Wednesday, February 1, 2012

[EVENT] - Sidang Media rancangan Pilih Kasih musim ke 3

 

Assalamualaikum…

 

Bulan Oktober 2011 yang lepas aku dah menghadiri sidang media Pilih Kasih musim ke 3, yang mana bertujuan untuk mengumumkan pelancaran musim terbaru rancangan realiti TV yang memfokuskan untuk mencari bakat baru dalam bidang lakonan.

 

Pada 25 Januari yang lepas, sekali lagi aku berpeluang menghadiri majlis sidang media Pilih Kasih musim terbaru ini yang bertujuan untuk memperkenalkan barisan hos dan juga para peserta Pilih Kasih. Seramai 8 lelaki dan 8 wanita telah terpilih untuk menyertai rancangan ini.

 

IMG_0736

Majlis sidang media ini diadakan di Victorian Ballroom, Holiday Villa Subang.

 

 

IMG_0745

Lisdawati yang cun melecun adalah antara selebriti tanah air yang hadir pada sidang media kali ini.

 

 

IMG_0751

Gimik memperkenalkan para peserta, persembahan ala teater dan muzikal.

 

 

IMG_0767

Para peserta rancangan Pilih Kasih bergambar bersama-sama dengan penerbit dan juri rancangan.

 

 

IMG_0778

Banyak benau namecard yang aku dapat. Setiap peserta ada name card masing-masing.

 

 

IMG_0780

Amik kesempatan untuk tepek gambar peserta paling jambu dalam blog ni. Kekekee..

 

 

IMG_0790

Aku dan juga hos pentas Pilih Kasih, Reza Mohamad. Reza Mohamad akan mengacarakan Pentas Pilih Kasih yang bersiaran pada setiap hari Ahad bermula 5 Februari ini di TV2 pada pukul 9 malam.

 

 

IMG_0794

Awww gambar dengan abang Rosyam Nor harusss ada. Alamak, rambut dah takder lahhh.. Potong sebab shooting filem KL Gangster 2 ke bang Rosyam?? Hohohooo…

 

 

IMG_0795

Eisya Toh (tengah) pula akan mengacara Zoom Pilih Kasih yang membawakan anda perkembangan terbaru peserta Pilih Kasih musim terdahulu. Program Zoom Pilih Kasih akan bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April 2012, pada setiap Sabtu pukul 9 malam di TV2. Penyampai radio Nasional FM,  Muaz Mohamed (kanan) akan mengacarakan progran Kisah Pilih Kasih.

 

Untuk pengetahuan semua, siaran langsung Pentas Pilih Kasih akan diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Senawang, Negeri Sembilan pada setiap hari Ahad bermula 5 Februari hingga 15 April 2012. Datang ramai-ramai pada pukul 8 malam ye! Masuk adalah percuma wohooo!! Dan lagi best penonton bertuah bakal menang hadiah!

 

 

Jangan lupa terjah dan like facebook page rancangan Pilih Kasih

www.facebook.com/PilihKasih

 

 

Sign PNG NisaKay

10 comments:

Zarul said...

tak pernah tgk..tp i try to watch la this season..nampak mcm ok

Q Partner Travel and Tours said...

auww Rosham Nor ke? huuuuu

hana banana said...

Bila nisa pulak yang nak join program nie? hehehe..can't wait XD

KAMI ;) said...

wahhh.. dengan abang rosyam nor. jeles jeles. kahkahkah ;D

Ieka Luvika said...

kenape ika tgok peserta paling jambu tu mcm muka shazley sam? ;D eh betul ke ika eja nama SS tu haha

nasha sanza said...

seronoknya nisa..^^

yaya said...

jelez nyer tgk akak pegi situ :X

Hanis said...

Really superb ! :D And ohh, ini untuk Nisa, maaf untuk unreal face dan segala benda yang tak sama dnegan Nisa in reality Y_Y

http://4.bp.blogspot.com/-E1zZIasV03M/TydoNNXNXwI/AAAAAAAACY8/5TKlIadHUPI/s1600/nisakay.png

MaYa MustWany said...

no kad,ramai la ambik.hihih
(not me)

wahh best..

Anonymous said...

kad name card tu no fon dorg btul ke sayang? *tertayang tuh* :) takpe ke? -kak eyja

KLIK SINI!!! TOLONG PENUHKAN TABUNG MASA DEPAN SAYA YE !!

RAMAI-RAMAI KLIK YE !!