Wednesday, January 11, 2012

Jalan-jalan cari makan di Temerloh.

 

Assalamualaikum…

 

Aku tulis draft entry ni dah lama sangat dah. Sepatutnya lama dah aku nak share dengan korang pasal kisah aku dengan sepupu-sepupu aku jalan-jalan cari makan nih. Tapi baru sekarang ada masa nak share.

 

Mulanya sepupu aku, Faa, janji nak bawak kitorang dah lama dah.. Masa first time pergi, gerai yang terbabit masih belum bukak. Maka kitorang makan kat tempat lain dengan penuh rasa kecewa dan duka lara. Beberapa hari lepas tu Faa bawak aku, adik aku dan sepupu yang lain untuk join jalan-jalan cari makan.

 

IMG_0420

Yang kecik tuh of course la adik aku, Dayah. Yang pakai pashmina tu sepupu aku. Kedua-duanya excited benor jalan-jalan cari makan sebab perut memasing dah berlagu Justin Bieber. Ehhh??!!

 

 

IMG_0422

Ni la sepupu aku, Faa, merangkap driver rasmi aku dan sepupu yang lain setiap kali kami semua meronggeng bersama-sama. Muahahaaa… kakak jangan marah naaa…

 

 

IMG_0428

Ni sepupu aku yang lagi satu. Errr aku ramai sepupu weh. Hahaa.. Dia baru dapat lesen tapi dah aktif drive ke sana sini. Haaa tu maknanya ramai la yang boleh jadi driver kalau nak keluar meronggeng yeahhh!! Maklumlah aku ni takde lesen lagi. Kahkahkah!!!

 

 

IMG_0424

Walaupun gerai kampung aje tapi environment dia best. Berangin sebab dekat dengan sungai. Jalan kampung yang tak hingar bingar, makanan yang sedap dan yang paling penting… MURAH!!! Korang tengoklah sendiri. Paling mahal pun mi bandung yang berharga RM3.50 ! Perrgghh aku pun susah nak percaya!

 

 

IMG_0430

Ini mi kari, sepupu aku Faa yang order. Best weh sebab ada ayam seketul tapi harga bawah RM3.00 !

 

 

IMG_0431

Ini laksa. Pun harga bawah tiga hengget.

 

 

IMG_0427

Yang ais nye tinggi kemain tu ais jagung. Sedap jugak! Kat sebelah dia air coke float.

 

 

IMG_0438

Ini mi bandung yang aku order. Sedap! Rasanya tak masam sangat tak pedas sangat, just nice dan sesuai dengan selera aku. Harga murah tapi kuah penuh dengan udang, fish ball dan fish cake!

 

 

IMG_0436

Muka skema aku ketika hendak menjamah mi bandung. Hooo tapi muka aku blur! Pandai punye kamera pergi fokus lak belakang pulak haihhh! Tapi takpe lihatlah dunia, aku senyum tunjuk gigi bak iklan Colgate!

 

Heeee inilah yang buat aku rindu nak balik Pahang! Aku tak malu nak cakap aku orang Temerloh, aku tak malu nak share cerita kat blog yang aku makan kat gerai kampung aje. Aku bangga apa! At least there’s something about Temerloh that can be shared here, and I’m proud :)

 

Heeee menulis entry ni buat hati aku meronta-ronta nak balik Temerloh! Nak peluk adik aku si demok, nak makan gulai tempoyak ikan patin yang mak masak, dan meronggeng dengan sepupu-sepupu aku yang sama ting tong dengan aku! Hahahaa Okaylah.. till then. Tata!!

 

 

Sign PNG NisaKay

 

 

TWEET or LIKE this entry!

36 comments :

Pesta Jiwa said...

Gerai kat kg pun ada coke float ek...paduuuu tu..

alyah iljimae said...

serOnoknya dapat makan makanan yang best-best dengan harga muraH , jelez saya ...HUHU...

ardaa napiey said...

yeayyy2 ! dekat bangau . hehe . nnty kak nisa datang lahh rumah saye pulak . hehe

Feza said...

macam sedap je.

MOYAlisa said...

gerai ni kt mana awk?

ila said...

wahh.cuti2 mlysia

GKA said...

sedapnya tengok

GKA said...

sedapnyaaaa

faa.rosli said...

nanti ke Kuantan pulak kite ye?

DanieL AdiE said...

Laksa itu nmpk sgt menyelerakan....

ainasuhana said...

okey, mi bandung tu nampak sedap..

- M A S H - said...

Temerloh pon dah maju sekarang

yaya said...

kak nisa cantik !

mas saari said...

akak pun orang Temerloh! bangga jugak...heheheee

Teacher Koko said...

Hehhhh Nisa, meh datang Raub, kite makan2...hehe =)

umie naziera said...

waaa..seronok jdi org kampung!xperlu malu sb mmg bestt!

arissa rania said...

cam besh je temerloh...hehe tapi jauh la dari perak..
btw sy tag nisa utk satu GA...jom join http://alwaysbewithislam.blogspot.com/2012/01/new-year-mega-giveaway-2012-belog.html

thanks:)

Chikova_Araishii said...

mmg comel rupenye kamu ni yekk :p

ked said...

hidup temerloh!hahaha

ni kedai2 kat area mane ea? tak dapat nak cam laa..

Dieya said...

hi 1st time bg comment slalu silent reader je..huhuuh..sy pun xmalu ngaku dr TEmerloh..ok tipu sy dari Bera..Felda..see xmalu jugakk hihi btw sedap makanan semua

Cik Embun said...

sebut pasal temerloh.. sy paling suka tempoyak ikan patin and the most i like about temerloh is nasi air dekat stall bawah pokok ketapang dekat town temerloh... i luv to be there dulu2 with my x.. Nasi air yg laris.. bila pegi pukul 11 pagi, mesti kecundang sbb semua dah habis.. hik3~

✿ cik atie said...

knp x makan ikan patin??
rugiii

Ikr@m said...

sedapnya mi bandung tu..slurp~~~

SD said...

kak nisa org temerloh??sama la kita.. :)

shafira aida said...

lapar la tgok makanan tu :) hehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

eheh.....;) bestnyaaaaaa! teringin nk makan mcmni!

katak kinchet ejaw said...

telio tgk gamba2 tuu ..
huhu

cdap x nisa ?
mcm best jek tgk ;))

nia marlissa said...

lapar pulk nmpk gmbor mknan nih :)

donat dekat highway temerloh super best!

Syafiq Ahadin said...

temerloh pahang. hehe! lagi sedap kalau dapat kena belanja. alalalal~~

Iffika | Ruslan said...

alolo comelnyaaaa diaa nak g makan pun comel urghhh <3

deardearyhaty.blogspot.com said...

woaaa...sonoknye jln2...:)

Lee said...

happy family :) rmai cousin . meriah !

BunGa Citra Kasih said...

saye pun OranG temerLohhh!

Along said...

oh! my kampung!

Mohd Rasydan said...

Nisa orang Temerloh? sama la dengan aku. aku orang Mentakab. (:

Anonymous said...

Saya pun org temerloh...gerai ni dekat kampung bangau..slalu gak lpak sniee...btw aq mcm knal blogger ni...