Saturday, October 29, 2011

Dah lama tak melantak di Pizza Hut !!!

 

Assalamualaikum semua..

 

Wahh aku rasa macam dah lama aje aku tak update pasal makan-makan ye tak. Maklumlah sekarang aku ni busy dengan final year project. So aku dah jarang keluar makan-makan dan berjimba dengan kawan-kawan. Tapi entry kali ni pun dah agak basi…

 

IMG_7843

Aksi makan-makan di Pizza Hut Sunway Pyramid berlaku dengan jayanya lepas aku menghadiri Sidang Media Pilih Kasih musim ke-3. Maklumlah, masa event berlangsung masing-masing busy ambik gambor aje, makan nye sikit aje. So kitorang ke Sunway Pyramid untuk main bowling dan makan. Sayangnya tempat main bowling tutup sebab ada tournament.

 

IMG_7846

Inilah para jejaka yang turut serta dalam sesi mengenyangkan perut. Wuuuu…

 

 

IMG_7847

Senyuman kegirangan tiada batasan bila perut dah lapor dan tak sabar nak makan!!! Wuargghhh!!!

 

 

IMG_7854

Hausss!!! Sangat sangat best! 3 orang order Asam Boi Fizz, sorang order Tropical Fizz, dan aku pula order Mango Tango Yoghurt Smootie. My favorite okayh!

 

 

IMG_7856

Cheese-baked meatball. Bebola daging dengan kuah masala, dibakar penuh kasih sayang bersama limpahan keju dan dihidang segarrrr dari ketuhar! Terbaikk!!!

 

 

IMG_7858

Fettuccine Creamy carbonara! Aummm ini sedap jugak! Aku memang suka lahh pasta!!!

 

 

IMG_7861

Ini pulak spaghetti meatball dengan taburan cheese! Wawwww…

 

 

IMG_7869

Oriental wing is back okayhh!!!

 

 

IMG_7863

Epul dengan asam boi fizz dan spaghetti meatball.

 

 

IMG_7864

ANDYHOWTT dengan asam boi fizz dan creamy carbonara.

 

 

IMG_7870

KAIZEN SHINOBI dengan creamy carbonara dan tropical fizz.

 

 

IMG_7875

Akak PEN MERAH dengan oriental wings, spaghetti meatball dan asam boi fizz. Amboiii tamak nyerr~

 

 

IMG_7872

Ini sapa lak nih??? Hahaaa ni lah tuan tanah kedaung blog nih. Semestinya aku kenyangkan perut dengan cheese-baked meatball dan mango tango yoghurt smoothie!!! Wuhuuu….

 

Burrppp… memang sendawa lima belas kilometer sejam aku hari tuh! Alhamdulillah ada juga rezeki aku makan di Pizza Hut… Maklumlah, last time aku makan di Pizza Hut.. errr sebulan setengah yang lepas? Okayyy thanks kepada semua blogger di atas yang sudi luang masa dengan haku. Lain kali makan lagi hoyeahh??

 

 

Bye bye! Thanks for reading!

sign NISA

Thursday, October 27, 2011

Aku baru nak cuba barang popular ni kot!!

 

Assalamualaikum…

 

Wahahaa apakah “barang popular” yang aku maksudkan dalam tajuk entry ni? Itu aku hold dulu ye. Barang yang aku maksudkan ni merupakan barang penjagaan muka. Ooppss! Barang ni sesuai untuk lelaki mahupun perempuan so, readers lelaki, anda boleh terus membaca… Muahahaa…

 

IMG_8220

Taraaa…. inilah “barang popular” yang aku maksudkan dalam tajuk di atas. Muahahaa… mesti ramai yang cakap “Ohhhhh barang ni ke..”… Pada pendapat aku barang ni memang fofulerr sebab ramai kot yang cakap benda ni bagus. Haaa apa function benda alah ni???

 

BIOGLO CLEAR PORE DEEP CLEANSING MASK ni adalah sejenis krim yang berwarna hitam dan melekit-lekit. Diformulasikan dari arang, ia berfungsi untuk menyerap kotoran secara mendalam, buang sel kulit mati dan bersihkan liang roma.

 

 

Picture2734

Sapu kat muka yang telah dibersihkan. See? Aku tak sapu mask ni untuk keseluruhan muka, aku target kat bahagian yang banyak blackhead whitehead aje.. Contohnya, hidung, pipi dan dagu. Dah macam orang minyak pulak aku.Herherrr…

 

 

Picture2737

Biar sampai betul-betul kering,lepas tu tarikkkkk!!! Perrgghhh memang berair jugak mata haku bila sampai part nak cabut mask ni dari muka. Tapi hasilnya… puas hati yearggghhh!!!! Bukan setakat dia tarik blackhead whitehead. Bulu roma yang halus-halus tu pun dia tarik. Pedihhh…

 

Tapi jangan pulak korang pergi sapu krim ni dekat bahagian sekeliling mata. Pedih nak cabut woooo.. dah lah kulit bahagian sekeliling mata ni lembut sikit. Tapi alhamdulillah lepas pertama kali cuba produk ni, memang tanggallah segala kotor yang ada.

