Wednesday, November 30, 2011

Saya Hendak Tiket Konsert Moovment kerana............

 

Assalamualaikum…

 

Sedang aku blogwalking dan mengorek entry di blog Kak Ina KL, sekali ternampak entry giveaway tiket konsert Far East Movement! Wahhh biar betul ni… Aku tengok tarikh dan waktu. Yeah, masih belum terlambat untuk join!

 

PA040022

Info mengenai konsert Moovment 2011

Artis yang akan menjayakan konsert ini adalah Far East Movemont yang terkenal dengan lagu Like A G6 dan Rocketeer

Konsert ini di bawa khas oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concertsbersama-sama dengan TuneTalk Mobile Prepaid.

Info tentang konsert ini ialah :-

Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)

Masa: 8.00pm – 2.00am

Tempat: Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park

Harga Tiket: RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone)

Untuk info lebih lanjut korang boleh korek entry Kak Ina KL KAT SINI.

 

 

Saya Hendak Tiket Konsert Moovment kerana............ Aku nak berdansa dengan lagu-lagu rancak Far East Movement semestinya! Ouhh I’m having such a hard times lately.. So what I need is a getaway from my problems! Dan aku rasa dengan menghadiri konsert Far East Movement pasti dapat ceriakan aku semula! Kalau dapat sepasang tiket, boleh lah aku pergi bergembira dengan seorang kawan, tak pun dengan jodoh baru. Oooppss terlebih sudah! Kekekekee~ Pendek kata, aku nak ke konsert ni untuk menceriakan kembali hari-hari suram aku dan semestinya aku nak berhibur dengan lagu yang dah popularkan Far East Movement ni iaitu LIKE A G6 !

 

 

Hadiah tiket dan album Far East Movement yang di taja oleh Universal Muzik Malaysia

 

 

sign NISA

Fixie Bike trend masa kini??

 

Assalamualaikum…

 

Aku terima panggilan dari adik aku yang berada di UiTM. (Perbualan adalah dalam slang Temerloh)

 

AKU : Ha napenye call kome nih? Rindu ke?

ADIK AKU : Ahhh dok lalu. Takde mase koi nak rindu aok! Koi saje nak kabo koi dah beli fixie.

AKU : (agak pekak) Haaa??? Pixy???!!! Bedak Pixy ke?Aok bior betoi??

 

Aku memang bingung sebab telinga aku dengar adik aku cakap dia nak beli Pixy. Para gegadis pasti tahu Pixy tu adalah jenama bedak muka yang tahan popular nya. So kenapa nye aku bingung bila aku dengar adik aku nak beli Pixy? Hoo adik aku bukanlah peminat mekap. Malah dia selalu ejek aku sebab pakai mekap. So memang mustahil kalau dia beli Pixy!

 

ADIK AKU : Hoii bukan bedak muka ahh!! Koi kabo beskal fixie laa! F.I.X.I.E !!!

 

IMG_0204

 

Errr okay “fixie bike” rupanya yang dimaksudkan oleh adik aku tu… Korang tahu tak yang aku ni tak berapa nak kenal sangat macam rupa si  fixie bike nih? Bila adik aku cakap dia beli fixie bike, dalam kepala otak aku terbayang basikal orang lama macam dalam gambar di bawah ni.

 

basikal7Picture credit HERE.

 

Wahhh bukan main lagi sekarang trend pakai fixie bike ye! Aku tengok kat area rumah aku kat Temerloh ni pon ramai budak-budak sekolah yang pakai fixie bike. Dorang selalu gerak ramai-ramai. Tapi yang aku seramnye, basikal dorang ni takde brek. Bahaya oii!!

 

IMG_0193

Okay percayakah korang semua kalau aku kata aku jalan-jalan pergi bandar hari ni naik basikal fixie ni? Kekekekeee.. silalah percaya. Okay memang terang sangat penipuannye ye? Hohoo.. ni basikal kawan sepupu aku. Aku try naik aje. Mak aihh! Tinggi nye seat dia, tertonggek kejap aku.

 

 

IMG_0194

And guess what, satu-satunya perkara mengenai fixie yang menarik perhatian aku ialah fixie ada banyak warna. Dan adik aku ada bagitahu dia beli fixie bike warna pink kalau tak silap aku? Kalau betul adik aku beli fixie warna pink memang jeles ahh!!!

 

 

IMG_0203

Oleh kerana fixie bike sekarang aku rasa tengah “in” gila dengan budak-budak muda, kitorang semua nak bergambor dengan basikal ni. Hohohoo.. ni adik aku, Ryn. Mula-mula dia yang segan sangat nak posing dengan fixie ni, last-last dia nak jugekkk. Kekekekee~

 

 

IMG_0199

Last but not least, this is my cousin yang telah jadi driver kehormat kitorang setiap kali kitorang keluar jalan-jalan cuci mata sekitar bandar Temerloh. Ouhh korang pergi ramai-ramai terjah blog beliau KAT SINI okayh! Sepupu aku yang bernama Faa ni rajin dan pandai masak! Ada jugak resipi dalam blog beliau!

 

Okaylah.. penat giler seharian berjalan sekitar bandar Temerloh. Entah kenapa hari ni ramai sangat orang kat bandar tuh. Susah betul nak cari parking. Sekali dapat parking, kitorang terus pusing satu pusat bandar baru dengan berjalan kaki. Terbaik!!!

 

Heee that’s the best part bila aku balik Temerloh. I got sisters and cousins to spend time with. Oke bye!

 

 

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

Monday, November 28, 2011

Maybelline Catwalk to Sidewalk event (Part 1)

 

Assalamualaikum…

 

Khamis lepas aku dijemput oleh pihak Nuffnang untuk menghadiri satu event Maybelline yang berlangsung di Mid Valley. Mula-mula I was like… have no clue at all what kind of event it will be, but after I met Farah, one of the Nuffies at the Puss in Boots premiere screening, she told me that there will be a fashion show. And I was like.. woww really excited!

 

Since the dress code of the event was “cocktail” I was having a little difficulty because I don’t know what to wear! Oh my… Erk, kenapalah aku menaip dalam English ni? Okay jom sambung cerita.. Aku pun punyalah keluarkan semua dress yang aku ada. Last-last aku pakai chiffon dress dari The Poplook atas nasihat seorang kenalan.

 

IMG_9911

The grand stage. Aku tak tahu kenapa tapi aku suka huruf M yang besar gedabak tu. Hohohoo.. macam berkerlipan aje.

 

 

IMG_9912

Wahhh Amber Chia was in the house! Dia datang dengan kot warna pink, and it was gorgeous! Okay aku memang suka kot dia sebab warna pink errr… And Amber Chia is as beautiful as always.. Tak sempat pulak nak bergambar dengan beliau.

 

 

IMG_9913

Okay event belum start.. Masih menanti rakan blogger untuk hadir, sempat bergosip sakan dengan MadamMondoq, Kak Ina KL dan juga Farra. Wahhh thanks kat hubby MadamMondoq yang tolong ambilkan gambar, memang suka gambar ni, berlatarkan pentas runaway Maybelline!

 

 

IMG_9922

Okay acara dimulakan dengan muzik dan video iklan Maybelline. Kemudian kami dikejutkan dengan penampilan pengacara majlis yang mengenakan mekap mata yang sangat menyerlah. Ouhh ye, mata aku asyik pandang kasutnye aje. Kekekekeee~ I used to own a pair of heels, sama macam pengacara ni punya, but aku punya warna hitam.

 

 

IMG_9925

Ucapan dari wakil Maybelline.

 

 

fesyen2

Yeahhh model semua dah keluar… Aku suka mekap style ni! Dia enhance dekat bahagian mata dengan melukis eyeliner tebal-tebal. I like!

 

 

 

fesyen 1

Wowww yang ini memang berkerlipan baju dan juga mekapnya!

 

 

cats

Suka gila yang ini! Aku suka simple eye make up dengan red lipstick! But red lipstick did not match with my dark skin color haihhh…

 

 

IMG_0039

Jeng jeng jeng… ini kejutan dari Maybelline. Do you dare? Dengan mekap kita boleh bermain dengan warna dan mencuba sesuatu yang berani di wajah!

 

Wahhh memang seronok event minggu lepas sebab aku berpeluang menyaksikan gaya mekap dari Maybelline yang sememangnya kebaboom dan gorgeous! So, dengan produk Maybelline yang berpatutan, korang boleh transform wajah menjadi sangat gorgeous!

