Monday, February 28, 2011

Cuba kelainan pada shawl.

LOKASI : Taman Canseri, Jalan Diplomatik, Putrajaya

TARIKH : 20 Februari 2011

AKTIVITI : Santai bersama Ben Ashaari dan sesi buat vlog bersama rakan-rakan blogger.

 

IMG_1563 edited

HOHHHH…!!! Ni gambor mengundang betol, siap nak ber-spek mata itam bagai.. Hahahaa dah macam alien la pulak aku tengok. Saje je kot aku nak merambu-ramba dengan spec hitam murah beli kat uptown itu. Hahahaaa dulu jarang pakai. Ye lah aku kan specky.. so, mana lak aku nak tepek shades neh atas muka aku kan?

Tapi memandangkan aku sekarang dah kembali memakai contact lens, so shades murah aku tu pon kembali berguna. Hek hek hekkk….

 

IMG_1565 edited

Haaaa perasan tak? Perasan tak?? Berbalik kepada tajuk entry, aku mencuba kelainan pada shawl. Aku rasa ni kot pertama kali aku memakai shawl viscose yang bercorak sebegitu abstrak. Sebelum ni aku rasa shawl aku yang bercorak pon, just corak-corak yang biasa… yang mcm rainbow.. and polkadot.. Sebelum ni tak ada lagi kot yang corak abstrak sangat macam ni..

But you know what? I like it! Ouhhh ye pastikan baju anda kosong ye, baru laa padankan dengan shawl yang bercorak sarat… Kalau baju pon dah corak-corak, kalau tak kena gaya dengan corak shawl yang di pakai, mau kacau bilau di buatnye… Herherherr~

 

IMG_1567 edited2Tone inner (tyran purple-pale yellow) from http://www.ayunar.biz/

Viscose crumple shawl, courtesy of http://butikalesya.blogspot.com/

Ruffled sleeves shirt, courtesy of http://batikvalley.blogspot.com/

 

Heee aku suka shawl nih sebab kain dia lembut dan sangat terletak aje, tak keras pon… Kain dia sangat selesa.. hehhe Ohhh ya, I superlove the shirt too!! Macam tahu-tahu aje kan aku memang suka baju / dress yang ada ruffled2 ni kan… Auwwww sweer shirt! Suka sebab nampak sedikit kelainan. Chewahhh…

And one more thing! BATIK VALLEY sekarang banyak update baju-baju dan beg yang cantik comel lawa!! Jom pergi usha Batik Valley ramai-ramai :D

P/S : All pics above by EAZY IZZUDDIN

 

 

 

Peace.

Sunday, February 27, 2011

Model Sinar Inspirasi. Bersinar ke aku?

  • Haaaaaa ini aktiviti suke suki ye semua… Saja je submit gambor tak lawo ke satu Pencarian Model Sinar Inspirasi…
  • Sekali boleh lak aku tersenarai eyh.. hehehe
  • Jom semua LIKE gambar aku..

 

LANGKAH 1 :

Like fan page Orange Photography di Facebook

http://www.facebook.com/pages/Orange-Photography/134572526581016

 

LANGKAH 2 :

Cari gambar aku yang macam kat atas ni.. lepas tu LIKE la ye.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=182488221789446&set=a.180641238640811.35883.134572526581016

 

 

  • Segala jasa baik anda sangat di hargai dan hanya Tuhan dapat membalasnya satu persatu :)

 

 

Nak shoot kat tasik kat Temerloh lah. Bye bye.

Saturday, February 26, 2011

TIPS : Apa boleh kita buat kalau kita tengah sengkek?

Hoooooo siapa student? Aku student! Sila mengaku student! Hohooo.. tips yang bakal aku utarakan ini amat direkemenkan kepada golongan student yang hidup sederhana. Hehehehe.. Maklumlah.. biasanya golongan ini lah yang membuat pinjaman PTPTipu PTPTN untuk membayar yuran pengajian.

Namun yang indah cuma sementara cewahhh. Pabila sah duit pinjaman masuk ke akaun, masa itulah yang paling heaven. Dah habis kusut nih dok fikir pasal kos assignment, sewa rumah, bil api air, belanja harian. Tapi semua tu hilang di kala akaun anda yang ada beberapa sen itu menjadi tiga empat angka semula. TAPI !! Bila duit dah kering, mati kutu la semua. Hahahaaa..

Meh sini aku bagi idea sikit apa korang boleh buat di kala musim sengkek menjelma.

 

1. Jadi kreatif!

Amat untung kalau anda pandai melukis / buat craft / menjahit. Anda boleh gunakan kebolehan anda ini untuk jual barang-barang kreatif. Hand made lagi tuh! Biasanya kalau barang hand made, harganya pon kita boleh letak selaras dengan usaha dan kualiti barang. Ye tak? Banyak untung wooo…

IMG_1915Aku tak kreatif. Ni lah lukisan aku paling lawa. Hohooo~

 

2. Manfaatkan skill !

Haaa.. ini satu kelebihan kalau anda ada skill tersendiri. Contohnya, anda punya skill mengambil gambar. Sekarang kalau ada gadget macam DSLR, belajar kat internet aje pon boleh pandai. Kan jimat kos? Tak payah pegi bengkel ke hape. Tapi kena rajin bereksperimentasi lah. Lepas tu try amik upah shoot sikit2. Haaa kan ke mendatangkan sumber pendapatan tuh?

