Saturday, March 31, 2012

FILEM – The Hunger Games

 

Assalmualaikum..

 

Dah beberapa hari filem The Hunger Games ni ditayangkan di Malaysia, dan pada pandangan mata kasar aku, aku rasa filem ini mendapat sambutan jugalah di negara kita.. Tergerak hati pulak aku nak hiasi blog cikai ini dengan sedikit penulisan mengenai filem The Hunger Games.

 

Hunger Games poster

Filem arahan Gary Ross ini mempertaruhkan Jennifer Lawrence sebagai teraju utama yang memegang watak Katniss Everdeen, dan Liam Hemsworth (memegang watak Gale Hawthorne) serta Josh Hutcherson (memegang watak Peeta Mellark) turut disampingnya bagi menjayakan filem ini. Filem ini mula ditayangkan di Malaysia bermula 22 Mac yang lalu.

 

 

SC_04516.dng

SINOPSIS :

Capitol negara Panem memaksa 12 daerah untuk menghantar wakil seorang lelaki dan perempuan muda bagi mewakili daerah masing-masing di dalam rancangan The Hunger Games. The Hunger Games ialah rancangan realiti di mana kesemua wakil daerah akan berlawan serta berbunuhan sesama sendiri dan wakil terakhir yang masih hidup akan dinobatkan sebagai pemenang dan menerima ganjaran.

 

Katniss Everdeen dan keluarganya tinggal di District 12. Pada hari kedatangan orang-orang dari Capitol, semua remaja di District 12 berkumpul dan tanpa disangka, adik Katniss yang masih kecil telah terpilih sebagai wakil District 12. Katniss menawarkan diri untuk menjadi wakil sukarela dan menggantikan tempat adiknya. Manakala Peeta Mellark, anak penjual roti terpilih sebagai wakil lelaki bagi District 12.

 

 

SC_D69_24038a_CR

Katniss dan Peeta ditempatkan di pusat latihan di Capitol bersama wakil-wakil dari daerah lain. Katniss dan Peeta mulanya nampak seperti ragu-ragu akan kebolehan masing-masing kerana pihak lawan terang-terangan menunjukkan kelebihan yang mereka ada. Mampukah mereka bertahan hingga ke akhirnya. Siapakah yang akan memenangi The Hunger Games ini???

 

 

SC_D07_02203.dng

PENDAPAT / PANDANGAN PERIBADI :

Sejujurnya aku sukakan filem ni. Dia mempunyai penceritaan yang tersendiri. Bila aku tengok trailer, aku rasa macam lain. Bila tengok filem ehh lain sikit pulak. Maknanya, mungkin aku aje kot yang tak mampu membaca jalan cerita melalui trailernye sahaja. Errr korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan nih? Hukhukk..

 

Namun begitu aku rasa agak kecewa sebab elemen aksi dalam filem ni aku rasa macam kurang aje. Katniss tak sentiasa menunjukkan kelebihan memanah beliau, manakala aku tak nampak pun mana kekuatan sebenar Peeta. Hanya kepandaiannya menyamar sahaja ditunjukkan. Dan mereka berdua selamat atas dasar nasib yang baik sahaja.

 

 

SC_D08_02562.dng

 

Namun pun begitu, aku boleh bagi 3.5 bintang untuk filem ni. Niat di hati nak bagi 4 bintang. Tapi malangnye aku kurang berkenan pulak dengan stail kamera dalam filem ni. Macam bergegar sangat dan banyak sangat close up ape semua. Naik pening pulak aku tengok. Apa-apa pun it’s a good movie though. Siapa belum tengok baik tengok cepat! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

14 comments:

Ima Amalina said...

its a great movie and Katniss is just awesome..love her character:D

aimie chan naga said...

haa.. betul tuh.. ending pun xbest.. tah ape2 je -_-

sy nak bg 3 bintang je.. boleh tahan.. tp bila tgk mcm xterpaham pun ada.. hikhik~ ^^

azri johan said...

thanks review :D

Jemput singgah blog Azri.My

Fid Yuuji said...

dh tgk citer ni siang tadi..not bad..layan gak jalan cerita dia..tp setuju bab kurg action tu :D

.........cP~ said...

salam.
Tak tengok lagi tapi teringat satu cerita jepun yang lebih kurang macam ni. Tak ingat tajuk, tapi diorang kena berbunuhan untuk selamatkam diri. Duamkawan akhirnya berlawan dan salah sworang mati dibunuh.

saharinasaharudin said...

it's great mvie.peeta strong.dia bleh angkt anythng heavy. :)

Izzatie said...

Macam best jeeeeeeeee :))

salmia saidin said...

planning nak pegi tengok cite ni esok! :)

Nur Fazrina Hadi said...

ha'ah pening kepala tengok cerita nie.kamera nye bergegar-gegar.starting nye agak membosankan.

Fiq Fikri said...

mula2 tgok mcm tak paham lama2 paham kalau tgok citer ni..tak dinafikn mmg best citer ni..part yg best time bunuh2 ahahhahah!!

Nyamuk Terbang said...

dh tgk smlm

Anonymous said...

mcm filem battle royale sbnrnye....

Anonymous said...

tiru cite Battle Royale nie

Shaherah said...

crita ni serius awesome walaupun jalan cter slow.. akhir2 best.. smpai skrg masih ingat jalan crita nyer..

tang video begegar tu mmg sokong.. agak pening ckit.. hehe

KLIK SINI!!! TOLONG PENUHKAN TABUNG MASA DEPAN SAYA YE !!

RAMAI-RAMAI KLIK YE !!