 

Tapi aku tak mengalami masalah blackhead atau whitehead yang serius… So, aku guna produk ni just untuk membersihkan kulit secara mendalam. Untuk kesan optimum, boleh amalkan pakai charcoal mask ni di seluruh muka setiap minggu.

 

 

IMG_8225

P/S : Korang boleh beli produk ni kat Cosway.

 

 

 

 

sign NISA

#8 Spontaneous Thursday

 

 

 

A creative man is motivated by the desire to achieve, not by the desire to beat others.
- Ayn Rand -


Quote from www.brainyquote.com

 

 

 

sign NISA

Kisah Budak-budak Koir – Part 1

 

Assalamualaikum semua…

 

Wuhuuuu ni cerita lama punyerr! AKu baru terhegeh-hegeh nak story mory kat sini. Kengkawan yang lain mesti dah hangin dengan aku sebab tak upload gambor. Wuhhh lantak lahh. Hahhaa.. Okay apa aku membebel ni pun aku tak tahu.

 

Aku rasa ramai yang dah tahu aku dok pung pang pung pang kat facebook aku, yang aku join kumpulan koir untuk majlis konvokesyen UNISEL kali ke-6 baru-baru ni. Konvokesyen UNISEL berlangsung selama tiga hari je, bermula 15 Oktober hingga 17 Oktober.

 

Tapi kitorang budak koir datang berkampung di UNISEL bermula 14 Oktober sebab kitorang kena hadiri raptai, test sound dan test microphone. Mula-mula kitorang semua diarahkan untuk pakai baju merah, alih-alih tukar rancangan, semua kena pakai baju hitam! Habis duit aku beli baju merah :(

 

CIMG7918

Ni lah keadaan pentas utama yang masih kosong, belum dihias dengan bunga-bunga segar lagiiii. Tuuu pemangku Naib Canselor sedang menjalani raptai ucapan. Errr betul ke apa aku tulis nih???

 

 

CIMG7920

Yeahhh kitorang bebudak koir dah pun mengambil tempat kehormat kami, khas duduk di kerusi berbalut putih. Kau hado??? Harharharrr…. Perkara wajib – camwhore!

 

 

CIMG7924

Korang tengok bebetul muka aku dengan muka Memey nih (kanan), kawan-kawan aku dok cakap muka kitorang seiras??? Errr hadaplah korang muka aku yang tak mekap, dengan eyebag, dan paling haru… ada jerawat seketol baekkk punye!

 

 

CIMG7930

Time ni semua feeling nak jadi pengacara majlis. Skrip semua siap ada kat situ, dorang pun lenjan la beramai-ramai. Aku rasa kalau dorang jadi emcee memang disaster majlis. Harharharr…. Pakcik berbaju merah merupakan orang yang bertanggungjawab jaga kitorang bebudak koir.

 

 

CIMG7950

Ni aku tak tahu kenapa dorang nak mulakan acara sukan lari Olimpik dalam dewan UNISEL nihhhh…. yang belakang tu selaku cheerleader lah kot???

 

 

CIMG7949

Tak tahulah kenapa aku sukaaaa gambar nih! Aku ambil gambar ni guna kamera digital aku. Takut bebenor aku gambar ni tak jadi, sebab kamera digital aku tuh bukan betul sangat pun? Mintak yang baru lah kot? Herherherherrr….

 

 

CIMG7948

Okay kejap ye koranggg. Haku nak feeling feeling VIP kejapppp… Haaa tempat duduk kitorang siap ada sign board. Korang hado??? Herherherrr….

 

 

CIMG7954

Majlis raptai kami akhiri dengan acara makan beramai-ramai sebelum pulang ke kediaman di Kota Puteri. Entah apa nama tempat ni, mi sup dia masin wohhhh… Aku ni malam kurang makan, so aku tak habis makan pun mi tuhh…

 

Hoooo.. okay entry sampai sini sahaja, pasal 3 hari berikutnya aku sambung part 2. Lantak lah korang bosan ke ape aku dok update pasal nih. Eh blog aku??? Lalalaa… lagipun mood nak update tu kureng laa sebab gambor dari kamera junior aku si Fira belum dapat lagi.

 

 

 

So… see ya!

sign NISA

Wednesday, October 26, 2011

#18 Wordless Wednesday

 

 

DSC01275

 

 

Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

JOM KE : Fan Page Wordless Wednesday | Blog MalaysianWW

 

 

 

sign NISA

JOM JOIN CONTEST – Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!

 

Assalamualaikum…

 

Yeahhh hari ni aku nak promote satu contest yang da ba boom sangat okayh! Korang ni rugi sangat lah kalau tak joinnnn. Maklumlah, mana tahu rezeki korang nak menang ke kan kan kan???

 

6162826004_a1a90bcee9_z

 

Hadiah Utama
1x  iPOd Shuffle


Hadiah Tempat Pertama
2x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 3 SHAWL & T-shirt for men + topup


Hadiah Tempat Kedua
1x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 2 SHAWLS / T-shirt for men + topup


Hadiah Tempat Ketiga
3x SHAWLS/ T-shirt for men + topup


10x Hadiah Saguhati

 

 

Whoaaaa kemain hadiahnya sangat lah menyentap hati dan perasaan kalau tak join okayh! So sila lah join ramai-ramai okay. Hadiah contest bukan sebarang hadiah. So sesiapa yang nak join contest, sila klik klik banner contest Eazy Izzuddin ni ye. Dan good luck semua yang nak join !

 

 

sign NISA

Siapa nak sample percuma BIORE MAKEUP REMOVER FOR EYE AND LIP ???

 

Assalamualaikum…

 

GA

 

First aku nak bagitahu, dalam banyak-banyak mekap remover yang aku pakai selama ni, make up remover dari jenama Biore ni lah yang paling aku suka tau! Tak berminyak sangat dan tak kesat pada kulit. Aku dah pernah tengok review dari beberapa blogger, ternyata dorang pun suka.

 

So kat sini, aku nak share dengan korang giveaway 30 sample (bukan saiz penuh) BIORE MAKEUP REMOVER FOR EYE AND LIP nih! Kalau korang tak pernah try lagi make up remover dari Biore ni dan nak tahu macam mana nak dapat sample percuma ni, sila KLIK banner giveaway di atas laju-laju.

 

 

sign NISA

Tuesday, October 25, 2011

CBM – Cinta Muka Bulu parody untuk Cinta Muka Buku

 

Hello hello kopi ke milo…???

 

CIK BEDAH MAMARAZZI

 

Alamakkkk.. rase macam lame sangat menyepi. Okay meh la CBM nak menyibokk kejap dalam blog Saya Suka Menaip nih. Hope tuan tanah kedaun tak marah yewwww… Ouhhh ye, hari tu CBM dah pok pek pok pek pasal lagi Cinta Muka Buku kan??? (Kalau tak ingat, rujuk ENTRY INI)

 

Tapi kali ni kita digegarkan lagi dengan kehadiran video klip parody lagu Najwa Latif tuh. Haaaa sudahnya, tajuk lagu tu jadi CINTA MUKA BULU uollss!! Huaaa hangat betul!!!

 

Video klip tersebut dihasilkan oleh TWITTERJAYA. Errr apekebenda Twitterjaya tu pon CBM kureng pasti. Yang penting, klip video ni dihasilkan suka-suka sahaja ya, bukan niat nak menjatuhkan atau menghina mana-mana pihak. So, peminatsss Najwa Latif cool aje oke? CBM tengok Najwa pon cool aje…

 

 

Huwarrggghhhh… terguling-guling CBM dengor lirik dan tengok telatah ahli Twitterjaya dalam video klip parody nih. Huuuuu saborr aje lah. Kreatif betul orang zaman sekarang ni ye. Hehehee….

 

 

 

Apa-apa pun, thumbs up kat team Twitterjaya yeh. CBM like ittttt!!!

sign CBM

Salin baju

 

Assalamualaikum…

 

Huuu ada henpon pon kena jaga, kena ada baju nye. Kalau tak habis lah calar balar, nanti bila dah calar cepat nampak burok. Bila cepat nampak burok, nak pegang pon dah takdak hati.Bila takdak hati kat henpon sendiri, beli henpon baru lebih canggih. Erkkk! Itu kalau banyak duit, kau nak tukar henpon berkali-kali pon ikut suka lah kan.

 

IMG_7891

Wajah sebelum. Dulu aku pakaikan henpon aku dengan baju biru. Hmmm ada kisah di sebalik baju biru henpon aku tuh. Tapi tempat nak pasangnya patah pulak, sama patahnya dengan hati aku. Ehhh mengarut!

 

Tapi orang kata biru macam warna lelaki, so orang kata henpon aku ni henpon jantan. Ahhh persetan! Jantan ka, betina kaaa.. ehh henpon ada jantina kah?? Errr…

 

IMG_7892

Wajah selepas. Bye bye baju biru. Kita teruskan hidup dengan baju pink pulok yeh? Bila pakai kan henpon baju biru, orang kata macam jantan. Tapi bila pakaikan baju pink, orang kata aku minah pinky pinky aww…

 

Sama ada aku sedar atau tak, banyak barang-barang aku sekarang ni warna pink! Hari tu shopping kat Times Square pon aku dok cari tshirt pink. Kejadah??? Okay mengarut, bye!

