Friday, September 23, 2011

REVIEW Filem Al-Hijab by Pierre Andre

 

Assalamualaikum semua…

 

Selasa lepas aku berpeluang menghadiri majlis pra tonton filem Al-Hijab karya terbaru Pierre Andre. Filem ni dikatakan filem paling seram 2011??? Haaaa kalau nak tahu baca entry ni sampai habis!

 

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih sangat sangat kat Cik Helena for the free passes! Sayang Cik Helena ketat-ketat okayh!! Muahh! Hahaa.. Okay lets get straight to the point.

 

AL-HIJAB “Bersedialah bila hijabmu dibuka…”

 

filem-al-hijab

Wuarghhh pertama kali aku tengok poster filem Al-Hijab ni, sumpah aku kata aku tak berani nak tenung lama-lama pun! Kang melekat dalam otak, terbawak-bawak dalam mimpi sapa yang susah?? Wahaha!! Yeaaa di poster nya sahaja sudah ditampilkan elemen serammmmm!!!

 

SINOPSIS :

“Rafael, seorang pelakon extra merupakan seorang yang tidak mempercayai hantu atau makhluk halus kerana beliau tidak pernah nampak hantu. Namun, pada suatu hari beliau telah mendapat tawaran untuk berlakon filem seram. Untuk mendapatkan mood seram, Rafael melakukan homework dengan menonton cerita-cerita seram. Tapi, disebabkan beliau tidak mempercayai hantu, beliau jadi cepat bosan dengan filem-filem seram yang ditontonnya.

Kesungguhan beliau untuk mendapatkan mood seram demi filem yang bakal dibintanginya, Rafael mendapat idea untuk membuka hijab matanya. Beliau nekad untuk mencari orang yang boleh melaksanakan upacara membuka hijab matanya agar beliau boleh melihat hantu. Setelah bertemu dengan orang tertentu, hijab beliau dibuka dan……”

 

 

IMG_7286

Haaa apa dan….??? Dannn…..??? Kalau nak tahu korang kenalah tengok movie nih! Mana boleh cerita habis kat sini hahaa!! Pierre Andre merupakan penulis skrip, pengarah dan juga watak utama dalam filem ni. Digandingkan pulak dengan pendatang baru Nur Fathia yang sangat cun!

 

 

AH3

 

KOMEN AKU :

  • Aku bagi thumbs up kat Pierre Andre sebab filem ini memang seram betul-betul seram okayh!! Bukan seram-seram ayam!

 

  • Permulaan filem yang best sebab mood seram tu awal-awal lagi dah disuntik dalam filem, adegan di jalan terpencil pada tengah malam memang bikin aku berdebar tak sudah!

 

  • Jalan ceritanya yang straight to the point tapi tidak lah senang sangat untuk diteka oleh penonton. Maksud aku, mesej cerita ni jelas dan tidak berbelit-belit.

 

  • Plot yang mudah difahami dan penonton get the message clearly.

 

  • Terselit adegan yang mampu buat satu panggung ketawa. BEST WOHH!!

 

  • Ada adegan Rafael (Pierre Andre) lap kepala Qis (Fathia), semua orang sangka bila tuala tu dialih mesti keluar muka hantu, tapi……..  Haaa nak tahu tengok sendiri!

 

  • Aku bagi 8/10 bintang! Filem seram yang berjaya buat 3 orang lelaki yang duduk sebaris dengan aku menjerit sama! Hahaha…

 

  • Memang ada beberapa part yang harus dibaiki pada masa akan datang, namun bagi peminat filem seram macam aku, aku puas hati dengan Al-Hijab.

 

 

AH15

So.. apa lagi, 6 Oktober nanti ramai-ramailah terjah pawagam, tengok filem Al-Hijab ni tau! Aku rasa mesti menimbulkan fenomena lebih kurang macam filem-filem seram Pierre Andre sebelum ni. Bagi aku, filem ni bukanlah filem tangkap muat aje, sebab menurut Pierre sendiri, skripnya di proses beberapa tahun bagi memastikan hasil yang mantap.

