Wednesday, January 11, 2012

REVIEW FILEM – Papa I Love You

 

Assalamualaikum…

 

Baru kali ni aku berkesempatan nak buat review sikit pasal filem yang aku tengok lebih kurang dua minggu lalu. Masa tu aku diberi peluang untuk menyertai majlis pra tonton filem Papa I Love You terbitan Metrowealth yang berlangsung pada 27 Disember 2011, di MBO Cineplex, Subang Parade.

 

poster-papa-i-love-you

 

SINOPSIS (pada pemahaman aku ler) :

 

Baha (lakonan Zalif Sidek) merupakan seorang bapa tunggal yang baru kematian isterinya. Ibu bapa mertuanya ingin mengambil anaknya Mia (lakonan Mia Sara) kerana beliau tidak bekerja. Namun Baha nekad membawa anaknya Mia tinggal bersamanya. Tetapi dengan keadaan diri yang tidak terurus dan tiada pekerjaan, kehidupan Baha semakin susah. Keretanya ditarik, dan beliau terpaksa lari dari rumah kerana tak mampu membayar sewa. Beliau bertemu dengan Elly (lakonan Lisa Surihani), dan sedar tak sedar Baha jatuh cinta dengannya. Dalam pada masa yang sama Elly menghadapi masalah dengan bapanya. Bolehkah Baha memikat hati Elly dan menjernihkan semula hubungan Elly dan bapanya? Bagaimanakah kesudahan kisah kehidupan Baha yang susah?

 

 

IMG_8729

Lakonan Zalif Sidek sebagai Baha harus diberikan pujian kerana inilah kali pertama beliau melakonkan watak utama dalam filem, dan berlakon di samping pelakon berbakat Lisa Surihani.

 

PENDAPAT AKU :

  • Filem ini sesuai ditonton seisi keluarga
  • Mengandungi mesej yang mendalam. Contohnya, kasih seorang bapa kepada anaknya dan hubungan antara anak dan bapa.
  • Aku ingatkan Lisa nampak kaku dalam filem ni, tapi sebenarnya memang watak Elly dalam filem ni watak yang dingin dan menyimpan dendam terhadap bapanya.
  • Lakonan yang menyentuh jiwa masa babak tidur kat taman dan meredah hujan lebat.
  • Jalan cerita yang mudah difahami dan tidak terlalu berat

 

IMG_8717

RATING : 7.5 / 10 bintang

 

Okay sekian review aku mengenai filem Papa I Love You. Lambat benor aku buat review kan? Esok nak buat review filem Keramat pulak. Jangan lupa kalau nak tengok gambar-gambar sekitar majlis pra tonton filem Papa I Love You, like dulu fan page SAYA SUKA MENAIP, nanti akan ku upload gambar-gambarnye kemudian ye!

 

 

 

Sign PNG NisaKay

10 comments :

MiSz fiFiEyQa said...

first time kan lisa berlakon jadi heroin dgn hero yg biasa2 je..ehehehe...nak tengok jugak la camne citer ni...

faa.rosli said...

org ckp xbest cite ni..

merpatisejoli45 said...

comeykn budak kecik tu blakon.hehe. :)

dila.azie said...

Emm . Nak tengok jugak ! (:

Ezy Chiaki said...

part yg dlm ujan 2 pon saye rase nk nanges tgok..
sebak..

yaya said...

macam best jew .. tgk pembikinan die memang sweet la ..

Idati Malek said...

HAHAHA...

bagus2.

ingat nak tengok nanti ni~

Kakiwayang said...

cite ni xbest...huhu..

Lee said...

jarang org melayu buat cite pasal keluarga :D

Anonymous said...

awk sape ek nak bagi rating utk filem ni? awk org jawa ea?