Thursday, January 19, 2012

Ala… baru TERLAJAK je.. belum TERLANJUR!!!

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh mengundang habis tak tajuk entry aku? Kemain aku tau tajuk entry nak yang panas panas aje..Ehhh panas ke? Hekhekhek… Haaa mesti ramai dah tahu aku nak cerita pasal apa kan kan kan… Ini movie baikkk punyer. Jom jom!!

 

BUJANG TERLAJAK, BELUM TERLANJUR….

Lakonan : Saiful Apek, Nabil, Johan RajaLawak, Fazura, Mustapa Kamal dll

 

313680_287602414596307_287601404596408_968624_1367448659_n

 

SINOPSIS :

Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).

Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Terlajak yang ditayangkan di pawagam pada 19 Januari 2011.

 

 

bt20

Pergghh tanjat kitew aww tengok orang bersalut kilat-kilat macam ni. Hukhuk… Haaa apa yang difikirkan ketiga-tiga ahli silap mata ni sampao berkerut-kerut haaa muka si Johan tu kan? Hehee kena tengok lah movie nye…

 

 

bt1

Homaiii!!! Apakah?? Apakah??? Kemain ayu dan innocent sangat muka masing-masing bila jadi fomfuannn. Hikss apalah budak bertiga ni buat kan? Tengok muka Nabil pon konfiden sangat tau jadi fomfuannn. Hikhik… Maka apa lagi? Pergi book tiket Bujang Terlajak sekarang!!

 

Aku pun belum tengok filem ni… Eh eh eh memang lah tak tengok lagi.. Hari ni 19hb Januari filem Bujang Terlajak ni mula ditayangkan!! Haaa kawan-kawan yang join PraTonton filem ni kata filem ni pun beri feedback positif! Nak-nak lagi dengan gabungan 3 pelawak popular Nabil, Johan dan Saiful Apek. Haaa mesti gamat panggung kan?

 

 

Haaa amacam? Tak sabarkan nak tengok filem ni. Jom support filem tempatan!! Jom bergelak ketawa dengan sedara mara, kawan-kawan, kekasih, skandal.. jom angkut semua tengok filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur nih!!! Tengok jangan tak tengok!!

 

Jangan lupa ramai-ramai like fanpage Filem Bujang Terlajak.

 

 

Sign PNG NisaKay

7 comments :

qilazahiraa said...

HAHA. nak tengok.. tapi lepas keluar tv laa, malas nak kluar duit gi wayang. hhahaha :)

syaidatie nurdilla said...

Cam best.. Jom Nisa tengok wayang.. lalal.. :p

Lyssa Faizureen said...

Fuhh. Nak tengokk (!) Nak tengokkk (!)

Manja (let it be my sweet name) said...

wah x sabar nk tgk :)


http://notamanjaku.blogspot.com/2012/01/1-on9-blogshop-review-kznabihah.html

Nurul Iman Rosman said...

nak tengok! nak tengok! nak tengok! :D

Dila azie said...

Nak tengok ! (:

Crew Fathi said...

[o_O] [^_^]