Friday, February 3, 2012

[REVIEW] Filem Azura 2012 oleh Aziz M Osman

 

Assalamualaikum semua….

 

Hari ni aku nak review filem yang dikatakan mampu menjadi antara filem yang bakal meletup do pawagam? Betul ke? Adakah para penonton juga akan mengangkat filem ini sebagaimana yang diwar-warkan??

 

Poster-Azura-FINAL

Jika dulu filem Azura (1984) diterajui penyanyi terkenal Jamal Abdillah sebagai Zack dan juga Ogy Ahmad Daud sebagai Azura, kini pengarah terkenal Aziz M Osman mempertaruhkan bakat baru Neelofa dan juga aktor Shahz Jaszle untuk menjayakan filem Azura (2012) ini. Antara pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Afdlin Shauki, Afida Es, dan Erma Fatima.

 

 

SINOPSIS (mengikut apa yang aku fahami dari jalan cerita) :

Azura (lakonan Neelofa) yang kematian ibu bapanya tinggal bersama ibu saudaranya, Maksu (lakonan Erma Fatima). Maksu kelihatannya seorang yang agak mendesak. Azura bekerja di tempat paintball game dan di situlah dia bertemu dengan Zack / Zakaria bin Puteh (lakonan Shahz Jaszle). Sikap tidak menghormati Azura membuatkan Azura menampar dan memalukan Zack.

Selepas itu Zack mencari Azura dan memintanya membimbing beliau agar berubah menjadi insan yang lebih baik. Namun Maksu tiba-tiba melarang Zack mendekati Azura lagi. Zack yang sudah jatuh cinta dengan Azura nekad untuk mengahwini Azura di kota London setelah keputusannya tidak direstui ayahnya, Tan Sri Puteh (lakonan Afdlin Shauki) dan Wanda (lakonan Ninie Marlini), kakak Zack.

Mengapakah Maksu menghalang hubungan Azura dan Zack? Apakah yang terjadi selepas Zack berkahwin dengan Azura? Sikap Zack yang berubah apabila kesempitan hidup membuatkan Azura bertindak meninggalkannya dan berhijrah ke luar negara. Adakah Zack mampu hidup tanpa Azura dan menyedari komplot ayah dan kakaknya untuk memisahkan dia dan Azura?

 

 

315723_287537787931696_209437452408397_1113951_1059646064_n

REVIEW :

Secara jujurnya, aku rasa antara tarikan terbesar filem ini adalah, filem ini filem remake, diadaptasi daripada filem popular tahun 80-an. Pasti ramai peminat yang memberikan high expectation untuk filem arahan pengarah popular Aziz M Osman. Tidak lupa juga penampilan pelakon jelita Neelofa. Pasti ramai yang ingin menyaksikan lakonannya dalam filem pertama beliau.

Aku juga memerikan high expectation untuk filem ini. Aku bayangkan filem ini bakal meletup dan hangat di pawagam. Namun sayang seribu kali sayang, semua tu tak sampai pun expectation aku.Maaf ye semua. Ini review yang sangat jujur aku rasakan.

 

Watak Zack tidak gila-gila dan suka mengusik, tetapi seorang lelaki yang berlagak dan tidak menghormati orang sahaja. Dan hanya satu tamparan telah buat beliau ingin berubah. Jalan cerita mengenai bagaimana dia dan Azura kenal tidak berkembang sangat, ehh korang faham tak apa yang aku explain ni???

 

Watak Azura lakonan Neelofa pula seakan tidak memuaskan hati aku. Entah kenapa. Maybe ini pertama kali beliau berlakon filem, jadi nampak sedikit kejanggalan di situ, mungkin? Namun Neelofa masih boleh perbaiki mutu lakonannya…

 

GUA_Azura_2012_default_358905175

Walau bagaimanapun, latar kota London dan juga Paris membuatkan aku tertarik ingin terus menonton. Watak ayah Zack, iaitu Tan Sri Puteh (lakonan Afdlin Shauki) dan kakak Zack iaitu Wanda (lakonan Nini Marlini) aku lihat lebih menarik perhatian. Dan Nini Marlini yang agak fasih berbahasa Inggeris membuat aku lebih tertarik akan watak ini.

 

Secara keseluruhan aku bagi 3 bintang untuk filem ini. Filem ini tidak terlalu buruk, tapi tidak terlalu baik bagi aku. Aku review filem ini berdasarkan minat aku terhadap sesebuah filem. Pendapat pihak lain mungkin berbeza dengan aku. Jadi nak tahu kisah selanjutnya mengenai percintaan yang dihalang ini tontonlah sendiri di pawagam.

 

 

Sign PNG NisaKay

16 comments :

Adila Saidi said...

ramai jugak yg kata filem nih kureng.
hehe

Martika Diyana said...

ouh... mase memule dapat tau Neelofa n Sharizal ni nak belakon same, ade rase pelik. n bile tgk pic2 scene lam citer tu semalam, rase mcm ade tak kene. rase mcm riak muke Neelofa seakan dibuat2.. tapi entah la kan. lom tgk lagi citernye cmane..
mungkin same mcm awak kot, akan jatuh cinta ngan lokasi2 die ehehehe...
tq for the sharing :)

shafira aida said...

neelofa sgt cantikkkkk :)

NIZAM said...

Zack as Zakaria? Nape bukan Zukhairi (ala2 Zack Zukhairi plak kan. hehe)

Dila azie said...

Emm , macam best . Nanti tengok ! (:

FazzYnameD said...

macam best jaa...

ReeneeRaaid said...

ingat kan citer ni best. baru nk gi tgk sbb kawan kite join jugak krew shooting citer azura ni.dia yg makeup neelofa kat sana.

so, skrg ni lupakan hasrat nk g tgk citer ni. tunggu astro 1st jela kan :P

AMMAR YASIR said...

Nampak gambar macam best je, TApi.....best ke?

Shazwani Ramly said...

kita tak tengok lagi dah rasa filem ni tak berapa nak best sangat. bukan ape, mungkin tak menarik bagi kita kot.

Kakiwayang said...

hee, filem ni trailer gempak dan ada pengikut sendiri...pastu pelakon hot dan lokasi pun gempak..

tp sayang dialog n plot cam lemah, xrasa feel lansung...kalo wat betul2 mungkin leh tandingi Ombak Rindu sebab ramai kot peminat2 Azura...huhu..

jemput baca review di kakiwayang.com juga ye nisa...=)

nazfiaa said...

am i the first here?huhu
nasib baik nisa wat review..so i guess i leh will give it a try.

Anonymous said...

excited nak tengok.

Zarul said...

tu lah saya tgk gazette pun mcm kureng la

mashi said...

betul tu... semnagat nak tgk ingtkan best, rupenye hampesss... cerekarama kat tv3 lagi best

una said...

best ke... cm promotion dia je lebih2.. haha. tunggu boleh d/load lah hihi :D

Azza Azman said...

azza keluar masa tengah tengok cerita ni... jangan tanya time babak mana, azza tak ingat.. uhh plz// kenapa aku tengok cerita ni..