Thursday, May 10, 2012

Nuffnang Trip to Awana Kijal Terengganu – PART 5

 

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

 

Assalamualaikum…

 

P4214374

Okay, bersambung dari PART 4, perjalanan Kampung Tour kami para blogger Nuffnang diiringi beberapa staf Genting pergi ke kawasan pantai Cherating dan singgah di Ghazali Arts Gallery.

 

 

P4214357

Dekat sini pengunjung boleh beli lukisan yang dah siap dicanting di atas kain putih dan boleh mewarnakannya ikut citarasa masing-masing. Setiap lukisan ni berharga RM10 sahaja…

 

 

P4214356

Dekat Ghazali Arts Gallery ni juga ada kedai baju dan cenderamata yang bersambung di sebelahnya… So korang bolehlah beli baju-baju motif batik kat sini. Beli dress nak dipakai untuk bersiar-siar kat tepi pantai pon boleh. Kat kedai cenderamata pun macam-macam ada.

 

 

P4214361

Yeahh bebudak ni merupakan yang pertama memulakan aktiviti mewarna lukisan yang dah siap dicanting. Kemain semangat anak-anak Kak Red dan Ethan (baju kuning) anak blogger submerryn.com mewarna.

 

 

P4214369

Ohhh ye.. tak menahan tengok bebudak mewarna batik, aku dan yang lain pun nak jugekkk. Maka ku korbankan RM10 untuk membeli kain yang siap dicanting dan mewarna. Hohohooo… Malangnya aku bukanlah pandai mewarna batik…

 

 

P4214372

Yang paling hujung belah kanan tu aku punye lukisan. Hakhakhak warna pokok bunga yang cliché. Orang lain punye la kreatif warna warni, aku punye batik biasa-biasa aje. Kalau bagi mak aku buat kain batik pakai kat umah boleh tak? Kekekee..

 

 

P4214375

Sebelum balik haruslah kita camwhore dulu ye.. Aksi dirakam bersama blogger sporting dan rajin pergi event : Rabiatul Adawiyah atau nama glemer beliau dalam dunia blog ini Ruby. Hehehe…

 

 

P4214411

Lepas tu kami semua pergi lunch.. Kebetulan tempat lunch tu sebelah je dengan sungai ni haa.. ehhh sungai.. ehh laut. Errrr entahlah.. Hahahha aku, Cik GKSB, dan anak-anak Kak Red main lelompat la pulakkk..

 

 

P4214423Sesudah mengenyangkan perut, kami semua menuju ke kawasan yang menempatkan banyak gerai-gerai makanan yang diperbuat daripada hasil laut. Macam-macam lah benda yang dijual kat sini. Memandangkan aku balik rumah sewa, so takde orang nak makan kalau aku beli banyak-banyak pun.. Sudahnya aku tak membeli apa-apa kecuali sagu.

 

Okay sekian entry untuk bahagian kali ini.. InsyaAllah ada satu atau dua.. atau..tiga entry lagi mengenai percutian ni. Maaflah kalau rasa blog aku ni bosan sangat, asyik cerita pasal travel aje. Hukhuk… dah nak wat camne, banyak rezeki jalan-jalan pulak kali ni.. Jumpa di bahagian seterusnya! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

11 comments :

Ummi Iman said...

Singgah tengok nisa jalan2 di awana kijal. Good luck untuk digi award

I`mulan said...

bestnya dapat ikut... :-)

Riena Haiqal said...

tak boring ar kalau baca entry Nisa tiap2 saat pun tak per... best pulak nengok korang bercuti2 ni.. :)

Merryn said...

Dah frame tak hasil batik awak tu? :)

Miss uCu said...

best nye..bila la agaknya miss boleh join ni:)

Atiqah Wadiah said...

klu sy jd nisa,sy dh borong byk2 dh sotong kering tu..hikhik

si tuyUk said...

wah..seronok nye..hihi..penah g sabah x?last yr cuti depavali orang g sabah..best jugaklah..hihi..so boleh lah jenguk kat sini kalo first time g sabah..btw sabah sangat best http://cheesecakecintahoneystarz.blogspot.com/2012/05/selamat-datang-ke-pulau-manukan-dan.html

syahirooAhmad said...

hai nisa kay. 1st time jumpa blog ni terus melekat.. hehe.. leh la jadi geng blogger baru anda.. :)

Amy Farhana said...

Mencanting batik best sangad :)

[z@ck] said...

kira ok la tu ada jugak rupa batik.cuba kalau aku yang buat, rasanya budak darjah satu punya canting lagi cantik kot.HAHAHA

edda(",) said...

best!