Monday, January 23, 2012

Resipi ringkas lasagna

 

Assalamualaikum..

 

Semalam aku dan sepupu aku yang sangat suka memasak iaitu Faa Rosli telah mencuba memasak lasagna. Aku dah pernah tengok kawan aku, Kak Kila masak lasagna. Nampak macam senang nak cuba. Heee. Sepupu aku Faa Rosli dah cari lasagna, tapi satu Temerloh takde jual! So aku lah yang beli lasagna dalam kotak tu, dari Shah Alam!

 

Resipi yang bakal aku nak kongsi ni ialah resipi paling ekonomi dan ringkas. Sesuai untuk mereka yang baru nak cuba-cuba buat lasagna.. InsyaAllah tak menyusahkan dan tak menyepahkan dapur. Hehehee…

 

BAHAN-BAHAN :

1 biji bawang besar (saiz sederhana)

2-3 ulas bawang putih

Daging kisar (ayam / daging)

Kuah spaghetti (jenama Prego / Kimball) atau boleh guna puri tomato

1 sudu mayonis (sepupu aku kata boleh ganti dgn mustard)

Garam, gula, ajinomoto secukup rasa

(Boleh tambah sosej / mushroom ikut citarasa)

Keju (yang dah siap kisar)

Lasagna (celur dengan air panas)

 

 

IMG_0344

1) Hiris bawang. Haa kalau tak hiris camne nak tumis? Korang nak campak bawang tu seketul dalam kuali ke?

 

 

IMG_0347

2) Hancurkan daging kisar guna garfu sebab masa aku beli tu dia beku. Aku guna daging kisar jenama Ramly, packaging baru bentuk petak sekarang.

 

 

IMG_0349

3) Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Ahh abaikan kuali yang buruk tuh. Hikhik.

***Sementara korang duk memasak inti lasagna nih, kepingan lasagna korang rendam dalam air panas ye. Gambar masa rendam kepingan lasagna lupa nak ambil.

 

 

IMG_0351

4) Masukkan daging kisar tadi.. Kacau rata.

 

 

IMG_0353

5) Masukkan kuah spaghetti. Aku guna jenama Kimball sebab murah sikit dari Prego. Kekekeee ekonomi sangat aku kan? Hahahaa…

 

 

IMG_0355

6) Kacau lagi then masukkan mayonis. Ni sepupu aku punya citarasa. Nak kasi lemak-lemak sikit rasa dia. Kata dialah. Heeee…. Tapi kalau korang nak rasa pedas boleh tambah sos cili or black pepper lah kan?

 

 

IMG_0356

7) Masukkan garam / gula / ajinomoto secukup rasa.

 

 

IMG_0358

8) Masak sampai air dia kering. Kalau berkuah sangat macam mana nak masak lasagna dalam oven pulak kan?

 

 

IMG_0360

9) Okay ini susun dalam loyang. Susun kepingan lasagna yang telah direndam dalam air panas tadi. Tos kan dulu airnya supaya tak berair dalam acuan ni. Lepas tu ratakan kuah daging yang kita dah masak tadi. Lepas tu letak cheese. Aku ni ekonomi sangat tau, just beli Cheesedale. Hahahaa… Lepas tu ulang balik susunan tu sampai penuh acuan.

 

 

IMG_0361

10) Atas sekali mestilah daging kisar yang dimasak tadi dan last sekali tabur cheese. Ouhh cheese yang keping-keping tu sepupu aku dah potongkan jadi macam ni.

 

 

IMG_0368

11) Bakar dalam oven dengan suhu 120 darjah Celcius selama 20 minit. Tutup dulu acuan tu. Errr ni aku lupa kenapa nak kena tutup. Ohh ye, sebab taknak keju yang bahagian atas tu terbakar hangus kot?

Lepas 20 minit korang bukak dan tengok dah kering ke belum, dan rasa sikit kepingan lasagna tu dah masak ke belum. Kalau belum boleh sambung bakar lagi 10-15 minit.

 

 

IMG_0371

12) Bila dah masak, bukak penutup tadi dan masak lagi 5 – 10 minit.

 

 

IMG_0374

13) Taraaaa dah siap pun lasagna aku! Haha takdelah disaster sangat kan rupa dia? Hikhikhik.. Janji cheese yang kat atas tu tak hangus. Hikhik…

 

 

IMG_0375

Bila potong macam ni lah rupanye… Tak lerai sangat, tapi tak melekat sangat. Maybe sebab tak guna cheese yang betul. Ade pulak aku pergi guna cheese yang orang makan dengan roti tu? Korang pergi la beli mozarella ke.. cheddar ke.. yang grated tu ye.

 

Pendek kata aku puas hati dapat makan lasagna air tangan sendiri, yang paling penting dibantu oleh sifu masakan iaitu sepupu aku Faa Rosli . Kalau korang pergi blog dia, dia suka sangat share resipi yang dia dah cuba. Yang penting mudah untuk korang cuba, sesuai untuk beginner lah kan..

 

So.. itu sahaja. Heheee nak lunch, mak masak nasi ayam. Aromanye menusuk kalbu! Haha byee :D

 

 

Sign PNG NisaKay


33 comments:

  1. waa.. nanti nak cubalah :D Nampak sedap jee :D

    ReplyDelete
  2. sedappp nyee. sape nak tolong buatkan untuk kami?
    :P

    ReplyDelete
  3. macam senang :) nanti bel cuba buat ni fav bel ni hehehe thanx for sharing nisa :)

    ReplyDelete
  4. Salam, kak nisa. sedapnye nmpak...
    nak rase sikit.kongsi kat aina sikit.
    :D
    thx sbb kongsi resepi blh try kat rumah nie.

    ReplyDelete
  5. mesti sedaap kann!!!
    terliur sudah... XD

    ReplyDelete
  6. ; Hahaha nice one , Boleh lah nak cuba by ur recipe !

    ReplyDelete
  7. Yeayyy Nisa Kay dah boleh kawen!!!!

    ReplyDelete
  8. nak sikit. post sat gy kat umah k

    ReplyDelete
  9. lasagna? kepingan lasagna tu tngok cam cheese je? lasagna tu cheese ke?

    ReplyDelete
  10. SHERA HAIFA :

    Cuba awak google lasagna mentah mcm mana..

    dia sejenis pasta, serupa je mcm spaghetti, macaroni sume tu tp dia bentuk kepingan. not cheese.

    ReplyDelete
  11. oooooo... kulit lasagna tu mcm popiah yek?? baru ku tahuuuuuuu..

    *ape kate NisaKay pos sikit to me-food tester?? lalala.. :)

    ReplyDelete
  12. Wah, sedapnya nampak. Nak try lah :D

    ReplyDelete
  13. kak nisa, saya nak tanya .
    no 9 tu kan yg atas kuah daging tu kepingan lasagna ke cheese ??

    ReplyDelete
  14. gulpp..sedapnya..nk try lah..mcm pizza dah bila dah siap.

    ReplyDelete
  15. pergh !

    mknan fav kalau g secret recipe nie.. confirm kena cuba.. tq so much nisa..

    mood: giler suka !

    ReplyDelete
  16. em... sedapnyer blh cuba buat nie...

    ReplyDelete
  17. blog-tips-kurus : it's not like popia at all. it's a type of PASTA.

    amirahyusoff : atas kuah tu kepingan cheese.lps letak cheeese ulang balik letak kepingan lasagna, lepas tu kuah, then cheese lagi.

    ReplyDelete
  18. rajin masuk dapur ye..bagus2 :)
    btw..thanks for the recipe..
    i'll try at home..

    ReplyDelete
  19. Macam kuah spageti.Lain kali kalau ada peluang sy nak letak mayonis dalam kuah spagetti tengok macam best tak :-)

    ReplyDelete
  20. thanks kak nisa :)
    siti da try..ringkas dan sedap :))

    ReplyDelete
  21. owh owh owh cmtu rupenyer .____.

    nk cube jgk, mntk potostet eh resepi nih.. huhuhu

    ReplyDelete
  22. Ni la cara wat lasagna yg plg simple aku pnh tgk...hikhik..hmm...pndaila aku modified nnty...asal dah nmpk cara nk buat dia je...hikhik

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...hai dear..i nak amek resepi lasagna u ni..n share dkt blog i..nak try buat dkt rumah nanti..
    tq ye :)

    ReplyDelete
  24. No JD kn lasagne no moist n lg sedap....kn add on sos Putih....cr buat sos no just goreng sedikit tepung jagung dgn plants Dan tuang susu me DLM nya...ini LA Bechamel source...so tiap kali melayer kepingan lasagne siram sos putih n make sure serial layer ditabur dgn cheese (akak gn cheddar).....hasilnya mmg mabeles

    ReplyDelete
  25. Nisa..kite dh cube resepi awak..sedap...suami,ayh n adik2 suke sgt... nt nk wt lagi la :))

    ReplyDelete
  26. Sedapnyerr..nk tryla..nyami2..

    ummigenius.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. Pukul 3pg terbangun, susah nk tidur balik, browse blog Nisa jumpa entry ni, perut terus lapar.. Esok blh cuba, gigih cari barang pagi nanti.. He he he

    Thanks Nisa for sharing this super easy recipe :-)

    ReplyDelete

Apa Reaksi Kamu??? Sila Taip Laju Laju Di Sini :)

Copyright © Nisa Kay