Monday, March 19, 2012

Majlis makan malam bersama boyband Indonesia – SM*SH

 

Assalamualaikum…

 

Entry aku yang sebelum ni aku dah memperkenalkan ahli kumpulan SM*SH, boyband dari tanah seberang yang mempertaruhkan elemen Kpop sebagai imej dan pengaruh mereka. Di Indonesia, mereka diterima baik dalam industri hiburan mereka. Jadi, baru-baru ini mereka ingin mencuba nasib untuk melaksanakan mini showcase di Kuala Lumpur.

 

Dua hari sebelum berlangsungnya showcase yang bertempat di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur itu, satu majlis makan malam telah diadakan antara kumpulan SM*SH, wartawan dari Indonesia, peminat terpilih dan sebilangan blogger. Majlis makan malam berlangsung di Restoran Dareen, Solaris Mont Kiara.

 

P3152488

Suasana restoran hidangan timur tengah yang tampak mewah dan eksklusif.

 

 

P3152494

Blogger yang turut menyertai majlis makan malam, (dari kiri) Mohd Zaid, Cik Lily Putih, Pen Merah, Nisa Kay dan Si Cantik Siezuka.

 

 

P3152514

Suasana meriah apabila kumpulan SM*SH dan wartawan Indonesia sampai ke lokasi majlis makan malam.

 

 

P3152516

Tak pepasal aku pulak yang interview Rangga, salah seorang ahli kumpulan SM*SH. Adoyaiii terkujat aku lalu sedikit kelu sebab blur tak tahu nak tanya apa.

 

 

P3152530

Ahli-ahli kumpulan SM*SH berpecah dan duduk di meja-meja yang berlainan, bercampur dengan peminat dan blogger dari Malaysia. Aku duduk semeja dengan Rafael dan Dicky (dalam gambar). Meraka berdua sangatlah peramah.

 

 

P3152510

P3152512

Majlis makan malam pun bermula. Errr maaflah aku memang tak tahu apa nama hidangan mereka kali ni sebab semuanya dihidang secara buffet. Tapi basically aku rasa kat atas ni macam salad lah jugak. Hohohoo…

 

 

P3152532

P3152535

Nasi kambing dan nasi arab lauk ayam! Pergghh terbaik!! Aku ambil nasi kambing, lepas tu rembat seketul ayam. Ada kuah kacang yang sedap, homaiii sedapnyaa!!!

 

 

P3152540

Nisa Kay dan Rangga. Jeles tau tengok kulit muka dia putih dan licin je, kalah makkkk! Pendek kata ahli-ahli SM*SH ni takde yang sombong. Semua peramah, rajin bertanya dan berbual.

 

 

P3152556

Sebahagian blogger dan peminat terpilih bergambar bersama semua ahli SM*SH.

 

 

Alhamdulillah memang rezeki dapat makan malam sedap, dengan artis dari tanah seberang pulak tu. Nama SM*SH mungkin kurang dikenali di negara kita, tapi dikenali di tanah seberang. Nak-nak pulak wartawan Indonesia memang tak duduk diam ke sana sini merakam aksi-aksi semua yang hadir.

 

Ada video yang temubual aku tu, Rangga kata akan disiarkan di televisi Indonesia. Pergghh dah lah dia suruh aku sebut nama blog aku! Hahaha.. malu aku. Dan yang interview tu pulak menurut Rangga lagi, antara media utama dan popular di Indonesia.

 

Namun pun begitu, atas masalah kesihatan, aku tak boleh datang untuk mini showcase SM*SH yang berlangsung di Sg Wang, Kuala Lumpur. Huuu nak jugak tengok macam mana mereka-mereka ni beraksi secara langsung depan mata ye dak.. Okaylah thank you so much Nuffnang for this opportunity! Kbai.

 

 

 

P/S: Like Saya Suka Menaip's facebook page for more pictures of this event.

Sign PNG NisaKay


19 comments:

  1. woah ! bestnyer dpat pergi dinner dgn SM*SH. nak jugak. hukhuk.

    ReplyDelete
  2. untunglah dpt mkn free..sedap plak tu :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah....peluang bertemu dengan artis luar sesuatu yang baik untuk pengalaman anda.

    ReplyDelete
  4. seronokkan dapat makan free kat hotel lagi hihihi

    ReplyDelete
  5. tak sempat tengok diorang perform hari tu dekat Sungei Wang Plaza

    ReplyDelete
  6. tahniah tahniah dan tahniah.. best nye dapat makan malam dengan kumpulan SMASH...

    ReplyDelete
  7. waaaa... diorang tak nyanyi lagu i heart you ke?? besttt ^__^

    ReplyDelete
  8. best la lepak dengan retis.salam kenal.. =)

    ReplyDelete
  9. Tq for the coverage...best best! :) I heart U!

    ReplyDelete
  10. Terima kasih ya for the page...best best! I heart U!

    ReplyDelete
  11. Diorang semua sangat friendly..

    Cik Nisa.. Kita dah buat blog Baru.. jemput singgah..

    http://ciknurulsiezuka.blogspot.com/

    Sicantiksiezuka.. ;)

    ReplyDelete
  12. eeehhh,,,,
    nisa ketemu dgan SMASH INDO
    waahhh bestnyaaa....
    nisaaa salam kenal yah,....
    from gadis indo...

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay