Saturday, January 28, 2012

Petua kecantikan wajah

 

Assalamualaikum..

 

Wahhh kemain aku berkongsi petua gitew. Ehh pengetahuan yang ada untuk dikongsi bersama ye tak? Aku tahu pasal petua ni pun ada dari ahli keluarga, kawan-kawan, baca kat majalah dan Google! Hahaaa.. informasi dari banyak sumber, mesti dah banyak website / blog share petua macam ni tapi saje nak share kat sini jugak.. Boleh?

 

Kita selalu bergantung kepada produk skin care yang ada di pasaran untuk penjagaan kulit muka. Apa kata kita cuba amalkan petua yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan juga bahan yang mudah dapat di rumah. Jimat dan bebas bahan kimia!

 

cantiknye2

PETUA PIPI KELIHATAN KEMERAH-MERAHAN

  • Kalau buat air teh kat rumah, jangan buang hampasnya. Sapu hampas teh itu dibahagian pipi, lepas tu biarkan selama 5 minit. Amalkan selalu, insyaAllah pipi korang akan kemera-merahan tak payah pakai blusher dah!

 

PETUA KULIT CERAH DENGAN LOBAK MERAH

  • Parutkan lobak merah. Gaul sebati dengan sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis. Gunakan adunan ni sebagai masker di muka dan juga leher, biarkan hingga kering dan bilas. Amalkan 3 kali seminggu dan InsyaAllah kulit akan jadi cerah semulajadi.

 

great_skin

PETUA HILANGKAN PARUT DI MUKA

  • Ambil daun pegaga dengan akarnya sekali. Basuh hingga bersih. Giling / tumbuk lumat daun pegaga tu. Dah lumat tu sebatikan pulak dengan sedikit bedak sejuk dan sedikit air. Lumur pada bahagian yang berparut sebelum tidur. InsyaAllah parut akan pudar kalau amalkan selalu.

 

PETUA ELAKKAN MUKA DINAIKI JERAWAT

  • Ambil beberapa helai daun jambu batu. Giling / tumbuk sampai lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan gaul sebati. Guna sebagai masker di muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu ye.

atau boleh cuba cara yang ni :

  • Giling / tumbuk lumat beberapa helai daun sirih bersama-sama dengan beras dan beberapa titis air. Gunakan adunan lumat tu sebagai masker dan tepek kat muka sebelum tidur. Kalau amalkan selalu insyaAllah jerawat susah naik kat muka.

 

PETUA UNTUK KULIT BERMINYAK *by request*

  • Ambil sebiji atau setengah biji lemon, perah jusnya. Campurkan jus tu dengan putih telur lepas tu kacau sebati. Jadikan masker kat muka dan biar dalam 15 minit gitu. Lepas tu bila muka. Amalkan selalu, insyaAllah masalah kulit berminyak akan berkurang.
  •  

 

 

Capture

Sekian petua yang aku kongsi kali ni. Ini aje petua yang aku betul-betul familiar. Kat blog / website lain dah banyak kot? Heee saje je aku nak share kat sini. Tak salahkan. Bagi yang tak tahu, syukurlah kalau entry ni bakal menjadi sumber pengetahuan baru korang ye… Ada lagi kot petua dulu-dulu yang aku buat masa zaman sekolah tapi dah lupa.

 

Ye lah masa zaman sekolah mana banyak duit nak beli skin care produk semua kan. Aku selalu amalkan yang lumur hampas teh tu kat muka. Hasilnya? Muka aku kurang berjerawat walaupun aku dan tingkatan 5 masa tu dan kelihatan segar cewahhh. Ehh ini betul-betul tau!

 

InsyaAllah aku akan kembali mengamalkan beberapa petua di atas, nak try tengok efektif ke tak kat kulit aku yang macam dah lali dengan skin care product ape sume ni. Korang pun rajin-rajinkan diri mencuba ye!

Capture

 

 

Sign PNG NisaKay

19 comments :

yaya said...

boleh try nanti .. thanx kaka

shafira aida said...

traditional method :)

Syafiq Ahadin said...

untuk lelaki? haha!

daya jamal said...

kak nisa , kalau nak hilang kan masalah kulit berminyak pulak ? pless kak , bg petua cikit ,

QmaRidh said...

petua tradisional utk org2 yang rajin je..hehe.. kalau saya guna produk yang sedia ada di pasaran; VCO catalyst boleh buat wajah cantik dan tak berminyak lagi :)

CekbOlat-bOlat said...

ececcehh.. petuaa tu.. ye nek sye cuba.. haha

D'ya Marshmello said...

NICE INFO..prnah try salah satu ptua, mmg mjadi.lagipun kite xbleh harapkan pcuci muke je :)

nabila azmi said...

terime kasih =)

nuruashia ♥ said...

nisa...nk request hohoho..
petua nk hilangkan bintik hitam cmne?

Mala Nasohah said...

Dengan nurlizz, dapat 2 in 1..lansing + cantik
http://adeqrifqi.blogspot.com

cik kumbang said...

nice sharing...suka2 :)
tq nisa
#slalunya ck amalkn letak putih telur & tomato je...
pasni leh try tip ni pula wink3~

murni said...

kalau nak hilangkan mslh jerawat yg ada kt muke ? :')
ples share sikit .. hee~

Orked Cleopatra said...

PETUA NI MEMANG DAH BIASA, TP ANTARA MALAS N RAJIN JE NAK PRAKTIKAKN...NICE SHARING CANTIK SGT NISA :)

N U R U L said...

penah try yang tomato tuh! serius best! flawless giteeeww! ;) thanx nisa!! banyak jugak petua yang best2! ;)

adiba ramli said...

hmm, tapi malas nak wat tau sume ni. kalau wat pun, kejap je. pastu da malas. lagi2 kalau dok hostel kan. manelah nak dpt sume brg2 to. hehe. btw, nice info kak nisa!

gHadiskeCik said...

tips yg amat berguna..hehe thnks:)

azma' izatul said...

kena cuba yang petua pipi kemerah2an tu..thanks nisa kay

si momot adda said...

waaa...best2 tips tu...

plss follow blog adda ..:)

http://simomotadda.blogspot.com/

dina said...

akak nis betul betul menjadi ke? takut la nak cuba :/