Wednesday, February 29, 2012

Lebih serius.

 

Assalamualaikum…

 

Entry kali ni lebih serius, lebih serius dari entry-entry yang sebelum ini barangkali? Perlukah aku menekankan perkataan serius itu dalam entry ini? Sejauh mana keseriusan entry ini seperti yang aku taip tadi? Ahhh serius, ini bukan blog serius! Ehhhh…

 

Picture2824

Baiklah.. selamat pagi semua! Ohhh aku taip selamat pagi sebab gambar ni aku ambil pagi-pagi tadi, masa aku baru sampai di PAPER+TOAST. Tahukah anda aku datang straight dari Pahang?? Ye, negeri Pahang, daerah Temerloh.

 

Meeting sepatutnya bermula pukul 10.00 pagi, so aku decide nak naik bas pukul 8.00 pagi. Tapi dapat bas pukul 7.30 pagi, so aku tibai je lah. Apa lagi dengan muka dah siap mekap aku bantai tidor dalam bas. Sampai di Stesen Pekeliling, aku terus naik monorail ke Raja Chulan. Cuma perlu melintas jalan ke sini.

 

Hari ni meeting Amanz Network, maka sepatutnya semua adalah, tapi Husna, another intern of Amanz takde pulak. Wuuu baru ingat nak menggila depan webcam dengan dia.. Wuwuuu… So yang sertai meeting hari ini ialah Tekong, Aman dan juga Obefiend.

 

Setelah meeting selesai, aku sedar yang aku harus lebih serius dalam kerja sebab tak lama lagi aku akan menguruskan satu website baru oleh Amanz Network bersama-sama dengan Husna..

 

 

Picture2821

Dan hari ni yeayy dapat Starbucks’ card! Macam Touch n Go punye kad jugak lah kot.. Kita topup kad ni, nanti bila nak beli air ke kat starbucks just hulur kad ni. Contohnye, dalam kad ni ada RM20, korang beli air harga RM10, so dia akan tolak dari nilai dalam kad tu je. Lepas tu kalau dah takde nilai dalam kad tu just topup kat kaunter Starbucks.

 

Alhamdulillah.. sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNYA… Telah aku diselamatkanNYA dari perkara yang mungkin membawa aku lebih jauh dari jalan yang lurus. Segala yang berlaku ada hikmahnya, dan dalam masa yang singkat aku telah dapat melihat hikmah yang dimaksudkan itu.

 

Kalau aku still tak bersyukur dengan apa aku ada sekarang memang tak layaklah aku menerima semua ni. Sangat-sangat bersyukur ya Allah sebab aku dapat peluang yang tak semua orang dapat. Terima kasih atas nikmat yang tidak terhingga ini… Tak perlu nak buat semua orang melihat atau mengetahui segalanya…

 

 

 

Sign PNG NisaKay


17 comments:

  1. wah.. maju ni. dah ada website utk diuruskan :D

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah... insyaAllah..kita sama2 mendapat lindungan daripada Allah ^_-

    ReplyDelete
  3. skrg nie da maju. . nk mkn un kena guna kad mcm kat food court ts. .

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... website apekah itu? hihi

    http://luvmaxle.blogspot.com/2012/02/wordless-wednesday-lawak-pedoman.html

    ReplyDelete
  5. wah..busynyer nisa..lepas tu jauh plak tu dr temerloh...

    ReplyDelete
  6. semoga b'jaya dlm m'uruskan website tu :)

    ReplyDelete
  7. terbaik....bagus2...teruskan lagi..

    ReplyDelete
  8. Baguslah lebih serius dalam kerja =).

    ReplyDelete
  9. Lepas ni mesti nisa asyik g touch n go kt starbuck je.. hehhe

    ReplyDelete
  10. nisa2x...ritue yg nisa post bout nisa buat lasagna tu blan brape pnye post?mcm na blaja la...

    ReplyDelete
  11. dah uruskan website pulak. hehe goodluck :)

    ReplyDelete
  12. Salam nisa, u look so cute! hehe..

    ReplyDelete
  13. gud luck nisa

    http://sweetylovillea109.blogspot.com/2012/03/impian-1.html

    ReplyDelete
  14. serius2..hehee good luck n slmat maju jaya....

    ReplyDelete

Apa Reaksi Kamu??? Sila Taip Laju Laju Di Sini :)

Copyright © Nisa Kay