Friday, August 26, 2011

Shopping tak hengat dan berbuka puasa di Times Square bersama Cik Epal

 

Assalamualaikum…

 

Whoaaa ini betul-betul kisah entah zaman bila wohhh. Tapi lantak lah kan, asalkan ber-update belog aku ye tak? Kohkohkohh.. Kisah bermula apabila kami takde tempat nak dituju. Chewahhh suka suki jek aku bagi sebab kan???

 

IMG_5387

Camwhore kejap sebelum bertolak. Spec mata memang nak yang gabak aje kan???

 

Hari Sabtu (entah Sabtu yang bila), aku dengan Cik Epal plan lah nak ke Times Square. Memang hari tu kitorang takde plan sangat, so hang out je lah kan. Hohoo… Sampai kat KL Sentral mak aihh ramai nye umat manusia!

 

Kitorang keluar memang nak berbuka puasa sekali kat TS, so kitorang gerak dari KTM Sungai Buloh dalam kul 3 camtulah. Then, dalam kul 4 tu dah sampai kat Times Square. Sebab takut takde tempat kosong untuk berbuka, Cik Epal ajak booking meja dulu kat Vivo.

 

IMG_5396

So, dah siap reserve dan order makanan kat Vivo, kitorang pun mulakan misi shopping!! Aku tak shopping banyak, Cik Epal lah yang shopping tak hengat. Kalau aku turut shopping gak, kang kering lak aku! Maklumlah, aku dah beli baju kat online shop, so kat TS aku takde benda nak beli sangat. Cuci mata aje lah. Kohkohkohhh….

 

 

IMG_5390

Tengah jalan-jalan. aku dan Cik Epal ditegur oleh seorang awek cun. Perghhh nak ngorat ke? Kohkohkoh!!! Awek cun tu sebenarnya blogger jugak. Terkejut makkk bila dia tegur. Kohkohkoh!!! Cik adik manis tinggi lampai ni namanya Yaya.

 

IMG_5392

Yaya dan Cik Epal.  Comel ouhh beliau! Moh ler ramai-ramai terjah blog Yaya  ni ehh…

 

Ouhhhh dah nak masuk waktu berbuka ouhh!! Perut dah lapar. Longgar lutut jalan-jalan dalam TS! Kohkohkoh! Kalau tak tawaf segenap pelusuk kat TS ni memang tak sah!! So, Restoran Vivo kami terjahhhh!!!

 

IMG_5410

Aummmm aku order air yang nampak macam jus tembikai ni. Tapi sebenarnya nama dia citrus heaven. Dalam air ni dia campuran buat-buah dan juga carrot. Tapi sedap wohh!! Yang warna hijau tu apple twist yang Cik Epal order.

 

 

IMG_5402

Aku dah lama nak makan cheese-baked meatball. Dapat pulak kat vivo, tapi yang ni lain sikit. Namanya baked meatball spaghetti. Kat bawah nye ade spaghetti. Bagi peminat pasta macam aku memang sedap ahh makanan ni! Tapi banyak kot! Kenyang betul aku.

 

DSC_1266

Muka riang. Yelah, nak berbuka puasa kan. Nak-nak lagi kat depan mata ada makanan yang bau nye fuhhh menggugat iman!

 

IMG_5408

Mashed potato, side order aku. Kuah nya kurang pekat, but still sedap!!

 

 

IMG_5413

Hooo Cik Epal kalau bab makan memang dia terer! Nasib dia bawak aku pergi Vivo. Yelah, aku pun tak pernah rasa lagi makan kat sini. Tak sangka dia pun minat makanan western!!

 

IMG_5405

Berbuka ala-ala orang putih sikit kami hari tu. Kohkohkoh.. ini pulak hidangan yang Cik Epal order, new york fish n chip. Nampak sedap! Aku suka coleslaw dia..

 

 

IMG_5403

Ini side order Cik Epal. Breaded scallop. Rasa macam isi ketam. Sedap wohh!! Tapi tak habis, Cik Epal bungkus bawak balik. Kat rumah dia makan dengan sos cili dan mayonis. Sedap weyy.

 

 

IMG_5420

Dah makan-makan sampai perut kenyang tuh, boleh lak buat vlog. Video nye nanti-nanti lah aku edit dan upload ye. Kohkohkoh..

 

 

Thanks a lot kat Cik Epal sebab kenalkan aku dengan restoran western ni. Aku suka!! Aku suka!! Lepas ni kalau berjalan ke TS dengan adik or kawan-kawan, boleh lah aku ajak dorang pulak rasa kat sini. Hohoo…

 

Penat berjalan, kitorang balik. Sampai di KTM Sungai Buloh dalam kul 10 jugak. Tapi best lah dapat jalan-jalan dan shopping. Cik Epal lah paling puas hati, sebab dia bawak beg shopping yang sangat banyak. Kohkohkoh.

 

 

Okay lah, penat menaip pulak. Kohkohkoh.. Bye bye! Selamat hari raya!!

sign NISA

20 comments :

mellow said...

auch ! dating berdua je .

:.syUe.: said...

gerak dri ktm sg buloh?? nisa n cik epal gerak dri mana g ktm tuh???
btw,vivo mmg sedap..

Cik Eka said...

wah best jugak vivo ni..selalu pegi TS takde plak nak trjah2 vivo ni.pasni leh terjah..hehehehe

normala_ali said...

wah bestnya shopping.. teringin lak pulak nak makan kat vivo tu.. hehehe..

MissVanilla said...

waah makan dgn cik epal. pasti best ni... tengok makanan tu terliur jap.. hik3....

Cik Nani Noraini said...

nak g vivo ! :)

mate saya bulat said...

MSB pena makan kat ctu, tapi cm tak sedap jek. mushroom soup dy tak sedap laah. :D

✿ cik atie said...

wuuuuu!
terliur kot... :)

farhana yusoff said...

bestnye makan:)

Umie Artoqiemie said...

retis jalan mesti ramai yang tegor an.. perghh buat vlog.. :D

cik ery said...

sedap sgt vivo! ^^

ღ p!nk veLvet ღ said...

lapo lah pulak bace entry ni, hoho~

sYafIk-wAy said...

tak kesah cite lama ke baru ke . tetap menarik !

Wanz Mejuez said...

hehehe makan tak hingat member lain... nk jgk meat ball tuuuuu.. huhihi

pu3khaleeda said...

wah,, femesnyeee

Nurnasihah Shahbuddin said...

Jauh sgt taiping dengan TS tuuu. Hehe.

Myza Sam said...

wah beshnya dapat dating berdua (: jeles !

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443

Nafisah Ruslan said...

bestnya dapat berbuka ramai2 macam ni.. dah la semua cantik2 pulak tuh :)

yaya mongeks said...

thax cik nisa sebb masukkan yaya dlm entry ni.. hihihi..*blushing2..!!

Ika Chenta said...

blogwalking sini.. :)