Thursday, March 31, 2011

Aku, Dia dan DSLR [Part 12] : Selasa yang Comel

Holaaaaaaaa!!!! Fuiyooo aku rasa dah berzaman kot aku tak buat entry Aku, Dia dan DSLR nihh!!! Bukan taknak buat dah… aku aje yang busy, takde masa nak gi shoot ke hape..

Huhuu.. aku pernah janji yang aku nak buat special version dengan vintage dress untuk segmen Aku, Dia dan DSLR ni kan… tapi sorry sangat-sangat sebab aku rasa aku tak sempat nak edit gambar-gambar tu.. So, aku postpone dulu yeh?

 

IMG_2912

Entry kali ni aku nak post sesi bergambar aku dengan Emma dan Bell yang gorgeous. This time it’s more to santai, rilek-rilek punye gambar….

 

IMG_2932

IMG_2936

IMG_2915

IMG_2942

Oke… done with the crazy part of the photoshoot! Haha.. korang dua ni memang sempoi kan Emma, Bell??? Aku ajak shoot on the spot pon boleyyyy… Suka suka! Dan hari ni sangat comel.. Haha sebab apa? Sebab aku dah cerita dalam entry ini yang aku pergi tengok shortfilm budak-budak junior.

Oke now, nahh amik kau tengoklah gambar aku duk camwhore…

IMG_2945

IMG_2944

IMG_2947

Alamakkk!!! Gambar last tu candid lorrr…. Huhuhuuu… Biasanya kalau aku buat entry Aku, Dia dan DSLR nih jarang aku ambil gambar dengan orang lain kan? Hehehee.. takpe takpe.. Aku saje je nak buat kelainan sikit kali ni.. Takpe kan?

Ohh ye masa ni memang aku tak mekap sangat pon. Cukup aku pakai compact powder, eyeliner, dan Vaseline as lipgloss. Muka aku sedikit tak bermaya kan? Errr tengah lapar tuh! Dan… oh ya, memang aku pakai shawl yang sama macam aku pakai dalam vlog kat Dataran Merdeka hari tu..

 

Hohohooo…. Oke lah… bertemu lagi dalam next entry of Aku, Dia dan DSLR!!! Bye!

sign NISA

Bestfriend baru.

Sejak dua menjak ni, dengan dia aje lah aku dok berkepit. Pergi mana-mana pun, buat apa-apa pun, dia mesti ada dengan aku! Aku sentiasa update dengan dia nih!

Hoooo dia adalah handphone aku! Huahuahuaa… sekarang ni aku kuat sms! Di sana sms, di sini sms! Tak boleh lepas laaaa… Wajib ada kat tangan! Pantang ada masa terluang sikit memang menaip sms laaa jawab nye!

 

IMG_2132

Ini aksi atas katil. Erkkkk!!! jangan kau ingat aksi ape lak!! Gambar ni aku snap di saat aku baru aje mencelikkan mata. Langsir tingkap pun belum bukak, tu yang suasana agak suram aje.. Hekhekhek. First thing’s first! Check message… check BBM update….

Fuhhhh memang seriau lak jugak aku kalau handphone ni takde kat tangan. Hahahaa.. Kalau kat luar pulak, aku memang sentiasa online Twitter menerusi handphone aku ni. Tak tahu laa kenapa aku suka sangat Twitter ehhh sekarang? Walaupun ramai stalker, tapi aku tak peduli.

 

IMG_2693

See??? Di saat aku nak buat kerja dengan 1tube pun masih sempat ber-Tweet. Ehhh tengah tweet ke, tengah sms ye masa tu??? Aku rasa tengah sms laaa.. hohohooo…. Alaa tak kesah laa aku tengah buat ape pun.. Yang penting handphone sentiasa di tangan okeh!

Sampai kan masa nak start shoot tu, aku kena pass phone aku pada PA sementara aku iaitu Syida. Hahahaa…. Iyelah.. gelombang isyarat yang diterima handphone boleh mengganggu sistem audio masa rakaman tengah dijalankan.. So cannot dekat-dekat laaa… Huhuuuu….

Apa-apa pun, aku tengok sekarang ni handphone merupakan salah satu gadget wajib yang menjadi keperluan orang ramai masa kini. Teknologi di cipta untuk memudahkan kehidupan seharian kita. Jangan lah kita salah guna ye? Oke babai.

 

sign NISA

Wednesday, March 30, 2011

VLOG : Akhirnya…. vlog rasmi Nisa Menaip dan Syafiq Rosli dengan 1tube.my

Hekhekhekkk… tetibe aku rasa aku sangat kelakar lah dalam video tuh =.=” Apa-apa pun, terima kasih tidak terhingga kepada 1tube.my sebab sudi menjemput aku dan Syafiq Rosli untuk buat vlog di bawah 1tube. Yelah.. selalunye aku jek terjah / interview orang…

Malu nak cakap. Heheheeee… Korang tengok aje lah…

 

(Kalau tak boleh tengok kat sini, boleh TENGOK KAT SINI)

 

Hehee kisah di sebalik vlog ni… Tak plan pon nak buat… Phil (pengasas 1tube.my) yang tiba-tiba cadangkan kitorang singgah Dataran Merdeka selepas shooting vlog Chef Liza dan Ben Ashaari di Setiawangsa. Mungkin sebab background nye yang cantik.. Lampu berwarna-warni, itu kot yang buat Phil cadangkan kitorang rakam vlog.

ISTIMEWANYA VLOG KAMI??? Yeaaa vlog yang dibuat secara duo… berbanding sebelum ni, aku je duk interview orang… Kali ni vlog aku dan Syafiq Rosli dirakam dalam suasana yang lebih santai, kat Dataran Merdeka, pukul 1 pagi okeh! Hohohoo… dalam vlog pulak bercerita mengenai isu dalam dunia blogging…

 

Hehehee terima kasih 1tube.my!

sign NISA

Tayangan short film student FCM Semester 4

Semalam aku ke UNISEL… Aku pergi ke mini event junior semester 4. Dorang buat tayangan filem-filem pendek dorang. Filem pendek dorang dihasilkan untuk subjek AVP (Digital Video and Audio Production)

 

IMG_2889Dari kiri, Are, Aten, Isha & Shera.. Suka short film dorang yang bertajuk NAFSU.

 

IMG_2888

One of the scene from short film NAFSU. Isha berlakon jadi gila pon still cantek! Dia tak pakai mekap pon cantik. Hehehee…. jalan cerita mengenai masalah sosial yang banyak berlaku zaman sekarang, which is seks bebas.. lepas tu gugurkan anak..

So dalam short film NAFSU ni, dia cite kan yang mak ayah dia agak loose dalam menjaga batas anak-anak, lepas tu girl ni mengandung, gugurkanm kandungan dan last sekali jadi gila….

 

IMG_2908

Group Eric dan Adol pon aku suka jugak! I mean.. aku suka short film dorang yang bertajuk UNNOTICED LOVE. Heee sweet sangat cerita ni okeh! Nanti kalau dorang dah upload short film dorang kat mana-mana, nanti aku share.

Pendapat aku? Aku suka narrator nye yang bersahaja. Macam tengah bercerita. Dan jalan cerita yang bagi aku boleh tahan menarik. Pelakon pon tak nampak kaku sangat. Whaaa ni mesti kengkawan dorang ada bakat berlakon.

 

 

Hehehe ape-ape pun, tahniah kepada para junior sebab overall semua short film pon oke :)

sign NISA

Bila Nisa Menaip menjadi “doctor love” sekejap.

Hekhekhek… perasan betol aku hari ni. Jadi doctor love pulak?? Haiyohhh ape kena aku ni? Takkan laa bosa sangat sampai dok berangan jadi doctor love? Hahaha…
Ehhh mana ada jadi doctor love pon.. sekadar memberi pandangan / respon kepada soalan yang diutarakan oleh seorang blogger di wall SAHABAT BLOGGER di facebook tadi..




Oke adik-adik.. hekhekkk!! Jom dengar pendapat aku yang tak sebarapa nih… Dalam bercinta… kita tengok dulu dua tiga perkara ni..





1. CARA MASING-MASING
Setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza, pengalaman hidup yang berbeza dan tersendiri. Maka dengan itu, semua orang mempunyai characteristic tersendiri. Kemahuan setiap orang berbeza-beza. So, bila dalam relationship, amat penting bagi kita analisa characteristic masing-masing ye.. Supaya dapat memahami cara masing-masing.



