Wednesday, May 16, 2012

Genting Outdoor Theme Park – PART 1

 

Assalamualaikum…

 

Alhamdulillah selesai sudah entry-entry mengenai percutian ke Terengganu bersama-sama dengan wakil dari Nuffnang dan juga Genting Malaysia. Kali ni nak cerita pulak pasal kisah mendaki banjaran Himalaya untuk ke Genting Highlands dan menikmati permainan-permainan di taman tema luar Genting Highlands!!

 

P5034756

Aku dengan Pen Merah sampai lambat sebab kami datang naik kereta sendiri. Tak naik bas. Aku ada masalah untuk naik Genting dengan bas… Hukhuk… Makanya kami parking di hadapan Highland Hotel dan terpaksa berjalan agak jauh untuk ke pintu masuk taman tema…

 

 

P5034758

Pemandangan Genting Outdoor Theme Park dari atas, tempat laluan jalan kaki.

 

P5034761

Laluan pejalan kaki. Kiri dan kanannya kaca, so boleh tengok pemandangan.

 

P5034762

P5034764

Berselirat! Dah macam ulat pulak aku tengok.

 

P5034867

Yeayyy dah sampai pun di depan pintu masuk Taman Tema Genting.

 

P5034766

Aku ingat aku yang kecik ni dapat la tag CHILDREN. Lalalala.. ADULT dah aku ye. Hohohoo!!

 

P5034780

Memandangkan kitorang dah lambat sampai, maka kami terlepas untuk menaiki Solero Shot, Go Kart dan juga Banana Boat Ride.. ada lagi ride lain.. tapi aku lupa nama.. So permainan pertama yang aku naik ialah buaian 360 darjah ni. Pening aku dihayun-hayun wehhh! Seram sebab buaian tu tinggi wohooo!!

 

P5034770

Lepas tu nak feeling-feeling budak kecik kan.. Maka kami ramai-ramai serang Merry-Go-Round!!

 

P5034786

Bersenang lenang menikmati permainan yang sebenarnya untuk budak-budak! Tapi dah ramai pulak orang dewasa naik? Hohohooo…

 

P5034800

Lihatlah dunia blogger yang riang gembira dapat menaiki Merry-Go-Round ini.

 

P5034812

Me and blogger RAYYAN HARIES.

 

P5034773

Hafiz Hafizol, aku, dan TaylorLautner.. ehh!! Lutfi Syafiq laa.. Hohooo!!!

 

P5034806

Aku dan Hafiz Hafizol yang terlebih gembira dapat main permainan di Taman Tema Genting. Hahaha padahal belum habis acara lagi, dah posing melompat macam dah nak balik je! Hahaha..

 

Ke manakakah destinasi kami yang seterusnya? Nantikannnn next part!

 

 

Sign PNG NisaKay

7 comments :

ciksengeh :D said...

syg nye tak dapat naik solero shot . kalau kita g sane , itu yg kite pegi dulu . hehe :D

Riena Haiqal said...

Nisa :: comelnya kasut awak.... nak sebelah boleh? hikhikhik.. comel ar...
sangat2 best la korng.

hafiz hafizol said...

hahaha... Seksi nye aku lompat.. XD

Best kuar ngan Nisa.. Boleh bergambar byk2.. Hahaha

Rayyan Haries said...

okay, gambar semua comel tahap gaban..hahahahha.... jom genting lagi!

Nurul Akmal said...

Comel comel kanak2 riang main kat taman tema... hehehehe

shera said...

Genting !!! bestbya . dah laa tak pergi ...

Hanih Borhan said...

Argh, t'ingin gila nak pi Genting, tak ada rezeki lagi nak jejak kaki kat sana...

Untunglah awak! Haha...