Sunday, March 18, 2012

SINOPSIS dan TRAILER filem My Way

 

 

Poster My Way

SINOPSIS:

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

 

AAA_7751

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

 

MY2

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

 

 

MW1

Tarikh Tayangan :
19 April 2012

Pengarah :
Kang Je-Kyu

Pelakon :
Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon, Han Seung Hyun , Do Ji Han & Lee Yeon Hee

Penulis skrip :
Kang Je-Kyu & Kim Byung-in

Penerbit Eksekutif :
Miky Lee, So Jin-Woo & Mu Xiao Guang

Genre : Aksi / Perang

Bahasa :
Korea / Jepun / China / Rusia / Jerman (Sari kata Bahasa Inggeris)

Klasifikasi : 18 PL

Durasi : 143 minit

Terbitan : Directors Production

Fan page : www.facebook.com/FilemMyWay

 

 

 

Saksikan filem ini di pawagam berhampiran bermula 19 April nanti…

 

 

Sign PNG NisaKay

8 comments:

Boyz_ed said...

Hahaha ! Baca sinope pown dah gempak ! Pergh ! Kena tengok nieyh . =)

Regard from : Boyz_ed

http://www.boyz-ed.com

Eiqa Lyka Vandetta said...

woah. kena tengok ni.

Fid"s said...

jom tengok wayang baru...

Cik Anis said...

x saba nk tgk !

ZYASH said...

terbaek....mau ngk gak...

Atiqah Wadiah said...

cerita korea!!!mcm best :)

Cik Cyida said...

macam best, nak g tgk nti.. (:

che sakinah said...

hi nisa kay..
seronok sangat dapat jumpa awak semalam :)

KLIK SINI!!! TOLONG PENUHKAN TABUNG MASA DEPAN SAYA YE !!

RAMAI-RAMAI KLIK YE !!