Saturday, May 19, 2012

FILEM – Nongkrong

 

Assalamualaikum..

 

MasyaAllah lambat bebenor aku review movie ni. Bagi aku filem ni menarik dan berbaloi untuk ditonton. Siapa yang dah tengok tu kan mesti tahu kenapa kan kan kan… Kesibukan aku ke sana sini tak sudah-sudah membuatkan aku lupa nak review.. Wuwuwuu.. Takpe sempat lagi kan? Kire boleh ehh :P

 

Nongkrong 72dpi

Filem Nongkrong arahan Ismail Bob Hasim ini telah pun mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 Mei lepas. Hukhuk.. Lama tak lamanya aku baru nak up entry review?? Argghh Ketuk kepala aku laju-laju!!

 

 

ERY_0065

Filem ini mengisahkan Aman (lakonan Angah Rajalawak), Bada (lakonan Shaheizy Sam) dan Cumi (lakonan Epy Raja Lawak) yang menggunakan cara khurafat untuk mendapatkan nombor ekor bertuah. Mereka bertiga nekad bertemu bomoh dan bomoh tersebut telah menyeru puteri dari alam ghaib.

 

ERY_9590

Puteri Laut dan dayang-dayangnya muncul, justeru meletakkan syarat salah seorag daripada mereka haruslah mengahwini puteri tersebut sebelum puteri membantu mereka mendapatkan nombor ekor bertuah. Terpukau dengan kecantikan puteri tersebut, Bada terus bersetuju mengahwininya…

 

ERY_8152

Namun begitu, selepas puteri dan dayang-dayangnya bertukar wajah menjadi tersangat hodoh, Aman, Bada dan Cumi melarikan diri. Puteri tersebut sangat marah dan mula menggangu mereka bertiga dan keluarga mereka.

 

ERY_0307

PANDANGAN PERIBADI AKU :

  • Filem yang mengandungi nilai-nilai humor yang berjaya buat aku dan penonton lain bergelak ketawa.
  • Jalan cerita nampak tidak teratur, namun rupa-rupanya pihak pawagam tersalah mainkan reel. Sebab tu macam tunggang langgang sikit di pertengahan cerita.
  • Jalan cerita sudah bagus jika pihak pawagam tidak melakukan kesalahan tersebut.
  • Namun begitu, plot yang disusun dan mesej yang ingin disampaikan agak berjaya.
  • Babak Cumi bertemu teman wanitanya aku rasakan macam tak perlu masukkan pun tak mengapa.
  • Watak abang kepada Aman, iaitu Azan (dilakonkan oleh Man Rajalawak) nampak seakan tidak menjadi sebab dia gagal mencuit penonton dengan ajukan yang dilakukannya.
  • Babak berkejaran di dalam hutan pula terlalu panjang dan penonton cuma disajikan dengan adegan buka buka baju sebagai lawaknya.

 

ERY_9709

 

Macam yang aku cakap di awal-awal entry tadi, filem ni berbaloi lah kalau korang nak tengok kat pawagam. Aku bagi 4 bintang okayh? Sebab aku suka cite komedi seram macam ni. Takdelah nak gugur sangat jantung aku bila tengok. Kihkihkih… Kbai.

 

 

 

Sign PNG NisaKay

10 comments :

luqman zakaria said...

4 bintang?? kirenya agak menarik utk ditonton la yer.. huhuuh

Miss Primadona said...

waaaa teringin ank tgk skrg busy dgn exam ! hmm

❤ aQma_maNaF ❤ said...

shaheizy sam ! sgt comel :)

Srikandi Utara said...

filem sebenarnya menarik krn ada shaheizy sam ja..huhu

saharinasaharudin said...

rin dah tgk.huuu.kurg best la ;(

Si GadisSemasa said...

hmm , agak2 macam Ngangkung gak ke ehh ?

Nafisah Ruslan said...

tak minat langsung cerita2 seram ni walaupun cerita lawak.. -_-

niedaida said...

tengok muke diorang dah lawak he3

dian amiraa said...

for me, filem ni mmg best. duk gelak dri mula smpi habes. hikhik ^^

Riena Haiqal said...

ada Shaheizy Sam la.. memang nk kena tengok ni.. :)