Friday, March 2, 2012

FILEM : Jidin Sengal - Bila ekstra jadi superstar

 

Assalamualaikum….

 

Korang ingat lagi filem komedi seram Satu Malam Kubur Berasap?? Kini produksi yang menghasilkan filem tu akan keluarkan satu lagi filem komedi lakonan Angah Rajalawak dan Along Rajalawak.

 

110720_OS_JS_poster_v3_ii

 

SINOPSIS :

JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang
bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. 


Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.


Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama.
Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron
Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu
berdialog, satu hari nanti.


Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu
lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?)  sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.


Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam
sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih
bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. 

 

15

Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam
industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal?
Semuanya akan terjawab dalam filem komedi “JIDIN SENGAL”, berlegar-legar di pawagam 22
Mac 2012.

 

 

18

Filem JIDIN SENGAL dibintangi oleh Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak dan Zac Diamond (X-Factor). Turut menampilkan Jue Aziz dan Faezah Elai, filem ini membuat penampilan khas bintang Seniwati Mariani, Hamid Gurkha, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan ramai lagi.

 

 

40

Masih mengekalkan Along dan Angah sebagai pelakon utama, filem JIDIN SENGAL adalah filem yang sarat dengan mesej positif dan pengarah filem ini, Esmi Zahara berharap filem ini dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras dan tidak pernah berputus asa untuk mencapai cita-cita.

 

 

14

12

 

Saksikan filem sengal ini di pawagam bermula 22 MAC 2012 ini!!

http://www.jidinsengal.com/


http://www.facebook.com/jidin.sengal

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay

10 comments :

Mysara Ab Rahman said...

mcm best je...baca sinopsis dh tau dh..hee

Dyla Zaman said...

si angah n along ni mest berlakon berdua je.. serasi kot..

kayrul-shah said...

tengok iklan kat wayang hari tue macam best..tak sabar la plak

Nabeel Fikree said...

Sure lawak punya kan? Heheh

Miss Anis said...

xsabar nk tgk cita ni kuar......

Atiqah Wadiah said...

mesti best..sbb ada along n angah :)

Diyana Norman said...

suke along berlakon hahah..

shera haifa said...

macam2 laa cerita skrg,.

Mimi Suke Cupcakee said...

mesti lwak gila nie

sYafIk-wAy said...

tgk trailer pun dah tersenigh sorang2 haha