Tuesday, February 14, 2012

Terima kasih Sandra Azwan!!!

 

Assalamualaikum..

 

Wahhh rindu giler kat blog! Seminggu dua ni nampaknya aku sangat sangatlah sibuk melaksanakan tugasan kerja dan juga lain-lain urusan penting. Maka bila online pun aku update entry mana yang sempat. Lepas tu banyak fokus pada online shop kecik aku yang baru nak bertapak..

 

Hari ni alhamdulillah balik awal sikit, maka sempatlah aku blog walking di blog-blog kegemaran aku. Antaranya blog seorang pereka muda yang berfikiran futuristik! Kalau tengok design nya memang unik dan kebabomm giteww. Haaa siapa lagi kalau bukan SANDRA AZWAN. Tapi tak ku sangka bahawa persinggahan aku di blog beliau membawa kenangan manis!

 

winner sandra

Masih ingat contest Malaysia's Next Top Female Blogger 2011 by Sandra Azwan yang pernah dianjurkan oleh Sandra Azwan?? Tak sangka sangat sangat sangat yang aku memenangi hadiah tempat pertama!!! MasyaAllah memang bersyukur sangat! Terima kasih Sandra!!

 

TAHNIAH juga kepada Namee Roslan selaku pemenang hadiah utama dan juga Tyra Ahmad pemenang tempat kedua. Yang paling penting kesyukuran ini aku panjat ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurnia. Terima kasih juga SANDRA AZWAN! Heee tak sabar nak jumpa Sandra!

 

 

Sign PNG NisaKay