Sunday, May 20, 2012

WHOLESALE PRE-ORDER : Printed Square Hijab

 

Assalamulaikum..

 

Seperti yang diketahui ramai, aku mempunyai online shop aku sendiri iaitu Mini Shopaholics Online Shop. Aku berniaga kecil-kecilan aje.. dan alhamdulillah perniagaan aku berjalan dengan agak baik. Namun aku menguruskannya seorang diri.. Jadi harap semua pelanggan memahami keadaan aku yang sibuk ni…

 

BS-02-horz-vert

Dan baru-baru ni aku ada jual Printed Square Hijab (PSH) atau turut dikenali dengan nama Tudung Obama… Kalau nak beli secara individual boleh terjah ALBUM INI yaaa… Sekali lagi, syukur alhamdulillah jualan sangat okay walaupun tak sekencang mana. Ye lah.. baru bermula kan..

 

Dan sekarang aku nak buka peluang kepada kalian semua untuk membeli tudung ni secara borong dengan harga yang sangat murah. Kalau korang taknak jual semula tudung ni, korang boleh beli untuk pakai sendiri.. atau ajak kawan-kawan order sekali. Bila banyak, dah boleh dapat harga borong.

 

P5190001

Kini aku buka WHOLESALE PRE-ORDER bagi sesiapa yang berminat nak membeli secara borong. Oleh kerana kekangan masa, aku hanya mampu bukak pre-order seminggu sekali untuk jualan borong ni ye… sebab aku bukan full time meniaga..

 

Tempahan borong dibuka dari 19hb Mei hingga 25 Mei 2012.

 

1 - 9 helai (Retail Price) = RM12 sehelai 

Boleh di dapati di fan page Mini Shopaholics Online Shop

 

10 - 19 helai (Wholesale Price) = RM7 sehelai

 

20 helai dan ke atas (Wholesale Price) = RM6 sehelai

 

- Corak dan warna TIDAK boleh dipilih. Akan diberi secara rawak. -

 

 

Postage 10 - 15 helai :

RM8 (semenanjung Malaysia)

RM10 (Sabah & Sarawak)

 

Postage 16 helai ke atas :

RM12 (Semenanjung Malaysia)

RM15 (Sabah & Sarawak)

 

 

Tempahan boleh dibuat di sini :

ORDER FORM

Di ruangan Kod Barangan, letakkan “Printed Square Hijab (jumlah tudung)”

Contoh : Printed Square Hijab 20pcs

 

 

 

  JIKA ANDA INGINKAN PEMBELIAN BORONG UNTUK BARANGAN SEPERTI BAWAL PLAIN / 2TONE / 3TONE SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. WE WILL TRY TO GIVE THE BEST PRICE FOR YOU!!

 

Selamat shopping yeaa….

Sign PNG NisaKay

8 comments :

Aldy Shah said...

Ok, untuk pompuan, hanya mampu melihat, hahaha

baby boo said...

kejap2...nk confirm lg skali.. 20 helai = RM 6? betul?

shopaholic sisters said...

kalau preorder bila boleh dapat? lambat tak?

Nisa Kay said...

@baby boo

bukan 20 helai = RM6 lah..
matilah saya macam tu., hehe

Kalau beli 20 helai ke atas, dapat harga "RM6/PC"

maksud nya RM6 PER PIECE...

Nisa Kay said...

@shopaholic sisters

Tarikh tutup preorder ialah 25 mei.
tudung akan dpt dalam masa seminggu lepas tarikh pre-order tutup.

Nowa Buddin said...

wow, cntik cntik, nnti kite terjah ye =)

decent said...

berminat!
tp mmg xbole plih ke warne..
sbb based on album pic here--> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.221797614601520.49016.139611566153459&type=3
5 gmba treakhir tu pattern dy xlawa sgt la..ngt nk angkt 30 helai nk jual blek..tp klw dpt pattern 5 treakhir tu..takot org x bli...

Nisa Kay said...

@decent

I dah state kat atas :

Corak dan warna TIDAK boleh dipilih. Akan diberi secara rawak.

Warna dan corak yang akan diberi tidak ikut yang dalam album kat fan page online shop tu pun.