 

 

 

NANTIKAN KEMUNCULAN FILEM AL-HIJAB DI PAWAGAM 6 OKTOBER INI!!

 

 

sign NISA

29 comments :

cheqwa said...

waaah,cam bes je :D cheqwa dah la suka tengok citer hantu ^^

Mizz ErMa said...

lagi seram, lagi xberani la nak p tengok..>_<

Diana @ bilakukatacinta said...

macam betulbetul serem ni?..nak tengok tp takut...

ika said...

akan pergi tgk !!

Maji_Rashid said...

cam best jer nie..seram!!

I D A said...

umangaihh . scaryyy nye .

Akulah Pak Lan said...

cun. macsm ni nak tackle readers. merujuk kepada mobile view mode

gwen velora said...

hai Nisa. Gwen ni. yang menang ur sponsored prsent untuk andyhowtt nye blog the other day. sadly, until today i didn't receive any parcel. n i did send u email to the email u send on my blog. yahoo email. hope u notice this. i'm just curious. thanks.

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...

dgr kata, citer ni mmg seram. tp stakat ni blum bpluang nak tgk lg..

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Rtp Farra Arisha said...

i love horror movie..agak2nya klo tengok filem ini penonton lari bertempiaran tak?? kuikui..

meeraSHINOHARA said...

baru tengok TRAILER jer saya dah menjerit, nampak sangat memang seram.. hehe

meeraSHINOHARA said...

baru tengok TRAILER jer saya dah menjerit, nampak sangat memang seram.. hehe

normala_ali said...

mak oi tengok trailer pon seram.. macam xbrani nk tgk.. hikhik..

Ujang9897 said...

aku kene tgk sorg2..kalau dgn yana mau terberanak..haha

Farida Amira said...

macam best je. ni yang nak kena tengok ni :)

aReaL said...

Best-Best... Nasib Dapat Join Tengok Filem Ni Aritu.. Baca Review Den Juga Yer..
Review Filem - Al-Hijab

Myza Sam said...

uh seram ke ? boleh kalahkan khurafat tak ?

EzrlG said...

seram menyengat nih, tapi hantu bonceng pun blom tgok, kena ikut turn dulu lah...*malu sbb ketinggalan sungguh

Eazy Izzuddin said...

piere andre dan??
hehe
xD

Jom Join MyContest =) : Contest Annouced! Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

blognizamlah said...

betoi2 seram niee...bukan main2 ya..sebab agak lama dah layan cite seram tp hasilnya hampehh jerkk..huhuhu

Apit said...

tngok trailer pun dah seram ! kena tngok ni . huhu time tu PMR lak -,- aduh

Apit said...

tngok trailer pun dah seram ! kena tngok nih . huhu time tu PMR lak 0,o aduhh

nick dot anis said...

wajib tonton ni:-)

Nur Aischa said...

wahh ni yg tak sabar nak tgk nih! wajib tgk ! :D

cik bihah said...

cite nie dia belakon kt kluang.., hehehe ;))

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said...

terjah umah nisa 1st time... hehe... best citer neh....seram yg lain dari lain... (",)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

memang aku akui cite ni memang seram tahap tinggi....

ORANGPERLIS MENULIS (update):
: Sebuah Kisah Review: AL-HIJAB
GOOFSPOTONFILM (update):
Movie Mistakes: HANTU BONCENG

izzie izzam said...

stuju dgn nisa..hehe..mmg besh cte nih..tak boleyh duga ape yg akn jdi lao tgk filem nih..:)

Kakiwayang said...

hee..betul kata c.nisa...ada part2 yang boleh diperbaiki n dan yang paling best sekali ialah part 3 orang pemandu lori tu...wakaka...

kami pun ada wat review gak kat http://www.kakiwayang.com , jemput singgah ya..