul macam mana nak main application kembangkan muka tuh. Kekekeke… Kalau tak faham jugak mari sini semua mari rapat aku tunjukkan step by step macam mana nak main application ni.

 

 

NESCAFE 1

STEP 1 – Pergi ke link https://www.facebook.com/NescafeLightLight dan klik LIKE pada page Nescafe Light Light ni (kalau belum like)

 

 

NESCAFE 2

STEP 2 – Klik pada kotak aplikasi NESCAFE UHT Dare U Slurp

 

 

NESCAFE 3

STEP 3 – Bila paparan macam ni keluar, korang klik PLAY NOW

 

 

NESCAFE 4

STEP 4 – Klik Go To App

 

 

NESCAFE 5

STEP 5 – Klik Allow

 

 

NESCAFE 6

STEP 6 – Klik Play Now sekali lagi.

 

 

NESCAFE 8

STEP 7 – Pilih gambar dari folder Facebook atau Desktop atau webcam.

 

 

NESCAFE 9

STEP 8 – So bila dah pilih gambar tu korang boleh adjust posisi dan saiz muka. Baju dan rambut pun boleh pilih..

 

 

NESCAFE 10

STEP 9 – Tarik gambar Nescafe UHT Milk Coffee tu kat tangan.

 

 

NESCAFE 11

STEP 10 – Lepas tu korang kena klik banyak banyak banyak kali pada kotak tu. Klik selaju mungkin tau! Makin laju korang klik, makin kembang la kepala korang. Kekekee…

 

 

NESCAFE 12

STEP 11 – Haaa bila dah kembang kepala korang tu, boleh lah pilih background yang korang suka. Lepas tu post gambar kat facebook! Hahaa..

 

 

NESCAFE 14

Haaa satu lagi gambar! Kihkihkihh… Comel tak?? Comel tak?? Korang pun try la application ni. Kelakar pulak! Jangan lupa pergi kat facebook fanpage NESCAFE LIGHT LIGHT lepas tu try application ni tau! Lalalaa…

 

 

Picture2830

Okay aku rasa kalau in real life macam ni kot muka aku kalau kembang! Kekekee… Personally aku sukakan rasa bersusu Nescafe UHT Milk Coffee ni. Rasa kopinya tak berat, so aku boleh minum yeayyy! Best best best! Jangan lupa dapatkan Nescafe UHT Milk Coffee  kat kedai berhampiran okayh! RM1.50 jeee sekotak!

 

Psstttt! Jom tengok video aku dengan kawan-kawan enjoy Nescafe UHT ni.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay