Monday, January 31, 2011

FREE SHAWL : Giveaway by Butik Alesya

Haaaa sapa mau shawl free? Cantik bergaya berseri yaww…. jom join giveaway dari BUTIK ALESYA.

 

  • Nak tahu pasal giveaway yang Nisa dok bebelkan ni??? Haaa… meh TERJAH KAT SINI. Segala terma dan syarat boleh dibaca di blog Butik Alesya ye..
  • Haaa mari dekat mari rapat, Nisa nak tunjuk kat semua apa yang best nye kat Butik Alesya ni.

 

Cantik menarik tertarik kau memang da boom!!

tile

  • Haaaa meh sini kita skodeng sikit….. Tudung yang dijual kat Butik Alesya ni sungguh cantik, menarik, memang da boom lah kan..
  • Kalau rasa nak cepat tapi still nak gorgeous, kat Butik Alesya ada jual tudung instant yang pelbagai warna dan corak.
  • Dari jauh nanti kawan dah tegur, “Amboi…berserinya kau hari ni. Lawanye tudung…”
  • Haaaa takkan tak nak? Hahahaaa~

 

Yang baru, yang trendy, yang kelas giteww…

tile2

  • Haaa macam macam jenis shawl kita boleh pilih di Butik Alesya ni…
  • Pelbagai jenis material pon ada. Ada cotton, ada chiffon, ade silk… pilih aje mana yang berkenan di kalbu…
  • So selamat ber-shopping di BUTIK ALESYA ye :D

 

 

Bye bye.


Read More»

Skodeng Youtube.. Jumpa video..

  • Hah! Sebut je youtube jangan nak ber-prasangka sangat yeh. Hohohooo korang ingat aku tengok ape kat youtube haa???
  • Balik kelas tadi, aku dengan rushing ke ATM Maybank nak bayar sewa rumah dan bil api air..
  • Lepas tu kena hujan rintik rintik banjir bergelora, memang pening laa kepala aku wuwuuuu~ Sensitip!
  • Takde ahhh tadi aku pergi tengok klip video lagu Only One by Yellow Card. Lama tak dengar lagu ni. Best!
  • Ouhh lepas tu entah macam mana boleyh pulakkk jumpa video tutorial yang best!

 

Tuan punya video bernama Nur Nasuha. Dan menurut kajian yang telah aku lakukan, hehehee beliau mempunyai laman Tumblr, jom terjah !!!

  • Haaaa.. ohh menarik sunggoh! Satu wide pashmina, ade laa dalam tiga or empat gaya boleh buat..
  • Nasib laa aku ada pashmina yang makteh aku bagi, telah ku rembat dari emak. Weeeee…
  • pashmina lembut lagi best itu telah aku gunakan untuk ber-eksperimentasi dengan gaya shawl yang ditunjukkan di atas

 

Picture2233

  • Erkkkk!! Taliban!! Eh bukan! Ni aku laaaa.. hahaa ni gambor kengkonon malu ahh nak tunjuk hasil eksperiment aku tadi.

 

Picture2240

  • Yeaaaaaa inilah rupa aku yang tak semenggah selepas mencuba gaya gaya yang ditunjukkan dalam video tutorial di atas.
  • Ouhh ye gambar aku nih aku amik yang style last sekali (kot????) dalam tutorial nih.

 

muke burok

Nahhh muke burok! Hahahaaa…

 

 

Bye bye.


Read More»

Reblog? Tumblr je ke ade reblog??

Hello and selamat morning! Argghhh hancus english aku. Hohooo~ Saja pagi pagi ni nak sebut pasal reblog :)

 

Reblog? Menatang apakah beliau???

  • Ouhhh sesiapa yang ada Tumblr mesti tahu reblog ni apa kan kan kan…
  • Haaaa?? Tak tahu Tumblr tu apa?? Tumblr tu lebih kurang macam blog jugak la… boleh like entry tuh, lepas tu leh reblog entry orang.
  • Reblog bermaksud kita blog kan semula entry orang tu… kalau dalam Tumblr, dia akan keluar sejibik sejiban macam entry asal, beserta link asal entry tu..
  • Aku rasa tak ada salahnya kita melaksanakan reblog dalam blogspot kita ni…
  • ye lah, blog kan semula entry orang…

 

Picture2046Jangan jadi blogger yang cedok entry orang lepas tu tak mengaku kesalahan!

 

Kenapa reblog???

  • Aku ni sebenarnya suka betul blogwalking sana sini tak hingat dunia. Hohohooo~
  • Tapi malangnya aku ni suka jadi silent reader aje… tak tinggal jejak pon.. Yelah kalau setakat tinggalkan jejak kat shoutbox, kang ada yang beranggapan kita blogwalking tak ikhlas, tak baca entry pon.
  • Ouhhh saya tak suka buat begitu untuk pengetahuan semua ye. Kalau menarik, saya akan tinggalkan komen.
  • Aku decide nak amalkan reblog sebab bila aku jumpa entry yang menarik, aku nak share dengan orang lain.
  • Tapi, bukan copycat ye! Bila reblog kita kena mintak izin dengan tuan punya entry dulu, lepas tu bila kita letak dalam blog kita, WAJIB CREDIT kat pemilik blog tersebut!
  • Jangan pulak main copy aje dan mengaku tu entry kita pulak!! Ohhh sungguh tak beretika di situ.

