Tuesday, April 3, 2012

FILEM – Mirror Mirror

 

Assalamualaikum…

 

Dah baca entry sebelum ni yang menyentuh mengenai filem Mirror Mirror ni? Kalau belum sila BACA KAT SINI ye.. Kali ni nak bercerita mengenai filem Mirror Mirror, sinopsis mengikut kefahaman aku dan pendapat peribadi aku mengenai filem ini. Filem ini merupakan filem Snow White yang telah diubah sedikit jalan cerita, dengan menambahkan unsur komedi dan juga sedikit aksi. Filem ini diarahkan oleh Tarsem Singh…

 

Mirror Mirror poster

Watak Snow White yang sungguh ayu ini dibawa oleh pelakon Lily Collins, dan pelakon Armie Hammer yang sebelum ini pernah berlakon di dalam filem The Social Network memegang watak sebagai Prince Alcott. Watak permaisuri yang kejam dan licik pula dibawakan oleh pelakon handalan Hollywood iaitu Julia Roberts.

 

 

Snow White

SINOPSIS :

Selepas menyingkirkan raja, permaisuri yang licik itu mengambil alih takhta dan menyembunyikan Snow White di menara di istana. Snow White tidak dibenarkan keluar dari bilik, dan rakyat jelata diyakinkan oleh permaisuri tersebut yang Snow White tidak mahu meninggalkan bilik dan tidak boleh memerintah.

 

Namun setelah sekian lama terkurung di istana, Snow White nekad untuk keluar dari istana dan melawat pekan berhampiran. Keadaan rakyat jelata yang miskin dan kelaparan membuatkan Snow White membuat keputusan untuk menentang permaisuri yang jahat itu supaya nasib rakyat terbela.

 

Dibantu oleh orang-orang kerdil, Snow White belajar lawan pedang dan mereka menyerang karavan istana untuk merampas semula wang rakyat dan kembalikannya. Snow White yang telah jatuh cinta kepada Putera Alcott pula kecewa kerana putera tersebut telah disihir oleh permaisuri dan mereka akan berkahwin.

 

SNOW WHITE

Namun, apakah kesudahan filem ini? Adakah Prince Alcott akan terus berada dibawah sihir permaisuri licik tersebut? Mampukah Snow White melawan permaisuri tersebut dan merampas semula takhta yang sepatutnya menjadi haknya??? Apakah sebenarnya yang terjadi kepada raja?

 

 

SNOW WHITE

Jalan cerita yang banyak perubahan menampilkan Snow White yang tidak pengsan kerana memakan epal beracun, tapi menunjukkan satu sisi lain Snow White. Nilai-nilai seorang pemimpin jelas dipamerkan apabila beliau nekad untuk membela nasib rakyat jelata.

 

Telatah setiap orang kerdil dalam filem ni pun memang kelakar. Aku yang tengok ni duk tergelak-gelak laa bila tonton babak yang melibatkan orang kerdil ni. Memang satu kelainan yang ditampilkan, menyaksikan Snow White berlawan pedang dengan Prince Alcott.

 

Kalau dalam filem Snow White yang lama dulu, Snow White memaparkan sikapnya yang lemah lembut, tetapi dalam filem yang terbaru ini Snow White menunjukkan ketegasan dalam membuat keputusan yang juga menunjukkan keberanian.

 

 

SNOW WHITE

Jadi jangan lupa tonton filem Mirror Mirror di pawagam berhampiran bagi siapa yang belum tengok tu ye.. Cerita ni best dan aku bagi 3.5 bintang! Hehee aku sukakan heroin yang tegas dan berani melawan macam ni.. bukan heroin yang lemah lembut dan sentiasa ditindas! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

10 comments :

ary_lee said...

macam best je..
Mesti tonton ni!

Syuhada Nasya said...

girl tu lawa lah <3 hehhe

fatin amalina husna said...

lain nie..mesti best..

~emi~ said...

Sy pon da tengok. :) best . tergelak2 je tgk citer nie. paling ske ending dia...yg menari2 lagu ala -ala hindi tu. comel je..hehe

mira maisara said...

woohaa.. gaun die punyer la kembang..

Paragass said...

2012 movie semua cool. minggu lepas tengok wrath of the titans, huh! CGI terbaik abad ini!

salam kenal, Paragass =DD

Riena Haiqal said...

macam best jer baca sinopsis dia ni.. tak sabar nak tengok.. :)

KakiWayang.com said...

Nisa Kay suke heroin yang tegas dan berani melawan rupenye =)

Nak spam sket review kakiwayang.com plak untuk filem ni : Review Filem Mirror Mirror

TQ ye~

NadyaBubble said...

Suka tengok snow white tu :D

R5ive said...

Cute snow white~ suka dengar lagu tema I believe in love :)