Thursday, March 15, 2012

Siapa SHIMA ANUAR di sebalik purdah dalam filem 7 Petala Cinta???

 

Assalamualaikum..

 

Wah kemain dah transform blog hiburan ke blog suka menaip ni? Duk post gambar-gambar artis pulok ye?? Ingat lagi tak review filem Sumpahan Kum Kum yang pernah aku tulisa satu masa dulu? Memandangkan gambarnya tak banyak, so aku malas update pasal entry majlis pratontonnya.

 

Baru-baru ni pulak aku buat review filem 7 Petala Cinta. Filem islamik yang dikatakan punya jalan cerita tersendiri dan ada keunikan tersendiri. Haa kalau nak tahu apa yang jadi dalam filem tu bolehlah tengok di pawagam berhampiran ye!

 

P3122251

Apa kena mengena filem Sumpahan Kum Kum dan filem 7 Petala Cinta ni?? Haaa yang samanya ialah kedua-dua filem ini dilakonkan oleh pelakon baru Shima Anuar (berpurdah). Gambar kat atas ni aku ambil masa pratonton filem 7 Petala Cinta. Para pelakon filem tersebut berpakaian seperti watak dalam filem.

 

Di dalam filem Sumpahan Kum Kum, SHIMA ANUAR melakonkan watak Milah, gadis hodoh yang memakai susuk dan akhirnya menjadi hantu dek kerana roh yang tidak tenang kerana melanggar pantang memakai susuk. Fuhhh yang tu memang seram uolls!!! Bila dia sebut “Assalamualaikum.. kum.. kum..” memang meremang bulu roma!!

 

P3122250

Membawakan watak yang sungguh berbeza dalam filem 7 Petala Cinta, Shima Anuar yang memegang watak teraju Saidatun Nafisa, beliau tampil berpurdah dalam filem itu. Dalam filem itu juga tak pernah sekali wajah Saidatun Nafisa didedahkan walaupun watak di dalam rumah.

 

Mungkin itu yang membuatkan semua tertanya-tanya yang mana satukah Shima Anuar?? Bagi yang menghadiri majlis pratonton filem Sumpahan Kum Kum dan bagi yang dah menonton filem seram tu mesti korang kenallah bagaimana muka beliau kan… Bagi yang first time mengenali nama Shima Anuar? Haa mesti tertanya-tanya wajah siapakah di sebalik purdah.

 

 

P3122252

Menggayakan jubah dan shawl eksklusif dari Radiusite, Shima Anuar kelihatan sangat menawan walaupun tak mendedahkan wajah beliau! Aku suka sangat padanan warna ungu dan pink! Wahhh sangat meletops! Diana Amir yang kat sebelah tu pun tak kurang lawanya. Gorjess sesangat!

 

IMG_0191

Jeng jeng jenggg.. Inilah dia sebenarnya Shima Anuar yang sangat nice ni. Bagi aku, raut wajah macam Shima Anuar ni tak payah mekap tebal-tebal dah lawo dahhh.. Gambar kat atas ni aku ambil masa majlis pratonton filem Sumpahan Kum Kum.. So tak payah pertikaikan aku yang selekeh dan selebet itu yah?

 

 

IMG_0189

Maaflah.. takde pulak gambar Shima Anuar secara solo… Lupa nak snap-snap. Gambar kat atas ni merupakan gambar Shima Anuar bersama pemilik blog yang selalu typo iaitu Amal Espraza yang glemer kat group Sahabat Blogger kat facebook tuh…

 

Haaa.. maka dah tahulah ye macam mana wajah Shima Anuar ni yek.. Tapi aku lagi suka tengok dia bertudung dan berpurdah. Bagi aku berpurdah itu eksklusif.. Berpurdah itu menawan, dan berpurdah itu sesuatu yang “mahal”. Harap korang fahamlah maksud aku ye.. Aku pun pernah berniat nak memakai purdah satu hari nanti insyaAllah…

 

 

Sign PNG NisaKay


25 comments:

  1. ooohh ! baru tau . pikirkan dia mmg berpurdah . hihi

    ReplyDelete
  2. kan bagus kalau terus bertudung dan berpurdah. semoga dia diberi taufik dan hidayah untuk berubah. Amin!

    ReplyDelete
  3. nt bila nisa pakai purdah sure sweet :)

    ReplyDelete
  4. cantik la dye...
    i pn cadang nk tgk filem ni...

    ReplyDelete
  5. oh.baru kenal.ingatkan dia memang bertudung.rupanya hanya dlm lakonan.diana amir cantek!

    ReplyDelete
  6. tak sabar nk tgk filem 7 Petala Cinta...:)

    ReplyDelete
  7. Huwaaa kenapa tetiba ada abang Amal dekat situ ? Dia pergi tak ajakk , merajuk ahhh . Apapun , kak nisa pakai spect eh ? Haha ada satu gambar tu akak pegang spect . Kita samalah cemni :)

    ReplyDelete
  8. yg gamba 2nd 2, yg tgh2 tu pelakon tambahan kah??? :P

    ReplyDelete
  9. Lagi suka penampilan dia dalam 7 Petala Cinta :)

    ReplyDelete
  10. Insyallah. Mana tau oneday nanti akan berpurdah jugak kan. :)

    ReplyDelete
  11. semoga shima anuar tu diberi hidayah untuk berhijab. InshaAllah.

    OKEY! cerita ini macam menarik. ;)

    ReplyDelete
  12. alaah.. sayangnya, mata dya lawa sangat.. moga2 dia akan pkai purdah 6ti

    ReplyDelete
  13. kalau la malaysia ni cari pelakon mcm kat indon..cari yg betul2 mnutup aurat kn bagus. :)

    eg: ktika cinta bertasbih.

    ReplyDelete
  14. oooo....yg blakon sumpahan kum kum yg jadi mila tu ke....baru tw

    ReplyDelete
  15. Sangat cantik bila Shima bertudung..ermm

    ReplyDelete
  16. kalau nisa pakai purda..sure yien minat nisa lebih dari retis :)

    ReplyDelete
  17. hensemnye abang baju purple tuu

    ReplyDelete
  18. hemmmm,,,,
    emank bener tuuuu...
    kata ustadz ane,,,
    kita endak boleh tertipu dengan dengan pndangan ptamaaa...

    ane tertegun tama kali liat tu filem 7 petala cinta,,,
    tetegun pade si saidah...
    bagus dia...
    eeeee
    tnyata lah baca nieeeeeeeeeeeeee...
    huft,,,,,,,

    ReplyDelete
  19. saya suka film ni...
    mantap...!!!



    ReplyDelete
  20. saya suka film ni...
    mantap...!!!



    ReplyDelete
  21. Memang best citer ni. Cuma saya nak tahu siapa artis yy jadi pelacur dlm filem ni? Adakah Shima juga saya tertanya2 sebab nama dia tak ada dlm senarai. Mohon jawabpan

    ReplyDelete

Apa Reaksi Kamu??? Sila Taip Laju Laju Di Sini :)

Copyright © Nisa Kay