Friday, September 30, 2011

D.U.K.U.N.G

 

Assalamualaikum semua..

 

Semasa korang baca entry ni mungkin aku dah pun pergi ke event D.U.K.U.N.G. tak pun event ni dah tamat. Apa ke benda D.U.K.U.N.G. ni? Macam dukung baby ke? Hohoo sama sekali TIDAK…

 

302480_10150299021508057_597088056_7649670_5732096_n

Logo rasmi D.U.K.U.N.G. hasil design Creative Art Department. Oke meh aku cerita sikit la. Sikittt aje okay? Untuk semester akhir ni, aku ada ambil subjek Event Management, so untuk subjek ni, kitorang satu kelas kenalah organize event.

 

So, dari brainstorming budak-budak kelas, tercetuslah idea untuk buat charity event kat kampung orang asli. So, kitorang decide untuk buat macam hari keluarga punya style lah, untuk meraikan penduduk orang asli Kampung Ulu Kuang, Selangor.

 

DUKUNG

Ini bunting rasmi event D.U.K.U.N.G.

 

D.U.K.U.N.G. stands for Dari Unisel Ke Ulu Kuang. So di sana nanti kami akan buat macam family day lah kan, ade games, ada pertandingan karaoke. Main DJ Inflatable. Haa semua tu lah. So, aku duduk di bawah Activity Department. Kerja kitorang ni rangka perjalanan aktiviti untuk event ni.

 

So korang doakanlah supaya event kami ni berjalan lancar, supaya tak hujan ribut ye. Kepada kawan-kawan, good luck semua! Chaiyokk!

 

 

sign NISA


Read More»

[VIDEO] Cara saya mekap dengan Maybelline!

 

Assalamualaikum semua…

 

Wahhh dah lama kot aku tak buat video nih! Nak-nak pula dikala kesibukan event kelas aku yang akan bermula hari ni. Memang tak ada masa sangatlah nak buat video segala nih.

 

Haaa… ingat lagi tak entry Maybelline Workshop for Bloggers yang buat ramai gegadiss dan wanitass makan hati tuh? Mau nye tak makan hati, kitorang kutip barang mekap Maybelline free-free aje! Herherher. Ampun ya semua…

 

Oh yea, bercerita mengenai produk Maybelline, aku ni sebenarnya dah lama menggunakan Maybelline. Boleh kata produk Maybelline NY ni antara produk mekap pertama yang aku beli. SEBAB NYA? Berpatutan dan berkualiti lah! Hoho. Takkan aku beli sebab suka suki aje kot?

 

IMG-20110930-01207

Soo… dengan  menggunakan barang-barang mekap yang telah aku borong dengan jayanya masa bengkel Maybelline NY tuh, aku buat video mekap! Yuhuuu alang-alang aku nak keluar kan, so aku rakamkan sekali part mekap aku.

 

Mekap yang aku gunakan :

1. Maybelline NY Angelfit Flawless Natural Liquid Foundation
2. Maybelline NY Angelfit Perfect Concealer
3. Maybelline NY Clear Smooth All In One Shine Free Cake Powder
4. Maybelline NY Baby Lips Lipbalm in Anti-Oxidant Berry
5. Maybelline NY Diamond Glow by Eyestudio eyeshadow
6. Maybelline NY Hyper Sharp Liner
7. Maybelline NY The Hyper Curl Volume Express mascara
8. Maybelline NY Watershine Pure lipstick (code C11)
9. Maybelline NY Lipgloss (code CB21)

 

DSC05854

Style mekap yang aku nak recreate adalah style Party Princess. Gambar credit to MadamMondoq. Tenkiu madam! Muah muah!!

 

Heee so nak tahu jadi ke tak mekap Party Princess aku tuh? Sila tengok video di bawah sambil menahan ketawa langsuir anda itu. Ahakss…

 

 

Heee jadi tak? Jadi tak? Anggaplah teknik sapuan eyeshadow dengan tangan kayu aku tu menjadi ye, aku akui memang aku kurang mahir dalam bab eyeshadow ni, tapi takpe sebab hari tu pergi workshop Maybelline dia dah ajarkan. So lepas ni kena practice! Hehe…

 

Heee alkisahnye buat video ni, ya Allah bukan main banyaknye halangan! Pertama-tamanya aku ni sedang kejar masa. Aku busy sangat minggu ni sebab nak uruskan pasal event kelas aku di Ulu Kuang. Lepas tu video yang dirakam hampir musnah dimakan virus. Nasiblah dah dapat balik.

 

Lepas tu bila nak save tak lepas-lepas sampai kali ketujuh barulah boleh save. Itu video dengan lagu sahaja! Baru nak dubbing untuk masukkan voice over, laptop cabuk ini sekali lagi buat hal, berapa kali entah dia shut down sendiri. Sehinggalah aku give up sebab dah tak ada masa sangat, so aku upload aje video dengan lagu.

 

 

Thanks for watching! Special thanks to :

 

 

I love Maybelline NY !!!

sign NISA


Read More»

Thursday, September 29, 2011

Sekarang aku suka pakai dress! Barulah gegurl !!

 

Assalamualaikum dan selamat pagi semua…

 

Hohooo kemain tajuk aku nak gegurl lah sangat kan. Hehehee meh aku nak share sikit story. Dulu aku paling lah tak suka dress! Aku tak suka nak pakai kain labuh sebab aku tak konfiden dek kerana badan aku yang sesangat lah kurus!

 

Tapi makin lama aku makin jatuh cinta pulak dengan dress. Bila pakai dress terasa diriku ini seperti princess okayh! Hahaha oke over sangat lah aku! Hohoo… Hari tu aku ada bawak korang jalan-jalan cuci mata dengan CT Fashion House kan??? Haaa jom jom hari ni cuci mata dengan gambar aku pakai dress dari CT Fashion House!

 

IMG_7451

Taraaa… dress yang aku pakai masa hari bermah mesra bersama koqin karemo hari tu ialah dress dari CT FASHION HOUSE okayh! Curlass sesangat awww. Aku suka sangat-sangat dress ni sebab material dia cotton. So bila pakai sangat lah selesa dan sejuk aje bila ditiup angin.

 

 

IMG_7410

Whoaaa rase gegurl sangat aww pakai dress warna pink! Eh eh kalau korang berkenan jugak, try la search kat CT FASHION HOUSE, ada lagi kot. Aku suka sangat dengan dress sekarang. Konon-konon buat aku nampak tinggi lettew. Ahakss…

 

So kesimpulannya, memang aku puas hati lah dengan produk CT FASHION HOUSE nih! And I’m looking forward to buy again from them! Hehehe apa lagi korang tercangak lagi? Pergilah usha usha CT FASHION HOUSE! Mungkin ada dress / blaus yang memikat hati ke? Hohooo..

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Wednesday, September 28, 2011

Letupan di Empire Shopping Gallery, Subang.

 

Assalamualaikum semua…

 

Pagi-pagi aku dah menempek kat timeline twitter. Huahuaa tapi aku dapat berita yang mengejutkan pulak. Ada letupan berlaku kat Empire Shopping Gallery???

 

mall1

So aku bukak The Star Online untuk baca berita lanjut. Ya Allah, macam teruk je aku tengok kesan letupan ni? Letupan dilaporkan berpunca dari kebocoran gas ye, so sape kata meletup sebab bom memang aku sekeh laju-laju kang!

 

 

mall2

Letupan dilaporkan berlaku pada jam 3.45am, dan 4 orang yang terperangkap di aras LG turut mengalami kecederaan.  Kalau nak baca lebih lanjut mengenai berita letupan ni, boleh lah ke THE STAR ONLINE.

 

P/S : All pictures and news credit to THE STAR ONLINE.

 

 

sign NISA


Read More»

Tuesday, September 27, 2011

Fahrin Ahmad skodeng blog aku weyyy! Pengsan!!

 

Assalamualaikum semua…

 

Whoaaa kemain tajuk aku mengundang! Seperti yang kalian tahu (cehh skema!) aku ni memang peminat pelakon hensem macho dan taff FAHRIN AHMAD. Kalau tak percaya sila baca ENTRY INI okayh!

 

15133_190306848266_93370318266_3019482_5215006_n

Halamakkkk 100% SINGLE?? Kalau Fahrin single, aku 200% SINGLE untuk beliau!! Ahaksss.. gedik bebenor aku ni apehal? Ni semua gara-gara dengar lagu Percaya Padaku by Ungu lah ni! Errrr takde kena mengena pulak. Okebye!

 

 

fa

Haaaaa tengok tuuu? Kan betul aku cakap Fahrin Ahmad skodeng blog kitewwww? Auww nak pengsan tauu kitew bila Fahrin Ahmad main aucakk aucakk dengan kitew kat sidebar tuh. Fuhhh bergoncang hati nurani aku (piiirahhhh!!!)

 

Hoooo abamm Fahrin ni kan sengaje taww wat kitew tak tido malam. Senyum-senyum lak tu bila skodeng blog kita. Lagi kitew refresh page tu, makin la dia duk kat situ ajew. Awwww setianye awakkk!! Uhukk uhukk!!

 

Tapi kan, sebenarnye….…

BE

Rupanya abamm Fahrin tu duduk kat situ sebab BUFFERED EARNING baru dari NUFFNANG lah! Wahh rezeki nih! Alhamdulillah, syukurnyeee…. Memang lepas ni kalau aku nak lepas rindu kat Fahrin Ahmad boleh lah aku tenung-tenung beliau yang sedang bertapak kat sidebar blog. Awww…

 

Oke entry ni macam gatal giler kat Fahrin Ahmad! Eh bukan gatallah, I ni peminat beliau tawwww.. Awww shuke sanad sanad…. OKBAI!

 

 

sign NISA


Read More»

Monday, September 26, 2011

Segmen jalan-jalan cuci mata bersama CT Fashion House!

 

Assalamualaikum semua..

 

Whoaaa rasanya macam dah lama tak bawak korang jalan-jalan cuci mata kan? Tapi sebelum tu meh aku nak story sikit. Bulan raya ni, bila aku pergi open house, aku tengok ramai yang memilih untuk berfesyen ala raya fusion. Kahkahkah memandai je aku bagi nama.

 

Maksud aku, ramai yang lebih selesa kenakan dress labuh atau plain dress bila menghadiri rumah terbuka. Simple tapi tetap trendy. Aku pun tak terlepas untuk bergaya dengan long dress jugak! Bagi yang nak usha dress yang cantik-cantik jom ikut aku jalan-jalan cuci mata.

 

 

ct_fashion2a

 

Pertama kali aku masuk ke website CT FASHION HOUSE aku memang sangat-sangat excited sebab ada long dress! Aku mula jatuh cinta dengan long dress tak lama dulu, masa bulan puasa. Bagi aku dengan satu plain long dress sahaja, kita boleh nampak simple tapi tetap bergaya!

 

 

cats

Haaaa lihatlah sendiri, design baju yang simple dan plain membuatkan senang untuk kita mix and match! Bila aku duk usha dress ni semua, aku dah boleh bayangkan aku memadankan dress dengan cardigan atau jaket, shawl pulak bolehlah pakai yang bercorak!

 

 

cats2

Dress plain macam ni pun boleh buat baju raya! Kalau nak serlahkan elemen glamour, korang cuma perlu padankan dengan shawl yang sesuai dan juga aksesori menyerlah! Haaa senangkan? Simple aje tapi tetap bergaya!

