Assalamualaikum…
Tengok perkataan PARTI dengan perkataan SOSIAL di atas jangan korang memandai-mandai cakap aku join mana-mana parti liar atau parti sosial! Lepuk kang! Sila baca PARTI LAMAN SOSIAL okay. Laman sosial tu Facebook, Twitter, dan lain-lain…
Alhamdulillah tahun ni aku terpilih untuk jadi sebahagian daripada krew Parti Laman Sosial untuk acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-26 atau lebih senang sebut AJL 26. Mulanya aku tak sangka yang aku join kat page TV3 tu ialah contest untuk join parti laman sosial ni.. Tapi bila dah terpilih alhamdulillah..
So apa krew parti laman sosial ni buat? Apa kena mengena dengan AJL 26?? Haaa kami yang terdiri daripada 7 hingga 8 orang ni bertanggungjawab untuk tweet segalanya mengenai AJL 26 yang berlangsung pada 29 Januari lepas. Kitorang berkongsi kisah di sebalik tabir AJL 26 sebab kitorang dapat pass ALL ACCESS wohoo!! Tweet gambar-gambar artis dan mengenai persembahan finalis.
Seawal jam 4.15 petang aku dah terpacak depan Stadium Putra Bukit Jalil, di mana AJL 26 berlangsung. Tapi dah ramai jugak orang yang datang awal.. Mungkin dorang nak join karaoke contest kat booth HOTfm atau nak menang goodies dari booth Celcom yang ada di perkarangan Stadium Putra pada masa tu…
Krew parti laman sosial ni berpeluang menyaksikan final full rehearsal para finalis AJL 26. Gambar di atas ialah gambar full rehearsal Yuna dengan lagu Penakut, kalau tak silap aku la.. Herherher…
Ada antara artis / selebriti yang diminta pegang kad ni. Dan kami krew parti laman sosial akan ambil gambar guna BB /iPhone / kamera/ iPad dan tweet gambar tu.
Pengacara acara Blue Carpet pada malam AJL 26 – Aidid Marcello dan Sharifah Aleya
Uikkkk kemek anak tudung aku argghh!!! Ahh peduli hape aku! Janji dapat bergambar dengan Shila Amzah yang cute itewww!!!
Inilah antara geng parti laman sosial. Dari kiri : Neyra, Abang Badrul, Izham Ismail, Karrotgold, Aida Sue, Nisa Kay, Nana.
Inilah bilik meriah tempat kami lepak, tempat kami berehat makan dan minum. Foods and drinks and balloons are everywhere! Haaa best best! And bigggg screen TV! And most important thing, STREAMYX!! Hahaa…
Bergambar sebelum pulang. Kat tengah-tengah tu Andy, pekerja Media Prima.
Pendek kata memang best gila dan fun join geng Parti Laman Sosial untuk AJL 26. Kami gigih tweet pasal AJL tau. Kepada semua yang guna hashtag #AJL26 untuk AJL yang lalu, terima kasih jugak sebab bantu kami jadikan ia trending!
Kepada TV3 terima kasih atas peluang ni dan jangan lupa panggil lagi untuk AJL akan datang. ahaks.. Bye!
wah untungla kamu nisa -.-
ReplyDeleteWahh.. Nisa selalu dapat peluang2 yang best cenggini. Camne nak dapat? Sharing2 laa.. hehe
ReplyDeletebaca tajuk dah rasa macam ish3...apa nak jadi nieyh..hehe...
ReplyDeletewahh..beshhnyeeee
ReplyDeleteokeh, makeUp nisa chantek pada mlm tuh (:
ReplyDeletebest kot terpilih jadi krew. hee.
ReplyDeleteAlhamdulillah murah rezeki nisa.. Insyaallah tv3 invite nisa lagi next year kalau ade rezeki kan? Teruskan berblogging!
ReplyDeletebest team :)
ReplyDeletemeriahh
bestnya dapat peluang camtu kan .. :))
ReplyDeletekak nisa , update kak nisa tak keluar kat dashbord sy sebab akk tuka domain eaa
ReplyDeletesis,saya ada tulis pasal kamu lorh. jom tengok. :)
ReplyDeletehttp://eiqavandetta.blogspot.com/2012/02/segmen-farah-aliasmy-blogger-idol.html
terbaiklah ..seronok tgk..jeles pun da hahaha
ReplyDeleteUntung Nisa.hehe
ReplyDeletehttp://infoserius.com