Saturday, May 5, 2012

GIRLS STUFF – Facial Mask

 

Assalamualaikum..

 

Antara banyak bahagian yang perempuan selalu jaga, bahagian mukalah yang paling dititik beratkan. Ini kerana muka kita ni penyeri, muka kita ni perkara pertama yang dilihat orang, dan menjadi daya penarik. Dalam rutin menjaga kecantikan muka, salah satu step yang penting ialah penggunaan facial mask.

 

resize-of-facial-masks-from-taiwan

GAMBAR HIASAN dari Google

 

Kalau pergi Watsons atau Guardian mesti kita akan jumpa pelbagai jenis facial mask yang ada pelbagai fungsi dan khasiat untuk muka. Tapi kalau malas membeli, kita boleh gunakan bahan-bahan yang ada kat rumah atau supermarket untuk buat facial mask. Jom aku nak share sikit mengenai facial mask buat sendiri di rumah.

 

Tips-For-Getting-Rid-of-Acne

Gambar hiasan dari Google

 

KULIT BERJERAWAT :

Hancurkan 4 hingga 5 biji strawberi dan gaul sebati dengan satu sudu madu. Sapu rata di muka dan biar selama 15 minit. Lap dengan kain lembap.

Campurkan setengah batang timun, 1 sudu yogurt, beberapa biji straberry dan satu sudu madu. Gaul sebati. Kemudian sapu rata di muka. Lap bersih dengan kain lembap setelah ia kering.

Hancurkan setengah biji pisang, satu sudu madu dan 2 sudu krim masam. Gaul sebati. Sapu rata di wajah dan biarkan selama 10 minit. Sapu bersih wajah anda dengan tuala lembap.

 

KULIT BERMINYAK :

Gaul sebati sedikit oat dan air. Sapu rata di muka dan biarkan kering. Lap bersih wajah anda dengan kain lembap.

Campurkan 2 sudu besar bijirin jagung dengan air, jadikan mask muka. Biarkan selama 12 minit dan bersihkan muka.

Kisar putih telur, 1 sudu jus lemon dan setengah biji buah avokado. Sapu rata di wajah dan biar selama 20 mini. Bilas wajah dengan air suam, kemudian renjis muka dengan air sejuk.

 

 

Fruit-Masks-for-Different-Skin-Types2

Gambar hiasan dari Google

 

Sebenarnya banyak lagi info atau tips pasal facial mask yang aku nak share dengan korang. Yelah.. ilmu jugak ni kan.. Kalau berguna untuk kalian yang membaca, alhamdulillah. Niat aku untuk share aje.. Benda baik haruslah di share kan??

 

Nak cantik menarik, kenalah rajin sikit.. Korang boleh je guna facial mask yang banyak jual kat Watsons and Guardian tu sebab dah banyak yang dijual dengan murah sekarang. Cuma bagi yang rajin sikit boleh try la kot tips facial mask buatan sendiri tu. Okay lain kali aku share tips lain ye. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

12 comments :

Miss Anis said...

anis suka pakai mask aloe vera....melicinkan kulit....

♛ Azie Azra ♛ said...

thx for the tips! :D

FL blogh0use said...

cuba ni pulak.

campurkan bedak sejuk dengan serbuk kulit kayu manis - utk menghilangkan parut.

selalu buat cam ni jek sebab simple + mudah. ;)

dear yayah said...

x guna facial mask.. guna aloe vera terus dr ladang.. hehehehe

Sally Yatiey said...

Thanks for the tips. Nak try ;D

yusmarliza mohd yusof said...

tq nisa kay ..

Schajar McFlurry said...

strowberri pun bole gune? nice!

FL blogh0use said...

cuba ni pulak.

campurkan bedak sejuk dengan serbuk kulit kayu manis - utk menghilangkan parut.

selalu buat cam ni jek sebab simple + mudah. ;)

Rara Nasiha said...

rasa macam tak ada masa je nak buat sendiri mask. lebih suka beli terus je. Garnier is the best for now. :)

Atiqah Wadiah said...

suka pakai mask tomato..sejuk je bila tepek kat muka..hehe :)

alia zainol said...

alia sangaaattt suka pakai mask.pantang nampak je tambah2 lagi kalau packaging dia comel nak mampuss..teruss beli Heehe

FH said...

Hehe kalau buat sendiri lebih jimat dan takde bahan kimia ^_~