Sunday, May 13, 2012

Lahirkan idea kreatif anda untuk The Sparkle Project


Assalamualaikum..



Yuna GALAXY Note_Picture 2


Masih ingat lagi mengenai entry aku yang terdahulu? Di mana aku meminta jasa baik para pembaca semua agar bantu Yuna untuk merealisasikan THE SPARKLE PROJECT dengan kerjasama Samsung. Apa yang perlu korang buat hanyalah submit idea yang kreatif dan sesuai untuk projek ini di www.sparkleproject.my :)




Capture

Tema THE SPARKLE PROJECT kali ini ialah HOPE AND COURAGE. Hmmm.. hope maknanya harapan, dan courage pula bermaksud galakan /sokongan. Jadi pada fahaman aku, idea yang ingin dilahirkan haruslah idea yang menunjukkan betapa harapan dan galakan itu saling memerlukan. Betapa kita memerlukan sokongan dari orang tersayang untuk mencapai apa yang diharapkan.


MY IDEA

Heee my idea?? Idea aku takdelah gempak mana pun.. Puas jugaklah aku bertapa atas katil demi memerah satu idea yang sesuai dengan tema Hope & Courage ni.. Huuu sabor jelah ye.. Golek ke kiri, tak dapat idea, golek ke kanan tak dapat idea jugak! Sudahnya layan Angry Bird Space dulu barulah sambung menaip!


ws_Longhorn_field_2_1024x768 (1)

Baiklah, dalam idea aku tu aku bayangkan padang rumput yang hijau, bersih dan luas. Dan dengan langit biru. Lepas tu glitter /shiny paper yang dah dipotong kecil-kecil jadi confetti tu berterbangan. Kalau malam pun boleh. Bila malam boleh pasang banyak lampu ala-ala iCity. So memang sparkle dah kat situ kan? Tapi kalau nak simpan dulu confetti tu takpe. Boleh guna kemudian.



sparkle idea

Haha!! Gigihkan aku lukis. Okay berbalik pada idea tadi. Di atas padang nan luas dan indah pulak tadi, ada ramaiiiii sangat orang yang berdiri berpasang-pasangan. Seperti gambar yang aku lukis di atas, pasangan-pasangan tu masing-masing akan sama-sama memegang belon. Dan pada belon tu terlukis / tertulis harapan serta impian yang nak dicapai.


Perlakuan sama-sama memegang tali belon pula simbolik kepada dorongan, sokongan atau galakan yang diberikan terhadap satu sama lain untuk mencapai atau merealisasikan harapan tersebut. Lepas tu ramai-ramai lepaskan belon ke udara, simbolik kepada mencapai harapan seluas langit dan setinggi awan. Lepas tu confetti tadi boleh dilepaskan ke udara. SPARKLE!



Yuna GALAXY Note_Picture 8

Dan di hadapan sekali ialah Yuna yang berdiri di atas mini platform dan bermain gitar sambil menyanyiiii….dan pasangannya datang kepada beliau, dengan membawa belon ada gambar love dan mengajak Yuna sama-sama melepaskan ia ke udara.. weewitt!!!


Yeahhh itulah bayangan aku untuk salah satu bahagian di dalam klip video Yuna. Entah sesuai ke tak idea aku ni… Idea entah apa-apa aje aku rasa. Seriously. Hahah dah nak buat macam mana, nak taknak kena jugak perah otak! Hahaha… Okaylah jangan lupa hantarkan idea korang ke www.sparkleproject.my !!





Sign PNG NisaKay

13 comments :

DanieL AdiE said...

Samsung Galaxy Note kan??

Haaaa..adie boleh join la kan...sebab adie memang pakai Samsung Galaxy Note..huhu..

bdw, all the best nisa...

Riena Haiqal said...

Nisa ur kreatif. semoga berjaya.. :)

[z@ck] said...

idea yg menarik =)

AdilaAzmir™ said...

boleh bayangkan apa idea nisa tuh:)

LUTFI SYAFIQ said...

kenapa tidak TAB 7.7? kahkahkah! nak gak promote fon aku.. btw, otak ko ni geliga gak kan? cm best jer idea ko!

Cik Hujan said...

Contest sy pun guna idea kreatif jugak ^^ feel free to join.

Sally Yatiey said...

Menarik jugak idea Cik Nisa tu :)

gigiAriEma said...

ideea nisa menarik ape. gud lux dear. :)

Hanih Borhan said...

Bley dah kalau NK nak jadi director ni... Sweet idea tu. :)

shark said...

wow...
cambest jer idea nie..
harap2 tercapai ler yerk.

Anonymous said...

Ade pegi ou ke harini? Twitter - CheAmZam

Anonymous said...

Ptutla cam perasan td. berbaju oren ke brown rasanya kn?...sorry nak reply kt twitter xboleh - CheAmZam

Anonymous said...

Comel je orgnye tgk...insyaAllah klu trjumpe lg sy tgur :) - CheAmZam