Wednesday, April 18, 2012

FILEM – My Way

 

Assalamualaikum..

 

Fuhh dah lama tak menulis review atau pendapat mengenai filem. Maklumlah mood nak blogging dah ke laut lah sekarang. Malas nak blogging sangat pun ada. Dunia blogging dah tak macam dulu. Huhuhu.. Okay lah malas cakap banyak hari ni aku nak cerita pasal filem MY WAY.

 

Poster My Way

Filem yang termahal dari negara Korea ini diangkat sebagai filem yang setanding dengan filem-filem Hollywood dan mempertaruhkan nama-nama terkenal dari 3 negara berlainan. Watak-watak utama dalam filem ini ialah Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China).

 

Jang Dong-Sun merupakan pelakon Korea yang terkenal dengan drama-drama Korea lakonannya, manakala Joe Odagiri dari Jepun pula membina namanya di Korea dan amat diminati remaja di Korea dek kerana wajahnya yang tampan. Fan Bing Bing yang muncul menerusi filem Bodyguards and Assassins mempamerkan lakonan mantap untuk filem ini.

 

 

MY6

Kalau nak baca sinopsis filem ini, korang boleh baca semula entry aku yang lepas KLIK DI SINI. Baiklah.. antara keunikan filem ni yang aku suka ialah kepelbagaian bahasa yang digunakan. Sebanyak 5 bahasa berlainan yang digunakan di dalam filem ini, iaitu bahasa Korea, bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa Rusia dan bahasa Jerman.

 

Aksi dan suasana medan perang yang dipaparkan menerusi filem My Way ini pula kelihatan begitu real, seperti suasana yang sebenar. Contohnya, ketika tentera Jepun menentang Soviet Union. Letupan, kesan bunyi dan aksi tembak menembak kelihatan begitu real dan sedikit sebanyak bagi kesan pada penonton.

 

 

MY8

Di samping memaparkan kisah perang, banyak pengajaran yang disampaikan disebalik jalan cerita ini. Jika dihayati betul-betul kita akan lihat banyak mesej yang terkandung dalam filem ini. Antaranya semangat setia kawan yang dipamerkan oleh KIM Jun-shik (Jang Dong-Sun), walaupun dia bermusuh dengan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri).

 

Watak Hasegawa juga telah mempelajari pengajaran supaya tidak menjadi pemimpin yang kejam apabila dia melihat pemimpin tentera Soviet membunuh askarnya dengan kejam. Setelah sedar akan sikapnya yang mementingkan diri, dia kembali mencari Kim Jun-shik yang terpisah dengannya.

 

 

MY5

Pendek kata, aku nak bagi 4/5 bintang untuk filem ini. Penuh aksi dan pengajaran. Ada juga babak yang menyayat hati. Contohnya babak bapa KIm Jun-shik yang mengikat tali kasut anaknya dengan menggunakan mulut kerana dirinya sudah cacat.

 

Filem ini berbaloi untuk ditonton di pawagam. Cuma ada sedikit kelemahan iaitu durasi filem yang agak lama iaitu 143 minit. Namun begitu, bagi peminat filem aksi seperti aku, aku tidak begitu terasa akan tempoh tersebut. Jangan lupa tengok filem MY WAY di pawagam bermula 19 APRIL 2012.

 

 

 

Sign PNG NisaKay

2 comments :

shark said...

pnah tgk iklan dlm tv..
tp shark kureng sket kalu drama korea genre nie..
minat drama korean yg lawak jer..

Umie Artoqiemie said...

whoah. korea makin maju!