 

Ouhhh banyak lagi gambar nak masuk dalam entry, tapi risau entry ni terlalu panjang dan membosankan pulak heh? Aku pun tak suka nak baca entry terlalu panjang. So, aku akan update part 2 esok ye? Thank you everyone! Muahh!!

 

 

 

sign NISA

 

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

Sunday, November 27, 2011

: Giveaway datang lagi??? Ada yang nak sponsor tak? Hehehehee….

 

Assalamualaikum semua….

 

Gifts

 

Wahhh sebut aje giveaway semua suka kan… Yelah, mana tahu untung-untung rezeki korang, dapat korang menang hadiah kan?? Hehehe.. Alhamdulillah, dua giveaway yang aku pernah jalankan dulu mendapat sambutan yang hebat. Namun jika terdapat sebarang kekurangan sila maafkan aku ye…

 

Entry ni teaser sahaja. Hohooo.. Agak excited aku, sebab tak sabar nak jalankan giveaway untuk followers tersayang aku. Aku masih lagi dalam proses mencari hadiah-hadiah yang sesuai untuk giveaway ni.. So, aku ada pengumuman yang nak dibuat.

 

Mana-mana pihak (blogger persendirian/online shop) yang berminat nak jadi sponsor hadiah giveaway, boleh email kan kepada aku di alamat email sukamenaip@yahoo.com .

  • Sertakan URL online shop / blog
  • Jumlah dan jenis hadiah ditentukan oleh pihak sponsor sendiri
  • Hadiah boleh diberi dalam pelbagai bentuk (baju / shawl / topup / design template / souvenir / domain dan lain lain)

 

 

 

TERIMA KASIH.

sign NISA

 

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

Ini nombor manyak ong!

 

Assalamualaikum…

 

8888

 

Alhamdulillah.. beberapa hari lepas blog picisan aku ni telah mencapai jumlah follower dengan angka yang cantik! Kalau ikutkan feng shui masyarakat Cina, nombor 8 adalah sangat ong (bertuah) ! Hahaha itu ikut feng shui dorang lah kan.. Hehehe…  Aku ingat nak promote blogger yang telah menjadi follower yang yang ke-8888 tuh :)

 

 

1991leyab00

Pemilik blog “MY JOURNEY” ini ialah blogger yang telah menjadi follower aku yang ke-8888. Terima kasih kepada blogger yang dikenali sebagai Leyaboo91 ini. Terharu nyeee ada juga orang nak baca blog aku yang tak seberapa ni. Bukan setakat kepada Leyabook91, tapi ucapan terima kasih juga aku titipkan buat pembaca dan followers sekali. Muuahh!!

 

 

 

Thank you!

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

 

Assalamualaikum…

 

Alhamdulillah hingga ke hari ni kita masih lagi diizinkan olehNYA untuk bernafas di muka bumi. Semoga segala dosa kita sepanjang tahun ini diampunkan oleh Allah SWT, dan semoga kita menetapkan azam dalam diri kita untuk menjadi umat yang lebih baik pada masa akan datang.

 

 

DOA AKHIR TAHUN :

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. (Retrieved from www.jafarsoddik.com)

doa akhir tahun

 

 

DOA AWAL TAHUN :

Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. (Retrieved from www.jafarsoddik.com)

awal tahun

 

Untuk bacaan doa dalam rumi dan maksud doa, boleh pergi ke website www.jafarsoddik.com .

 

 

Di kesempatan ini, disamping mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah, saya dengan rendah diri dan muhasabah diri, ingin memohon maaf kepada semua sanak saudara, rakan-rakan dan juga pembaca serta pelawat blog SAYA SUKA MENAIP. Mungkin selama ni saya ada melukakan perasaan mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung.

 

Mungkin saya ada buat mana-mana pihak tersinggung tanpa saya sedar, atau apa-apa yang saya tulis mungkin menimbulkan salah faham atau pergaduhan mana-mana pihak. Dengan itu, saya minta harap dimaafkan segala salah silap saya pada kalian. Semoga buku baru untuk tahun Hijrah yang akan datang lebih baik dari tahun lepas. Amin…

 

 

 

Ikhlas,

sign NISA

Dah sebulan, baru nak update! Happy belated birthday, Mel!

 

Assalamualaikum…

 

Dah sebulan lebih entry ni aku peram jadi jeruk dalam draft. Hoooo entry ni sepatutnya bertarikh 28 Oktober 2011. Beberapa classmates aku merancang nak buat surprise kecil-kecilan untuk Mel.

 

IMG_8229

So sepatutnya aku yang main peranan untuk bawak dia pergi kat taman kat belakang Pusat Komersial tu. Tapi disebabkan aku lambat, so tak jadi pulak. Sudahnye kitorang surprise kan beliau kat bawah rumah dia. Hohooo…

 

 

IMG_8236

Ramai-ramai nyanyi lagu happy birthday.

 

 

IMG_8237

Rombongan surprise untuk Mel.

 

 

IMG_8241

Yeahhh cheese cake from King’s Confectionary.

 

 

IMG_8247

Mel sudah 21 tahun! Dah tua dahh kawan aku sorang neh. Kekekekeee~

 

 

IMG_8250

Tu dia birthday girl Mel Zainal. Happy belated birthday Mel!

 

 

IMG_8253

Aku tak tahulah ini ritual wajib ke hape, but setiap kali kitorang celebrate birthday sesiapa, the birthday boy / girl kena suap semua orang dengan cake.

 

 

IMG_8263

Ana kat sebelah Mel tu pandang-pandang aje Mel potong cake, nak lettewww, walaupun dalam pinggan dia dah ada cake. Hehehee oke gurau-gurau aje :P

 

 

IMG_8266

Cheese cake dan bandung G-Hut. Errr tak tahu kenapa bandung kat restoran ni warna hijau. Kelainan dan keunikan maybe?

 

So… aku tak tahu nak merepek apa dalam entry ni. Agak blur, mungkin sebab entry ni aku dah peram terlalu lama? Huuu besar kemungkinannya di situ. Okaylah, sekali lagi kepada classmate aku, Mel Zainal.. aku nak ucapkan Happy Belated Birthday!

 

 

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

Friday, November 25, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!

 

Assalamualaikum…

 

7

Nak terjojol aku tengok entry Irine Nadia tadi, dia kata dia nak bagi produk Miracle Tab secara percuma okayh! PERRRRRCUMA! Hahaha jom excited sama-sama dengan aku! Korang nak rebut peluang untuk join contest Irine Nadia ni boleh KLIK SINI !!! Syaratnye pon senang aje…

 

Hadiah yang Irine Nadia tawarkan ialah… set produk Miracle Tab yang terdiri daripada TAB SOAP yang bernilai RM 70 dan HD Glow Essence yang bernilai RM 80. Wahhhh nilai hadiah tu RM150 !! Lumayan kotttt! KLIK SINI untuk baca syarat penyertaan di blog Irine Nadia.

 

 

KENAPA AKU NAK MENANG SET MIRACLE TAB DARI IRINE NADIA ???

Senang aje. Aku nak cantik jugak. Hahahaa. Ape benda laa alasan aku nih kan?? Gambar kat bawah ni gambar aku yang paling latest, di ambil weekend lepas, sebelum aku bertolak ke Melaka. Yeaaa my bare face with less make up! Aku just pakai bb cream Maybelline dan eyeliner.

 

IMG_9205

 

Tension study. Aku yakin masalah jerawat yang menjadi-jadi akhir-akhir ni berpunca dari stress belajar. Maklumlah, final year student. Jerawat berketul jugak la atas pipi.  Bila mekap kena letak concelear tebal-tebal. Ergghh rimas. Aku pernah try pakai cream jerawat, tapi macam kering sangat macam kesan terbakar pulak. Ahhh bahaya! Aku tukar pencuci muka, muka dari TAK berminyak jadi berminyak. Ohhh tidak! Dan sekarang kulit aku tengah sangat tak stabil. Minyak di bahagian hidung makin banyak, jerawat sangat ketara dan warna kulit tak sekata.

 

Aku dah habis belajar so tengah pokai nak beli barang penjagaan muka apa semua. I have tried so many skin care products. I’m helpless and hopeless! Ouhh Irine, I wanna win this contest! Thank you.

 

 

 

SIAPA NAK JOIN CONTEST IRINE NADIA KLIK SINI.

