Friday, December 16, 2011

Namakan single terbaru dari Yuna!

 

Assalamualaikum dan selamat pagi…

 

Rabu lepas aku ada event private media viewing virtual concert Yuna yang dibawakan oleh Hotlink. Kalau korang tak paham ape benda virtual concert yang aku cakapkan nih, korang boleh BACA KAT SINI !

 

IMG_1062

Haaa sampai aje, event masih belum mula.. Fuhhh ingatkan sampai lewat dah tadi. Heheheee so apa lagi kita makan dulu yuk! Mula-mula masa aku nak amik pasta ni macam ragu-ragu sikit. Nasib la waiter kata pasta ni tak pedas dan halal. HAHA!! Sedappp woii!! Sampai bertambah-tambah aku dibuatnya!

 

 

IMG_1064

Ada orang tu lapor meyh, sekali dia amik nasi! Hahaha.Dah namanya fitness trainer kan, so pinggan dia memang majoritinya sayuran aje. Hohohoo…

 

 

IMG_1063

 

Mini tiramisu. Comel sangat! Sayang pulak nak makan! Hahaha!!! Aikkk aku ni duk cerita pasal makan aje? Haaa lets get back to the event people! Dah namanya private emdia viewing kan.. makan kami bloggers terpilih dan juga wakil-wakil media berpeluang menonton virtual concert ni terlebih dahulu!

 

Ehhh jangan salah faham ye, kami bukan menonton keseluruhan virtual concert ni, tapi kami berpeluang menonton dua lagu yang dipersembahkan oleh Yuna dan diiringi oleh band.

 

IMG_1068

Sempoi aje gaya Yuna pakai pashmina dalam persembahan beliau. Dengan jaket dan jeans aje. Wahh memang admire her simplicity. Lagu yang pertama ni aku tak ingat tajuk dia.

 

 

IMG_1075

Lagu kedua. Yuna dengan fesyen turban dan red military jacket! Homaigodd! Aku suka gilos kot jaket dia! Almost macam jaket aku dah! Hahaa… Ehh aku ni duk komen-komen baju pulak. I suppose to comment her song right? Lagu kedua ni ialah single terbaru daripada Yuna yang masih TIADA TAJUK. Hanya dikenali dengan “Untitled”.

 

Aku enjoy single terbaru beliau. Very fresh and catchy.. dan ada sedikit elemen yang berbeza daripada lagu-lagu yang Yuna biasa bawak. Pendek kata, Yuna memang sangat berbakat menulis lagu! Dalam Bahasa Inggeris pulak tuh!

 

Untitled

NAMAKAN SINGLE TERBARU YUNA! Wahhh kini anda boleh menyumbang idea terbaru untuk menamakan single terbaru daripada Yuna. Wahh kelas kau kalau idea kau digunapakai untuk single terbaru Yuna! Kalau nak tahu caranya sila ke http://www.nowyoucan.my/yuna .

 

Ouhh ya, lupa nak cakap. Aku sangat sangat suka place setting tempat Yuna buat persembahan dia. Sangat… lawa! I mean dengan lampu-lampu dan atmosphere yang ceria. Huiii macam mana nak cakap eh. Hehehee… Okaylah korang.. pendek kata aku berbahagia kat event ni. Ehh maksud aku, aku enjoy event Hotlink ni sebab good food, and great entertainment.

 

 

393685_291564144214847_100000837917556_750907_142209993_n

Heee bila dapat invitation ke event yang sama, harusss lah pergi sama-sama. Hek hek hek *mood gedik* Gambar dicilok dengan jaya dan terhormatnya dari facebook Abam Aaron Aziz versi blogger. Ehh silap! Abam Batman Gelap laaa. Haaaa~

 

Cuma malangnya Yuna tak bersama-sama menjayakan private media viewing ni sebab beliau berada di luar negara. So you guys yang join virtual concert Yuna, korang enjoy tak? Heee Bye…

 

 

NEW sign NISA

 

 

TWEET or LIKE this entry!

15 comments :

DanieL AdiE said...

Makanan sgt2 sedap..

Nur Aischa said...

hehe yeahh,aisyah pun dh tgk haritu. mmg enjoy. ha yg part nak kasi nama new single yuna tu agak blur kejap masa tu. haha harap2 terpilih. ewah :D

Akulah Pak Lan said...

Like the food eating session. haha

.: mama lynn :. said...

mama lynn cari shout mix tak jmp... mama lynn tag nisa tuk join segmen tau

Cytah Lovicry said...

fuhh.. terliur..

zainatul abu bakar said...

yeahh sy dh bg tjk lgu baru yuna..harap2 terpilih.hehe

nasha sanza said...

bestnya....sedap pulak tu makanan..

Ms.Siti said...

kak nisa, ct ingt entry makanan td,haha. uish xde idea la nk letak nama single yuna ni.

Lady Shana Sweet said...

ehem ehem ehem! :P

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ha'ah la..those dishes look so yummy! nak jugak!hiks

Nur Haslinda said...

sweetnyee gmbr yg last tu. hehe (:

Terbang Bersamaku said...

gambar2 makanan tue membautkn sy lapar tgah2 mlm nie...huhu..

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said...

hoho., memang menarik.

syuha zulkifli said...

Makanan diutamakan :)

onie said...

ehemmmmmmmm,gambaq bawah sekali tu,ehem :P