Thursday, January 26, 2012

REVIEW filem Sumpahan Kum Kum

 

Assalamualaikum… kum.. kum..

 

Pernah tak ada orang bagi salam macam ni? MANA PERNAH WEI!!!!!!!!!!!!!!!!! Nak menaipnye pun aku dah berdiri bulu roma walaupun siang hari. Trauma seminggu aku tengok filem ni. Seminggu tak boleh tidur. Errr ke aku yang berhalusinasi sangat? Kekekeee… Sebenarnya pada 17 Januari yang lepas aku berpeluang join majlis PraTonton bersama MiG untuk filem SUMPAHAN KUM KUM arahan Ismail Bob Hashim.

 

 

SUMPAHAN KUM KUM

Lakonan : Fezrol Khan, Shima Anuar, Wawa Zainal, Putri Mardiana, Echa, Lydiawati, Maimon Talib, Kazar dll

Tayangan seluruh Malaysia bermula 26 Januari 2012

 

poster kum kum

 

SINOPSIS (mengikut pemahaman aku) :

Hantu Kum Kum menghantui keluarga Adi (lakonan Fezrol Khan) , dan keadaan bertambah buruk apabila Adi pulang ke kampung halaman untuk melawat ibunya Mak Tom (lakonan Lydiawati) yang tenat. Roh tidak aman itu pada mulanya membunuh adik Adi iaitu Shima (lakonan Wawa Zainal) dan kini memburu anak Adi iaitu Tini (lakonan Echa).

Semua ini menjadi misteri kerana hantu yang sudah lama tidak muncul, tiba-tiba kembali mengganas di kampung tersebut. Mak Leha (lakonan Maimon Talib), ibu saudara Adi akhirnya membongkar rahsia amalan ilmu hitam Mak Tom setelah Mak Tom meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Kemunculan hantu kum kum itu berkait rapat dengan amalan ilmu hitam Mak Tom semasa hayatnya dan juga seorang gadis bernama Mila (lakonan Shima Anuar) yang memakai susuk tetapi melanggar pantang larang.

Apakah yang akan terjadi terhadap Adi dan keluarganya? Adakah hantu kum kum berjaya membalas dendam terhadap keluarga Adi dengan membunuh anak Adi iaitu Tini? Jangan lupa saksikan di pawagam!!

 

153

PENDAPAT / PANDANGAN PERIBADI :

  • Sangattttt seram! Seram!! Seram!!!
  • Jalan cerita yang tidak bosan kerana plot disusun dengan baik.
  • Aku sebagai penonton tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya, membuatkan penonton terus melekat dengan jalan cerita.
  • Elemen suspens yang sangat menjadi. Perasaan suspens tu ditarik sepenuhnya lepas tu BOOM! Kejutan!!
  • Elemen kejutan yang membuat satu panggung menjerit, especially masa babak Adi di kubur.

 

Personally, aku rasa this is one of a must-watch film this 2012! Seorang wartawan pun cakap filem ini bakal meletup di arena perfileman negara! Wahhh kemain tau expectation! Aku pun sebenarnya tak sangka filem ini seram sebegini! Setakat ni filem ni lah antara filem paling seram aku pernah tengok! Jarang jugaklah filem seram Melayu buat aku tak tidur malam macam ni!

 

Tak ada ruginya korang semua ramai-ramai terjah panggung dan tonton filem Sumpahan Kum Kum ni. Lakonan Fezrol Khan sebagai Adi dan pendatang baru Shima Anuar sebagai Mila juga harus diberikan pujian. Bagi aku Shima Anuar punya potensi besar dalam bidang lakonan.Wahhh kemain aku menulis entry macam menulis majalah hiburan giteww.. Malas cakap banyak. Korang tengok trailer nye ye.

 

 

 

Tonton filem Sumpahan Kum Kum di pawagam bermula 26 Januari 2012! Sokonglah industri filem tempatan!

 

 

 

Sign PNG NisaKay

15 comments :

Love hurt aeNnn said...

good feedback macam nie terus nak pegi tengok.. ^^

zoeLa said...

mcm seram sngt je.. xmau nnton trailer dya 2!!

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

nak g usha tgk jgk la~ HAHAH..

Syafiq Ahadin said...

I'm going!!

nasha sanza said...

insyallah..=)

Cik Meeja said...

Ish, seram plak dengar..Berani ke nak gi tgk nih? Wuuuhuhuhu~~~

Azhunk Awang said...

Wah nampak seram sngat..

Nazz@Purple said...

kalo nazz tgk..tutup mata ngan telinga la jwp nye..

Qaseh Suhaida said...

takut nak tgk hu huuu...nanti malam ku tak lena hu huu

eszyamin said...

bosan ler..asek citer hantooo je mlaysia ni..xnk lah pegi tgk.. ;p

baby boo said...

sy bru g tgk td..sory sy rasa pngarah perlu usha lg..sbb dlm penonton tmasuk sy x mnjerit pun..huhu

Fiqah Yassin said...

fuyoooo, mcm best je :D

Puteri Sabrina said...

hmm macam best jeee. heehee wajib tengok ni!! >.<

marish sha said...

Dah tgk , best juga . tapi sinopsis nisa mcm salah sikit , part roh tu bunuh adik dia dulu . Masa dia bunuh tu dia still manusia , belum mati lagi , dia bunuh sbb nak kan darah 9 anak dara sunti , dan anak mak tom tu anak dara sunti yg pertama dia bunuh .

KakiWayang.com said...

berbanding Keramat yang jalan cite kelam kabut, Kum Kum ini adalah lebih baik dan seram juge...

sedang bayangkan kesian dak tu asyik kene tindih ngan Fezrul time last2...haha..