Wednesday, October 5, 2011

Apresiasi D.U.K.U.N.G


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ni mood aku agak lain sikit. Malam tadi aku tengok classmates aku, Ana merindukan Creative & Art Dept untuk event D.U.K.U.N.G. Maka aku, malam tadi pun termimpikan malam terakhir kami di Kampung Orang Asli Ulu Kuang. Aduhhh aku sangat rindukan suasana Kampung Orang Asli Ulu Kuang masa kitorang buat event kat sana!


Rindu makan sama-sama, rindu ke hulu ke hilir check aktiviti dan games semua! Rindu tidur rumah mak angkat sebab mandi air bukit yang sangat best! Rindu sama-sama meredah onak duri (kemain!!!) dalam hutan belantara masa Walk With Love! Pendek kata aku rindu semuanya lah! Maka apresiasi ini aku tujukan untuk setiap manusia yang telah sama-sama menjayakan event D.U.K.U.N.G ini.





Kepada Puan Norazian Abdul Aziz, pensyarah subjek Event Management.
Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan. Walaupun kena marah dan juga kena push saya terima segalanya dengan hati terbuka, sesungguhnya saya percaya yang Madam mahukan yang terbaik untuk kami.


Kepada project manager, Adila Norliz, pembantu project manager, Afif Khairi. Tak lupa kepada setiausaha Mel Zainal dan bendahari Wan Nur Nadia.
Kalian merupakan antara tonggak utama dalam event ini. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih kerana telah menjalankan tugas kalian dengan baik demi menjayakan D.U.K.U.N.G !


Kepada department aku, Activity Department.
Terima kasih sebab sama-sama merangka dan menjayakan aktiviti pada hari event berlangsung. Terima kasih kat Izarif Izzad for being a good leader, you have lots of creative ideas. Thanks to each members of this department for the cooperation. Dan aku nak minta maaf pada korang kalau aku tak menjalankan tugas aku dengan baik.


Kepada Creative & Art Department.
Thanks a lot sebab berjaga malam buat design yang superb untuk kad jemputan event, letter head surat rasmi D.U.K.U.N.G, design logo, banner, bunting dan backdrop. Thanks jugak sebab hias pentas grand habis masa malam dinner! 


Kepada Sponsorship Department.
Terima kasih sebab department korang antara yang sangat berjasa. Sebab korang dapatkan sponsorship dari banyak pihak demi memastikan event ni cukup perbelanjaan dan barangan serta makanan. Terima kasih semua!


Kepada Souvernir Department.
Thanks a lot sebab bersabar dengan Activity Department untuk finalize semua games, sebab korang nak beli hadiah kan.. hehehee.. Thanks sebab bagi bekerjasama dengan baik sekali dengan department aku, in term of   mencari hadiah-hadiah.


Kepada Media Department.
Thanks sangat-sangat sebab korang berusaha contact banyak pihak media dan invite dorang untuk cover event kita.


Kepada Security & Transportation Department.
Thanks a lot sebab jaga keselamatan, sediakan first aid kit, uruskan pengangkutan dan juga yang penting ada plastik sampah yeahhh! Thanks semua!


Kepada bahagian dapur.
Thanks a lotttt sebab sediakan air di kala kami kehausan, thanks sebab uruskan makan minum kitorang sepanjang 3 hari 2 malam kita kat sana.



Terima kasih tidak terhingga juga kepada :

  • persembahan dikir barat
  • senam seni
  • runner
  • photographers import dari Fakulti Art & Design
  • para penaja (individual / syarikat)


Akhir sekali, ingin saya abadikan penghargaan buat :
  • Ketua kampung, Kampung Orang Asli Ulu Kuang, Pak Jamal
  • Tok Batin, Tok Hara
  • Keluarga angkat aku (Makcik Asmah dan keluarga)
  • Penduduk kampung, Kampung Orang Asli Ulu Kuang


Sesungguhnya, pengalaman yang aku dapat dari event ni merupakan antara pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku. Jadi biarlah apresiasi yang aku taip ini aku abadikan dalam blog kesayangan aku ni. Kenangan manis ni tak mungkin aku lupakan. Sayang semua yang telah bekerja keras untuk menjayakan aktiviti ini. Love you all!!!



Ikhlas dari hati, Nisa Kay.