 

Apa kebaikannya???

  • Ohh aku reblog entry orang bukan suka suki nak reblog, nak penuhkan blog aku.. Tidak sama sekali!
  • Tujuan aku ialah untuk share entry yang menarik (macam yang aku dah nyatakan tadi)
  • Yang kedua, aku nak mengajak semua mengelak budaya copy meng-copy yang tidak bertauliah..
  • Kalu jumpa entry menarik, jangan copy! Sila lah nyatakan anda dapat dari mana entry itu, letak link sumber entry tu / link blog asal entry itu.
  • Kalau copy meng-copy kang ada yang buat gaduh aje. Haishhh tak baik tau gaduh gaduh ni…
  • So adalah baik kalau kita nak share entry tu, credit kat tuan punya entry tu kan… Barulah aman dunia blog…
  • Hal ni secara tak langsung dapat promote blog tuan punya entry :) Tak gitu?

 

So people… keep on posting interesting entries. Kalau ada yang best best, Nisa share kat sini ye… :)

P/S : Tapi kalau jumpa blogger yang tak suka entry nye di share dan di promote blog nye macam mana??? Korang pula macam mana? Kalau aku nak share entry and promote blog korang nak tak?

 

 

Nak pergi kelas. Bye bye.


Read More»

Day 16 - A picture of someone who inspires you

 

imagesPic source : Google

  • Who inspires me? Jom bercakap mengenai aspek kerjaya.
  • Norazlina Redzuan merupakan orang yang memberi inspirasi kepada aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang Komunikasi dan Media.
  • Semasa di sekolah dulu,  aku memilih bidang ini kerana aku telah kenal pasti perkara yang aku ingin lakukan dalam hidup aku.
  • Melihat beliau di kaca tv, menjadi pengacara Majalah 3 membuatkan aku terpesona dan ingin menjadi sepert beliau..
  • Doakan semoga aku dapat mencapai cita-cita aku. Amin…

 

Satu hari nanti. Bye bye.


Read More»

CONTEST : Contest pasal fesyen oleh blog Only One

Aku telah di tag dengan bangganya oleh Hizami Rahim a.k.a. Budak Lelaki Sebelah Pintu.

 

  • Klik pada banner blog Only One untuk mengetahui lebih lanjut mengenai contest ini.
  • Meyh meyh sume tengok fesyen camne kah aku suka. Hahaa
  • Biasanya aku suka pakai apa yang aku suka, janji selesa.

 

tshirt

Aku suka tshirt.. Sarung aje dengan jeans. Kalau lengan pendek leh pakai dengan inner / cardigan :)

 

warna

Yeahhh the power of black and red yeawww…

 

santai

Aku sukakan gaya yang santai, simple, dan selesa dipakai!

 

Hehee… nak tag :

 

Penat. Bye bye.


Read More»

Sunday, January 30, 2011

Segalanya sudah ditentukan sejak azali lagi.

  • Sedang bumi dibasahi hujan, pipiku dibasahi air mata. Sedang kita merasa kesejukan, mata ku panas dan perit.
  • Mungkin segalanya sudah ditentukan. Semuanya salah aku. Aku minta maaf. Mungkin perpisahan adalah perkara terbaik buat masa ini.
  • Dan hati gundah gulana, perasaan resah gelisah kerana terluka akan hakikat. Kenapa he’s not the one?

A reblog entry from Anis Adila Aris.

 

Kenapa kita selalu jumpa dengan orang yang salah?

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabilakita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

 

IMG_6483

  • Ya.. kadangkala kita terlalu mengikutkan perasaan apabila kita tidak mendapat orang yang kita nak.
  • Ingatlah bahawa kita takkan pernah tahu apa yang telah tertulis untuk kita sejak azali.
  • Segalanya telah ditentukan, dan kita seharusnya lebih redha dalam menghadapi segalanya..
  • Jika diturunkan kita ujian dan dugaan, ingatlah bahawa Allah takkan menguji hambaNYA melebihi kemampuan kita untuk hadapi.
  • Ujian yang diberi Allah juga merupakan satu tanda bahawa Allah menyanyangi hambaNYA dan ingin kita sentiasa ingat bahawa hanya Allah tempat bergantung harap.
  • Aku juga begitu, berharap agar aku lebih kuat dan redha :) InsyaAllah… Namun aku bersyukur kerana aku menyedari segalanya sekarang.. bukan apabila telah terlewat.

 

Sekadar berkongsi entry yang menarik untuk semua… Entry telah di reblog dari Anis Adila Aris, from her entry CLICK HERE.

 

Bye bye.


Read More»

Korang dah join group SAHABAT BLOGGER ke belum?

  • Macam satu fenomena! Hahahaa dah lama dah nak tulis pasal group kat facebook nih… tapi tidak kesampaian..
  • Hahaha sekarang ahli group yang terkini dah nak mencecah 2000… ha jom la ramai ramai join ye

 

166106_1571460684549_1176470446_31352011_7863427_nKlik pada banner SB untuk ke page group SB di facebook!

  • Ouhhh apa yang boleh aku kata ialah, ahli ahli SB memang hiperaktif! Superaktif!
  • Ramai yang rajin blogwalking, terutamanya time internet tengah laju ke, tengah malam minggu ke..
  • So, ianya platform yang baik untuk kita promote entry blog, di samping itu dapat mengeratkan silaturahim sesama blogger..
  • Blogger otai pon selalu lepak kat situ, macam Ben Ashaari, Mat Gebu… so korang yang newbie boleh la mintak nasihat atau tips kat diorang oke?
  • Pagi tadi ade gathering Sahabat Blogger kat Times Square tapi Nisa tak dapat pegi.. sob sob sob~
  • Ohh ya.. Nisa nak buat bloglist untuk ahli SAHABAT BLOGGER sahaja ya. Tinggalkan link please :)

 

Hujan yang turun bagaikan mutiara. Bye bye.


Read More»

Coming Soon

 

 

 

A video by Hasif Rahman, kesinambungan dari teaser aku di sini.

 

Thank you.


Read More»

REVIEW : Secret Lush Lipstick

  • Selamat pagi ahad semuaaaa… weehhuuu bangun pagi kena lah ceria ceria meyh.. InsyaAllah sepanjang hari pon akan turut ceria jugak!
  • Ouhh ye ape tah mimpi aku pagi ni nak buat review pasal produk yang aku beli baru baru ni..
  • Ehhh tak adelah baru sangat pon.. Errr dah dua minggu agaknye?? Ahh persetankan tarikh nya. Nak review jugak! Ahakss…

 

blogLush Lipstick from Secret

blog3Code : ILL04 Barely There

 

  • Kenapa aku dok beria nak review lipstick ni?? Semestinya lipstick ni best okeh! My fav la so far :)
  • Aku tak pernah pakai jenama Secret sebelum ni. Kalau pakai pun, tu masa guna tester kat Guardian / Watsons. Hahaa!!
  • Ouhh ye, untungnya masa aku beli lipstick ni, tengah sale! Nak habiskan stok kot?? Harga asal (menurut promoter tu) ialah RM20 something kot… Tapi aku beli lipstick ni dengan harga RM6.00 ye. Cepat para perempuan sila jeles. Ahaks…

 

blog6

  • Ececehhh posing nak gaya sapu lipstick aje kan.. Hehehe aku nak review barang, mestilah aku kena guna dulu kan kan?
  • Dah lebih kurang dua minggu kot aku guna lipstick ni. Pendapat aku? I like it bebeh! Sesuai dengan aku.
  • Warnanya pula ala ala nude pink. Dia pink, tapi tak pink sangat. Tapi bukan macam pink lembut. Ahhh susah pulak nak explain! Nude pink ah.. paham tak? Hehehee..

 

blog7

blog5

  • Heeee aku suka natural look pada bibir aku bila pakai lipstick ni. Sumpah nak beli lagi! Sale still on okeh!
  • Tapi semalam aku pergi lagi ke Plaza Alam Sentral.. lipstick code ni sold out okeh!! Sold out!! Huuu makan hati nokkk..
  • Kalau tahu lipstick ni best, memang masa beli tu aku dah rembat dua tiga jibik! :(

 

blog4

  • Oke ini rupe bibir aku bila gambar di ambil di luar, kena cahaya matahari.
  • Warna ala ala nude, natural dan tetap berseri oke. Yelah.. nak pergi kelas aje pon. So no need la nak pkai lipstick merah mak ngah oke.
  • Aku lagi prefer lipstick warna warna macam ni. Memang sebelum ni aku ade lipstick pink, tapi setelah lama mencari baru laa aku jumpa lipstick warna macam ni.
  • Dan… oh ya, no need nak berbelanja besar sangat kalau nak cantik :) Memang betul barang berkualiti dan mahal itu bagus tapi sebagai seorang student korang tak rasa ke korang should be more economical sikit? (Ehh betul ke ayat haku neh?)
  • Ye lah.. kalau time muda remaja pon dah boros, nanti dah kahwin, dah berumah tangga, macam mana nak uruskan belanja rumah? Ye tak? (Tapi duit berkepuk kepuk tujuh keturunan tak habis tu lain cerita ye ? :P )
  • Eh eh cite pasal kahwin lak. Hahaaa oke lah! Pergi dulu ye! (Kenapa aku rasa pipi aku dalam gambar2 nih macam dah naik je???? =.= )

 

 

Happy birthday in advance :) Bye bye.


Read More»

Dua ribu sebelas = 2011

  • Whoaaaa…. what a day! Pada 29 Januari aku rasa aku tak lekat pon kat rumah! Huhuuuu~
  • Kul 11 lebih keluar rumah, menuju destinasi KL Sentral.. bertemu Kak Jue dari Modish Mode House. Untuk apa?? Hehee tunggu….
  • Dari Jalan Cochrane, Cheras.. Sri Gombak, Plaza Alam Sentral Shah Alam dan Uptown Shah Alam Seksyen 24!
  • Fuhhh what a day! Sampai ke rumah bukak page wajib yakni Facebook dan Blogger! Dan tak sangka betol follower aku dah meningkat kepada 2000++
  • Whaaaa terharu makkk!! Hek hek hekk…

 

Capture

  • Haaaaa lucky number! Follower blog yang aku capture tadi ialah 2011…! Sama dengan tahun ni!
  • Dan follower bertuah itu adalah….

 

30496_103173276397293_102507949797159_27300_2809708_nSURAYA FADHILAH

 

  • Minta maaf ye dear, aku amik gambor kau kat fan page hang. Heheheee…
  • Thanks dear Suraya sebab sudi follow blog I yang tak seberapa ni…
  • Ouh ye, blog awak warna pink jugak! Suka lah :D
  • Bagi aku blog kau dah cukup cantik, comel dan kemas. Suka lah.. Tak serabut mata menatap skrin tau. Hehehee
  • Widget pulak tak keterlaluan, tak ada lah yang terbang sana sini tu kan.. Hehehee.. bagus bagus :)
  • Keep it up girl… :)
  • Ouhh ye sesiapa yang membaca… jom singgah blog Cik Suraya kita ni : Iela Diam Diam

 

 

Alhamdulillah Smile Bye bye.


Read More»

TEASER : Photoshoot with Hasif Rahman and friends

23 JANUARI 2010

blog

blog2

blog3The real color of my eyes. I’m not wearing contact lens.

blog5

blog4

Dah seminggu. Baru keluar teaser. Tunggu sahaja lah the final touch from them :)

Maaf.. kepenatan menghalang saya menaip lebih banyak…

 

 

Penat. Best. Gembira. Bye bye.


Read More»

Saturday, January 29, 2011

Ni boleh pakai ke tak boleh pakai punye orang???

  • Hari Jumaat hari tu jalan jalan kat blog blog orang.. macam biasa aku ni jenis jadi silent reader la pulak…
  • Sekali aku singgah kat blog budak comel macam bidadari iaitu Cik Yuyu Zulaikha.

DSCI0085

  • Alamakkkk… ter-cilok pulak gambor chumeyl beliau.. Oke meyh aku letak watermark kat gambor beliau, menunjukkan aku cilok gambor ni secara aman. haha~
  • Ouhh nak cite yang aku tertarik dengan entry Cik Yuyu bidadari kita ni… Pssstttt… Cik Yuyu, Nisa reblog ye entry tu :D

 

TAK BERGUNA LAH KAMU KALAU . . .

kamu di hormati
tetapi tidak pandai mengahormati orang lain

bermakan dengan lahap la si yang di hormati tadi, tiba tiba si tua tertumpah kan air sirap campur barli kat peha si yang di hormati tu. lantas "wehh si tua kerepot! ko nak kena lepuk ke ha!?"

 

kamu menasihati
tetapi sebenarnya kamulah yang perlu dinasihati

Leha: ko ni Aminah Binti Sidek, ko tak ingat tuhan ke? asal la ko suka cakap macam guna speaker sekolah? aurat tu! 

Aminah : suara kuat aku ko kate aurat, ko g dating dengan kassim pakai baju nampak pusat ok pulak.

 

kamu menyayangi seseorang sepenuh jiwa raga
tetapi kamu tidak menyayangi apa yang sepatut di sayangi

Karim: owhh sayang ku Jenab! aku sanggup terjun mencari ko dalam lava gunung berapi , merentas patbelas lautan, demi cari ko Jenab!
Jenab: abang Karim, jom g solat dulu jom
Karim: haishh.. potong setim betoi! waktu ni la nak solat! waktu lambat lagi nak habeh!

 

kamu berjimat
tetapi kamu berjimat dengan kepentingan yang membazir

Murad: Leman, jom tolong munah. kita beli kerepek keladi kat dia. kesiannn dia. miskinnn T_T

Leman : uishhh! ko ni bazir je Murad Bin Tapa! aku kena berjimat! aku nak g konsert Rahannu la!

 

kamu selalu ingat sesuatu benda
tetapi kamu lupa apa yang penting

hari Rabu
Derus: aku kena pangkah seksiap kat kelender aku ni! hari jumaat ni, aku ada dating dengan Jeton


Hari Kamis
Derus: okay, esok aku ada dating dengan jeton!


Hari Jumaat
Derus: yesss! aku nak g dating dengan Jeton!
Harun: wehh.. hari ni Jumaat, ko tak g semayang jumaat ke?
Derus: homaigoddd! aku lupa laa! aku dah janji dengan Jeton ni!! Dosa mungkir janji woi…!

 

 

 

Have a nice day. Bye bye.


Read More»

Day 15 - A picture of something you want to do before you die

1179064_mekahSumber : Google

  • Perkara yang ingin saya lakukan sebelum menghembuskan nafas terakhir? Ianya perkara yang besar.
  • Sesungguhnya saya ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, tentunya bersama-sama ibu bapa tercinta.
  • Ya, saya manusia tidak sempurna. Saya juga tidak terlepas melakukan kesilapan.
  • Jika saya dikurniakan umur yang panjang, saya ingin pergi ke Mekah dan pulang sebagai manusia yang baru :) InsyaAllah…

 

Challenge Day 14, done. CLICK HERE to get to know more about the challenge.

 

 

 

InsyaAllah. Bye bye.


Read More»

Friday, January 28, 2011

CONTEST : Color Your Life

  • Sebenarnya dah tekad malas nak join contest dalam dua tiga minggu ni.
  • Tapi kannnnnn……. contest ni kan… I just can’t resist la.. Adoi.. haha!!!
  • Contest Color Your Life ni dianjurkan oleh Ween Gorgeous !

 

CONTEST_WGKlik pada banner untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

Dan gambar berwarna-warni yang aku pertaruhkan ialah . . .

 

IMG_7026 edited

Mostly, the color of my outfit is pink. I wore 3tone syrian inner, apple green-pink-baby blue. The colors of my shawl are brownish maroon-purple-yellow. And my dress is pink-purple striped, with brown lines. And I pair it with black skinny pants and brown ankle boots.

 

  • Heeee sangat colorful kan? So you guys, berani bermain dengan warna? Jom join contest ni :D

 

 

Love colors. Bye bye.


Read More»

Ada lagi ke lelaki macam ni???

Please, hayati lah kisah Chris Medina, seorang lelaki yang hadir ke ujibakat American Idol.

 

 

  • Kali pertama aku tengok video ni, adalah kerana aku tertarik dengan tajuk video. Lelaki ni menyanyikan lagu Breakeven, lagu favourite aku dari band The Script.
  • Tonton pulak kisah beliau. Aku menangis! Tersentuh betul di dasar hati aku!
  • Ikhlasnya beliau mencintai teman wanitanya. Sehinggakan walaupun gf nye tu accident sebelum sempat dorang kahwin, dan menjadi kurang upaya, dia tetap setia di sisi gf nya.

 

What kind of guy would I be if I walked out when she needed me the most?

Chris Medina

Ayat ni bikin sentap oke. Sangat.

  • Dah tu, beliau nyanyi lak dengan penuh perasaan. Kali pertama dengar, aku menangis! Meremang bulu roma aku.
  • Kali kedua tengok, aku tahan je air mata. Kali ketiga, air mata aku biar bergenang.
  • Sebab apa aku rasa sedih sangat, aku pun tak tahu laa… Ada lagi ke lelaki yang seikhlas dia ni? Yang mencintai tanpa syarat? Yang menyayangi tanpa batasan walau apa pun keadaan teman wanitanya?
  • Syahdu kejap aku tengok video ni. Hope Chris Medina berjaya dalam American Idol.

 

 

Lagu best. Bye bye.


Read More»

Day 14 - A picture of someone you could never imagine your life without

 

IMG_7643

MAK ABAH! Erkkk ade pulak muka along kat situ errgghhh~

Kalau tak ada mak abah, siapa nak sokong saya dalam cita-cita saya? Siapa yang nak menurut kemahuan saya dalam bidang ini? Siapa yang nak lihat saya berjaya?

Kalau tak ada mak abah, wujudkah aku kat muka bumi ni? Siapa nak bagi saya adik beradik makan? Siapa yang akan besarkan kami 8 orang?

Kalau tak ada mak abah, aku bukan siapa aku sekarang. Dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada….

 

Sayang mereka. Bye bye.


Read More»

Video Blogging! Best ke?

  • Whaaa macam trend pulak kan sekarang, update blog dengan video…
  • dan bila hal ini terjadi, ia dikenali sebagai video blogging.. atau nama manjanya VLOG

 

A vlog is a video blog post. The term can also refer to a blog made up entirely of video blog posts.

Vlog posts are created by creating a video of yourself or an event, uploading it to the Internet and publishing it within a post on your blog.

In the early days of blogging, vlogs were called podcasts, a term that was used to refer to both audio and video blog posts. Today the two have adopted their own distinct nomenclature.

Source : About.com 

 
  • Haaaa amacam? Dah tahu apa itu vlog? Kalau korang dah lama follow blog aku, korang mesti tahu aku suka buat video cakap cakap cakap then aku post.
  • Ya, it’s what we called vlogging.. tapi aku malas nak declare VLOG ke hape.. hehe boleyh?
  • Tapi sekarang aku makin suka pulak rakam rakam video ni. Bukan rakaman 3GP ke atau yang seangkatan dengannya! Haiyarrkkk!!
  • Sebenarnya aku nak korang lebih mengenali aku melalui video aku, lihat cara aku act, bercakap, dan buat mimik muka.

sayaBuat muka macam ni haa.. macam ni haa…

 

  • Burok? Tidak mengapa.. wajahku itu pemberian Allah SWT… aku tetap bersyukur…
  • Ouhh ye, aku ada satu idea mengenai video blogging (vlogging) ni… idea bernas lagi mantop datangnya ketika aku di dalam kelas semalam…
  • Oke dalam kelas aku ni banyak je gadis gadis comel, hot, cun dan gorgeous, terutamanya yang bertudung..
  • So, aku decide nak buat session meng-interview mereka yang berkenaan, tanya lah soalan apa yang patut. Pasal shawl styling ke… pasal isu semasa ke..
  • Apa apa je la… eh kalau korang nak request vlog dari aku, bagi je tau… InsyaAllah kalau tak ada kekangan masa aku akan usahakan..
  • Aku buat macam ni supaya vlog yang bakal aku hasilkan tidaklah merapu semata mata… Oke??
  • So aku berharap, aku blogging ni mendatangkan manfaat pada diri aku, dan juga pada korang yang membaca…
  • Oke… cheers! :D

 

 

Jerawat seketol atas pipi. Gatal! Bye bye.


Read More»

VLOG : Satu hari di dalam lab Mac Pro. Introducing Iejam Hosen.

  • Satu hari di dalam kelas Multimedia Design & Production (MDP), kena buat website.
  • Huuu mencabar minda betol lah. Entah lah apa nak jadi dengan daku ni. Ho ho hoo~
  • Mood angin kus kus ape tah yang dah kena tiup kat aku nih, tiba-tiba datang mood nak buat video blog (vlog)..
  • Kali ni, aku tidak berseorangan, namun tidak juga bersama Myra… dan orang bertuah (bertuah ke???) untuk muncul bersama aku dalam vlog aku kali ni ialah. . .

 

IEJAM HOSEN.

IMG_3011

  • Ini gambar Iejam masa beliau jadi director hebat untuk assignment short film kitorang, semester 4 yang lepas.
  • Ouhh ye, dah janji nak buat vlog ye. Jom tengok bebeh :D

 

Abaikan mimik muka. Haha!

 

  • Heeee sorrylah sekarang memang suka buat video.
  • Tapi jangan risau, saya tetap suka menaip! Hehee… and thanks Iejam kerana sudi join aku untuk buat VLOG nih..

P/S : Ouhh ya thanks a lot to those yang mention Nisa / blog Nisa dalam entry mereka.. Jom baca :D

 

 

Pening. Nak pakai baju ape photoshoot esok? Bye bye.


Read More»

Thursday, January 27, 2011

Alexa??? Apakah benda itu?

  • Dah orang dok sebut sebut.. aku nak jugak lah terjah website Alexa ni kan…

 

alexaKlik untuk tumbesaran padu.

 

  • Sebenarnya aku pon tak paham ape guna Alexa ni.. Check ranking blog? Trafik?
  • Huuuu jujur ye aku tak paham.. Saja je bukak Alexa and search nama blog aku. Hahaaa~
  • So sesiapa yang tahu pasal Alexa ni sudi sudi lah berkongsi komen dan pendapat ye :)

 

 

Maggi tomyam berasap. Bye bye.


Read More»

Day 13 - A picture of your favorite band or artist

 

redcarpetanugerahskrin201010Picture credit to : Beautifulnara

Siapa lagi kalau bukan beliau… Hik hik hik… Kisah aku : I love you FA!.

Challenge Day 12, done. CLICK HERE to get to know more about the challenge.

 

 

Fahrin Ahmad di hatiku. Bye bye.

 


Read More»

Header baru lagi?? Rajin benor abang aku design kan.

  • Hek hek hekkkk pandanglah lihatlah, header ku yang cantik. Menawan dan menarikkk… auwww~
  • AKU SUKA SANGAT!! Itu je yang aku boleh cakap sekarang nih. Kui kui kui…
  • Header telah di derma dengan penuh ikhlas dan rela hati oleh designer rasmi aku. Hahahaaa…
  • Siapa lagi kalau bukan abang aku si Muhammad Mursyidin a.k.a. Meuz Angelo, pemilik blog Gulai Tempoyak Ikan Patin.
  • Haaa sapa suruh beliau tanya aku nak header baru ke tak. Memang daku tuntut laa sampai dapat. Hahahaa~

