Sunday, April 15, 2012

TIPS kulit cantik berseri


Assalamualaikum...



Siapa taknak kulit cantik kan? Mesti semua perempuan mengidamkan kulit yang mulus, licin dan berseri. Kulit berjerawat, warna kulit tak sekata, gelap dan bermacam-macam lagi akan buat kita kaum perempuan jadi tak yakin nak keluar berhadapan dengan orang ramai. Masalah kilit jugak buat kita rasa malu dan rendah diri sangat.



Aku pernah lalui semua tu.. Di saat kulit muka aku rancak dinaiki jerawat, tangan ni duk gatal tangan nak picit jerawat, lalu menyebabkan parut. Argghh kan dah ade kesan cela kat kulit tu? Maka berpandukan obsesi aku untuk kulit yang sihat aku banyak baca tips dan buat research. So aku nak kongsi dengan korang tips-tips yang aku dapat dari pelbagai sumber ni.



Aku letak gambar SONG JI HYO sebab ada satu episod Running Man tu, dia baru bangun tidur dan kulit dia memang cantik sangat, flawless dan putih berseri tanpa mekap!







  • Asid salisilik yang ditemui di dalam buah strawberi dikenali untuk mengurangkan jerawat dan mengeluarkan toksin kulit sel-sel mati agar kulit segar, dan diperbaharui.

  • Vitamin C membantu dalam anti-penuaan, dan juga mengurangkan garis-garis halus, kedut dan parut jerawat.

  • Sentiasa gunakan tuala muka yang bersih. Tuala yang kotor menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kuman yang membuat jerawat lebih teruk.






Lisa Surihani ni tak mekap pun lawa, kulit gebu je. Jelesss makkk... Credit to : fanpage Lisa Surihani.








  • Makan lebih banyak bijirin berbanding karbohidrat yang diproses boleh membantu untuk memperbaiki kulit anda.

  • Badam, pistachios dan walnut membekalkan asid lemak omega-3 yang baik untuk kulit.

  • Elakkan produk penjagaan kulit yang mengandungi alkohol sebagai bahan utama. Ini akan membuatkan kulit anda lebih kering, menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan jerawat.

  • Pisang mengandungi lemak semula jadi dan protein kompleks untuk meratakan dan melembutkan kulit anda.




Okay... itu sahaja tips yang aku baca dari pelbagai sumber. Ada majalah, ada belajar dalam buku kesihatan, dan banyak yang aku baca di internet. Sekarang ni beberapakali klik je, korang dah boleh search tentang pelbagai tips untuk kulit. Korang kena rajin je. Haaa dah baca tips tu takkan nak mengharap kulit korang flawless dengan sendiri? Amalkanlah tips-tips tu ye. Kbai.







32 comments:

  1. satu tips yg menarik . thanks for sharing =)

    ReplyDelete
  2. nak kulit cantik, tapi usaha nak baiki tu kurang. hihi

    ReplyDelete
  3. thanks kak:) berguna tips yg akak bg..hee muka saya pun klau naik jerawat yg skit tu..hisyh tangan ni mula nak megopel..hee

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips. boleh try nie!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, setakat ni takde masalah jerawat yg teruk sgt..:)

    ReplyDelete
  6. tq for sharing.. sma2 la menjaga keshtn kulit ye :))

    ReplyDelete
  7. thanks for the tips sis.. hihi.. sme lah. tangan sy ni mmg tak geti nak dok diam. =P

    ReplyDelete
  8. guna baking soda utk kecikkan liang pori :D

    ReplyDelete
  9. wah bnyk tips berguna ni..thanks adik nisa for the sharing..p/s-love song ji hyo too..hehe

    ReplyDelete
  10. orang kata, jangan selalu sangat tukar-tukar pencuci muka.

    ReplyDelete
  11. Wah, tips yg baik.. minat JiHyo sgt2.. klakar dia dlm Running Man

    ReplyDelete
  12. Wah, tips yg baik.. minat JiHyo sgt2.. klakar dia dlm Running Man

    ReplyDelete
  13. Boleh cuba ni :D Thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. @Mialia

    baking soda biar betul mcm mana tu? hihihi

    ReplyDelete
  15. pakai Tabita @ Acai Bery..hmmm...

    ReplyDelete
  16. just nak tambah, Vitamin C tu kalau ambil yang sintetik ( sumber vitamin C yang bukan semulajadi ) boleh membawa risiko mandul pada orang perempuan

    ReplyDelete
  17. tringin memiliki kulit yg licin...huhu....mcm ne ye nk hlangkn merah2 di mke....nurin just gne krim je...hmm.....

    ReplyDelete
  18. Lepas ni nak makan pisang banyak-banyak :D

    ReplyDelete
  19. @NURIN NAZIFA
    nk hilangkan merah-merah jgn selalu cuci muka, and cri krim anti fungal, sbb kuman sebnarnya masih ada,, tu sebb luka lambat sembuh

    ReplyDelete
  20. Jalan2 sini..www.mysufisecret.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. BGS ADE INFO MACAM NI.. HUUH..SY SUKE

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay