Thursday, February 16, 2012

REVIEW Filem Chantek

 

Assalamualaikum…

 

Sebab sibuk bekerja aku dah jarang sangat tengok wayang.. Rindunya nak keluar tengok wayang dengan kawan-kawan.. Hee maka aku pun nak share satu movie review untuk korang, supaya korang ramai-ramai ke wayang tengok ini filem okay??

 

393518_127417937371321_120798474699934_154759_1222028735_n

 

SINOPSIS (mengikut pemahaman aku selepas menonton filem ni) :

AD (lakonan Pierre Andre) yang kecewa kerana kekasihnya curang, mengalami kemalangan dan matanya buta berikutan kejadian malang itu. Selama setahun beliau menyepikan diri dari dunia lakonan. Beliau telah menerima tawaran besar untuk berlakon filem, lalu membuat keputusan untuk bercuti dahulu sebelum terus berlakon.

Namun begitu, pengurus AD, iaitu Sam (lakonan Kim Wah) berat hati untuk membenarkan AD bercuti sendirian. Tanpa pengetahuan AD, Sam telah mengupah seorang pembantu rumah bernama Chantek (lakonan Nurul Ekasari) untuk menjaga AD. Tetapi Chantek dikenakan syarat supaya tidak bersuara agar AD tidak tahu mengenai kehadirannya.

Akan tetapi satu insiden telah menyebabkan AD tahu ada seseorang disampingnya. Chantek terpaksa menyamar sebagai lelaki dengan mengubah suaranya dan menggunakan nama samaran Hendra. Namun apabila mereka semakin rapat, Chantek membuat keputusan untuk memberitahu perkara sebenar kerana Chantek semakin jatuh hati kepada AD.

Pada mulanya AD seperti tidak dapat menerima penipuan itu tetapi lama kelamaan AD mengakui yang dia menyukai Chantek. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa sehinggalah suatu hari AD dan Chantek keluar bersiar-siar dan berlaku satu insiden yang menyebabkan Chantek menghilangkan diri. Apakah yang telah terjadi? Adakah AD benar-benar menyintai Chantek?

 

 

IMG_1519

TIGA TERAJU UTAMA filem Chantek : (Dari kiri) Pierre Andre, Nurul Ekasari & Kim Wah

 

 

PENDAPAT PERIBADI :

Aku sukakan jalan ceritanya, sebab aku rasa macam dah boleh expect yang AD dan Chantek akan jatuh cinta, tapi sebenarnya ada insiden lain yang tak disangka.. Haa apa dia? Kenalah tengok sendiri kat wayang ye!

Tapi kalau dikembangkan lagi bahagian tugas-tugas orang gaji pasti jalan cerita tambah menarik. Mungkin boleh dikupas lagi mengenai tugas Chantek yang menjaga AD yang buta, dan menunjukkan sedikit demi sedikit perasaannya untuk Chantek bercambah.

Dan jika boleh kaitkan lagi kisah loket Chantek yang pada mulanya hilang, kemudian akhirnya jatuh ke tangan AD, pasti membuat kisahnya lebih romantis / meruntun perasaan, bergantung kepada bagaimana jalan ceritanya diolah.

Namun begitu keseluruhan aku berpuas hati dengan movie ini. Sangan santai dan straight suapaya kita tak payah terlalu meneka apa akan terjadi. Filem romantik komedi ini sesuai untuk tontonan semua. Dan aku suka kisah ala Cinderella (Chantek, orang gaji biasa kemudian bertemu lelaki idaman).

 

 

IMG_1534

Jangan lupa tonton filem CHANTEK di pawagam ye! Ajak kawan-kawan, saudara mara menonton filem ini! Sokonglah filem tempatan. Tayangan filem Chantek bermula hari ini (16 Februari 2012) !!!

 

 

Sign PNG NisaKay

12 comments :

fiza nurani said...

Haaaa, kak nisa dah boleh jadi penasihat pieree ... :)

Putri Atiqah said...

haaa. kasi gegorr panggung nanti.. he ;)

sheraonthekeyboard.blogspot.com said...

mcm menarik je..bley tgk sok ni...

jajafiza said...

mcm best je citer ni,hehehehe;-)

Cik Anis said...

cm best jee....

saharinasaharudin said...

nak tgk laa :)

Zarul said...

saya tunggu Astro First je lah

NIZAM said...

whoa! tgk poster pun macam dah berkenan nk tgk.

p/s: suke komedi romatik sbb taksuke cite hantu. :))

DySha.Pink◕‿◕✿ said...

btol ke best nti kalao p tgok sia2 jer... trauma sudah..

Cik FaRiZaM said...

nnti nak tengok la cite ni.

Myra Jay said...

Nak layan jugaklah, kalau bukan kat panggung maybe VCD :)

Hanis said...

WAJIB tengok hee ~ ^_^ Btw jom join small contest saya yang bernilai melebihi RM 100 even RM 1000 maybe hee :)

http://nurul-hanis.blogspot.com/2012/02/small-contest-yang-bernilai-melebihi-rm.html