Saturday, May 19, 2012

TIPS : Kesalahan yang sering dilakukan di dalam penjagaan wajah

 

Assalamualaikum..

 

Cara-Sederhana-Merawat-Wajah-Agar-Tetap-Cantik

Kalau dah namanya perempuan memang tak sah kalau tak menjaga wajah. Wajah merupakan aset penting bagi wanita. Juga penting untuk menimbulkan impression orang lain pada kita. Namun pun begitu di dalam obsesi menjaga wajah, kadangkala ada juga kesalahan-kesalahan yang kita lakukan secara sengaja atau tidak.

 

 

Apply-Make-up

1 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR !!!

Kesalahan ni sering kali dilakukan bila kita dah penat dan sangat mengantuk. Balik je rumah, nampak bantal busuk, nampak katil empuk, terus lupa atau malas nak bersihkan mekap kat muka. Lepas tu tidoooo je.

Mekap yang dipakai seharian adalah sudah “rosak” kerana terdedah kepada udara tidak bersih dan sinaran cahaya matahari. Lepas tu tidur pulak dengan mekap tu di wajah, akan mengganggu proses kritikal kulit yang berlaku semasa kita tidur.

PENYELESAIAN : Sediakan wet tissue / make up remover di dalam bentuk wipe tissue kat tepi katil. Jadi bila tengah baring tu pun tolonggg lah bersihkan dulu mekap tu ye!

 

 

Splash

2 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA DI WAKTU PAGI !!!

Kadangkala, ada di antara kita yang rasa muka dah cukup bersih bila bangun pagi sebab sebelum tidur dan cuci muka. Ye lah.. bukan buat apa pun.. Tido je kan? Kulit kita bernafas kan sebab dah cuci muka?? Haaa salah tanggapan tu yeh!

Tahukan korang.. kita kena tidur 8 jam supaya kulit ada masa yang cukup untuk menjalankan proses pembaharuan. Maka itulah orang kata tidur yang cukup ialah petua wajah cantik! Jadi, sepanjang proses pembaharuan tu berlaku, macam-macam jenis toksin dan produk metabolik dibuang dari kulit.

PENYELESAIAN : Jangan lupa cuci muka di waktu pagi! Cuci pakai air suam je pun takpe, lepas tu bilas dengan air sejuk.

 

 

photogallery-washing-face-woman-with-sudsy-face

3 – MENCUCI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN SABUN BERDEODORAN !!!

Hahhh.. sebut deodoran ni jangan pulak korang ingat deodoran untuk ketiak je. Sabun berdeodoran maksudnya sabun yang ada pewangi. Senang cite sabun mandi lah kan. Ramai yang menyangka ia mungkin tidak merbahaya pada kulit, tapi..

Tahukah anda menggunakan sabun badan untuk muka akan mengganggu lapisan lipid halus pada kulit wajah. Kesannya? Akan menyebabkan kulit muka kering, iritasi atau kedua-duanya sekali.

PENYELESAIANNYA : Gunalah HANYA pencuci muka untuk wajah anda. Jangan guna sabun buku pulak!

 

 

treat-large-pores

4 – MENCUCI MUKA SECARA BERLEBIHAN !!!

Ambuiii mentang-mentang suruh cuci muka, habis disentalnye muka tuh! Haaa mencuci muka secara berlebihan bermaksud menggunakan terlalu banyak sabun, menggosok atau menyental muka dengan kasar. Serius aku pernah tengok orang cuci muka dia, pastu ambil towel pergi sental-sental pipi dia.

Korang pikir lagi kuat sental muka tu,lagi bersih la?? NO NO NO!! WRONG!! Perbuatan yang kasar pada kulit wajah akan menyebabkan kemerahan pada kulit, iritasi dan juga kekeringan.

PENYELESAIAN : Urut wajah dengan lembut menggunakan jari, atau guna scrublet yang diperbuat dari getah dan tekstur lembut.

 

 

11111-horz-vert

5 – MEMILIH PENCUCI MUKA YANG TAK SESUAI DENGAN JENIS KULIT ANDA !!!

Jangan hanya kerana kawan korang pakai pencuci muka jenama A, dia nampak lawa, korang pun nak beli jugak! Apa yang sesuai atau menjadi pada orang lain tak semestinya jadi pada kita jugak kan?