 

 

sign NISA

Monday, October 24, 2011

My Nuffnang Story

 

Assalamualaikum semuaa…

 

Wahhh bukan main hari ni nak berkongsi dengan korang semua kisah aku dengan Nuffnang. Kisah aku bukanlah calang-calang kisah. Kerana aku rasa entry ni bakal menjadi entry yang panjanggggg. Sila relakan diri anda baca sampai habis!

 

20090303-Nuffnang-logo

Aku kenal Nuffnang dah lama dah, sebelum aku betul-betul blogging pun. Dulu aku blogging untuk diri sendiri aje. Tapi lepas diperkenalkan oleh abang aku, aku terus jatuh hati nak mencuba nasib dengan Nuffnang.

 

Dengan gigih, aku blogging serajin yang mungkin. Iklan yang aku tepek bukan setakat di sidebar, tapi di bawah header, juga di celah-celah entry. Maklumlah, darah muda, dulu aku fikir kalau rajin blogging senang dapat duit! Tapi ternyata dengan Nuffnang, you can get more if you do more!

 

Kemudian, aku belajar maintain kan trafik blog. Aku rajinkan diri join group blogger di facebook, laman-laman web. Kemudian aku mula buat kawan baru, selalu join aktiviti bersama kelab blogger dan juga Nuffnang.

 

IMG_2416

Kerana semangat seorang blogger yang membara-bara, aku try jugak join event Nuffnang. Gambar ni diambil masa aku pertama kali dapat invitation daripada Nuffnang untuk  event LancĂ´me Maqui Miracle Natural Brightening Creator Workshop. Wahh memang pengalaman sangat best! Kenal rakan blogger, dapat barang free pulak tuh!

 

 

SAM_1181

Ini merupakan ganjaran kedua yang aku dapat dari Nuffnang setelah aku dok merajinkan diri join mini contest kat website Nuffnang. Masa ni aku dapat tiket wayang free, premiere screening movie Hoodwinked Too. (gambor credit to CIK EPAL)

 

 

IMG-20110724-00764_thumb[1]

Aku masih tak putus asa join contest Nuffnang. Sehinggalah aku berjaya menang tiket ke MTV WORLD STAGE 2011 di i-City Shah Alam. Wahhh!!! Memang karajinan aku tak sia-sia…!!!

 

 

take-me-home-tonight-poster-horz

Kemudian, aku rajinkan lagi diri aku join mini contest kat website Nuffnang. And yeahhh I got two free tickets of premiere screening Take Me Home Tobight dan juga Fright Night movie. Memang tak sia-sia aku perah otak demi merangka komen paling kreatif untuk dapatkan tiket nih.

 

Lepas tu aku agak berehat seketika daripada join mini-mini contest untuk dapat tiket premiere screening nih. Bukan sebab dah tak nak join tapi sebagai student kadang-kadang aku busy meyh… Tapi Alhamdulillah.. rezeki dengan Nuffnang tetap tak putus, buffered earnings terus berjalan dalam blog.

 

294457_258168544228102_138747446170213_816639_1803120880_n

And yeahhh another invitation for a big event from Nuffnang!!! Love you more and more Nuffnang!! Dekat event SUARA KAMI 2011 ni jugak aku bertemu dengan rakan-rakan blogger.

 

 

IMG_6736_thumb

Ini antara event paling baru yang aku join bersama Nuffnang. Tak sangka aku dapat invitation untuk join Maybelline Workshop for Bloggers. Dah tu, ramai pulak blogger otai dan ngetop yang ada! Dan berikutan bengkel ni jugak aku ada join contest dengan Maybelline. Kalau nak tahu, tunggu lahhh. Herherherrr….

 

Pendek kata, kalau kita rajin, tak mustahil semua rezeki tu milik kita ye tak??? Siapa yang berusaha, dialah akan menonjol, dialah akan dapat. Kalau kita duduk goyang kaki aje, macam mana nak dapat macam-macam ye dakk?

 

DSC01314

 

Semestinya perjalanan aku bersama Nuffnang tidak akan berakhir di sini! Aku rasa aku masih perlu belajar banyak benda. Ohhh ye, sebelum aku akhiri entry aku, ada mesej cinta untuk korang semua herherherr… :

 

header.1

 

Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.

 

 

Apa itu Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 ??? Klik http://awards.nuffnang.com/2011 untuk maklumat lanjut

 

 

 

sign NISA

KLIK SINI!!! TOLONG PENUHKAN TABUNG MASA DEPAN SAYA YE !!