Thursday, April 12, 2012

Anugerah Bintang Popular with Yana Super Friends

 

Assalamualaikum…

 

Lambat pulak update pasal ABPBH ni.. maklumlah, kamera sendiri cikai aje, so gambar banyak dalam kamera orang, tu yang lambat update. Gambar baru dapat ni.. Hehehee… Tapi takpe, masih tak berkarat lagi entry ni sebab ABPBH baru je beberapa hari berlalu.

 

Tahun ni artis yang aku minat dan truly support iaitu puteri Yana Samsudin tercalon untuk Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Sebagai ahli Yana Super Friends (kelab peminat dan penyokong Yana), aku turut join ahli YSF yang lain naik ke Genting Highlands untuk support Yana.

 

IMG_4274

Kami adalah kumpulan fan club yang pertama melangkah di karpet merah ABPBH dan masuk ke Arena of Stars, maka kami dapatlah memilih port yang baekkk punya untuk tempat duduk kami. Hikhik.. Betul-betul sebelah kami ialah tangga di mana para retis akan lalu untuk turun ke tempat duduk mereka di hadapan pentas.

 

 

cats

Yeahhh tu dia, acara red carpet dah bermula… Panas bontot makkk nak tunggu retis semua turun hotel dan melangkah ke karpet merah uolls! Lepas karpet merah, retis sekalian akan lalu di tangga sebelah seat kami YSF untuk turun ke bawah, menuju ke tempat duduk mereka. Memang best lah kan sebab boleh bersalam and ambil gambar retis!

 

 

IMG_4953

Yang ditunggu semestinya puteri Yana Samsudin yang sangat kiut miut, dengan busana oleh AZURA COUTOURE yang sangat kebabomm uolls! Walaupun nampak simple, tapi aku suka sangat sebab tak terlalu sarat dan sesuai dengan imej Yana yang kawaii kawaii itewww..

 

 

IMG_5049

Untuk persembahan pembukaan, jujur aku katakan, aku teruja dengan persembahan diva Malaysia tak lain tak bukan Datuk Siti Nurhaliza. Dah namanye diva, semestinya vokal mantap dan persembahan memukau. Aku tak payah bagitahu semua pun tahu kan…

 

 

IMG_5170

Dan semacam tak percaya bila aku dapat tengok persembahan seorang lagi penyanyi tersohor iaitu Sheila Majid secara live. Memang best. Paling best bila Sheila Majid nyanyi lagu Sinaran.. memang aku teringat masa join koir, sebab kitorang ada jugak nyanyi lagu tu masa koir untuk konvo UNISEL.

 

 

IMG_5202

Gabungan pengacara yang best dan semestinya mencuit hati. Nak nak pulak letak Zizan Raja Lawak dengan Sharifah Shahira, Raja Azura dan juga Didi Alias. Memang gamat dan menjadi ye. Baguslah BH letak pengacara berpengalaman untuk ABPBH ni, takdelah suram je majlis.. ye dakk???

 

 

IMG_5208

Sketsa Ombak Rindu yang membuat peminat di dalam Arena Of Stars, Aaronators terutamanya, menjerit bersorak menggamatkan suasana. Pergghhh menonton aksi dalam filem secara live depan mata siapa tak excited kan kan kan.

 

 

IMG_5287

Persembahan bertenaga dan memukau oleh Ziana Zain dan Lan daripada Azlan and The Typewriter. Memang gempak kebabom debabom okayh! Memang menjadi, dengan paduan vokal mantap dari kedua-kedua penyanyi. Memang best dan aku suka sangat!!

 

 

IMG_5369

Lepas habis majlis ABPBH, kami terus gerak ke gate terakhir untuk keluar dari arena dan bertemu puteri kesayangan YSF iaitu Yana Samsudin lerrr… Puas bergambor dengan puteri, Shaheizy Sam yang lalu kat situ pun kami hangkut paksa rela dia bergambar dengan kami. Ahakss…

 

 

IMG_4985

Yeahhh ini YanaSuperFriend (YSF) sekalian yang begitu bersemangat memberikan sokongan moral untuk puteri kami Yana Samsudin . Semua pun menggunakan segala tenaga yang ada untuk bersorak dan bergumbira dengan persembahan semua.

 

 

IMG_5377

Ahli-ahli Yana SuperFriends yang sudah kepenatan, mengantuk dan juga kesejukan dek cuaca di Genting Highlands yang hujan dan angin agak kencang. Kami minum-minum dan makan alas perut dulu sebelum turun dari Arena Of Stars dan pulang ke apartment kami.

 

Semua dah lesu tapi tetap ceria. Aku lagi ler bertambah-tambah ceria sebab bertemu kenalan ku. Memang kebetulan gila nun jauh di puncak Genting jugak bersua muka. Hikhikhik. Walaupun puteri kami Yana Samsudin tidak menang award malam tu tapi kami YSF takkan pernah berhenti support beliau.

 

Aku memilih untuk support Yana 200% sebab dia selayaknya disokong. Aku dah beberapa kali jumpa Yana dan ternyata Yana tetap seorang yang humble, ceria, sporting dan sangat comel. Dan terharu aku bila Yana nyatakan dia taknak hubungan dia dgn YSF sekadar artis dan peminat, malah dia berhasrat nak bersahabat dengan semua orang kalau boleh. Sayang Yana dan YSF! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

17 comments :

Syuhada Nasya said...

untung laa dapat g abpbh huhuu

nur hafizah aKa eija said...

untg r dpt g snane..hahahha msti best kan?

shaz said...

wahhhh makin aktif mber sy sorg tu..si zara san..hihihihi.. ABPBH kali ni mmg best..

Riena Haiqal said...

comelnya Yana... comel sangat2.. suka tengok dia pakai dress tu nampak lebih comel... Sokong Yana 300% selamanya... Yana memang terbaikkkkk...Nak juga join YSF tapi duk jauh kat labuan so tak dapat la nak ikut serta lepak dengan YSF.. :(

Cik FaRiZaM said...

mmg best la dpt jumpa retis2. untungla nisa kay

dian amiraa said...

ok yana sgt comel dgn riben tu.bestnyee join YSF

Dyla Zaman said...

Chomel ke Yana Samsudin.. kawaiii.. mmg semua fan yana kena pakai pink ekk.. hehehh..

ZYASH said...

wah..seronoknyer dapat ngk live n jumpe artis kesayangan beb....

che'ah tomeii said...

waaa...bestnyer!!cmne nak jadi YSF die??saya pon minat Yana Samsudin..:)

Eiqa Lyka Vandetta said...

woah ! dpat best sit ..

fArAh kUchEnGg said...

bestnya akk ! hehe.. fara minat jugak ngan dia tau.. hehe.. akk, ley singgah blog kite jugak yea.. bru je lg.. done follow u.. nice blog ! ^^

vidalsisah said...

Mmm comel giler Yana Samsudin kan! Bestnye kalu dpt join event camtu kan nisa...jelesss ahkak!

niedaida said...

wah untung2

ain dzaya said...

waaww..beznyer..

"Ain memalukan diri sendiri. Terima kasih.".

Syazwinacool said...

Bestnyewwwwww :)D

nor afifah b said...

yana tetap comel suka nya klu tgok filem bini2 ku gangster peh suka gler tgok watak yana....like sgt love u kak yana

KenapaBegituSerius said...

kenapa begitu serius?