Salah memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit bukan aje tak dapat kesan yang diharapkan, takut nanti effect lain pulak menyerang muka. Haaa kan dah satu masalah pulak tu…

PENYELESAIANNYA : Jumpalah doktor /pakar / penasihat kecantikan bertauliah untuk menganalisa jenis dan keadaan kulit korang, dan minta nasihat mereka mengenai produk penjagaan wajah yang sesuai.

 

 

eliptical-workout

6 – TIDAK MEMBERSIHKAN MEKAP SEMASA BERSENAM !!!

Ambui wanita zaman sekarang. Tak cukup menjaga muka, badan pon haruslah jaga bagi tiptop meletopsss kahnnn.. Tapi takkanlah pergi gym atau sekadar bersenam kat rumah pun nak pakai mekap? Haa meh sini nak ingatkan bagi mereka yang suka mekap atau malas bersihkan mekap masa bersenam.

Bila kulit berpeluh dan bercampur dengan mekap, ia hanya akan membuatkan kulit korang lebih cenderung untuk berjerawat dan menghadapi masalah kulit. Haa kang dah elok-elok badan tip top, sekali muka lak penuh jerawatss…

PENYELESAIANNYA : Luangkan beberapa minit untuk mencuci muka. Dan jangan lupa tukar baju yang dibasahi peluh tu cepat-cepat lepas bersenam bagi menghalang pembiakan bakteria kerana belakang badan juga cenderung untuk berjerawat.

 

 

*          *          *          *          *

 

Haaa… lepas ni tolongggg lah take note akan kesalahan yang biasa korang lakukan. Sebenarnya tak susah dan leceh pun menjaga muka ni kalau kita dah biasa lakukannya secara teratur dan berdisiplin. Bila kulit dah ada macam-macam masalah tapi baru nak start jaga betul-betul memanglah susah dan leceh! Kbai.

 

 

 

Sumber : Shine Yahoo!

Sign PNG NisaKay

16 comments :

Sofia Kim said...

oke.. penah buat semua.. btw, sya masih seorg pelajar.. nak dpt tidur 8 jam sehari tue memang tak bley.. busy.. huhuhu~

Acik IeyMah said...

nice sharing..Alhamdulillah..stkt ni acik disiplinkan diri.

Anonymous said...

ai ai...faham....hehe

http://qasehkuwardah.blogspot.com

❤farahin izzati❤ said...

terima kasih atas info ni sis ;)

ieka zurika said...

letih balik keje ttdo x cuci makeup.. yeah penah bt..hehehe..

http://iekalife1990.blogspot.com/

nyna amani said...

Slalu buat is x cuci make up before sleep. Hee..

♥ MS ♥ said...

thank sis :)

juliakamaludin said...

nice sharing nisa,but sometimes dapat tidur 3 4 jam je.terlalu sibuk.

Etong said...

thanks for the tips!

steffany daph said...

ic.. so, kena basuh muka la kan b4 tido (: nice.. info ni penting lh (:

Wawa Rosli said...

wah...cmtu upenyer...kdang2 xsempat nk wash my face lepas balik sek...penatla katakan...hahaha..pasni xmo buat dah...insap dooooowh!! hehe

✿ Milly Molly ✿ said...

Selalu bantai je pakai pencuci muka. Tukar2. Huhu

Btw, nice share. Thanks :)

Nafisah Ruslan said...

tips yang seriusly berguna! :D

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

okay, tidur selama 8 jaam.. mmg x lah kann ... hehe .. stdent bizi xsmpat nk tido lame tu .. kalo takat 5 jam, it sokay, normal lah tu .. hehehee

Maziah Jamaludin said...

Ye betul tu..mekap ke tak mekap, yang penting kena make sure muka bersih sebelum tidur..lagi2 sekarang udara tak berapa bersih, kotoran senang melekat & menyumbat pori muka...

Mengapa MAKEUP REMOVER Penting Walaupun Tidak Memakai Makeup?

syaz wana said...

Hi my skin is dry and i tanya promoter watsons tu suruh beli nanowhitefresh yg formulated utk oily so how? Boleh percaya ke? My skin is dry type boleh ke pakai produk utk oily? Haih