Tuesday, May 8, 2012

Nuffnang Trip to Awana Kijal Terengganu – PART 4

 

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

 

Assalamualaikum…

 

P4214233

Okay jom sambung kisah percutian aku ke Terengganu bersama blogger-blogger Nuffnang. Kisah part 4 ni pulak kisah hari kedua di sana. Pagi tu aku turun lewat sikit dari blogger lain sebab malas gila bangun and bersiap lama. Aku turun ke restoran dan memilih untuk breakfast makan bijirin honey star kegemaran aku.

 

P4214236

Ouhh my!! Bila dah kenyangkan perut dengan honey star and some bread, on the way nak keluar restoran tu barulah terpandangkan waffle nih! Nampak sedap tapi kami semua dah nak bertolak untuk kampung tour, so tak sempat nak grab satu. Sempat ambik gambor aje.

 

 

P4214253

Haruslah bergambor secara berjemaah dulu kan sebelum bertolak ke kampung tour. Spotted blogger : DD Fabulous, Rabiatul Adawiyah (dipanggil Ruby), Cik Lily Putih, Madam Mondoq, Fazrol dan Uzair Othman.

 

 

P4214263

Yeahh untuk kampung tour hari ni kami menjejakkan kaki ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu yang terletak di Cherating sebagai lokasi pertama. Ini pose wajib aku kira? Harusss bergambar di pintu masuk uolls!

 

 

P4214276

Ini Pak Haji yang setia menerangkan informasi mengenai penyu, dan juga tak jemu-jemu menjawab soalan-soalan kami yang datang melawat ni. Maklumlah kami ni tak tahu menahu pasal penyu. Tu yang dok tanya-tanya kemain kat Pak Haji ni.

 

 

P4214271

Dalam kolam pertama ada 3 ekor penyu yang dah besar. Ada dua ekor green turtle dan hawksbill sea turtle. Boleh nampak kan perbezaan pada corak cengkerang kedua-dua penyu?? Kalau tak silap aku yang kiri tu green turtle, dan yang kanan ialah hawksbill turtle.

 

 

P4214295

Lepas tu, kolam yang kedua pula ada anak-anak penyu. Awww yang kecil tu sooo cute tau! Geram nak pegang. Tapi menurut Pak Haji tadi, rupanya penyu ni sensitif bila kita duk pegang-pegang dia walaupun cengkerang dia keras.

 

 

P4214332

Lokasi kampung tour yang seterusnya ialah Pusat Anyaman Mengkuang, yang terletak di Kampung Cherating. Rasanya takdelah jauh mana pun dari santuari penyu tadi.. Tak sampai 15 minit perjalanan pun. Ahhh check google map sendiri boleh? Hikhikk…

 

 

P4214346

Aku mulanya duk sebelah makcik tu sebab nak ala-ala posing untuk ambil gambar aje. Lepas tu makcik tu insist nak suruh aku try menganyam. Hamik kau menganyam jugak lah akuu. Harharr.. nak sambung anyaman kat tepi tu senang lah kot. Yang penting kekemasan dan kecekapan menganyam.

 

 

P4214347

 

P4214351

Kat situ jugak banyak hasil anyaman yang dijual dalam pelbagai bentuk. Ada purse yang kecil besar dan pelbagai bentuk, ada handbag yang pelbagai rekaan.. keychain.. ish macam-macam lah.. As for me, memandangkan modal tak banyak (sadiss) aku beli dua bekas untuk menyimpan aksesori aku.

 

Ahhh malas pulak aku nak menaip lagi.. Aku tak suka entry meleret-leret. Biar banyak entry aku bila aku pecah-pecahkan entry aku kepada beberapa bahagian. Jumpa lagi in the next part. Kbai.

 

 

Like Saya Suka Menaip's fanpage for more pictures of the trip!

Vote me for Nuffnang Blogger Of The Year in DiGi WWWow Awards. CLICK HERE NOW !!!

 

 

Sign PNG NisaKay