 

 

cats3

Tapiii… kalau korang bukanlah peminat dress, korang boleh cuci mata tengok blaus, tshirt dan juga seluar yang ada di CT FASHION HOUSE ! Pendek kata barangan di CT FASHION HOUSE  memang kebanyakannya membuatkan aku berkenan. Hohoo…

 

Jangan lupa ramai-ramai terjah CT FASHION HOUSE  tau! Mana tahu bulan depan ada yang melaram sakan dengan produk CT FASHION HOUSE ??? Hohoo… So, apa tunggu lagi???

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Sunday, September 25, 2011

Maybelline Workshop for Bloggers memang menyeronokkan!!

 

Assalamualaikum semua..

 

Wuarghhh ini satu lagi entry yang dah diperam lama giler kot. Maklumlah, aku busy dan aku ada banyak aktiviti minggu ni, so entry yang sepatutnya didahulukan aku tangguhkan pulak dah…

 

Pada 15 September lalu aku terima panggilan daripada Nuffy yang sangatlah peramah iaitu Thara. Rasa nak melompat pun ada sebab aku diinvite untuk join Maybelline Workshop for Bloggers! Dah lah jangan buang masa jom tengok apa yang best.

 

IMG_6628

Okayyy disebabkan ini bengkel mekap, so kami peserta dinasihatkan untuk datang without mekap! Sebab tu la aku pakai spec besar supaya korang tak nampak muka mak lampir aku tuh.

 

 

IMG_6629

Aku gerak ke Bangsar hari tu dengan Cik Epal dan juga Maria Elena yang sangat funny! Huahuaa…

 

 

IMG_6633

See? Selamba aje Maria Elena posing kat stesen minyak okayh!

 

 

cats2

Kitorang sampai agak lambat sebab cari parking dan solat di Bangsar Village. Sampai aje kat tempat workshop tu berlangsung, kitorang terus dijemput makan. Huuu tengah lapar kot! Mana boleh tolak rezeki. Semuanya sedap okayh. Banyak lagi makanan tapi aku tak sempat snap gambar semuanya…

 

 

IMG_6643

Dah namanya Maybelline Workshop kan, kami para peserta diajar teknik-teknik mekap menggunakan eye shadow Maybelline. Memang kelas uolls! Ada 4 teknik yang boleh kita apply untuk kelihatan gorgeous!

 

 

cats

Inilah model-model yang dah di make up tadi. Gorgeous semuanya okayh! Memang informational workshop ni. Lebih-lebih lagi untuk orang yang tak tahu apa-apa pasal teknik apply eye shadow ni, macam aku ni ler.. Huhuuu…

 

 

IMG_6663

Whoaaa AMBER CHIA in the house okay! Memang sangat sangat best sebab model profesional datang turunkan ilmu okay! Lepas ni semua yang pergi workshop nih dah tahu lah macam mana nak posing ala-ala model kat depan kamera!

 

 

IMG_6668

Ini pose muka seksi dari Maria Elena dan Amber Chia. Amboii mentang-mentang lah dah belajar buat mimik muka kan. Hohoo…

 

 

IMG_6671

Okay ini pose aku lak. Errr macam tak menjadi aje? Huuhuuu terima kasih Maria Elena sebab menambah seri dalam gambor nih. Ahak ahakk… See? Tu lah muka aku without mekap! Haaa…

 

 

IMG_6672

Ini pose muka ceria daripada Cik Epal dan Amber Chia.

 

 

IMG_6681

Okayy sebelum mekap haruss lah bergambar dengan Thara, orang daripada Nuffnang yang telah invite aku. Whoaa kembang hidung sekejap okayh!!

 

 

IMG_6677

Selepas berjimba sekejap, kami rehat 10 minit. Selepas waktu rehat, kami diberi surprise! Jeng jeng jeng… satu paper bag yang penuh dengan barang mekap! Yes bebeh PENUH BARANG MEKAP daripada Maybelline. Yeahuuu!!!

 

 

IMG_6686

Bila dah disusun atas meja, inilah barang-barang mekap yang ada dalam paper bag tadi. Memang meriah sangat uolls! Semua peserta Maybelline Workshop dah excited gilaaaa..

 

 

IMG_6683

Tengok aku dah tersengih-sengih membelek barang mekap. Peserta workshop diberi 30 minit untuk mekap sendiri dan cuba apply eyeshadow ikut teknik yang dah diajar tadi.

 

 

IMG_6688

Cik Epal dan juga Maria Elena pon dah kemain excited tuh nak start mekap! Aku pulak masih boleh snap gambar sana sini. Hohohoo…

 

 

IMG_6695

Okay Thara pulak take over kerja jadi photographer. Tu diaaaa kitorang bertiga dah khusyuk sangat mekap. Time to transform!!

 

 

IMG_6721

Dah mekap wehh! Macam apa je mekap aku. Entah betul ke tidak teknik eye shadow yang aku guna nih. Huahuaaa… Kemain posing maut dengan Thara from Nuffnang!

 

 

IMG_6734

Bersama Cik Lily Putih yang meriah! Kelasss taw!!

 

 

IMG_6735

Bersama blogger otai Kak Ina KL. Masing-masing muka puas hati dapat mekap free! Hohoo… Lepas tu sempat lagi kami berbisik-bisik, gosip hangat la katakannn. OOPPSS!!! Hahahaa…

 

 

IMG_6736

Antara blogger yang join Maybelline Workshop for Bloggers ni. Memang meriah, hangat, da boom okayy!! Seronok sangat-sangat sebab Maybelline sangat murah hati bagi kami semua barang mekap free. Banyak pulak tu!!

 

 

Kesimpulannya bengkel ni memang sangat membantu orang-orang yang suka bermekap, terutama sekali teknik sapuan eyeshadow. Lepas tu dapat pula lip balm BABY LIPS keluaran terbaru Maybelline. Kalau nak tahu, kena tunggu entry akan datang ye!

 

Thank you so much NUFFNANG, Maybelline dan juga Amber Chia Academy. Muahhh!!!

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Korang nak pergi pra tonton filem tak???

 

Assalamualaikum semua….

 

Haaa pra tonton filem???? Korang pernah pergi? Best wohh.. dapat tengok filem tu sebelum tayangan di pawagam, dapat jumpa retis.. Dan paling best of course lah dapat makan free… Hahaha..

 

As for me pulak, aku dah pernah pergi pra tonton ni beberapa kali okayh… So far memang best lah sebab dapat tengok wayang free! Soo.. aku nak tanya korang, kalau aku ada pas free ke pra tonton filem, korang nak join tak? Hehehee…

 

Sekarang MIG ONLINE tengah buka peluang untuk blogger untuk dapatkan free passes. So, kalau aku dipilih, aku boleh share free passes tu dengan korang! Tapi, korang kenalah tolong aku ye… Sila ikut langkah mudah lagi ringkas macam kat bawah ni :

 

1 . LIKE fan page David Teo di facebook.

2. LIKE fan page MiG Online di facebook.

3. Lepas tu pergi kat POST INI dan drop komen ini :

“ Saya viewer dari http://nisamenaip.blogspot.com/  “

 

Haaaa.. senang giler kan! Hohooo… Korang semuaaaa kena tolong aku tau! Aku sayang readers aku laju-laju! Hewhewheww….

 

 

Thanks for your help!

sign NISA

Read More»

Satu hari di rumah Koqin Karemo…

 

Assalamualaikum semua..

 

Whuaaaa siapa pulak KOQIN KAREMO ni?? Kemain lagi beliau aku letak namanya di tajuk entry! Ahaaa hari ni antara kenangan manis aku bersama kengkawan blogger disebabkan insan bernama Koqin Karemo ini lah. Huahuaaa…

 

 

IMG_7398

Oke gambar syiok sendiri wajib ditempek di sini ye. Hari ni aku ke Jalan Bangsar, ada makan-makan sikit kat rumah Koqin Karemo ni haa.. Aku beria nak pergi sebab beliau sanggup masak spaghetti untuk aku!! Warghhh perasan kan diri sekejap ye!!!