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

#8 Aku di entry mereka

 

Assalamualaikum…

 

Sekali lagi, aku datang dengan entry bersiri ”Aku di entry mereka”. Ramai yang berpendapat aku buat entry bersiri ni kerana aku bajet fofuler sangat. Ehh hello? Kalau korang nak cakap pasal orang fofuler pergi cakap pasal Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha or Cik Epal okay? Aku bukan fofuler.

 

Aku buat entry bersiri ni sebagai simbol penghargaan aku kepada blogger-blogger yang sudi mention nama aku atau blog aku yang cabuk ni dalam blog dorang. Ia adalah satu pernghormatan bagi aku. Terharu betol aku rasakan, sebab aku rasa blog aku ni biasa saja. Mungkin takde input berkualiti, hanya pasal hidup budak comot seperti aku.

 

blog ciap

doodleheader

header

New Header 2 copy

 

Empat blog di atas aku tayang kat sini untuk suruh korang terjah beramai-ramai yek! Ribuan terima kasih buat blogger-blogger di atas sebab dorang pernah mention aku dalam salah satu entry dorang. Terima kasih banyak-banyak! Rasa kecik pulak diri ini sebab blog aku tak seberapa kalau nak dibanding dengan blog lain.

 

Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah, terima kasih atas sokongan dan dorongan yang aku dapat sepanjang menempuh perjalanan sebagai seorang blogger. Sesungguhnya segala kesenangan tidak datang bergolek. Masih banyak yang perlu aku belajar.

 

 

So apa lagi, sila terjah blog-blog di atas!!!

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

Produk MIRACLE TAB yang memang miracle!


STICKY POST (SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY)



Assalamualaikum…


Pernah sekali aku cuba produk Taiwan yang disyorkan seorang minah cun. Aku konfiden habis laa kan sebab muka minah ni lawa pakai produk tu. Alih-alih, produk tu mengandungi bahan berbahaya pada kulit! Patut laa kesannya cepat kemain. Tapi awas! Jangan terlalu mengejar semua tu, kelak merana kesan jangka masa panjang!



Product Tab!

Masa aku mula-mula kenal produk MIRACLE TAB ni, hati aku tertanya-tanya bagus ke tidak produk ni? Macam biasa-biasa aje nama dia? Ye aku memang mengaku yang aku agak skeptik kalau sebut pasal produk kecantikan ni. Bukan apa, buatnya tertipu tertipah ke, rosak kulit, kan dah merana diri?


Tapi aku silap! Aku sendiri dah tengok banyak betul testimoni terhadap produk ni! Wahhh nampaknya ramai dah pun menikmati hasil positif dari rangkaian produk MIRACLE TAB ni! Pendek kata produk ni bagi miracle kat wajah dorang! Wahh superb lah! Produk rangkaian MIRACLE TAB ni ada 4, meh aku perkenalkan satu persatu.



1) TAB EX
(RM180 / 60 biji sebotol)

260400_205301042849028_191942857518180_542253_6150920_n

KHASIAT & FUNGSI TAB EX
  • Mengurangkan minyak pada kulit
  • Menghilangkan jerawat, jeragat
  • Kulit kelihatan lebih cantik dan gebu, mengembalikan seri wajah
  • Penggunaan jangka masa lama membantu kulit kelihatan lebih flawless dan glowing
  • Mengurangkan parut, mencerahkan kulit
  • Mengecilkan liang pori di muka
  • Menjaga dan melindungi struktur kulit
  • Fungsi anti-aging

CARA PENGAMBILAN
  • Ambil sebiji selepas sarapan atau makan tengahari, dan sebiji lagi selepas makan malam
  • Minum air dalam kuantiti banyak untuk penyingkiran toksin
  • Jika anda menghadapi masalah kulit yang serius, ambil 4 biji sehari (2 biji siang & 2 biji malam)

TESTIMONI :


229015_1806887175249_1332001844_31919691_8186257_n





2) TAB SOAP
(RM70 / 125 gram)

226285_1808178047520_1332001844_31921419_371939_n

KHASIAT & FUNGSI:
  • Mengandungi modifikasi protein glutathione yang mampu merawat dan membersihkan kulit secara menyeluruh
  • Bersifat anti inflamasi, anti oksidan dan memainkan peranan utama dalam fungsi anti toksin
  • Perlindungan daripada kesan penuaan awal, jerawat, warna kulit tidak sekata, pigmentasi, dan lain-lain
  • Ejen anti radang sehingga mampu mengurangkan kemerahan, bintik hitam, dan pembengkakkan pada jaringan yang rosak sekitar kulit
  • Menghilangkan jerawat dan merawat parut serta bekas jerawat
  • Membuang dan menghapuskan semua racun, kuman dan kotoran yang menyerang kulit

CARA PENGGUNAAN :
  • JANGAN basahkan muka, buihkan sabun, kemudian urut lembut kat kulit. Biarkan selama 5-6 minit, kemudian bilas.
  • gunakan sabun 2-4 kali sehari
  • Buihkan, urut kat muka, guna kat badan pon boleh, contohnya kat ketiak atau celah peha
  • Biarkan dalam 2-4 minit, kemudian bilas
  • Biasanya dalam minggu pertama, kulit akan rasa pedih sikit kerana sabun nak gantikan kulit bermasalah kepada kulit yang halus
  • Rasa pedih tu akan hilang dengan sendirinya, muka pun akan makin lembut dan licin
  • (Effect pedih pada kulit mungkin berbeza pada setiap individu)

P/S : Jangan biar sabun terendam dalam air, sebab sabun Tab merupakan sabun jenis organik dan mudah cair. Pastikan sabun diletak di tempat kering & dalam bekas berpenutup. Sabun boleh dipotong untuk tujuan penjimatan. Berdasarkan pengalaman, sebuku sabun boleh tahan selama dua hingga tiga bulan.


TESTIMONI :


378475_293604070674558_118538314847802_1046743_1048347699_n






3) HD Glow Essence
(RM80 / 50ml)

285377_1994296020353_1332001844_32139285_2065086_n

KHASIAT & FUNGSI :
  • Menaikkan seri kulit kusam serta tidak bermaya
  • Memperbaharui kulit dengan lembut, sambil memperbaiki kehalusan dan kecantikan tekstur kulit
  • Molekul pelembab unik yang halus dalam product ni dapat diserap jauh untuk merawat kulit disamping mengecilkan pori-pori dan bebas daripada stress serta serangan radikal
  • Essence pelembab dan pencerah ni mampu mengurangkan ketidaksempurnaan kulit wajah daripada bebas luka dan jerawat
  • Mengurangkan bintik-bintik penuaan dan kedutan serta menyekatakan warna kulit
  • Memelihara dan menjaga sel-sel kulit
  • Tidak menyumbat pori, tiada pewarna dan pewangi tambahan
  • Diuji di bawah kawalan dermatologis
  • Hd Glow Essence ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk jenis kulit yang sensitif

CARA PENGGUNAAN :
  • Gunakan HD selepas mencuci muka (disyorkan menggunakan TAB SOAP)
  • Titikkan HD ke tapak tangan yang bersih, kemudian ratakan ke seluruh wajah dan leher dengan perlahan-lahan
  • HD boleh digunakan bersama toner/pelembab/krim/make-up.

TESTIMONI :


hddd





Bila aku baca semua khasiat produk ni, ditambah lagi dengan testimoni yang diberi, aku bertambah yakin dengan produk ni! Kini semua orang boleh cantik! Sesungguhnya kecantikan itu hak milik setiap insan! Cewahhh kemain aku dah macam promoter barang MIRACLE TAB pulak! Hahaha..



Sekarang korang semua boleh alami kecantikan ini! Sesiapa nak order barang ni boleh order dengan IRINE NADIA MARCELLO okayhh!! Aku nak beli jugak nanti, tapi tunggu duit lah. Hahahaa!!!




PROMOTION !!! FREE POSTAGE (sehingga hujung bulan ini sahaja!!!)

PRODUCT TAB EX = RM 180 (60 biji)
PRODUCT TAB SOAP = RM 70 ( 125 gram)
PRODUCT HD GLOW ESSENCE : RM 80 (50ml)
1 SET OF MIRACLE TAB (content ketiga2 barang di atas) = RM 330 SAHAJA! 





P/S : Buat sementara ni, untuk order product miracle tab, hanya senaraikan di bahagian “Other products” okayyy!


sign NISA