Friday, May 25, 2012

FILEM – AKU ADA KAU ADA lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin & Kamal Adli

 

Assalamualaikum…

 

a

Bermula 24 MEI (semalam) filem romantik komedi muzikal arahan Rahila Ali telah pun ditayangkang di pawagam seluruh Malaysia. Filem yang menampilkan kelainan dari segi latar tempat dan muzikal ini dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli. Turut dibantu oleh Wana Ali, Suffian Ali, Angah Rajalawak dan ramai lagi.

 

 

DSC_0109 (2)

SINOPSIS :

Filem mengisahkan Nordin Ahmad (lakonan Shaheizy Sam) dan Kartina Dahari (lakonan Yana Samsudin) yang saling membenci sejak dari kecil lagi. Tina bertukar kolej disebabkan masalah beliau yang tidak dapat mengawal kemarahan dan bertemu Nordin setelah sekian lama. Salah seorang rakan sekelas mereka iaitu Aziz (lakonan Kamal Adli) pula telah jatuh cinta kepada Tina dan berusaha untuk memikat Tina.

 

DSC_0772

Tina dan Nordin saling mengenakan satu sama lain. Aziz yang tidak puas hati kerana Nordin mendapat perhatian gadis di kolej juga berusaha untuk mengenakan Nordin dan mendapatkan Tina. Namun begitu satu perasaan lain telah timbul di antara Tina dan Nordin. Adakah mereka benar-benar telah jatuh cinta antara satu sama lain? Atau ada permainan lain di sebaliknya?

 

 

DSC_0169 (2)

Kalau nak tahu apa kesudahannya, apa lagi korang kena terjah pawagam lah wehhh.. Takkan aku nak cerita semua kat sini. Kalau nak cuci mata tengok pemandangan Korea yang teramat cantik dan bersih dan juga berhibur dengan lagu-lagu dalam filem ni korang kenaaaa tengok filem ni kat wayang okay!!

 

 

DSC_0781

Seperti yang diketahui ramai, filem ini mempertaruhkan elemen MUZIKAL dan tak kurang juga elemen ala-ala KPOP (Korean Pop) di dalam jalan ceritanya. Antara persamaan kepada elemen KPOP yang aku dapat lihat ialah cara pemakaian yang stylo, watak utama lelaki yang memandu kereta mewah ke kolej, dan watak utama lelaki tersebut mendapat perhatian gadis-gadis di kolej.

 

 

DSC_1072

Apa yang aku suka dalam filem ni ialah, elemen MUZIKAL nya yang disampaikan pada aku agak baik. Lagu-lagu yang aku suka seperti lagu Begini Caranya memang kena dengan jalan cerita, iaitu mengisahkan dua insan yang sudah mulai jatuh cinta dan mencari jalan untuk lebih mengenali hati budi masing-masing.

 

 

DSC_0264 (2)

Usaha para pelakon menyanyi dan menari juga harus diberi kredit kerana ia bukan sau kebiasaan bagi mereka. Haaaa kalau nak tengok Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli berlakon, menyanyi dan menari.. korang kena tengok filem 3.5 bintang ni okayh!

 

Tak sangka aku Kamal Adli boleh menyanyi ala-ala rapping gituuu.. Kot kot di masa depan boleh ambil Kamal Adli featuring dalam mana-mana lagu kee??? Hahaa… pon boleyyyy! Yana Samsudin pulak comel sangat sebab muka dia dah memang ala-ala Chinese kan, memang sesuai dengan mood Korea.

 

DSC_1159

Last but not least, meh lah kita hayati lagu tema filem AKU ADA KAU ADA ni iaitu Begini Caranya nyanyian Shaheizy Sam dan Yana Samsudin >>> KLIK SINI <<<

 

 

 

Jangan lupa ramai-ramai terjah panggung wayang untuk menonton filem AKU ADA KAU ADA yee!!!

 

 

Sign PNG NisaKay


20 comments:

  1. Haah, macam KPOP . Aaaa, mesti best .. Baru nak pi tengok. Hehe ;]

    ReplyDelete
  2. hi nisa kay, kite berjumpa di pra tonton aritu :D

    fasz.

    ReplyDelete
  3. dah lama dah nak tengok filem ni. tak sabar nak tengok ni.. love you Yana.. :)

    ReplyDelete
  4. teringin nk tgk.. mesty bestttt..

    ReplyDelete
  5. baru nak tengok hari ney sis comel :)

    ReplyDelete
  6. dah tengok baru semalam. not bad lah :)

    ReplyDelete
  7. rasanya cam nak tengok je... ^^

    ReplyDelete
  8. arghhh,tdi dh smpai panggung tp xsempat nk tngok cita nyh

    ReplyDelete
  9. wow..b'lakon kat korea..bestnyerrr :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Oh Yana Samsudin! huhu..comel gila :)

    ReplyDelete
  12. macam besttt cerita ni kan..
    btw nice headerrrrrrrr :)

    ReplyDelete
  13. header oldskool...cun!!

    ReplyDelete
  14. hihh !!! Nak tengok diorang berlakon ala-ala K-pop gitu :D

    ReplyDelete

Apa Reaksi Kamu??? Sila Taip Laju Laju Di Sini :)

Copyright © Nisa Kay