 

header_nisa

  • Haa.. cepat cakap cantik!! Kalau tak cakap aku takmo kawan! Hahahaaa gurau je meyh….
  • Aku suka header sebab warna dia pink-ungu, lepas tu ade gambar girl yang tengah mengadap laptop. Sejibik macam aku! Her her herr~
  • Lepas tu yang paling best siap ade gambor spec mata bingkai tebal dengan DSLR. Whoaaa memang my things!
  • Kalau dah pegi baca blog beliau, kat entry ni suka suki aje beliau menyatakan aku tak online sebab tak bangun tido lagi.
  • Haiyohhh!!! Gua gi kelas la braderrrr… hari ni busy meyh. Hahahaa~ So setelah aku meletakkan header ni kat blog aku dengan rasminye, aku iringi ia dengan entry ini. Hohoo~

 

    wtr

 

  • Haaaa tu diaaa yang bercermin mata itulah gerangan abang daku, Meuz Angelo.
  • Dia nih rajin sangat design header, blog daku yang pink pink tak hengat ni pon beliau yang design kan. Hek hek tenkiu bery much my bro!
  • Nak gi ngorat berkenalan, pegi la ke blog beliau yang single lagi ni [ KLIK SINI ]

 

 

Lawa lawa. Bye bye.


Read More»

Wednesday, January 26, 2011

Mencintai bukan bermakna harus memiliki

 

wtrPhoto by : CREATIVEHEART

  • Tajuk dah jelas. Entah kenapa sekarang ni aku ade mood nak tulis pasal jiwa jiwa pulak dahhh~
  • Selalu dalam perjalanan hidup, kita akan menghadapi macam macam perkara.. Dan di persimpangan itu jua, kita bertemu dengan seseorang.
  • Seseorang yang telah berjaya sampai di pintu hati, seseorang yang telah mencuri kunci hati, seseorang yang membawa separuh diri ini bersamanya.
  • Namun, mencintai tidak semestinya memiliki. Walau hati kita berdegil mahukan si dia, namun jika telah ditulis takdir bahawa kita tidak bisa menurut kemahuan, apa kan daya.
  • Kita senyum, kita ketawa, kita bahagia bila bersamanya. Namun siapa tahu betapa hati menangis?
  • Kerana… bila mencintai namun tidak memiliki, kita tahu kebahagiaan yang kita rasa tidak akan kekal.. Satu masa nanti di dia pasti akan meninggalkan kita jika dia bertemu dengan yang lain.
  • Menghalangnya?? Ouh sungguh tak berdaya, kerana kita tidak punya hak! Dia bukan milik kita….

 

Jadi.. sebelum segalanya berlanjutan, sebelum kita sayang padanya separuh mati, adalah sebaiknya kita yang mengundur diri. Mungkin jodoh yang tepat bukan sekarang, namun InsyaAllah, telah Tuhan tetapkan yang terbaik untuk kita :)

 

 

Tiba tiba aje. Bye bye.


Read More»

Day 12 - A picture of your favorite memory

 

by CH

Antara kenangan terindah. “Family picture” of the day. Hahaaa… This was the second time I have a photo shoot session with real photographers. For story about the session, click here.

 

Challenge Day 12, done. CLICK HERE to get to know more about the challenge.

 

 

I love photo shoot. Bye bye.


Read More»

Day 11 - A picture of something you hate

 

IMG_9719

I hate to see my blog with no update! Hahahaaa~

Challenge Day 11, done. CLICK HERE to get to know more about the challenge.

 

Saya suka menaip! Bye bye.


Read More»

Tuesday, January 25, 2011

CONTEST : Sexy Back

  • Ahhaaaaaa aku rasa aku dah pernah kena tag kot contest ni. Tapi aku tak ingat laaaa…
  • Ye la, mood nak join contest ni dia on off sikit dua tiga minggu nih. ahahaaa~
  • Sekali, aku terus terjah sendiri blog tuan punya contest. Oke, jom join contest yang menarik nih!

 

hh

  • Klik pada banner contest untuk mengetahui terma dan syarat mengenai contest ni oke.
  • Oke meh tengok sat gambar yang aku pertaruhkan….

 

DSC_0252 WTR

  • Heeeee nampak takkk??? Oke boleh laa kot. Heheheee…
  • I’m tagging : Amira Farhana
  • Oke dahhh :D

 

Bye bye.


Read More»

Cantik itu subjektif.

  • Assalamualaikum and good day everybodyyyyy~ Hahahaa oke aku macam meroyan sikit pagi ni.
  • Ceria semacam je kan kan kan?? Eyhhh kena lah ceria.. supaya sepanjang hari pon akan turut ceria. Cewahhhh…
  • Bila dibaca baca balik terasa macam ayat aku ala ala pakar motivasi lak suruh orang senyum pagi. Hohooo…
  • Oke marilah kita kembali ke pangkal jalan :D Cantik itu subjektif. Huuuu mengapakah daku memilih tajuk ni???
  • Teringin aku memperkatakan mengenai tahap keyakinan kita pada diri sendiri. Definisi cantik pada aku???