 

 

IMG_7460

Taraaaaaaa… inilah tuan rumah berhormat Koqin Karemo. Majlis makan-makan beliau sepatutnya bertemakan red fusion, tapi aku bantai pakai pink habis. Dah ingat cute sangat lah tuh. Sekali sama dengan alas meja. Haaa pasrah aku!!!

 

 

IMG_7421

Okay gambar ni diambil di depan rumah Akmal Hilmi (baju jersey). Yang pakai sweater dengan tshirt merah tu Kyerull L Fresco, beliau ialah driver F1 kitorang hari ni yeahh!! Aqu Api lak yang semangat berbaju melayu. Dan Andyhowtt macam biasalah bajet retis. Haha!!

 

 

IMG_7487

Juadah hari ini. Kitorang sampai agak lambat, sebab jalan jammed woo!! Sampai aje rumah Koqin Karemo terus cari makanan. Lapar weh! Hohoo berselera sungguh aku tengok spaghetti tuh! Siap tambah dua kali!!

 

 

IMG_7430

Aku dengan Andyhowtt nampok benor kelaparannya sampaikan bila makan pun dah tak pandang kiri kanan. Kyerull L Fresco pulak kemain meratah ayam wuargghh. Dan aku masih tak faham kenapa Akmal Hilmi  buat tangan macam tu..

 

 

IMG_7446

Yeahhhh Taufiq Helios pon pakai pink! So ade jugak geng pakai sama warna dengan alas meja. KAHKAHKAH!!! Tapi tak nampak pulak baju aku yang warna pink tuh. Kalau tak dah sweet dah kami pinky pinky gurls. Ehhh!!

 

 

IMG_7440

Menggila. Dorang ni sama macam aku sebenarnya, pantang nampak aku halakan camera terus posing!

 

 

IMG_7494

Menggila lagi. Tak tahu apa motif gambar ni, aku dapat merasakan yang Akmal Hilmi sengaja nak melawan kecomelan aku HUH????

 

 

IMG_7483

Lepak kejap selepas makan. Lantak arr teleng kepala korang na tengok gambar ni. Haaa kenyang woii!! Hahaa.. kuah spaghetti terpaksa ditambah oleh tuan rumah. So aku makan la sikit, nak rasa kuah baru, HAHAHA!!!

 

 

IMG_7511

Haaaa ni lah sebahagian blogger yang bersama-sama melakar kenangan manis dengan aku hari ni. Okay ayat nak muntah. Werrkkk…

 

 

IMG_7517

My outfit for today. Okay aku posing macam tiang letrik!!! Posisi yang tidak tepat membuatkan aku nampak lebih kurus daripada tiang letrik!!

 

 

IMG_7451

Okayyy last but not least, MY FAVORITE PICTURE OF ALL!! Hahaha aku tak tahu kenapa aku suka gambar macam ni. Thanks a lot kat Tetaufiq, Imamuddin si Jamban Comel dan Taufiq Helios sebab aksi spontan korang buat aku suka gambar nih! HAHA!!!

 

Heee okaylah, penat dah menaip. Ingatkan nak publish sebelum 12.00am tapi aku lembab sangat menaipnya, kejap-kejap BBM dengan kawan, cari link, edit gambor.. so lambat lah! Huhuhuuuu…

 

Terima kasih kepada tuan rumah dan rakan-rakan blogger yang memeriahkan suasana hari ni!! Jom ramai-ramai terjah blog dorang :

 

 

Okayy kalau ada yang tertinggal bagitahu ye kawan-kawan! Nanti aku tambah dalam list di atas okayh!! Thank you so much once again kepada tuan rumah yang susah payah memasak. Hehehe !! Lain kali jemput lah lagi :D

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay