Sunday, October 23, 2011

TIPS membeli-belah online (dari pengalaman dan perspektif insan bergelar Nisa Kay)

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh ni entry dah bertangguh-tangguh dah berapa hari. Mesti ramai yang hangin tak sudah dengan aku kan?? Minta ampun ye semua… asal aku nak taip entry aje, benda lain yang terlintas kat kepala. Entry ni ditulis setelah ada yang request kat aku. Thanks a lot kepada yang request!

 

Tips yang aku nak turunkan ni bukanlah sebarang tips. Cewahhh kemain! Bajet hebat aje aku nak bagi tips bagai kan kan kan??? Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku selama aku bershopping melalui kedai-kedai online. So kalau ada tips yang berguna untuk korang, alhamdulillah….

 

Picture2529

 

TIPS #1 – Kepercayaan

Haaaa ini tips yang pertama-tama sekaliiiiii korang kena tahu! Sekarang ni dah banyak sangat online shop! Yang penting kita kena identify sama ada online shop tu boleh dipercayai atau tak. Kalau nak tahu online shop tersebut boleh dipercayai atau tak, korang boleh tanya dengan orang yang pernah berurusan dengan online shop tersebut.

 

 

TIPS #2 – Servis

Haaa yang ini kena tahu jugaklah. Ada online shop yang berlengah-lengah bila nak ambil order / bila nak hantar barang. Yang ni pun, kalau nak tahu boleh tanya sesiapa yang pernah membeli dengan online shop tersebut. Senang cerita, korang baca aje komen-komen pelanggan di fan page / blog online shop tersebut. Pastikan owner online shop tersebut sentiasa keep in touch dengan pelanggannya, yang laju balas respon kepada orang yang bertanya. Tengok jugak kurier yang digunakan oleh online shop tersebut, boleh sampai ke tak barang korang nanti.

 

 

TIPS #3 – Harga

Haaa ini terpulang kepada individu. Kalau korang kaya ya amat, tak kesahlah barang tu mahal macam mana pun kan. Kalau yang suka nak barang murah tu, korang boleh survey dulu harga-harga di online shop yang lain. Disebabkan dah banyak sangat online shop yang wujud sekarang, so banyak jugaklah online shop yang jual barang yang sama / lebih kurang sama.

 

 

TIPS #4 – Kualiti

Yang ni bagi aku susah sikit nak indicate, melainkan kita dah beli barang tu, then barulah kita tahu barang tu berkualiti atau tidak. Kalau nak tahu pon, tengok pada testimoni pelanggan online shop tuh.

 

 

TIPS #5 – Aktif

Haaaa yang ni boleh relate balik dengan TIPS#1 dan juga TIPS #2. Biasanya online shop yang aktif dan juga update stok secara konsisten ni boleh percaya. Tapi apa-apa pun, still korang kena rujuk feedback pelanggan terdahulu.

 

 

TIPS #6 – Sejarah

Huuu ini kalau korang rajin buat research lah kan. Maklumlah, ada jugak yang jenis cerewet. So korang check lah online shop tuh, sama ada pernah tak terjadi kes barang tak sampai ke, harga tak seperti yang diwar-warkan ke… Itu penting jugak. Yelah, kes tu bukannya selalu jadi, tapi kalau jadi kat korang kan dah beribu sesalan tuhh…

 

 

TIPS #7 – Baca details barangan dengan teliti

Selalu je aku tengok feedback pelanggan online shop. Ada je yang komplen baju kecil sangatlah, besar sangatlah, labuh sangatlah, singkatlah, kasut tak muatlah dan sebagainya. Haaa nampak sangat korang beli barang semata-mata kerana berkenan! Tak boleh macam tu.. Bila kita betul-betul nak membeli, kita kena jugak baca detail nya, contoh macam ukuran atau material.

 

 

TIPS #8 – Tips untuk beli kasut secara online

Sekarang ni dah banyak orang jual kasut dari Jepun/Korea. Yelah, design nya cantik-cantik, murah pulak tuh! Tapi korang kena sangat teliti kalau nak beli kasut! Yang pertama, baca detail kasut tu. Material dia apa, bape inci tinggi kasut, warna apa.. Bila dah berpuas hati dengan detail, ukur kaki anda betul-betul okay. Kang dapat kasut yang kecik / besar, banyak pulak songeh?? Tak susah pun nak ukur kaki, biasanya online shop akan provide measurement chart, tak pun search aje kat Google.

 

 

 

*          *          *          *          *            *

 

 

Haaa setakat ni tu aje lah yang terlintas dalam kepala kudus ku ini. Kalau ada apa-apa nak tanya, silakan tinggalkan komen ye. Kalau panjang sangat jawapannya, akan ku tambah dalam entry ni ye… Hooo okaylah. Byebye! Selamat shopping online!

 

P/S : Kalau nak tahu, aku ada list kan beberapa online shop yang menawarkan servis terbaik, boleh percaya punyaaa!! Korang TERJAH SINI RAMAI-RAMAI !!!

 

 

sign NISA

15 comments :

erleena said...

nice one :)

Firdaus Kasim said...

Confirm! ni akan keluar masa karangan spm nanti.. hehe..

Anyway, sy ada buat bisnes printing secara online.. kalo kak nisa nk buat name card, bgtau sy ya.. hehe

amaLina said...

nice..Thanks for de tips dear.. baru plan nk try beli online

Marliyana Mk said...

yayyyyy..good tips dear..:)

uhhmm.. i pernah beli kt 1 0n9 shop ni..

sampai skrg xdpt brg & baki :(
ketuk duit org lagi..kdg2 rase tkut nk bli dah

Omar said...

Thanks for the useful tips. Selalu gak shopping online nie.

Sejarah tu memang penting, terutama bila nak beli barang-barang yg boleh dikatakan mahal.

mynamealia said...

good tips! :)
sll nk shopping on9 tp x da keberanian..takut kene tipu..huhu

Fuadah Ammar said...

As salam,

Thanks for sharing this! Good one :)

blog ibu amanda said...

salam kenal..
jg lupa follow blog sy blk tau :)
tq

QmaRidh said...

best tips2 nie...
paling penting sy nyer online shop 100% boleh dipercayai!
:D

MaYa MustWany said...

testimoni pun mas da jarang nak caya coz dah 2x terkene..tak sama & tak sesuai.hu3

Diyana said...

Thanks for the tips !

kita pon tak pernah lagi try beli baju online .selama ni beli buku dgn kasut je

hanabunga said...

Thanks for the tips nisa :)

Nur Aischa said...

wahh bagus bagus ni ! terima kasih bagi tips kak nisa kay ;)

hanis rahman said...

thanks for the tips :)

Mohamad Hafeez said...

skrg ni mmg byk produk yg jual kat internet, cuma hati2 la bila beli produk contohnya produk kecantikan tu, pastikan ia ada kkm dan tgk org tu dia betul ada follower yg ramai, cek fb page dia, situ kita akan tahu dia ni genuine ke tak... nak buat perniagaan online sama je mcm buka kedai, cuma ia lebih murah kos sebab tak perlu keluar modal utk kos berkedai... juz my 2 cent...