Thursday, February 23, 2012

Menitis air mata menonton Adnan Sempit 2????

 

Assalamualaikum…

 

Tajuk entry mungkin mengejutkan semua yang membaca. Di kala orang lain duk memuji-muji filem ini, di kala orang lain review baikkk punya filem ini. Aku ada satu ekspresi yang aku nak kongsikan di sini. Menonton Adnan Sempit 2 buat aku menitiskan air mata!

 

Apakah jelik sangat filem sekuel araham Ismail Bob Hashim ni? Apakah yang tak best sampai menitis air mata tu??? Haaa BACA SAMPAI HABIS!!!!

 

adnan sempit 2

 

SINOPSIS (mengikut pemahaman aku) :

Adnan (lakonan Shaheizy Sam) yang dulunya mat rempit dan Nadia (lakonan Intan Ladyana) anak kepada Dato Isnin kini menjalinkan hubungan cinta. Mereka berdua sangat loving together dan merancang untuk berkahwin. Dato Isnin menyatakan bahawa beliau akan menerima Adnan sebagai menantu sekiranya Adnan bersetuju untuk merubah penampilan dan menjadi orang berkorporat.

 

Kerana cintanya kepada Nadia, Adnan bersetuju dan melakukan pelbagai usaha untuk diterima sebagai menantu seperti merubah penampilan, belajar Bahasa Inggeris dan belajar memandu kereta. Nadia cuba mendapatkan nasihat daripada Wawa (lakonan Yana Samsudin) tetapi pada masa yang sama Wawa turut mengalami masalah dengan Bobby (lakonan Along Cham).

 

Kemunculan Fendi (lakonan Syuk Raja Lawak) sepupu kepada Nadia disangka untuk membantu Nadia dalam persediaan menjadi isteri tetapi siapa sangka kerana Fendi, Nadia menjadi sangsi dengan kejantanan Adnan. Apakah Adnan masih punya peluang untuk membuktikan bahawa dia bukanlah seperti yang disangka? Apakah agenda sebenar Dato Isnin dan Fendi???

 

 

P2210969

Gelagat sebahagian pelakon Adnan Sempit 2 dan peminat ketika malam pra tonton di TGV Sunway Pyramid 21 Feb 2012.

 

 

REVIEW / PENDAPAT PERIBADI :

Menitis air mata aku tengok filem ni!! Huuu kenapa menitis air mata pulak? Bukan best ke filem ni? Haaa disebabkan filem ni kelakar tak hengat lah aku gelak sakan sampai menitis air mata!!! Haaa jangan mengamuk ye semua.. Semuanya gimik semata-mata. Kihkihkih~

 

Pengarah filem ini, Ismail Bob Hashim berpendapat yang beliau masih perlu mengekalkan sebahagian besar elemen dan konsep asas dari filem Adnan Sempit yang terdahulu. Beliau tidak mahu melakukan perubahan yang terlalu ketara. Bagi aku tugasnya agak berjaya jika ingin memperkatakan mengenai pengekalan konsep asas kerana tidak banyak perubahan yang aku lihat.

 

Yang penting elemen humor itu mengisi filem ini sepanjang ia ditayangkan dan membuat para penonton melekat di dalam panggung. Kalau rasa nak pergi toilet tu, agaknya sanggup tahan dulu sebab taknak tertinggal satu babak pun filem Adnan Sempit 2 ni! Pada pandangan aku, elemen humor itu banyak diterapkan di dalam dialog, seperti penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak tepat oleh watak Adnan, Bobby dan Ismad.

 

Namun pun begitu babak kejar-mengejar antara Adnan dan Bobby dirasakan terlalu lama dan semakin lama semakin kabur motif sebenar babak itu. Aku juga menjangkakan tagline baru akan diperkenalkan dan bakal disebut-sebut ramai tetapi semuanya kelihatan sangat sama dengan filem pertama. Tetapi nampaknya seperti itulah tujuan filem ini dibuat, untuk tidak melakukan perubahan drastik.

 

adnan dan nadia

Untuk filem yang serius kelakar sampai menitis air mata ni, aku bagi 4.5/5 bintang ye? Apa lagi pergi ramai-ramai tengok filem ni kat pawagam bermula 23 Februari 2012 !!!

 

 

Sign PNG NisaKay

23 comments :

adiba ramli said...

tak sabar tengok ahad ni.!!!

Diyana Norman said...

nak pegi tgok tapi tak tahu nak pegi tgok dgn sape! huhu

wanie_mn said...

tunggu masuk astro first je.. save duit. HAHA

mia sha said...

nak tengok esok la...u pegi xajak an hehehe

mysara said...

wah..xsabar nk g tgk ni isnin dpn...

mary said...

noted :)

mimi mimo mimo said...

hadoi..ni yg best nih..leh wat gelak tak hengat!!
<----spesies mcm tu jgk nih...ahax!

Srikandi Utara said...

agak2 yg mana plg best? Adnan Sempit yg pertama atau kedua ni?

ANISA said...

dah agak dah menitis air mata sbb gelak....suspend jugak mula2...
mcm best je citer ni...

nadia eshak said...

tiba2 ade keinginan nak tgk citer ni dkat pawagam .haha

MizzDija said...

jom tgk!!haha

✿ pink velvet ✿ said...

wahh best erk? nak g lah tgk :)

FL blogh0use said...

macam nk kna tgk je. spe nk lanje?? hurrmmm..

YOUsoF said...

Heheh.. Gimik yang menjadi.. ;D


Yang aku ingat iklan kat radio.. Si adnan beria-ia bila orang suruh dia transform... hahah

Cik FaRiZaM said...

ramai kata best gile. diorg target 10 juta.terbaik la. ! mesti tgk !

GBM said...

nampak mcm best. mesti kene tengk ni. :)

Nay Yazid said...

hahah. ingatkan cerita ni sedih lah tadi -.-

DanieL AdiE said...

Waaaa...kene g tgk nie...

Atiqah Wadiah said...

nk tgk tp kat kelantan x der cinema :(

Cik Anis said...

best ni.. eh nisa, come singgah blog i n follow. :)

KETUAT DI KAKI said...

ade tiket free x?

cik ziqa said...

ahaaa. betul kak !! dengan kondifentnya, kita pon tgk sampai kuar air mata ni sebab dok gelak dari awal sampai habis.


siyes pecah perut !! bahahaha

terbaikkk laa depa ni :)

Cik Nurul said...

Memang menangis..menangis akibat terlebih gelak.. :)