2. KEHENDAK DIRI
Bila dah bercouple, bercintan-cintun, tipulah kalau kita cakap kita takde masalah langsung kan? Sikit pon, mesti ada jugak kan? Ini kerana kadang kala kehendak masing-masing tu bercanggah. Ye lah… bila yang lelaki nak dilayan macam tu, yang perempuan nye melayan macam ni… begitu juga sebaliknya….



3. KEPERCAYAAN
Ini paling serius! Jangan mimpilah nak couple dengan aman damai lagi harmoni kalau kepercayaan tidak wujud dalam diri masing-masing. Kalau seorang percaya, seorang tak percaya.. tak boleh jugak! Biasanya kepercayaan lah yang menjurus kepada pergaduhan. Yela kalau asyik gaduh pasal benda-benda yang kecik, nampaknya susah nak kukuhkan kepercayaan!






PENYELESAIAN????

Ada baiknya korang ambil masa untuk kenal pasangan masing-masing… Kenal pasti orangnya macam mana, lifestyle dia, cara dia treat orang, dan macam macam lagi la… So dengan cara ni, kita boleh tahu kita sanggup ke tak untuk couple dengan dia, bertahan dengan perangainya dan boleh masuk dengan kepala dia.

Kalau korang couple dalam masa singkat, atau baru kenal, baik korang duduk berbincang… bagitahu pasangan kita, kita ni orang yang macam mana, cara kita macam mana.. dan belajar untuk diri masing-masing seadanya… Memang lah setiap orang tu berbeza, tapi insyaAllah semua masalah pun ada jalan penyelesaiannya..

Dalam relationship, BERTOLAK ANSUR, KEPERCAYAAN dan KESEDIAAN UNTUK MENERIMA SEADANYA tu penting. Barulah kita tahu siapa yang sanggup terima diri kita seadanya, yang ikhlas dengan kita.. ye tak? Kalau nak couple pun tak sanggup, apa lagi nak kahwin? Kan????





Aku rasa aku ni membebel je lebih. Ehh ni semua PENDAPAT aku aje tau.. Lain orang lain pendapat.. ye tak? Haha! Bye.






sign NISA

PANAS MINGGU INI : Keyword Miera Liyana naik carta beb !!!

Hamboi hamboi hamboiiii (buat gaya Azwan Ali) sejak aku post pasal Miera Liyana tuh, semua panas bontot kan.. Semua suka sangat, terutamanya lelaki lahhhh. Suka dapat tengok free show??? Hahaha ooppss!

Hah? tak ingat entry yang mana? Adoyaiii.. takkan lah masih ada yang tak tahu? Kalau tak tahu, rujuk ENTRY PANAS KEBABOOM INI. Haaa penangan dari entry tersebut, keyword Miera Liyana naik carta beb!! HAHAHAA.. Tak percaya kahh??? Meh aku kasi tengok!

 

kantoi

kantoi2Klik untuk tumbesaran lebih sihat!

 

Haaaa beribu riban tuh!!! Ini rekod pageview dari blogger.com yang aku print screen tiga hari selepas aku post pasal Miera Liyana pakai baju tak cukup kain tuh! Hamboiii laju je korang-korang klik entry nih, pantang betol aku tulis tajuk mengundang sikit kan kan kannn~

Keyword pon macam-macam yang muncul… biasanya keyword blog aku semuanya berkaitan dengan nama aku atau nama blog aku aje… sekali mencanak naik nama Miera Liyana artis baru nak up ni kannn.. Untung kau nyah, glemer express!!!

 

kantoi3

kantoi4

Ini rekod pageview dan keyword yang aku printscreen selepas 5 hari aku post pasal Miera Liyana dok dedah dada dia tuhhh… Masih lagi ramai yang mencari ye…. Di bawah pulak rekod daripada website Nuffnang.

kantoi5

Hamboi mak kauuuu… beriban kot orang dok search Miera Liyana nih.. Hahha apa-apa pun aku takleh terima laa alasan dia, dia kata dia pilih baju tu sebab baju tu paling lawa??? Hoi nyahhh Siti Nurhaliza pon artis perempuan Melayu macam awak, boleh je dia pakai baju yang vogue meletup tapi masih menutup apa yang patut????

Haishhhh…. macam ni lah artis zaman sekarang. Yang anak muda dok puja-puja. Ehh wait.. is Miera Liyana even that popular???? Tettttt!!! Sendiri mau ingattt. Hahahahaa…. (AKU RASA ENTRY AKU KALI NI PENUH DENGAN AYAT PEDAS)

 

sign NISA

5 blog paling kerap dilawati Nisa Menaip sepanjang 2011 !!

