Saturday, November 12, 2011

New camera???

 

Assalamualaikum semua…

 

Wahhh entry sebelumnya aku dah cerita pasal kasut, kemain gegurl sangat barang yang aku cerita kat korang ye. Kali ni aku nak share dengan korang cerita pasal gadget pulak. Hohooo bukan senang nak tengok aku cerita pasal gadget tau, sebab aku bukanlah gadget freak.

 

Kali ni aku nak cerita pasal kamera baru. Haaa aku beli kamera baru ke? Haha jangan cepat tertipu tertipah ye semua. Aku sebenarnya tengah cari kamera baru. DSLR kah?? Ohhh tidak sama sekali. Bagi aku, dapat sebijik kamera digital pun dah cukup sangat, sebab aku nak kan kamera yang kecil, mudah dibawa ke mana-mana and yet have both functions of taking good pictures and record video.

 

 

134529

Mula-mula aku usha kamera digital keluaran Sony. Kamera digital Sony banyak series, so aku usha H-series (high performance). Aku usha kamera model Sony CyberShot DSC-HX7V/R (gambar di atas). Dia punya spec boleh tahan, tapi harganya mak aihhh… sampai RM1000++ wuuu… Kalau boleh aku nak minimumkan budget. Herher..

 

 

xz1_c1_1

Lepas tu aku usha-usha pulak kamera Olympus Creator X-series MODEL XZ-1 ni. Macam cun.. ada HD Movies lagi tewww. Maximum ISO pon 6400, ada art filter… Tapi.. harga dia pun mestilah cunnn… Percaya tak kamera digital ni harga RM1799 ??? Wuuuu T_T

 

 

fujifilm-finepix-x100-front-666

Kamera Fujifilm FinePix X100 Digital Camera ni memang terbaik!!! Aku dah baca detail dia dari atas sampai habis page review dia. Fuhhh kalau aku mampu memang dah lama rembat yek? Huahuahuaa.. mana taknya, harganya nak dekat RM4000 wooo.. Menangis kejap aku.

 

Tapi actually aku ni tak cerewet pun. Macam aku cakap awal-awal tadi, asalkan kamera tu boleh ambil gambar kualiti okay dan boleh rakam video tu dah cukup bagus. Memang aku target kamera digital aje, sebab aku dah penat nak usung DSLR aku ke hulu ke hilir. Kalau ada kamera digital senang, sumbat aje kat dalam beg. So, aku teruskan usaha survey kamera….

 

 

powershota3300is-b3

Yang ni agak menarik minat aku. Kamera Canon PowerShot A3300 IS ni datang dalam banyak pilihan warna yang cantik. Ehh ke situ pulak aku. Hahaha.. spec nye pun bagus (baca kat sini) Memang aku ingat nak beli yang ini aje, memandangkan harganya dalam RM599++ memang menepati budget aku.

 

 

canon-powershot-sx150-is

Tapi… wuarghhh aku ter-berkenan pulak dekat kamera Canon PowerShot SX150 IS nihh!! Reka bentuk dia dah seakan-akan DSLR, tapi bukan DSLR, kamera ni tak boleh tukar-tukar lens macam DSLR. Hohohooo… Tapi ada Manual function! Wahhh best best! Baca full specification kat sini. Memang aku tertawan ohhh..

 

Harganya pulak RM800++ masih dalam lingkungan budget yang aku sasarkan. Tengok kat website ni, saiz dia lagi kecil dari DSLR. Mesti ringan ala-ala compact camera kannn…Wuhhhh tergoda habes ni, lebih-lebih lagi ade dalam kaler merah! Grr!!

 

 

94-b6ec7f-b997_8362-eos1000dfront

Memandangkan aku dah mencetuskan ura-ura nak beli kamera baru, so apa jadi dengan Canon EOS 1000D aku ni? Adakah ia akan stay dengan aku walaupun aku beli kamera digital? Atau…. atau…. Hahaha honestly aku tak tahu lagi nak buat apa. Aku dah malas sangat nak carry DSLR nih, berat meyh! Hmm… jual?? TAK TAHU LAGI.

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA

18 comments :

Tasya A. said...

Bagi koy je lah DSLR tuuu. Lagi berbaloi. Koy sedia menerima :)
Wuahahha

Nazirah ms said...

comel je canon powershot tu.

❤ Cik Nissa ❤ said...

wahhh...sayang dslr nyah!haha...simpan la...kot2 berguna balik bila dah berfamily nanti =)

nisa, jemputla dtg blog den.. =)

http://nissajalaluddin.blogspot.com/

miss faa said...

smua cantik and nice looking..just take it all.hhaa

✿ pink velvet ✿ said...

kalau digital camera, suke sgt jenama olympus....mcm cun sgt pic die :)

ainasuhana said...

dslr tu simpan je.. hehhe
i pakai digital camera je.. nak g mane2 senang. tp bile nmpk org carry dslr mcm jeles pulak.

hazwani said...

2 la ingat teringin juga nak beli camera..tpi bajet cikit jerla..hehe

LyEaDz said...

canon powershot SX 150 IS tu terbaik!solid! :)

nurul diana said...

canon powershot sx150 IS tu cantekkk :)

Miss Anis said...

semua kamera cantik2 la....nk bli semua agak2 leyy x...hehehhee

Umie Artoqiemie said...

angkatla canon :D

Ardini Humaira said...

dni pon kennnaaannnn bangat camera pink tu :)

Miss Guinea said...

ala, habis tu nanti takde dah ke segmen aku, dia dan DSLR? x(....

.eypgonzales. said...

OLYMPUS besh ..!! try la tgok olympus pens lak .. hee~ tp canon tu pon nice jugak .. ikot bajet ye cik nisa .. :D

za said...

nak beli

Razil Tahir said...

huuuuuuuuuuuuu...
nak beli jugak.. tp $$$ blom ade lg...
sem depan kot... T,T
sabar jer la...

Nur Najihah said...

nk DSLR tu bleh tak kak nisa? :)

efa fairuz said...

canon powershot kaler pink tu macam best je.. yg kaler merah tu pun ok sbb dslr function..

merah ke pink..merah ke pink.. *osom dalam ati*