DSC_0002Aku suka bergambar, tapi aku tak pandai ambil gambar!

 

3. Kerja part time !

Ini memang biasa sangat dalam kalangan student. Banyak je student yang buat part time kat restoran fast food, dan sebagainya. Tapi, kalau nak kerja part time, pasti kan korang tak ganggu jadual waktu belajar korang ye.

 

4. Blogging dan rajin kan diri join contest kat blog.

Ini adalah cara jangka masa panjang, maknanya, sila bermula dari sekarang untuk simpanan masa depan. TAPI ingat! Janganlah bila mula blogging tu, dah terus nak kaut banyak duit! Salah cara nanti tak berkat pulak, adehhhh… Adat lah tu masa mula2 join Nuffnang ke ape, memang duit satu sen pon takde. Huhuu. Dah namanya rancangan jangka masa panjang?

Dan contest yang aku tekankan kat sini adalah contest yang menawarkan hadiah WANG TUNAI okeh! Tapi, namanya la masuk contest kan… so, tak confirm la setiap masa ko boleh menang. Tapi takpe, kalau rezeki siapa tahu kan? Kan? Kan?

 

Raihana Izzati share cara dia pulak! :D

my tips is (well based on my xprience)
1. now,,dh about 2weeks i dint had any solid food.no nasi or even megi.
i juz eat roti gardenia yg rm0.60 tu.
yeah.not gud.but,,I only spent in about rm5 a week. dats great isnt it?

2. jd bdk upahan.bsh bj kwn,iron,salin note,watever yg bwk untung.tp so far,,xsmpai mcm 2 lg la=)

 

*               *               *               *               *

 

Haaaa ini cuma beberapa idea / cadangan yang tiba-tiba terlintas kat kepala hotak kudus aku nih. Kalau you guys ada cadangan yang lebih bernas jom la share ye? Leave your comment. Hehehee….

 

 

PEACE.

Dairi Seorang Blogger Tegar : Kita Hanya Mampu Merancang

(Telah tersimpan dalam draft selama lebih kurang 24 jam. Telah di edit mana yang patut. Entry ini sekadar interpretasi perasaan dari hati kecil aku.)

 

Ya… segalanya mampu kita rancang dengan baik, dengan tersusun. Namun, yang mengizinkan ia berlaku, adalah Yang Maha Kuasa, yang ada di atas sana, yang sentiasa memerhati, Yang Maha Mengetahui.

Berita pemergian atok pada 23 Januari 2011 menyentap aku. Terkilan aku bukan kepalang kerana aku telah merancang untuk pulang ke kampung selepas dinner fakulti, selepas majlis anugerah dekan. Pada perancangan aku, aku ingin pulang dan menunjukkan sijil aku kepada atok, yang merupakan salah satu insan yang banyak menyokong aku selain mak dan abah. Aku nak buat arwah gembira, aku nak balik rumah nenek disambut dengan ciuman dan doa atok seperti selalu. Aku nak tunjukkan pada atok, yang aku selama ni berusaha keras dalam pelajaran, semuanya untuk keluarga aku, untuk insan-insan yang menyokong aku selama ni.

Tapi, berita yang disampaikan oleh along aku, buat aku terduduk seketika. Dua hari sebelum itu, pembedahan atok berjaya! Tapi kenapa dia pergi? Kenapa? Entah berapa lama aku terdiam selepas tamat perbualan dengan along, sehingga aku mendapat kekuatan untuk menelefon abah pula. Ya, sahih! Atok dah takde. Innalillah…..

Atas bantuan seorang sahabat, aku pulang juga pada hari yang sama. Perasaan tambah kacau bilau apabila bas yang sepatutnya tiba awal di destinasi, terpaksa berhenti agak lama di stesen Kuala Lumpur. Semuanya gara-gara seorang penumpang warga asing membawa makanan (ke??) yang pelik baunya, dan ia tertumpah di lantai bas! Oh great you foreigner! Maka pemandu bas terpaksa membersihkan lantai bas dahulu.

Seperti dijangka, aku sampai lewat di Temerloh. Harapan aku untuk melihat wajah arwah untuk kali terakhir, aku telan sendiri apabila ia tak kesampaian. Ralat sungguh aku.

Nenek pesan, jangan menangis. Tapi aku tak kuat. Arwah merupakan ahli keluarga aku, seorang yang sentiasa menyokong aku tidak seperti yang lain. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Dan semoga atok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 

 

 

Al-Fatihah.

Empat Budak Hitam Serbu Uptown Bila Kelaparan

 

cats

Bila kebulur, macam ni lah gayanya… Char kuey tiow kegemaran di Uptown Shah Alam menjadi pilihan kalbu. Fuiyohh fuiyohh kalau boleh nak balun semua.. Huuu tapi angan-angan semata-mata.. Tangki perut aku yang cinonet ini sama sekali tidak membenarkan aku untuk menyumbat semua makanan di atas. HUHUUUU~

 

IMG_0929

Yeahhh dua budak hitam pertama. Yang bercermin mata tebal ala nenek kebayan yakni bernama Nisa. Fuhhh itulah manusia yang berperut kecik. Lantas perut keciknye itu menyebabkan beliau terpaksa memendam perasaan untuk makan banyak-banyak.

Budak hitam kedua berbaju putih. Beliau sangat suka jus tembikai. Kata beliau dengan jus buah-buahan kulit beliau mampu menjadi putih melepak bak Julia Ziegler, halus mulus seperti Lisa Surihani dan tampan seperti Fahrin Ahmad! Erkkk~

 

IMG_0975

Budak hitam nombor tiga, berbaju hitam juga. Buat buat pandang tempat lain bila lensa dihalakan tepat kepadanya. Konon-konon muke innocentm yakni taktik untuk mengelak daripada membayar bil makanan.

Budak hitam baju kotak kotak. Buat muka cool, padahal menahan untuk melepaskan sendawa yang berukuran 8.8 skala Richter. Yakni jika beliau melepaskan sendawa tersebut, berterbangan lah segala kerusi meja di kawasan sekitar.

 

IMG_1140Tiba-tiba… PUTRAJAYA?????? Kau biar betul? Woi budak budak hitam jangan buat keje gila oke.

 

IMG_1167Oke ini band baru. Nama band ni… THE JANTANS JEJANTAS.

 

 

Oke babai. Peace.

Wednesday, February 23, 2011

Kenapa aku suka baju hitam?

Wuuuu membaca tajuk ni, mungkin ada yang tidak setuju.. Ye lah, memandangkan cuaca di Malaysia ni tak berapa nak menentu sekarang, mungkin pilihan berbaju hitam adalah kurang tepat.

Kalau hari panas terik, mak aihhh rasa nak pergi berendam air terjun tahu!! Panas dia bukan macam dulu-dulu… Panas sekarang boleh buat kulit perit & cepat terbakar oke! Huuu global warming neh! Wahai orang Malaysia jom laa kita kerjasama untuk elakkan global warming. Ehhh pesanan ala-ala menteri pulak? =.=

Jom tengok kenapa aku suka pakai baju hitam?

 

IMG_8814 editedIMG_0096 editedDress from : BATIK VALLEY

 

Aku rasa tengok dua-dua gambar ni pun dah tahu kot? Ohh ye, memang baju nye sama! Hehehee apa yang aku nak tekan kan sekarang ni ialah, walaupun, baju tu sama, dan ya aku padankan dengan skinny yang sama.. Mungkin kasut berlainan… Hehehee…

Ouhh sambung balik ayat tadi! Apa yang aku nak tekan kan ialah, dress berwarna hitam tu boleh masuk dengan semua warna :) Yippeeee.. aku memang suka sebab ia membolehkan aku mengumpul shawl pelbagai warna dan corak. Weeee!!!

Sekarang ni pun dah macam-macam gaya tudung yang ada. Nak belajar??? Search aje kat youtube okeh! Heheheee… See? Kalau nak bergaya, tak semestinya kena banyak duit untuk beli banyak baju. Just be creative okeh sayang-sayang semua??? Ohh ye.. baju inner pon kita boleh try warna lain, takdelah asyik hitam aje kan ^_^

 

 

 

PEACE!

Tuesday, February 22, 2011

Simptom bila final exam menghampiri.

 

Picture2384

1. Berperangai pelik pelik depan webcam.

BOSAN! Dok mengadap assignment hampir 24 jam (kecuali waktu tidur) boleh buat anda tidak keruan yeh! Oh ayat skema! Maksud aku, serabut! Arrgghhh biasalah kalau menjelangnya final exam, semua assignment nak kena submit. Kalau yang senang-senang tak ape lagi, bayangkan aku kena buat website, juga magazine!

Progress assignment? Jangan tanya aku please. Tak sanggup nak jawab! Haha~ Ouhhh kenapalah kami ditakdirkan untuk buat assignment sebegini in pair work.. Bagilah tiga empat orang ke satu group… At least kurang sikit beban masing-masing kan…

So.. nak lepas tension? Buat perangai pelik-pelik ayam depan webbie!

 

2. Mata panda (comel ape..)

Ini simptom paling ketara bila semua orang rushing nak buat assignment, sebab deadline makin dekat. Fuhhh rasa macam kena kejar dengan hantu pon ade. Sanggup berjaga malam tuhhhh sebab nak buat assignment!

Kalau siapkan assignment last minute, kemungkinan kualiti assignment tidak berapa best adalah tinggi, juga berupaya menyebabkan lecturer potong markah. Tak cukup dengan tu lagi, nanti kurang lah masa untuk study! Ye tak? Ye tak?

 

3. Kurang bercakap dengan aktif

Fuiyooo kalau sebelum ni mulut tu memang laju aje berborak, dah tak pandang kiri kanan. Pantang masuk aje kelas ade aje benda-benda yang nak digosipkan dengan kawan. Tapi bila dah mula penat & tension dengan assignment, mulut pon jadi penat sekali… Kawan aku pernah cakap, penat memikir tu lebih teruk dari penat tubuh badan bila buat kerja berat.

Ye ke??? Aku rasa macam ye aje… Sebab bila otak penat, ia menjurus kepada gangguan emosi sekali. Kalau dah asyik emo aje, dok moody aje… Sapa boleh tahan beb! Tapi aku faham.. kita sama-sama student kan.. Adat lah tu tension bila dah nak exam.

 

Picture2386

Huiii tengok tu muka ku khusyuk mengadap komputer! Buat website woot woot! Abis aku balun semua HTML… CSS dan entah apa-lagi-jadah-benda yang ada dalam Adobe Dreamweaver CS5 itewwwww.. Erkk!

Rajin ke? Habis ni apa pasal up entry dalam kelas??? Errrrkkkk!!!

 

 

 

PEACE.

Doakan kesejahteraan sahabat saya!

 

Gambar credit to : Kyerull

 

MasyaAllah.. macam tak percaya dengan berita yang baru aku terima tadi…. Semasa aku sedang lepak minum di kedai mamak, aku online facebook pakai phone. Maka aku ternampak status KSP mengenai sahabat aku Kyerull (di dalam gambar).

Melalui status tu, aku dapat tahu yang Kyerull tidak sihat. Maka tanpa teragak-agak aku call Kyerull untuk bertanya khabar. Akan tetapi mak Kyerull yang angkat telefon. Melalui mak Kyerull aku dapat tahu bahawa besi dalam kaki Kyerull patah! Dan Kyerull kini dimasukkan ke wad di HKL. Kyerull mungkin dibedah semula untuk masukkan besi baru.

Mengucap aku ketika mendengar apa yang mak Kyerull sampaikan. Rasanya baru lagi aku berbual-bual dengan Kyerull… Ya Allah sahabat aku menghadapi dugaan berat! Moga KAU ringankan segalanya buat dia ya Allah..

Walaupun aku dan Kyerull baru lagi berkawan, tapi persahabatn itu tak pernah mengenal usia perkenalan. Bagi aku, Kyerull seorang kawan yang baik, yang mesra, peramah dan buat aku selesa berkawan dengannya.. Bila dengan kawan aku sakit, of course la aku sedih! Semoga kau cepat sembuh ye Kyerull

Kat sini aku nak mohon jasa baik semua yang membaca, doakanlah supaya segalanya akan berjalan lancar buat kawan aku ni, dan semoga beliau cepat sembuh. Amin!

 

 

Peace.

Monday, February 21, 2011

Diari Seorang Blogger Tegar : Penat. Apa nak buat? I’m a mess!

Huuuu hari yang tidak berapa produktif untuk aku. Ehhh tak produktif sangat ke?? Ade lah jugak dalam hmmm…. 25% tidak produktif? Huh banyak tuh! Oke apa aku mengarut?

6.30pagi (mungkin lebih) . . . ..

Seperti biasa aku dikejutkan awal pagi. Dalam mamai, dengan suara serak tak berapa nak keluar aku cuba jugak cakap di telefon. Arrgghh kepala terasa pusing-pusing, sama extreme macam roller coaster.

 

9.00pagi

Dah keluar rumah kot…. menapak lah aku bawah matahari yang baru nak naik. Nasib lah kampus seberang jalan aje. Adeh! Mata masih pedih pedih. Mungkin semalam pakai contact lens lama sangat kot??? Ah persetan. Masa untuk pergi print assignment. Ehhhh orang ni katanya kerja kedai print? Aku suruh print web page pon tak reti ke?

Yeah aku rasa aku lambat masuk kelasssss… Research Methodology. Ohhh Corporate Communication lepas ni.. 2.30pm ye? Jom melantak dulu…!!! Nasib baik kelas economy batal. Hahahaaa~

 

Picture2380

Ouhhhh!! 6.17pm sudah! Muka aku hodoh giler kot. Argghh abaikan.. abaikan… Budak budak lain masih bising, masih bergelak ketawa. Friends. Yeahhh I’m totally grateful with what I have now.. Kalau hari-hari macam ni penat jugak. Dari tadi joget aku masih tak pandai. Badan keras macam tiang letrik, ape citer?

Harap segalanya menjadi. Oke nak balik semula kepada apa yang aku buat. Bye. Hmm doakan atok aku selamat operate hari ni :(

 

 

Peace.

Wowww siapa nak jadi BLOGGER IDOL?? Menang duit pulak tuh!!

Yeahhhhhh contest BLOGGER IDOL sudah pon dilancarkan.. oopppsss!! Bukan aku yang anjurkan ye… Dan entry ini bukan entry penyertaan ye… Entry ini entry promo okeh….

Kepada para blogger di luar sana, anda ada bakat menyanyi? Atau suka menyanyi? Haaaaaa jangan tunggu lama lama meh sini semua rapat rapat… Aku nak cerita tentang satu contest yang best gilaa.. boleh menang duit okeh!! DUITTTTTT… (haha sengaja bold kan) Sape taknak?? Gile ke taknak? Hahahaaa~

Jom tengok nih :

 

BLOGGER IDOL anjuran Tia Fazunia. Dengan kerjasama Andyhowtt dan juga Akmal Hilmi.

Video by : Tia

 

Haaaa menarik kan?? Menarik kan???? Ohh ye, setiap video nyanyi WAJIB upload kat web 1tube.my okeh! Baru laa valid. Sambil kita ber-contest suka ria, apa salahnya kita sokong produk local? Tak gitu? Heheee

 

 

Haaaaa sesiapa yang nak join, jangan lupa baca terma dan syarat sampai habis tau! Baca dengan teliti okehhhh…  Kalau korang tak memenuhi syarat-syarat, penganjur contest tidak teragak-agak untuk reject penyertaan korang. Haaaa nak camtu ke? Tak nak kan… Tak nak kann… so BACA SYARAT DENGAN TELITI oke… Kalau ada apa apa yang tak faham, tanya aje kat penganjur.

Jangan tanya aku lak! Aku bukan penganjur! Aku nak promote contest aje nih. Hahahaaaa…

Oh ye, untuk terma dan syarat : KLIK SINI

Jom la ajak kawan kawan join ye…

 

 

 

Peace.

Aku menang bowling tournament?? Memang hebat okeh!


Tu semua ahli grup aku. Kau orang nampak tak??? nampak tak?? Aku pegang piala okeh! Tu ahli kumpulan aku pakat pakai jersey sama... aku lak?? Tarak jersey!! Pakai jaket pon boleh! Hahahaaaa~
Pedulik hape aku??? Pertandingan bowling aje kot... Hohooo

Hebat betul pertandingan bowling tadi... Saingan cukup sengit dari kumpulan Sameon's Crew...  Latipah and Her Gorgeous Kuli... Geng Sepoloh Sepapat.. semua taknak kalah! Saingan bertubi-tubi bila Sameon's Crew bagi strike dengan spare aje.. Wuihhh takleh jadi nih! Aku pon mulakan balingan bola bowling 478 arjah ke utara sikit. Fuhhh nasib baik strike!



Haaa tuuu dia hujung sekali tuh! Aku la tuuuu... Tu yang kurus keding tengah beraksi baru lepas melantunkan bola bowling dengan gemilangnya, lantas bola itu mengakhiri zaman nya dengan bergolek ayu ke longkang!
Hahaa bengong laa bola nih! Penat aku jampi serapah tahuuuu.....



Oke cukup dengan penipuan! Haha marilah sama-sama kita kembali ke pangkal jalan! Huuu aku sebenarnya photographer aje untuk event pertandingan bowling PROSTAR Klang.. Hehehee...

Sorry yek.. Cerita aku di atas rekaan semata-mata. Bye bye.




PEACE.

Diari Seorang Blogger Tegar : Kenapa?

Tetiba datang mood giler. Apakah? Mahu tulis diari lak? Haktuihhh. Mahukah orang baca? Setakat penulisan picisan macam aku punya nih. Harus ke? Harus ke di baca???

Kisah hari Sabtu.. harap belom basi…

Semalam pusing Times Square bagai nak gila. Cari boots. Cehhhh boots konon! Selepas aku try beberapa boots, aku rasa boots tak lawa pulak. Motif? Aku rasa boots buat aku nampak pendek. Pulak dah!

Dah tu semua pakat nak pakai boots pulak sekarang. Huuu aku malas beli semata mata nak compete dengan sesiapa, atau nak ikut orang lain. Kalau orang lain beli, aku kena beli lah? Aku kena berlumba-lumba sape beli dulu? Gitu? Cheeiitttt~

Alaa biarlah orang lain pakai, dorang lawa pakai ape pon lawa. Aku tak lawa. So biar aku jadi diri aku. Aku suka heels! So aku rembat ini satu…

IMG_1512

Nasib baik tengah sale! Thanks along! *wink wink* Ouhh di dalam kejakunan aku membelek gelang, aku di approach oleh seorang blogger. Wargghh sapekah? Next entry ye.

Hari ini . . .

Bangun awal la sangat. Kepala masih ting tong. Penat sangat kot. Celik mata bukak facebook.. bukak blogspot. Yeahhh! Cemerlang betol!

 

Dah pukul 11pagi . . .

Aku tergopoh gapah bersiap. Mekap macam kena lumur tepung gomak sikit. Ada apa pulak?? Nak pergi Putrajaya, nak interview blogger! Ben Ashaari yang otai tu pun ade! Ramai lagi blogger yang datang… Siapa kah?? Next next entry oke?

 

What??? Dah gelap? Seram wooo….

Shooting video bersama para blogger berakhir bila hari dah gelap pon! Haiyohh haiyoh.. seram okeh! Dah lah kat area tu macam kureng homo sapien aje.. Aiyokkk tak tahu! Nasib baik shooting dah habis! Lapar oke… Mia.. Phil.. Abang Zul.. jom balik!

 

Ehhh pukul 1.49 pagi dah?

Aku tengah tulis entry ni. Teringat banyak lagi gambar yang belum aku go through… Nak sort out kan, delete mana2 yg tak jadi.. Haiyahhh.. along sudah bising, bila mau send gambor di TS. Nanti la ye. Koi tengah ada gangguan emosi di sini.

Entry sedang ditulis. Aku tengah sakit mata. Aku malas. Sorry entry tak bermanfaat.

 

PEACE.

Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

Yeahhhh jom join segmen dari abang Ben Ashaari. Beliau memang rajin buat segmen… Untuk kebaikan bersama jugak kan :)

Macam biasa… letak header hensem Abang Ben.

Aku memang blogger aktif! Tiap-tiap hari mau update maaa… Kalau tak update rasa guilty ajek. Hahaa boleh? :P

Ohh ye, aku join segmen ni sebab nak blog aku di senaraikan dalam bloglist di blog BENASHAARI2. Mau join? Mau join? Jom laa join… Klik aje pada banner di atas okeh?

 

Babai.Peace.

Mini Gathering SAHABAT BLOGGER di Shah Alam. Kasi gegar Extreme Park!!

Yeahhhh akhirnya aku dapat juga join gathering SAHABAT BLOGGER (SB). Sebelum ni SB ni pernah buat gathering di Times Square, tapi malangnya kerana keletihan yang teramat dari photoshoot di Cheras, aku boleh la pulak terlajak tidur, memang satu amalan tidak elok untuk para anak dara yeh~

 

TARIKH : 15 Februari 2011

LOKASI : Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam

AKTIVITI : Flying fox & wall climbing

 

Gambar dari : Syam Creativeheart

Gambar di ambil di Tasik Shah Alam, selepas sesi ice breaking.

 

 

Berikut adalah gambar dari kamera kudus ku Canon 1000D.

IMG_1233Tia Fazunia – Nisa A - Akmal Hilmi

 

IMG_1239Aqu Api - Kyêrüll L Frêscð – Nisa A - Akmal Hilmi tu tengah cakap dengan org lain

 

IMG_1292Nahhh jelingan maut daku bagi kat Bro Framestone haha~

 

IMG_1316Sume berebut nak bergambor. Hahaa~

 

IMG_1406One of the admin of SB, Amal Espraza buat muka gangster masa nak buat pengumuman. Heee gurau aje ye Amal!

 

Hehee Alhamdulillah meriah ye gathering kali ni, walaupun hanya mini gathering.. Bukan setakat blogger di Shah Alam.. blogger kawasan Kuala Lumpur pun ade kot? Heheheee…. Bagus lah semuanya berjalan lancar.. walaupun aktiviti nak berkayak di tasik agak terganggu dengan cuaca mendung dan renya sedikit..

 

IMG_1395Taraaaa.. ramai tak kami???

 

To each of everyone of you guys yang datang, aku nak ucapkan terima kasih… Sebab korang memang best, memang meriah, memang happening! Memang bergegar kejap Extreme Park Shah Alam.. Hahahaa… Kepada kawan kawan, I love you guys! Kepada yang aku tak tegur tuh, ketahuilah bahawa aku rasa sangat malu dengan you guys! Huhuu…

Sila terjah blog Atiq Salleh DI SINI untuk senarai blogger yang join mini gathering ni…

Aku ni memang macam ni, pemalu masa mula-mula jumpa aje kot.. Esok lusa dah dua tiga kali jumpa, dah tak tahu letak mana malu tuh. Hahaa bukan lah sampai tak tahu malu langsung ye! Semoga lepas ni berjumpa lagi…

 

Peace.

Saturday, February 19, 2011

Abang aku kata kalau letak gambar, orang lagi berminat nak klik? ? ?

Haaaa tajuk yang aku utarakan nih adalah mengenai abang aku… Siapa lagi kalau bukan pemilik blog Gulai Tempoyak Ikan Patin, iaitu Meuz Angelo. Beliau laa yang cakap kalau letak gambar, orang lagi minat nak klik.

 

Capture

Hoh??? Klik apa? Gambar apa.. Gambar apa? Hehehee meh aku terangkan… Abang aku menganjurkan sesi link exchange. Kui kui kui. TETAPI! Bezanya link exchange yang abang aku buat nih, dia suruh kita sertakan gambar… Tak kira lah gambar ape pun… Nanti biar dia crop kan sendiri…

Haaa… bila dah buat entry tuh, letak laa gambar yang korang nak guna untuk link exchange ni… Along!!! Koi nak guna gambor ni ye ye ye…

DSC_3823Pic credit to : Syam Creativeheart

 

Haaa… bila dah siap entry, submit aje link entry anda itu ke entry abang aku YANG INI TAU !!!! Syarat-syarat penyertaan sesi link exchange ni pon ade kat situ…

So, bila abang aku dah crop gambor korang, dia akan jadi macam ini :

Untitled

Haaa nampak tak, abang aku susun dalam bentuk thumbnail??? So bagi aku memang menarik la kan…. Kemungkinan untuk orang klik gambar lebih tinggi daripada letak link semata-mata…. Korang boleh letak gambar korang yang pose menarik. Jangan letak gambor lucahan pulakk. Adehhh…

So… nak join? Nak join link exchange???? SILA SERBU ENTRY INI. Pastikan korang baca dulu terma dan syarat ye..

Peace.

 

 

 

P/S : Letak gambar diri sendiri lah.

Ruang hidup saye… bukan ruang awak. Keh keh keh..

Heheheeee kalau ruang hidup saya, maknanya saya punya.. Bukan awak punya. Yang awak sebelah tuh, bukan awak punya jugak!!! Bwekkk.. Hek hek hekkk….

Okeh ape lah daku merapu nih… Daku sebenarnye nak menyahut seruan abang kac-hakk Taufiq Helios untuk bermurah hati mem-promote blog seseorang. Hehee…

 

naim

Haaaa… kan aku dah kata… ruang hidup saya, bukan awak punye.. Wahahaaa… pemilik blog Ruang Hidup Saye ialah …..

 

Naim Noor Alim

IMG_1328

Blog Ruang Hidup Saye ni macam personal blog yang lain, mengandungi kisah kehidupan seharian si pemilik blog… Haaa kalau nak tahu cerita pasal apa?? Pergi laa ramai ramai blog beliau, klik aja pada banner eh? Eh?

Peace.

 

 

P/S : Terlepas nak review dua blog… Haishhh…

Friday, February 18, 2011

Gadis suka menaip kena terjah! Nahh tengok video hangit!

Hahhhhh tajuk entry memang tak boleh tahan! Terjah? Dengan melodi kah?? Tuuiihhh!! Kau ingat kau artis ke nak kena terjah dengan Melodi pulak??? (monolog dalaman)

Baru-baru ni, pada 15 Februari, aku telah meng-join-kan diri dengan Mini Gathering yang dianjurkan oleh group Sahabat Blogger… Haaa entry penuh mengenai gathering yang best ni aku tulis lain kali ye? Hahahaa….

 

IMG_1262

Hohhhhh??? Siapakah tuan punya gambor nih??? Beria betul aku nak censored hohoooo…. Mesti ramai meluat + menyampah dengan entry aku kebelakangan ni.. Asyik cerita pasal blogger aje kan.. Hohooo….

Tak apalah, aku cuma nak share kegembiraan aku mengenali mereka, biarpun cuma menerusi laman maya.. Eh eh macam menyimpang dari tajuk aje.. Jom lah layannnn ape yang terjah menerjah nye?

 

TERJAHKlik gambor untuk tumbesaran lebih sehat!

Hahhhhhh bukan main aku kena terjah dengan paparazzi, jurukamera, siap ade pengacara terjah lagi tuh! Hamboi hamboi, kalau artis Malaysia tengok ni mau berdarah hidung okeh! Semua makan hati, sebab aku yang comot ni pon kena terjah!

Hahaaa oke statement perasan! Bunuh diri betullah aku nih. Dah dah takmo buang masa jom lahhh tonton video hangit hangus nih!

 

Video credit to : Eazy Izzuddin

Haaaa… lihatlah dunia betapa aku di terjah sebegitu rupa.. Auwww… Hohooo… Aku rasa Lelaki Seksi ni berpotensi besar untuk jadi pengacara segmen gosip / terjah.

Hohooo tapi melihat kepada kepakaran beliau membicarakan pasal aktiviti kat Extreme Park tu, aku rasa beliau boleh jadi pengacara rancangan pelancongan! Erkkk!!! Pelancongan?? Pon boleyyyyy~

 

IMG_1298Ahaaaa… dah kena terjah baru lah tahu nak cover muka lah, apa lah… Hahahaa…

 

Oke oke korang semua jangan salah faham.. Aku dengan Bro Framestone (dalam gambar) tidak ada apa apa ye… Korang jangan buat rancangan Melodi sendiri pulak! Kang tak dapat cari makan lak Nas Ahmad. Hoooo~

Sesi terjah menerjah tersebut telah dilakukan dengan suka suki nye oleh blogger yang join gathering hari tu… Haa lihatlah betapa ceria, meriah dan sporting nye masing masing kan kan kan??? Heee siapa kata tak best jadi blogger? Hehee

Ohhh ye ni ada lagi satu video, aku dok menggedik dalam video tuh! Nak tengok??? KLIK SINI dengan penuh sopan santun yeh!

Peace!

 

 

P/S : Lepas ni ada rezeki lagi nak join lagi gathering!

Apa yang best bercinta dengan blogger???

Jeng jeng jeng.. tajuk ni mengundang betollah. Tak gitu? Hohooo…. Oh yaaa jangan cepat nak serang ye. Aku buat entry bertajuk sedemikian adalah kerana saja gedix nak join segmen Bro Framestone Bertanya .. ehh segmen ke? Hahahaa segmen pon boleyyyy…

Psttt.. credit to Eva Natasha.

Gambor Bro Framestone & Tia Fazunia adalah hiasan semata-mata.

Soalan Bro Framestone adalah seperti tajuk entry ye.. Bro tanya pendapat aje.. so, takde pengalaman pon tak ape ye Bro??? Hehehee maka di dalam otak kudus ku ini telah tercerna beberapa idea. Hohooo…

 

1. Boleh berkongsi minat

IMG_0594Gambar hiasan.

Nama nye pun sesama blogger ye tak??? Boleh lah kita saling bertukar idea untuk update entry blog.. Bak kata Bro dalam entry beliau, pasal hati bunga-bunga mesti nak tulis dalam blog. Auwww sweet tak? Sweet tak? Kegembiraan tuh boleh di kongsi bersama dunia. Chewahhh….

 

2. Menambah entry dalam blog

IMG_0477Gambar hiasan.

Haaaa merujuk perkara pertama di atas, semua perkara bunga-bunga konfirm masuk blog! Hohohooo… setiap hari konfirm ade je entry hati riang gumbira, entry sweet, sedih ke, marah ke, sume masuk blog la kan. Sekaligus menambah bilangan entry anda. So, update blog anda sentiasa naik kat dashboard para follower. Cukup letak tajuk menarik tertarik kau memang da boom, dah leh tarik trafik. Hahaha~

 

3. Dua dalam satu

IMG_0633Gambar hiasan.

Haaa apa maksud 2 in 1 nih??? Macam milo dalam paket pulak dah 2 in 1. Haaaa… meh aku cite meh, mari rapat… Kalau pergi gathering sesama blogger ke, boleh pergi sama-sama.. Selain spend time berkenalan dengan kawan baru, boleh spend time dengan buayafriend boipren sekali. Hek hekk.. Lepas tu konon2 orang tengok pon “Alahai sweet lah dorang..”

Hohohooo…. haa itu lah maksud aku.. Faham ke tak?? Faham ke tak?? Oke kalau tak faham pandai2 lah korang faham kan. Haha~

 

Ouhh… aku rasa tiga point aje dah cukup kot??? Huuuu….

IMG_1282Hohoooo nahh amekk gambor special dengan Bro Framestone. llham nak buat dialog2 ni dapat dari lelaki seksi.

 

IMG_1319Haaa dorang semua ni blogger… Mana satu yek pilihan hati?? Hehehee…. Adakah beliau ada dalam gambar? Atau tidak? Hhahaaaa~ Oke peace.

 

 

P/S : Semua ni pendapat semata-mata.

Thursday, February 17, 2011

Pembikinan vlog bersama 1tube.my–Aku datang tengok aje. . .

Weehuuuu aku rasa semua dah tahu kot pasal ni... Pasal ape?? Oh how dareeee you ask? Hohohooo... pasal pembikinan vlog bersama website www.1tube.my .. Apa 1tube nih??? 1tube ni merupakan laman untuk kita upload video. Macam YouTube punya.. Tapi 1tube ni local punya. So.. sama-samalah kita support negara sendiri ye?

Pada 10 Februari 2011 yang lalu, aku telah dibawa oleh Syafiq Rosli a.k.a. SR ke Bukit Bintang untuk menyibuk menerjah blogger bertuah yang terpilih dalam projek vlog bersama 1tube.my.

Dalam entry teaser ini , perkara ketiga yang aku tak sabar nak update ialah mengenai perjumpaan aku bersama skandal terhangat! Oooppsss! Apakahh??? Hohoooo... Main-main aje lah.. kemesraan kami di wall Sahabat Blogger telah mendatangkan 1001 satu gosip. Haha!

 

IMG_0580 copyAku datang menyibuk singgah aje hari tu… Tak berani datang dekat pon.. So aku amik gambor dari belakang aje ye. Hehe gambor ni dorang tengah briefing.

 

IMG_0593Akmal Hilmi si lelaki seksi – Nisa A - Tia Fazunia yang gorgeous

 

IMG_0607Andyhowtt bukan hot tapi cool – Nisa A - Zuhry Darkbatman tetamu khas

 

IMG_0626Ini gambor Andyhowtt bersama-sama Amira Farhana a.k.a. Mia, salah seorang crew 1tube.my

 

IMG_0642Aku rasa lah kan Akmal Hilmi tuh kempunan bebenor nak pegang iPad aku. Hahaa~

 

IMG_0648Ahahaaa sesi membangga diri. Ouhh dunia lihatlah. Hahaha~

 

IMG_0622Semua ni bodyguard kacak aku ye. Hahaaa… dari kiri SR driver berhemah, Akmal Hilmi kau ingat kau seksi, Andyhowtt eh hot ke?, dan yang terakhir sekali Kyêrüll L Frêscð manusia biasa.

 

IMG_0652Aku tunggu je saat dorang ni nak belanja aku McDonald’s. Haaa nak tengok dorang sayang aku ke tak.. Hahahaa haktuihhh

 

IMG_0634Ececehhhh sengaja nih upload gambor kontrobersi. Hahahaa…

 

IMG_0687Habis dorang shooting kitorang gerak pergi KTV Ampang Park. Bantai laa lagu ape pon yang wujud dalam sistem. Haha~

 

Huaaa.. what a night! Best sangat sebab dapat jumpa blogger yang sporting habes! Huaaa memang dorang memanfaatkan malam itu untuk membahan aku dan Kyerull abes-abesan.. Haaa kalau tak caya pergi terjah video hangit nih.

And sorry sangat sangat dekat Yuyu Lar & DD Fabulous sebab tak ada gambar you all.. Huhuuu~ Kalau nak terjah entry dorang yang lain, klik link-link di bawah :

Haaa dah terjah? Bagus!

 

 

P/S : Kemalasan melanda. Tolong!!!