Friday, December 2, 2011

Amazing people

 

Assalamualaikum….

 

Aku ada update pasal fixie bike sebelum ni. Fixie bike yang aku sangka serupa sahaja dengan basikal gaya lama tu.. Fixie bike yang sedang popular di kalangan anak muda kebanyakannya. Hari aku bergambor sakan dengan fixie bike itu merupakan hari penat aku di Temerloh.

 

IMG_0161

Aku rasa kalau aku balik Temerloh, dan sepupu aku yang tengah drive tu ada kat Temerloh jugak, mesti ada hari yang kitorang plan untuk keluar bergumbira beramai-ramai. Errkkk apa ni ayat takde noktah. Ohh ye, korang pergi terjah blog sepupu aku si Faa Rosli ni ye.

 

 

IMG_0163

Turut mengikut adalah sepupu sepapat sekalian. Nasib makteh aku ada Avanza, so boleh muat ramai sikit. Bolehlah buat ala-ala rombongan Cik Kiah pusing bandar. Hohohoo…

 

 

IMG_0176

Entah apa mimpi hari Selasa lepas ramai pulak orang kat bandar. Cuti lagi ke orang Temerloh ni? Bukan main susahhhh sangat nak cari parking! Sekali dapat parking, kitorang terus pusing satu bandar jalan kaki aje! Malas nak alih kereta, nanti susah pulak nak cari parking lagi.

Ohh lupa nak cakap, itu muka aku dan adik aku, Ryn, yang kebosanan berpusing-pusing bandar Temerloh tapi masih tidak ada yang aku berkenan.

 

 

IMG_0185

Kitorang singgah kedai aksesori nama BUBBLE. Banyak sungguh aksesori dan teddy bear comel!!! Wuuu geram giler kalau masuk kedai nih! Aku ada terjumpa satu keychain berbentuk teddy bear yang ada tarikh lahir aku di atasnya. Tapi aku rasa tak berbaloi kalau aku habiskan nak dekat RM10 untuk keychain kecik macam tuh!

 

 

IMG_0194

Ohhh inilah fixie bike yang aku ceritakan beberapa hari lepas. Okay malas cerita apa-apa dah. Korang baca entry pasal fixie bike ni DI SINI.

 

 

IMG_0218

Dah penat jalan-jalan, kitorang turun ke Bandar Lama Temerloh. Cari makan lah pulak, setelah gerai yang kami cari tutup. So, aku bawak dorang singgah gerai yang selalu aku pergi waktu dating zaman sekolah dulu. Erkkk!!!

 

 

IMG_0220

Ini pencuci mulut popular kedai ni. Lai ci kang! Sejujurnya aku tak makan lai ci kang ni. Sepupu aku yang order. Bila dia kata sedap, aku pon rasa sikit. Yeahh sedap rupanya lai ci kang ni!!!

 

 

IMG_0221

Aku masih dengan kegemaran aku, air batu campur! Yang paling aku suka, ABC kat gerai ni dia letak susu manis banyak wooo… dia tak guna sangat susu cair. Aku ni dah lah minat benda-benda sweet, but not a SWEET talker. Ehh.

 

Huuu pendek kata, setiap kali aku dan sepupu semua balik bercuti kat Pahang, memang kitorang akan keluar ramai-ramai seharian. Pusing bandar Temerloh sampai nak tercabut tempurung lutut! Kekekekeee~ Tapi kalau sepupu aku Faa Rosli tu sambung buat degree, at least ada lagi sorang sepupu aku dah dapat lesen.

 

Aku??? Aku masih tiada lesen. Tunggu rezeki bulan Januari ni, baru nak buat lesen. Hahaha lambat sangat lagi wehhh…!!!

 

 

 

NEW sign NISA

13 comments :

Qil_H0shi said...

lambatnyer buat lesen :) .,epy ek cik lisa jln2., :)

Akim Iqbal said...

Hai adik !! eh.. hik3

k.h.a.l.i.l.a said...

bestnyeeee ronda2... adik nisa ke tu? lain sikit dr nisa muka dia ^_^

naf. said...

makin cantik kak nisa ni.hehe. terliur tgk abc tuu. kita samalaa.takde lesen lgi.hukhuk

nasha sanza said...

sedapnya..tgk abc..lama tak makan..

Syafiq Ahadin said...

lepas habis asasi mei depan baru nak wat lesen. :(

Cik Bhulat said...

seronoknya jalan2...ais kacang tu buat hani terliur je

DanieL AdiE said...

Lamanye tak makan ABC...

*sakit tekak lak skang..

Sya Syazana said...

amazing!

faa.rosli said...

haiiii...xsaborr la plok nak tgu aok bawak kete...

wanie mn said...

nisa lainkali jgn la upload gmbr ABC tu!! heesh, sj buat org jeles! ;D

Nurul ain said...

bila baca entri nisa ni, rindu pulak nak jalan2 kat temerloh.. :)

anish^tingtong said...

kalo makan kat gerai area bandar lame tuh, paling sedap ais jagung. terbaek...nisa pernah try tak?