Haaaaa… aku rasa mesti yang dah tahu apa yang aku nak buat ni.. Yeaaa aku nak join PROJEK NETWORK BLOGGER yang dianjurkan oleh Denaihati.com .. aku dapat tahu mengenai projek ni pun melalui blog Andyhowtt.

Weee projek ini sangat menarik! Menurut Denaihati.com, ia boleh mewujudkan network besar dalam kalangan blogger, di samping menambah kenalan baru. Hehehee bayangkan kalau 10 orang senaraikan anda dalam 5 blog pilihannya.. Fuhhhh banyak kot trafik yang disumbangkan… Hehhee…

5 blog paling kerap dilawati 2011

 

darkbatman1. Uhukkk!! Uhukk!! Apahal lak terbatuk nih?? Errr abaikan! Hahaha blog kegemaran ramai ni turut menjadi pilihan aku. Kenapa aku rajin singgah blog darkbatman.com ni???? Sebab blog beliau banyak tips pasal kesihatan! Kalau bagi mak abah baca ni pon boleyyyy…. Nak suh abah aku amalkan tips kasi naik 6 pax boleh? Hahahhaa!!! (Klik pada banner untuk terjah)

 

benashaari2. Blog BEN ASHAARI!!!! Blogger terkenal okeh! Aku dah jumpa beliau beberapa kali.. semuanya melibatkan aktiviti bersama 1tube.my .. Hehehe ternyata beliau seorang blogger yang peramah. Dalam blog pon tak lokek berkongsi tips dan nasihat. Jom singgah ramai-ramai… Klik pada banner tau!

 

 

yuyu3. Blog YUYU ZULAIKHA merupakan pilihan hati aku yang nombor 3!! Sepanjang tahun 2011 ni, aku rasa aku selalu sangat singgah kat blog akak kecik nih. Oopss! Kak Yuyu tak boleh marah.. nanti taka wet muda auwww :P  Blog beliau banyak jugak tips cantik, tips mekap.. macam-macam tips la kan! Sungguh tak kedekut ilmu ye Yuyu comel! Dan aku suka gaya penulisan Yuyu! (Klik pada banner untuk terjah)

 

 

shea4. Blog milik SHEA SYAHIRAH memang menjadi pilihan aku sepanjang masa! Aku sukakan gambar-gambarnya yang sangat cantik, dan juga orangnya yang pandai berfesyen!! Oh myyyy.. aku suka sangat tengok Shea yang comel ni… For me, she has good fashion sense! Wuuuu bila laa aku nak bergaya macam beliau nehhhh… (Klik pada banner untuk terjah)

 

 

hizami5. Blog BUDAK LELAKI !!! Yeahhh blog ini merupakan milik Hizami Rahim… blog dia ni antara blog yang terawal aku betul-betul follow dan baca… Dulu dia [dot]blogspot … sampai lah dia dah tukar ke domain, aku tetap follow dia. Kenapa aku suka blog dia? Sebab budak lelaki ni suka tulis pasal lagu baru yang meletop. So aku tak payah susah-susah search Google ke ape. Hahaha!! Gaya penulisan pon best! (Klik pada banner untuk terjah)

 

Haaa dah habis pon cerita mengenai 5 blog yang sering aku lawat setakat Mac 2011 ni… Meh sini nak ajak blogger join PROJEK NETWORK BLOGGER | Denaihati.com

  1. Syafiq Rosli
  2. Moy Chem
  3. Tasya Amin
  4. Deeyaudeen Sabri
  5. Aqu Api
  6. Aryl
  7. Nurul Izzati
  8. Sab a.k.a. Miss Genit
  9. Meuz Angelo
  10. Hannafauzann

 

Heeee sesapa nak join ramai-ramai terjah denaihati.com dulu… baca penjelasan beliau dulu okeh! Hehehe [ PROJEK NETWORK BLOGGER | Denaihati.com ]

 

sign NISA

Tuesday, March 29, 2011

Nama sebenar artis Hollywood

Dalam dunia artis ni, of course laa dorang nak tampil dengan nama yang gempak-gempak kan… Hehehee alaa artis Malaysia pon banyak buat macam tu.. Kasi tukar sikit sana-sini, dah jadi nama komersial! Baru laa boleh jual ye tak??

Heheheee kadang-kadang stage name artis Hollywood ni begitu gah dan dikenali ramai… Tapi ada sesiapa yang tahu nama sebenar dorang???

 

TRIPLE H (Paul Michael Levesque)

 

PINK (Alecia Moore)

 

LADY GAGA (Stefani Joanne Angelina Germanotta)

 

FLO RIDA (Tramar Dillard)

 

KATY PERRY (Katheryn Hudson)

 

MILEY CYRUS (Destiny Hope Cyrus)

 

Haaa ni aje lah yang aku nak share dengan korang… Sebenarnya banyak lagi artis Hollywood yang guna stage name nih…. Aku baca ni pon kat website OMG Yahoo!

Nak tahu lebih banyak, JOM KLIK KAT SINI !!!!

 

sign NISA

More videos from 1tube.my

Fuiyooo banyak betul lah video aku kat 1tube.my nih.. malu lak aku. Hehehe ape ape pun.. semua ni merupakan peluang berharga aku untuk menonjolkan bakat aku. Chewahhhh berlagak betol aku. Haha ade bakat ke??

Wuuu insyaAllah kalau ade rezeki jadi pengacara memang aku nak sangat sangat! Ohh ye.. video yang aku nak share ni merupakan interview pertama yang aku rakam pada hari itu…

 

Memandangkan ini video pertama yang dirakam hari tu, so korang sendiri boleh tengok yang aku ade verbal failures di situ.. Maksud aku, aku macam teragak-agak dan banyak sebut “aaaaaaa….”

Huhuhuu tak ape lah.. There’s always a first time for every single experience kan? Kan? Kan?

Ohh ye satu lagi video yang baru keluar di 1tube.my ialah video di mana aku interview wakil dari NFE CONSULTING SDN. BHD. Jom tengok KAT SINI YEEEE …..

 

sign NISA

Alhamdulillah, rezeki kami merasa makanan sedap malam tadi !!

Malam tadi agak kelam kabut. Huhuu… petang semalam aku dengan senang hatinya keluar membeli barangan keperluan di Tesco, sekali lah melunaskan nafsu aku pada ice blended terbaek iaitu Coolblog..

Masa nak balik tu, hari dah mula gelap sebab dah masuk pukul 7. Kerana kegedikan aku takut nak tunggu bas kat bus stop yang scary di seberang jalan, aku balik naik teksi aje. Sampai aje rumah, baru aku perasan Mia (one of crew from 1tube.my) ada hantar BBM kat aku!! Whargghh dengan sepantas kilat aku bersiap.

Ada apa sebenarnya???

IMG_2843

Yeahhh malam tadi blogger terkenal Ben Ashaari sembang-sembang pula dengan Chef Liza atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Liza…

Kak Liza memang peramah.. aku, Mia dan juga Syafiq Rosli dah lah sampai lewat.. tapi tetap disambut dan dilayan mesra oleh Kak Liza… Hehehe aku yang duduk kat tepi dah terliur dah tengok masakan Kak Liza. Hahaha tunggu aje laa sampai Abang Ben habis berborak dengan Kak Liza ye. Haha tak boleh blah dowh aku!

IMG_2855

IMG_2860

IMG_2865

Pergghhh!! Nasi dia terbaik! Aku lupa pulak nak tanya apa nama nasi ni.. Dia lebih kurang nasi goreng ulam la.. Tapi dia bukan guna ulam kampung tau! Dia guna ulam moden. Hohoo contohnye macam bunga kantan… brokoli.. Alahh aku nak sebut pun tak reti.

Yang best nye, nasi ni digoreng tanpa minyak! Oil free! Ada ulam-ulam pulak tu kan… So sangat sangat bagus untuk orang yang diet! Berasnye sangat panjang, dan nasinya sangat lembut! Aduhh bertambah kot aku makan! Yang warna oren tuh kerabu kelapa dia. Tadi aku makan dengan pulut! Pergghh best best best!!

 

IMG_2846

Yeahhh!! Dessert best dowh! Mango smoothies! Tambah krim, letak toppings sikit.. perghhh sedap beb! Kak Liza kata kalau sejuk lagi sedap, tapi tak kesah la.. aku rasa sedap aje…

 

IMG_2849

Muke kelaparan! KANTOI SUDAHH !!! Nasi dah la bertambah, makan pulut lagi.. Smoothies aku bantai 2 mangkuk! Nafsu serakah betol laa tabiat makan aku, tapi berat taknak naik jugak nih!!! Apa nak jadi laa aku ni???!

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak pada Kak Liza yang sudi menjamu kami selepas shooting. Selepas tu, Abang Ben dan wifey nye pon pulang.. Maka kami yang tinggal, gerak pula ke Dataran Merdeka kerana Phil (pengasas 1tube.my) mencadangkan aku dan Syafiq Rosli merakamkan vlog di sana!!

Haaa nantikan VLOG kami yerrrr :) Ohh ye satu lagi video di 1tube.my dah keluar!!! Heee excited weyh! Sudi ke korang tengok?? Hek hekk… kalau sudi KLIK DENGAN COMEL NYE DI SINI

 

sign NISA

Jeles la pulak tengok Maya Karin mesra dengan Remy Ishak!

Haihhh 4.44am??? Aku gosok mata. Betul ke ni?? Hmmm kenapa aku tak terasa langsung nak tidur nih? Kenapa dengan diri aku ni? Ke aku ni memang biologically programmed? Hah sudah ape jadah aku mengarut pagi-pagi ni??!!

ARRGGHH!! Emosi tak stabil betullah aku! Takpe.. takpe.. minggu ni aje! Ooppsss!! Hahahaa… Haihh aku tak boleh tidur. Sedikit kecewa dengan apa yang berlaku malam tadi (oke tipu, kecewa banyak!)

Malas nak layan perasaan yang kacau, aku mimpi ape entah sampai bukak website Berita Harian Online. Tup tup!! Aku nampak pelakon favorite-aku-jugak-lah bermesraan dengan perempuan lain! Ohhhh darling kau curang dengan aku ye!!

Pic credit to : Berita Harian

Wuuuu Remy Ishak kau curang dengan aku ye?? Ape ni amik gambar sandar-sandar pulak?? Kau ingat ini sandarkan pada kenangan ke hape? HOOOOOO!!! Ke kau orang dua ni bercintan cintun?

Warrgghhh gile dah aku! Padahal aku ni takde laa minat mana pon dengan Remy Ishak ni kalau nak dibandingkan dengan Fahrin Ahmad. Ooppss!!! Haha…

 

Ceritera ‘cinta’ mereka terus berlegar, bagaikan tiada berkesudahan selagi Maya, 31 dan Remy, 28, belum menemui belahan jiwa masing-masing.


“Cerita ini tidak pernah habis dan akan ada saja yang diperkatakan,” ungkap Remy sedaya mungkin cuba meletakkan noktah daripada terus berbicara soal hati.


Pertemuan petang itu memperlihatkan sikap gentleman dan perasaan hormat yang tinggi dimiliki empunya nama lengkap, Mohd Zalimie Ishak itu terhadap wanita yang sedang didampinginya itu.

- Berita Harian

Ape nih??? Apa nih??? Pengakuan bercinta ke hape?? Haishhh!!! Jeles laaa… jeles laaa.. Hahah tetibe! Giler ke aku?

 

Remy tidak kekok memimpin tangan Maya membantu wanita itu mencari posisi selesa untuk mencantikkan sesi fotografi bersama B*POP kali ini. Santai, spontan dan bersahaja, barangkali keserasian yang bertitik tolak daripada pementasan Natrah disusuli Cun mendorong khalayak pantas membuat kesimpulan ada sesuatu antara mereka.


“Seandainya perkara itu berlaku, penonton pula percaya wujud cinta antara kami berdua itu bermakna kami berjaya melunaskan tanggungjawab yang diberikan pengarah,” kata Remy meleraikan segala tanda tanya.

- Berita Harian

Ooohhhhh… Berlakon aje ye rupenye?? Hahahhaa oke tak jeles dah! Hahahah sekali lagi, giler ke aku? Sebenarnye saje je…. Remy Ishak aje ponnnn.. Nasib laa bukan Fahrin Ahmad. Hahahaa!!!

Entah sejak bila laa pulak blog aku ni jadi blog gosip artis. Wuuuu!!! Ni sume gara-gara emosi tak stabil! Hahhhh!!

More stories : CLICK HERE

 

sign NISA