Thursday, February 9, 2012

Kasut ohh kasut!!

 

Assalamualaikum…

 

Heee siapa yang setia sangat baca blog aku yang tak seberapa ni mesti dah tahu aku ni gilakan kasut! Kasut punyalah dah berlambak kat rumah ni, ada hati nak pergi usha kasut lain. Ada yang sekali dua pakai pun!! Ada yang dah berhabuk duduk kat bawah katil. Kalau bawak balik ke Pahang ni maunye kena bebel dengan mak! Heee…

 

SN1476 ORANGE-horz

Ramai yang cakap, “Eiii takutlah nak pakai kasut tumit tinggi. Nanti jatuh.. Nanti bla bla bla……”

 

Tahu tak kenapa korang takut pakai high heels? Sebab korang TAK PERNAH mencuba pun kan… There’s always a first time for everything! Kalau kita tak mula pakai high heels, sampai bila-bila pun kita akan hidup dalam igauan mimpi ngeri pasal high heels.

 

Untuk mula pakai heels, jangan terus try yang high heels. Cari kasut yang heels dia rendah atau pun medium heels. Lepas beli tu, jangan terus pakai bawak jalan-jalan. Biasanya aku akan pakai kasut tu dalam bilik dan try jalan-jalan dengannya. Lepas tu berlatih naik turun tangga. Bila kaki dan selesa dengan kasut dan lebih konfiden bila melangkah, korang boleh pakai untuk keluar.

 

SN1528 BLUE1-tile

Kalau masih tak konfiden, try beli heels yang tebal macam kat dalam gambar di atas ni. Kalau heels tebal macam ni biasanya dia pakai lebih keseimbangan. Tapi heels tebal selalu didatangkan dengan platform yang tebal jugak. Method nye sama saja, berlatih dulu pakai kasut ni dalam rumah!

 

 

SN1538 BLUE-horz

Tak konfiden jugak??? Pakai wedges aje lah… Lebih stabil dan kuat menampung si pemakai. Try beli wedges yang tak terlalu tinggi dulu, dan berlatih jalan-jalan dalam rumah.

 

 

SN1521 BLACK-horz

Pemakaian boots pulak untuk korang yang lebih sukakan gaya yang ranggi dan nampak ala-ala rock chic gitewww. Pemakaian boots pulak mestilah kena dengan pemakaian anda. Oppss aku takde tips baju-baju kat sini ye. Aku ni bukan fashionistas, tapi selekeh-nistas.

 

Pendek kata, kalau nak beli kasut tu, ukur betul-betul kaki tu… barulah selesa nak memakainya. Kalau tak mula pakai heels, sampai bila-bila pun korang takkan berani nak pakai. Pepatah mengatakan alah bisa tegal biasa. Kalau dah biasa nanti dah tak rase apa sangat dah bila memakai high heels.

 

Tapi setiap kasut baru mestilah rasa agak keras dan kurang selesa bila nak memakainya. Berlatih memakai kasut dan berjalan-jalan dalam rumah mungkin membantu nak stretch kan sikit kasut tu supaya kaki lebih selesa. Takpun korang boleh try tips Stretch Your Shoes with Ice daripada Michelle Phan ni.

 

 

PNG image (2)iOhhh ya, kasut-kasut di atas korang boleh tengok di online shop aku Mini Shopaholics. TERIMA KASIH!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


23 comments:

  1. tapi badan berat cm saye ni mmg x sesuai pakai kasut cmni dh penah cuba pon... sakit sangat kaki, btw nisa ade x blog2 yg jual baju2 crochet? kalo ade nisa war2kan la ek

    ReplyDelete
  2. dah lama tinggalkan high heels..pakai flat je selalu..sebab payah nak drive and sakit kaki lama-lama..huhu

    ReplyDelete
  3. saye ade 1 high heels hadiah dpd tunang. xpernah pakai sampai skg! terase sygnyer. seriously, sy xpndai pakai high heels! lg satu, xtau nak seswaikn high heels sy tu, dgn baju mcm mane.

    ReplyDelete
  4. nisa,kalau ade online shop yg jual boots cun2,pls inform akak...yg kat msia if possible.tq

    ReplyDelete
  5. salam..morning nisa. dah lame tak pakai heels. penah terpelecuk masa pakai heels, dan sgt sakit! huhu~ so skrg nk slowly pakai heels ketot2 je dulu. memg teringin bila tgk kasut2 cantik nie. =)

    ReplyDelete
  6. heels or wedges yg u jual max. bp inci??

    ReplyDelete
  7. cantiknya!!! tapi tunggu my jumpsuit sampai dulu, baru nak order lagi dan lagi dan lagi..... =)

    ReplyDelete
  8. nisaaa! i like heel yg mcam kamu beli tuu wane biruu..

    =))

    promote blog awak jap,jgn marah tau =)
    http://miramiraie.blogspot.com/2012/02/tempahan-header-simple-dan-menarik.html

    ReplyDelete
  9. Saya tak berani nak pakai kasut tinggi sebab saye jenis kurus tinggi. nampak tak sesuai kot tapi tingin sangat nak pakai kasut tinggi.

    ReplyDelete
  10. yup!! yana dulu pon tak reti pakai heels. but then course yana amek di mestikan pakai heels. so nk tak nak kena pakai jugak. lme2 jdi suka pakai heels. tapi skrg dah mule suka dgn wadges pulak..kuikuikui

    ReplyDelete
  11. x minat yg tumit halus..x pandai imbang..haha..

    ReplyDelete
  12. good info bg mereka yg tkot nk pki heels.alhamdulillah ain xde masalah nk pki high heels coz parent da biasekn beli kasut yg ade tumit sket mase kecik2 dlu.. =)

    ReplyDelete
  13. waa cantik gilas la kasut2 kat snie^^ tp siyes sy memg xberani pkai heels..dah ckup tggi mgkin..@mgkin xberani mncuba sesuatu yg baru..uhuuk!!

    ReplyDelete
  14. sama. asik pkir nk bli kasut aje.

    ReplyDelete
  15. kalo wedges tu bagus lagi dari high heels. hehe, takut salah tempat nanti terpeleot pula. ^^ ikut keadaan lah pakai kasut mana, sandal mana. sya pun suka ksut jga.

    ReplyDelete
  16. suke pakai wedges je. sebab senang nak berjalan or berlari. hehe.

    ReplyDelete
  17. wedges best sbb ase slmt sket...kalo hujan pon bleh jln laju tnpa jth hhohoh

    ReplyDelete
  18. wow!!! tinggi2... sesuai untuk yg comeyl2 mcm kite.. hahaha

    ReplyDelete
  19. cantik cantik..

    *tertarik dah ni..hahha*

    ReplyDelete
  20. i'm heels lover. tapi tak cube lagi cara Michelle Phan tu.huhu

    ReplyDelete

Apa Reaksi Kamu??? Sila Taip Laju Laju Di Sini :)

Copyright © Nisa Kay