Thursday, April 26, 2012

Nuffnang Trip to Awana Kijal Terengganu - PART 1

 

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

 

Assalamualaikum..

 

Pergghh perghhh keterujaan bercuti pada hujung minggu lalu masih bersisa dalam diri. Malah masih segar kenangan yang tak mungkin aku lupakan tu! Hahaha ayat nak sastera je kan.. Susah aku nak cerita macam mana aku boleh ter-join trip ni. Tapi syukur yang tidak terhingga kerana rezeki aku dipilih oleh Nuffnang untuk menggantikan tempat seorang blogger yang tidak dapat hadir.

 

Lebih kurang 10 ke 15 orang blogger yang dapat invitation untuk menyertai Nuffnang trip dengan kerjasama Resorts World Genting ke Awana Kijal, Terengganu. Ada blogger yang dapat single invitation, ada juga beberapa blogger yang dah berkeluarga datang bersama keluarga masing-masing.

 

P4204082

Pepagi lagi dah kena berkumpul di perkarangan Wisma Genting di Jalan Raja Chulan KL. Aku terbangun lewat so aku gerak dari rumah pukul 8 pagi. Ohh nooo!! Dalam jadual mengatakan aku harus sampai selewatnya 9.30 pagi. Tapi jalan jammed ya amat pulakk. Wuwuwuu dugaan…

 

Tapi nasib baik masa aku sampai tu bas pun belum sampai. Maybe sebab jalan jammed kot. Yelahh.. pagi Jumaat kan mesti sesak sikit… Dalam gambar di atas merupakan sebahagian rakan-rakan blogger yang turut join trip ni. Dari kiri : DD Fabulous, Uzair Othman, aku dan Rabiatul Adawiyah a.k.a. Ruby.

 

 

P4204086

Akhirnyaaa bas pun sampai. Tapi masih belum jalan ye. Kami mengambil tempat dan bersenang lenang dulu. Dan aktiviti wajib adalahhh… bergambar!! Haruslahhh. Haha!! Kami dijamu minuman dari Coffee Bean.. Tak lama lepas tu bas pon jalan hoyehh hoyehh. (Dalam gambar memakai baju Nuffnang : Cik Lily Putih)

 

 

P4204092

Apabila perjalanan menuju Terengganu bermula, wakil dari Resorts World Genting iaitu Suzie pun mulakan briefing mengenai trip ke Awana Kijal ni. Perjalanan tak akan terus ke Terengganu tapi akan singgah makan tengahari di Cherating dulu.

 

 

P4204094

Disebabkan malam tu aku plan taknak tido, tapi terlelap jugak pukul 4 pagi, maka aku sangat mengantoks! Lepas briefing je aku dah krohh krohh. Sedar-sedar dah kat highway. Bila sambung tido, sedar balik dah kat RnR Lanchang. Oh mak bape jam dah aku tido neh? Hahaha..

 

 

P4204104

Alhamdulillah selamat sampai di Cherating. Lepas RnR Lanchang tadi aku tido sampailah bas ni stop depan restoran ni, baru aku sedar. Hakhakhak tak senonoh betul tabiat tido aku. Hukhuk…

 

 

P4204113

Sotong Celup Tepung.

 

 

P4204116

Tauhu goreng dan kuah lada.

 

 

P4204118

Ikan kerapu stim dengan kuah kicap.

 

 

P4204120

Nasi goreng.

 

 

P4204123

Bihun goreng dengan lala.

 

 

P4204124

Sayur goreng.

 

 

P4204126

Ketam berlada.

 

 

P4204127

Sesudahnya masing-masing mengenyangkan perut, haruslah menjalankan sesi yang harus dijalankan. Ehh apa aku mengarut nih. Bergambar laa itu harus okay! Nak nak pulak restoran Pak Su ni berada di tepi pantai. Memang menghayati betullah angin yang bertiup.

 

 

P4204129

Okay ini cubaan berani mati. Muka pejam mata bajet tido ahh nih. Betapalah aku nak menunjukkan yang aku ni dalam bas kuat tido aje. Badan penat kemain sebab satu malam tak tido. Padan muka diri sendiri. Wuwuwuuu… Okay muka burok ye aku tahu. No need make up much sebab nak bercuti kan.

 

Okay.. hari pertama memang best gila. Tapi ini baru entry perjalanan pergi ke destinasi iaitu Awana Kijal Hotel yang sangat vass debaboom kat Terengganu. Nanti cerita dah sampai Awana Kijal tu aku story mory lain pulak ye. Kbai.

 

 

 

Undi blog NISA KAY di Digi WWWow Awards. KLIK SINI !!!

 

Sign PNG NisaKay

16 comments :

Miss Amateur Cook said...

sedapnya semua makanan tu!!!!

madammondoq said...

Ob.. dah.. dah star dah citer!!!

Jay said...

amboi..bestnye nisa..teringin juga nk join event2 dgn blogger2 lain.tapi Jay hnya mampu memandang keran terlalu jauh..:)

Fatin said...

saya pun duduk dkt kijal.hehe..bestnya akak pergi Awana Kijal..

Riena Haiqal said...

bestnya dapat bercuti... :) jeles sangat2...

Myra Jay said...

Sedapnya menu :) Lapaq pulak :)

Nurmujahidah Ismail said...

pernah gi awana kijal masa kecik2 dlu,, kih3

ciksengeh :D said...

meleleh air liur nengok menu2 tuh :D

outbound training di malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Sukses besar esok hari dimulai dari tindakan-tindakan kecil hari ini .,..
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

AdilaAzmir™ said...

seronoknye jalan -jalan:DD

| NURUASHIA | said...

ololo..cyan die penat :P

Sharidawati Shahrudin said...

dah lama kak sha x naik bus...huhuhu....

bella hamzah said...

wah bestnya dapat bercuti.terliur saya tgk makanan.. hehe

Rozuan Ismail said...

pergh, syok dapat pergi bercuti

Anonymous said...

nisa nak tnye ape perubahan bile pakai miracle tab tu.. nak cube... tpi tkut...

Sayang said...

bestnyer dpt invatation fr Nuffnang :) saya baru dlm dunia blogging ni..mintak tunjuk ajar..