 

wtr1GAMBAR HIASAN : Huuiiii chanteks nyeee Dato Siti…. Auwww~

  • Kalau muka macam Siti Nurhaliza aje ke cantik? Ooppss!! JANGAN SALAH FAHAM, SILA BACA SEHINGGA HABIS ENTRY.
  • Pernah tak korang dengar (atau korang sendiri pernah cakap) ayat macam ni : “Alaaa malu lah ambil gambar. Aku bukan cantik pon. Lainlah kalau muka aku macam Siti Nurhaliza ke… macam Megan Fox ke…”
  • Haaaaa kenapa mesti begitu??? Kenapa definisi cantik itu tertumpu pada Dato Siti sahaja? Kenapa kalau cantik dan seksi mesti nak macam Megan Fox aje?
  • YA, Dato Siti memang cantik! Megan Fox sangat mengancam! Tapi kalau muka kita tak macam Dato Siti, atau kita tak seksi macam Megan Fox tak bermakna kita tak cantik kan???
  • Kalau nak sangat jadi macam Dato Siti pergi beli Simplysiti. Kui kui kui~ Kini rahsiaku milikmu.. auwww~

 

wtr2GAMBAR HIASAN : Ya! Pada saya Adibah Noor seorang yang cantik!

  • Anda plus size? Malu? Tak yakin? MAAF ye… bukan untuk menyindir sesiapa.
  • Mungkin ada yang akan kata bahawa aku menulis tanpa memikirkan perasaan mereka mereka di luar sana kerana aku tidak rasa apa yang mereka lalui.
  • Sayang sayang sekalian, aku menulis ni dengan niat yang baik, diharapkan kata kata aku sedikit sebanyak merubah persepsi negatif orang di luar sana.
  • Pada aku, cantik bukan pada kurus sahaja. Apa pun saiz anda, anda boleh dikategorikan cantik jika anda pandai membawa diri, dengan atitud positif!
  • Jangan lah asyik bermuram dan menyalahkan diri sendiri… Yakinlah pada diri, dan anda akan kelihatan cantik dari dalam :)

 

IMG_4956GAMBAR HIASAN : Jaclyn Victor itu hitam manis & dia menawan!

  • Nak tahu tak??? Kulit aku sebenarnya boleh dikategorikan sebagai hitam manis :)
  • Saya tak kisah orang nak kata saya hitam atau gelap ke… sebab saya tahu itu memang diri saya, dan saya bersyukur!
  • Bagi aku, cantik itu bukan pada kulit putih semata mata…. Kalau kulit aje cerah, tapi kalau hati tak suci murni macam mana?? Tak cantik jugak kan? Kan? Kan?
  • Hitam manis itu istimewa, kerana kita tahu kita berbeza dan kita tahu menawan!

 

wtr3Plish plish jangan tertipu dengan gambar!

  • Aku tidak rasa aku lahir lahir aje dah muka macam supermodel. Tidak! Jauh sekali…!!
  • Kita boleh cantik dengan mekap, dengan macam macam produk.. Tapi…

Bagi aku, konfiden itu cantik. Bersikap positif itu cantik. Sopan itu cantik. Hati yang bersih itu cantik.

Dan yang paling penting, menjadi diri sendiri itu cantik!

  • Kepada yang memuji, aku panjatkan kesyukuran setinggi-tinggi, dan semua ni pinjaman dari Allah semata mata…
  • So girls… just be yourself. Put some confidence in you, and believe you can don whatever you want :D

 

 

Berkongsi sekadar yang perlu. Bye bye.


Read More»

CONTEST : Money Guess

  • Waaaaaa Creativeheart buat contest lagi laaa… Sapa mau duit??? Sapa mau duit???? Sapa mau diet????
  • Ehhh salah pulak.. Hehehee jom menang duit (saja je bold kan haha) sapa tak nak kan kan kan???

saKlik banner untuk baca terma dan syarat contest. Tarikh tutup contest adalah pada 15 FEBRUARI 2011.

 

Haaa sekarang dah siap baca syarat syarat??? Haaa jommm kita teka duit kat dalam gambor ni bape hengget yehhh…

 

DSC_0001

  • ERRRKKKK… agak juling daku di situ yeh.. Hahhahaaa gambar ni dah di edit kasi nampak tindih tindih..
  • Haiyahhh sape hebat nih sure laaa dapat teka jumlah yang tepat!
  • Haaa tak kire, aku nak cuba jugak! Ahaksss…~
  • Oke.. jawapan daku… RM177.80
  • Haaaa ade yang nak tiru ke?? Lupakanlah hasrat. Hahahhahaaa!!!
  • Oke sekarang nak tag : HIZAMI RAHIM. Zamiiiii…. ooo… Zamiiii… jomlaaa menang duit.. ahahha!!

 

 

Duit duit di mana kau duit. Hehehehee… Bye bye.


Read More»

Copyright © Nisa Kay